Hikmah kahwin - Memantapkan jiwa


-sambungan semalam-

Jeng jeng jeng... Hikmah perkahwinan yang terakhir buat masa ini (last but not least)...

4- Memantapkan jiwa dalam menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga (bagi seorang suami khususnya)...

i)Bersabar dengan karenah isteri (dalam tingkah laku dan ucapannya). Namun, jangan sampai sang isteri memijak kepala. Kasihan dia... nusyuz tanpa dia sedari, nauzubillah. Sang suami pula, lebih senang membiarkan sahaja. Khuatir si jantung hati terasa hati dan terluka. Syariat TUHAN? Nanti, sama-sama yang rugi sebenarnya.

ii) Berusaha membimbingnya ke jalan ALLAH. Dengan kata lain, taat kepada perintah dan suruhan TUHAN-nya. Iyalah. Seorang suami itu akan dipertanggungjawabkan ke atas isteri dan anak-anaknya. Namun sebelum itu, sang suami juga perlu memastikan diri sentiasa teguh berada di atas jalan yang landasan yang betul. Jadi, sama-samalah berusaha keras menuju kepada redha-NYA.

iii) Memberi pendidikan yang baik buat isteri dan anak-anak. Bukan sahaja ilmu duniawi tetapi juga ukhrawi. Pastinya seorang ayah itu tidak mahu anaknya menjadi seorang manusia yang berjaya di dunia tetapi amat merugi di akhirat. Jadi, sedari anak itu masih kecil... berilah ilmu yang mampu menjadikan mereka insan yang berguna. Manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain yang berada di sekelilingnya.

Ehe...

Lain-lain tentang hikmah perkahwinan :)

Akhbar hari ini : Anugerah dekan pun boleh digantung...

Muthiah : Hikmah di sebalik sesuatu... Serah segalanya kepada ALLAH. Bukankah DIA Maha Teliti Pengitungan-NYA?

Hikmah kahwin - Membina satu keluarga


-sambungan semalam-

Assalammualaikum. Ehe... sabar menanti isi yang keseterusnya. Hikmah sebuah perkahwinan ;)

3- Memenuhi kehendak hati (fitrah insani) untuk membina satu rumah tangga/ keluarga.

Dengan lain perkataan, sang suami memainkan peranan sewajarnya selaku seorang suami.

i) Mencari rezeki yang HALAL buat keluarga.

ii) Membimbing keluarga ke jalan yang DIREDHAI ALLAH.

iii) Menjadikan ISLAM sebagai JALAN HIDUP dalam sebuah rumah tangga.

iv) Berkasih sayang sesama ahli keluarga.

v) Sabar menempuh cabaran dalam menjadi ketua keluarga.

vi) Menyediakan keperluan keluarga.

Hmmm... apa lagi, ya? Ehe... sebenarnya, akan ada entri khusus tentang peranan seorang suami. Kiranya, di sini mukadimah sahaja ;)

Bagaimana pula bagi sang isteri??? Isteri... tidak wajib melakukan kerja-kerja rumah. Tidak wajib juga memasak buat suami. Namun, bilamana suami memerintahkan... jadilah ia wajib, sepertimana yang telah diceramahkan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Bagi si isteri (titipan dan pesanan buat diri Muthiah sendiri khususnya)... tidakkah kita mahu mencari redha ALLAH melalui redha dan kesenangan hati suami? Pandanglah syurga yang sedang menanti. Keletihan yang dialami, tentu beransur pergi. Yang penting, sentiasa memperbaharui niat. Lakukan segalanya kerana ALLAH SWT.

Jom jawab sendiri... siapa yang kena buat???

i) Menyiapkan makan/ hidangan buat keluarga.

ii) Membersihkan pakaian, rumah dan tempat tidur.

iii) Bersiap elok kepada suami - senyum, berhias dan memakai bau-bauan.

iv) Menjaga maruah diri serta harta suami.

v) Berbicara elok di hadapan suami - meski kita berpangkat daripadanya.

Isteri sahaja??? Suami???

Para suami...

Tepuk dada, tanya iman. Apa yang penting, sama-sama berusaha untuk membahagiakan rumah tangga. Tolong-menolong dan bertolak-ansur dalam setiap urusan. Sama-sama bertungkus-lumus memgembirakan hati masing-masing. Kita tidak mahu, seorang bergembira dan seorang lagi memendam rasa. Dikhuatiri, apabila gunung berapi meletus, parah jadinya.

