Berhati-hati apabila makan di luar

Assalammualaikum. Seperti yang Muthiah baca di Malaysiakini (Maaf. Buat masa sekarang, Malaysiakini tidak dapat dilayari pula). Penangan pilihanraya kecil agaknya. Akan tetapi, cubalah. Manalah tahu kalau-kalau sudah boleh masuk ~ sekejap boleh, sekejap tidak ;) Hiii...



Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.


NONEMenurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernamahari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

NONEBernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

Jadi... kawan-kawan, sebelum memilih hendak makan di luar, pastikan ada tanda harga. Kebersihan juga perlu dititikberatkan. Kalau boleh, makanlah di kedai yang taukenye menjaga aurat dan jaga hak ALLAH. Hiiii...

Tetapi ingat... tidak semua kedai cekik darah dan tidak semuanya yang kotor ...

** Bagi kes yang berlaku di Bangi, tidak pula Muthiah dapat pastikan kesahihannya. Kitalah yang membuat pilihan **

Peribahasa untuk hari ini : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Muthiah : Gerun dan punya pengalaman sewaktu makan di sebuah gerai di Melaka.
Labels: | edit post
0 Responses