Renung dan fikir.

Hmmm... Ada satu lagi isi untuk entri hikmah perkahwinan. Insya-ALLAH, nanti Muthiah sambung ya ;)

~ Menurut Abu Sulaiman ad-Darani, "Isteri yang baik tidak terlalu mementingkan dunia. Akhiratlah yang menjadi impian utama. Dia rela berkorban untuk membina dan mengatur rumah tangga sebaiknya, di samping memerangi hawa nafsu."

Kuliah hari ini : Hai, isteri.... Garangnya??? Huhu...

Akhbar hari ini : Galas dan Batu Sapi...

Muthiah : Demi syurga yang kekal abadi...

Hikmah kahwin - Memperbanyak keturunan


-sambungan semalam-

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Ayuh... kita teruskan kepada HIKMAH PERKAHWINAN yang seterusnya ~

2- Memperbanyak keturunan dengan maksud mendekatkan diri kepada ALLAH serta mengharapkan redha-NYA.

Fitrah semua pasangan suami isteri. Pasti mahukan cahaya mata sebagai penyeri hidup. Setidak-tidaknya, bisa mengeratkan lagi hubungan yang sedia erat. Namun, dalam masa yang sama tetap perlu berwaspada. Kenapa?

Jangan sampai anak itu membuatkan sang ibu ayah semakin lalai dan jauh daripada ALLAH. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam surah at-Taubah ayat 24 yang bermaksud, "Katakanlah, 'Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada ALLAH dan Rasul-NYA; dan daripada berjihad di jalan-NYA; maka tunggulah sampai ALLAH mendatangkan keputusan-NYA.' Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."

Kalau masih belum memiliki lagi? Bersabarlah. Teruskan berusaha dan berdoa. ALLAH lebih tahu mana-mana yang terbaik untuk diri kita, hamba-NYA yang terbatas akal dan pemikirannya.

Menurut Imam Al-Ghazali, hikmah di sebalik pernikahan (dari aspek keturunan):

i) Memperbanyak keturunan - Sekiranya keturunan yang terhasil ini adalah keturunan yang bertakwa kepada ALLAH, nescaya hidup akan aman dan bahagia. Mereka akan sentiasa redha dengan segala ketetapan TUHAN-nya tanpa sekali-kali berputus asa dalam ujian yang datang. Usaha yang gigih juga tidak diketepikan. Di samping itu, ALLAH juga sentiasa diletakkan di hadapan sebelum hendak melakukan sesuatu perkara/ keputusan. Khuatir bisa mengundang murka-NYA.

ii) Memperbanyak ummat - Ummat ini jugalah yang akan menyebarluas dakwah di atas muka bumi. Berbalik kepada keturunan yang dibentuk. Adakah mengikut acuan yang telah digariskan oleh ISLAM? Bilamana suruhan ALLAH dituruti, insya-ALLAH... manusia ini akan tahu AMANAH dan TANGGUNGJAWABNYA di atas muka bumi ini.

iii) Doa anak-anak, amatlah didambakan sang ibu ayah. Ya. Apabila mati seorang anak Adam, dia akan meninggalkan segalanya di atas muka bumi ini melainkan 3 perkara yakni; ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah serta ANAK YANG SOLEH. Anak yang bisa mendoakan kesejahteraannya. Mendoakan mereka agar dijauhkan diri daripada azab api neraka.

iv) Mengharapkan syafaat Nabi SAW - tikamana sang anak yang dilahirkan meninggal dunia.

Jadi, apa tunggu lagi???

Banyakkan berdoa kepada ALLAH agar dikurniakan seorang lelaki/ wanita yang bisa membimbing diri mendekatkan diri kepada ALLAH. ALALH lebih tahu sebenarnya...

Kuliah hari ini : Pakai kebaya? Boleh atau tidak...?

Akhbar hari ini : Pelajar UKM bakal dikenakan...

Muthiah : Sayang dia dan mereka kerana ALLAH ;)

Hikmah kahwin - Memenuhi fitrah manusia


Assalammualaikum. Ehe... Semalam, baru mukadimah. Hari ini, kita masuk isi yang pertama.

Baiklah. Terus kepada perkara utama yang ingin Muthiah kongsikan. Tentang HIKMAH PERNIKAHAN…

1- Perkahwinan itu sendiri merupakan satu fitrah bagi manusia.

Pernikahan sebenarnya adalah satu benteng untuk menjaga diri daripada godaan syaitan. Iyalah. Semua orang tahu. Syaitan adalah musuh manusia yang paling nyata. Musuh yang boleh membawa manusia jauh daripada ALLAH dan syurga-NYA. Namun sayang seribu kali sayang. Masih banyak yang mahu berteman dengannya. Teman akrab pula.

Selain itu, pernikahan dapat menyalurkan rasa cinta dan rindu dari dalam hati . Dengan kata lain, hubungan yang terjalin (antara lelaki dan perempuan) itu sudah menjadi halal. Apa yang penting, turutilah syariat TUHAN. Jalani kehidupan berkeluarga yang diredhai dan diberkati TUHAN. Suami dan isteri sama-sama berusaha menunaikan tanggungjawab sebaiknya. Perlu diketahui… Syaitan laknatullah, tidak pernah berputus asa menjalankan ‘kerja’ tidak bergajinya. Sebelum halal, dihalakan manusia ke jalan yang dikeji TUHAN. Sesudah sah bergelar suami dan isteri, ia berusaha keras untuk menjarakkan mereka melalui tipu dayanya. Ia mendorong sang isteri untuk derhaka kepada suaminya. Suami pula… seolah-olah dayus membiarkan si isteri jauh daripada redha TUHAN.

Sesungguhnya, pernikahan dapat mencegah rasukan nafsu, menahan pandangan dan menjaga kemaluan. Hati yang membara membuatkan nafsu semakin bergelora. Ditambah dengan keadaan sekeliling yang tidak menyumbang untuk meredakan hati yang sedang ‘sakit’ itu. Di hadapan mata, wanita memakai baju tetapi bertelanjang. Wanita melunak-lunakkan suaranya. Senang menjadi umpama seekor ikan yang sedang bersedia dibaham oleh sang kucing. Tidak segan dan silu berpegangan tangan dengan bukan muhrim. Tidak berasa malu untuk berpeluk-pelukan di khalayak umum. Tidak percaya, tengoklah facebook kawan-kawan kita. Akibatnya… jika nafsu serakah tidak dapat dibendung, berlakulah kes pembuangan bayi… zina… sumbang mahram… gejala sosial. Salah siapa?

Di samping itu, bernikah juga dapat memberi ketenangan kepada jiwa. Masakan tidak tenang. Hubungan yang terjalin bukan lagi hubungan yang terlarang. Tidak ada murka daripada TUHAN. Sama-sama bisa berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH. Bilamana jalan TUHAN yang dituruti, insya-ALLAH, hidup akan aman dan bahagia. Cabaran akan tetap namun apabila kita meletakkan ALLAH sebagai puncak pergantungan dan pengharapan kita… insya-ALLAH, kita akan dapat mendepaninya. Mungkin kita terjatuh tetapi masih punya peluang untuk bangkit kembali. Mungkin kita pernah tersungkur namun bisa berdiri lagi.

Firman ALLAH dalam surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYA ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-NYA di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Kuliah hari ini : Isteri... persiapkan dirimu...

Akhbar hari ini : Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010...

Muthiah : Syurga...

Kahwin ~ Persoalan


Assalammualaikum. Ehe... Ikutkan hati, Muthiah ingin menyambung entri tentang Sayidina Umar Al-Khattab (ada satu episod sahaja lagi) tetapi... penyakit M tiba-tiba datang menjengah. M? MALAS-lah. Apa lagi? ;)

Jadi, hari ini Muthiah ingin menulis tentang pernikahan. Kahwin? Hmmm… sambungan entri terdahulu. Namun sebelum itu, izinkah Muthiah bertanya…

1- Bersediakah kita melangkah ke alam baru ~ alam rumah tangga?

2- Adakah kita betul-betul sudah mempersiapkan diri kita untuk menjadi seorang isteri/ suami ~ mental dan fizikal?

3- Tahukah kita tanggungjawab seorang isteri/ suami?

4- Bersediakah kita melalui saat susah dan senang bersama isteri/ suami yang telah kita nikahi?

5- Sudahkah kita minta maaf kepada manusia yang telah kita sakiti hatinya?


Aik… kenapa pula? Khuatir… dek sesuatu yang tidak beres (dengan manusia lainnya), hidup kita tidak aman. Kita tercari-cari apa sebabnya tetapi tidak ketemu. Alih-alih, baru kita teringat… Ada ‘hutang’ yang belum kita langsai.


6- Adakah kita yakin hak ibu dan ayah kita sudah kita penuhi?

Kita hendak membina mahligai bahagia tetapi sayang… kita mengabaikan kebahagiaan orang lain pula (yakni ibu dan ayah kita). ‘Mereka tidak bersetuju, terpaksalah melawan!!!’

Hmmm… Perbanyakkan berdoa.

Berusahalah untuk menambat hati mereka agar menerima pilihan kita.

Berkata-katalah dengan ungkapan yang menyenangkan hati mereka.

Insya-ALLAH, jika benar dia yang kita cinta itu telah ditetapkan TUHAN untuk kita, pasti tidak akan ke mana. Yang penting, tidak berputus asa mengharapkan nusrah ILAHI.

Ehe. Soalan cepu emas pun sudah berjela. Insya-ALLAH, esok Muthiah akan sambung tentang HIKMAH sebuah perkahwinan. Sabar, ya ;)

Kuliah hari ini : Kahwin cepat-cepat. Tidak cukup duit daaa....

Akhbar hari ini : Adakah gaji penjawat awam juga haram?

Muthiah : Ya, ALLAH. Pilihlah aku untuk menjadi isteri solehah yang hujung nyawaku di dalam redha sang suami.

Anak dara zaman loni (ii)


Assalammualaikum... Sambungan cerita tidak habis semalam. Ehe...

Sewaktu menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri di Ipoh baru-baru ini...

Seorang kakak dalam lingkungan usia 48 tahun tiba-tiba berkata, "Kita guna mangkuk dan pinggan pakai buang sebab anak dara zaman sekarang malas. PEMALAS." Fuh! Kalau ada yang makan cili, pasti akan terasa pedasnya. Namun, apabila direnung dan dihayati, mungkin ada benarnya.

Muthiah hanya tersenyum. Mengiyakan tidak. Menidakkan pun tidak. Hanya menjadi pendengar setia di situ. Duduk control-control dalam lingkungan emak-emak dan nenek-nenek...

Kemudian, seorang wanita lain menyampuk. "Betul. Tengok anak dara mak cik di rumah. Malasnya, tidak boleh cakap. Waktu hendak keluar bekerja, sudah bersih semuanya. Balik rumah, macam tidak ada anak dara yang tinggal sekali," kata-katanya terhenti di situ.

Muthiah tetap diam. Tidak mencelah walau sepatah kata.

"Bila kita marah, mulalah buat muka. Kata kita kuat membebel. Nanti dia jadi mak... jadi isteri, baru dia tahu. Hendak kahwin esok lusa tetapi perangai tidak juga berubah. Dia ingat, dia seorang sahaja yang letih bekerja. Yang si ibu, tidak letih???" Tambahnya lagi, meluah rasa yang terpendam di dalam hati.

Muthiah tersenyum kecil. Tidak berkedip memandang wajahnya yang semakin berkedut. "Insya-ALLAH, kahwin nanti... dia akan belajar sendiri," balas Muthiah pendek. Tidak berhajat untuk bercakap banyak.

"Mak cik bukan apa. Balik kerja penat-penat, tambah kerja pula di rumah. Anak dara? Bukan mak cik tidak tahu. Sama-sama letih bekerja tetapi tolong-tolonglah juga maknya. Bukan suruh buat kerja berat pun." Nampaknya, wanita ini masih tidak puas meluahkan rasa hatinya.

Jadi, apakah yang boleh direnung bersama?

Berubahlah. Kalau ada yang menegur, terimalah teguran itu dengan hati terbuka. Siapa pun yang memberi nasihat, dengar dahulu. Fikir dahulu. Tidak kira mak... ayah... abang atau kakak. Bukan menolak dan mengeji.

Ini tidak! Orang tegur, mulalah melenting... berburuk sangka... Sanggup pula bermati-matian mencari kesalahan orang lain pula. Ada sahaja yang tidak kena pada matanya. Tidak salah tetapi ikhlaskah kita?

Hmmm... Nampaknya, kita lebih senang bermasam muka. Menanam rasa benci dalam diri. Tidak pula mahu berusaha membaiki diri. Kita lebih suka syok sendiri. Rasa diri sudah cukup baik dan sempurna sampai tidak ada langsung yang boleh menasihati. Adakah kita lebih senang begitu? Kalau ya... nantikan sahaja saat tidak ada siapa yang mahu ambil peduli pada diri kita.

Siapa yang berani menegur jika kita cepat meradang dan naik marah tatkala dinasihati?

Sekali... bolehlah.
Dua kali... bolehlah.
Tiga kali... pun boleh tetapi tidak semua manusia yang dapat tahan dengan sikap kita yang sebegitu.

Hasilnya, kita akan terus berada dalam dunia kita. Boleh jadi, akan berterusan melakukan kesalahan dan kesilapan tanpa ada yang berani membetulkannya.

Fikir dan renung, wahai teman....

Lawak tetapi ada pengajarannya : Anak derhaka...

Akhbar hari ini : Proton tarik balik Gen2 dan Neo...

Muthiah : Ya, ALLAH. Pelihara diriku, suamikan dan mereka yang aku sayang daripada azab api neraka-MU.

Anak dara zaman loni (i)


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat dan insya-ALLAH ceria selalu. Ya. Muthiah memilih untuk ceria. Kalau bersedih hati, tidak mahu lama-lama. Tidak mahu sampai menyesakkan diri. Diri sendiri yang sakit.

Insya-ALLAH, hari ini Muthiah ingin berbicara tentang rasa hati seorang mak cik tua terhadap anak-anak daranya.... Jom kita renungkan bersama. Adakah kita serupa dengan anak dara itu?

Namun sebelum itu, ayuh kita renung bersama. Saat bersama ibu dan ayah tercinta...

Pukul berapa kita bangun sehari-hari? Selagi mak tidak jerit, selagi itu kita hendak membuta?

Siapakah yang menyediakan breakfast pagi tadi? Kalau mak yang masak, adakah kita turut sama membantu? Atau... tikamana kita terjaga dari lena, makanan sudah disediakan di atas meja.

Siapakah yang membasuh/ menjemur/ melipat/ menggosok baju dan kain? Mak yang mendahului atau kita yang cepat-cepat melakukannya sebelum mak buat? Atau… tunggu mak jerit, “Muthiah… jemur kain.” Kita? Diam membisu. Rancangnya, hendak jemur apabila tamat cerita ini nanti tetapi… tengok-tengok, mak sudah buat. Bukan salah kita. Mak yang tidak sabar!

Siapakah yang menyapu/ mop rumah??? Atau... tunggu si dia datang menjengah, baru cuci rumah sampai berkilat jadinya.

Tanyakan pada diri sendiri. Sejauh mana kita meringankan tulang, membantu ibu di rumah ketika kita dekat dengan mereka. Atau… kita lebih senang…

Bergayut dengan si jantung hati…

Ber-facebook dengan rakan dan taulan…

Jalan-jalan cari makan …

Makan… tidur…

Ehe… apapun, tepuk dada, tanya iman. Kitalah yang membuat pilihan…

“Ah, lauk dapur aku sudah beli. Bil Astro aku sudah bayar. Baju raya mak dan ayah pun aku yang hadiahkan….”

Jadi, adakah tidak perlu lagi membantu meringankan beban ibu di rumah? Sebab kita sudah beri wang dan harta pada emak dan ayah? Tepuk dada, tanya iman. Fikir dan renungkan…

“Mak tidak pernah cakap apa pun…”

Hmmm… kalau emak cakap, apa pula reaksi kita? Mak kata, “Muthiah, bangun…” Tiada respons yang diterima. Apakah perasaan ibu saat itu? Pernahkah kita bertanya pada kakak/ abang/ adik kita? Ada atau tidak ibu merungut tentang sikap kita yang satu ini? Kalau ada… Tepuk dada, tanya iman. Kalau tidak ada, adakah kita tidak mampu berfikir sewajarnya? Renung-renungkanlah, wahai teman…

Ehe… intro sahaja sudah berguni panjangnya… Esok kita sambung cerita daripada sang mak cik, ya ;)

Akhbar hari ini : Sumbangan kerajaan Pulau Pinang tidak haram - Dr. Asri.

Muthiah : Tidak mampu memberikan harta tetapi tidak putus berdoa buat mereka yang dicinta...

Sakitnya hatiku ya, ALLAH (ii)


-sambungan semalam-

5- Fikir tentang diri... untuk menjadi hamba yang terbaik. Dengan kata lain, kita berusaha keras untuk mengislah diri menjadi lebih baik daripada semalam.

Tentang kata-kata orang yang menyakitkan itu? Biarkan sahaja. Kita tidak akan dapat menutup mulut mereka yang membenci.

Biasalah... bilamana hati tidak bersih... macam-macam perkara negatif yang datang. Yang bermain dalam otak pun, negatif sahaja. Boleh jadi mereka terlupa. Pemikiran negatif itu bisa mengundang doa sebenarnya.

Lagipun, ALLAH ada. ALLAH dekat. ALLAH juga Maha Adil atas segala sesuatu. Apa yang penting, kita tidak payah berfikir tentang mereka. Biarkan... biarkan... biarkan... ALLAH sahaja yang menentukan... Fikirkan tentang diri... bagaimana hendak mengejar redha dan syurga ALLAH.

6- Banyakkan istighfar. Khuatir... tanpa sedar, perasaan dendam (walaupun bibir menyatakan tidak) menyelubungi diri. Iyalah... hati sedang sakit...syaitan pula mencucuk-cucuk. Kita kata, kita tidak kisah tetapi apabila musibah menimpa orang yang pernah menyakiti, kita tersenyum sendiri. Pernah berlaku?

Hmmm... titipan pesanan daripada suami buat Muthiah. Apabila perasaan marah dan kecewa menghantui diri, ingatlah Nabi. Kerana... Nabi diperlaku lebih teruk daripada itu.

Ada orang hendak membunuh kita? Tidak ada, bukan? Nabi???

Ada orang kencing di hadapan rumah Nabi... Rumah kita??? Tidak, bukan. Orang buang sampah di hadapan rumah, adalah.

Nabi dan umat ISLAM waktu itu diboikot. Sampai Nabi SAW perlu mengikat perutnya. Kita??? Tidak, bukan. Terlebih makan... terlebih belanja... adalah...

7- Banyakkan berdoa kepada ALLAH agar diperelok akhlak dan peribadi kita.

Biar orang yang membenci melihat kita dengan pandangan serongnya. Jangan kita memandang serong pada orang, sudah!

Biar apa orang hendak kata pada kita. Jangan kita kata pada orang, sudah!


Yang penting, kita tahu yang kita telah melakukan yang terbaik untuk mereka di sekeliling kita. Dengan kata lain, membawa manfaat kepada orang lain. Membantu mereka yang memerlukan.

Tetap nampak hodoh pada mata yang memandang? Biarkan sahaja. Serah pada ALLAH untuk menilai. Apa yang penting, kita sudah berusaha dan cuba! Bukan manusia yang memberi ganjaran pahala tetapi ALLAH.

8- Bersyukurlah dengan apa yang telah kita miliki - pesan suami Muthiah. Katanya, mungkin kita telah disakiti. Namun, mengapa itu yang kita kenang-kenangkan? Nikmat kebahagiaan yang kita perolehi?

Ya! ALLAH memberikan Muthiah kehidupan berkeluarga yang baik. Dengan kata lain, Muthiah bahagia bersama insan-insan yang Muthiah sayang. Hmmmm...

Lantas... bersyukurlah... Bukankah setiap hamba ALLAH itu akan diuji TUHAN-nya?

Huhu... apa lagi, ya? Macam banyak lagi yang mahu dirungkai satu-satu. Namun, masa pula tidak mengizinkan. Kalau ada penambahan, Muthiah alu-alukan.

Maaf salah silap.

Ya, ALLAH...

Peliharalah aku daripada sikap-sikap mazmumah.
Peliharalah aku daripada sikap negatif.
Peliharalah aku daripada sikap membenci dan mendendami.

Pernah alami situasi sebegini???


Moga kan mendapat manfaat daripadanya ;)

Kuliah hari ini : Tarbiah dzatiyah (ii)

Akhbar hari ini : Di manakah wang judi yang sudah dipulangkan?? Hmmm...

Muthiah : Kata-kata nista yang mengundang doa. Tidak takutkah kita?

Sakitnya hatiku ya, ALLAH (i)


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... hari ini, insya-ALLAH bertambah baik. Bertambah baik? Bermakna hari sebelumnya, boleh jadi tidak cukup baik. Muthiah memilih untuk positif... menceriakan diri.Asal mana Muthiah bahagia bersama suami tercinta... dikasihi keluarga ... masih kekal dalam nikmat ISLAM dan IMAN, sudah cukup baik sebenarnya.

Semalam... emosi Muthiah tidak berapa elok. Ada beberapa peristiwa... kata-kata .... membuatkan Muthiah bersedih hati. Sedih... sedih sangat... tidak mampu pula untuk meluahkannya dengan kata-kata. Wajah orang yang menyakitkan itu berlegar-legar dalam fikiran. Membuatkan Muthiah bertambah benci. Semakin dibuang, semakin ia cuba menghampiri. Akibatnya, Muthiah berasa tidak cukup tenang. Tidak cukup gembira.

Sisi negatif yang lahir dalam diri :

1- Memilih untuk mengingati (sesuatu yang menyakitkan) sampai memberi kesan kepada jiwa.
2- Impaknya, timbul perasaan benci dan kecewa dalam diri.
3- Kata-kata dan anggapan membuatkan diri turut mahu berkata-kata dan beranggapan sebegitu(walau hanya dalam hati).


Namun, Alhamdulillah. Rasa ini tidak bertandang lama. Suami berpesan. 'Muthiahlah yang membuat pilihan. Sama ada hendak memikirkan atau berserah pada TUHAN.' Itu juga yang selalu Muthiah katakan pada diri. 'AKULAH YANG MEMBUAT PILIHAN.' Namun, sebagai manusia yang lemah... selalu sahaja teralpa dan terlupa. Mujur dia ada... sudi menjentik dan mengingatkan kembali.

Benar... Muthiah tidak akan untung apa-apa jika memikirkan kata-kata atau tanggapan itu. Biarkan... biarkan sahaja. Tidak perlu untuk bersedih sampai membinasakan diri sendiri (tidaklah sampai binasa pun). Namun, apabila kita melayan dan terus melayan hati dan permainan iblis laknatullah... yang sakit, bukan orang lain, diri kita sendiri. Silap hari bulan, disebabkan rasa yang tidak tenteram ini... syaitan masuk jarum. Kita pula yang akan bersangka-sangka. Nauzubillah...

Jadi, apa yang boleh kita lakukan?

1- Mengadulah pada ALLAH. ALLAH lebih tahu sebenarnya. ALLAH juga yang merencanakan segalanya. ALLAH yang menetapkan. ALLAH yang menentukan. ALLAH adalah PENGHITUNG, PENGHISAB yang terbaik. Serahkan sahaja pada DIA yang Maha Adil lagi Maha Saksama. Tidak payah sesakkan hati dan fikiran dengan sesuatu yang tidak menguntungkan diri.

2- Berlapang dada... Memaafkan... Susah... sangat payah... Boleh berlapang dada dan memaafkan tetapi tidak mampu melupakan. Itu yang sering Muthiah dengar. Tidak berdaya membuang kata-kata yang pernah terungkap. Tidak mampu... Tidak mampu! Jadi, macam mana? Katakan sahaja, 'Ya, ALLAH. Aku maafkan diri kerana-MU,'. Payah! Cakap... senanglah. Hmmm... Kembalilah kepada ALLAH untuk mendapatkan kekuatan hati....

3- Terfikir tidak apa tetapi janganlah melampau-lampau. Kalau tidak fikir, lagi baik. Ehe....

Hmmm... ia datang... macam mana? Pilihlah untuk tidak layan.
Bukan mudah! Seperti yang dikata, ia datang!!!
Lakukanlah aktiviti-aktiviti yang membolehkan otak tidak lagi berfikir tentangnya. Sebagai contoh, bersosial dengan kawan-kawan... bersukan... Apa yang pasti, elakkan duduk bersendiri. Khuatir.... apabila tidak ada apa yang hendak dilakukan... mulalah otak berfikir macam-macam.

Tidak berjaya!!!! Hmmm... Kembalilah kepada ALLAH untuk mendapatkan kekuatan hati....

4- Solat sunat taubat... membaca al-Quran. Dekatkan diri pada-NYA. Marah...sedih.... lantas menunaikan solat taubat. Kenapa? Boleh jadi semua ini adalah kafarah dosa daripada ALLAH. ALLAH sayangkan kita. ALLAH mahu kita kembali....

-bersambung-

Akhbar hari ini : Kenaikan harga susu..

Kuliah hari ini : Tarbiah dzatiyah (i)

Muthiah : Serah pada pengitungan ALLAH - Pesanan buat diri ;)

Sayidatina Hafsah binti Umar R.H.


Assalammualaikum. Apa khabar?Ehe... Baru Muthiah perasan. Sudah lama entri tentang isteri Rasulullah tidak ada. Jom, kita ingat kembali...

1 - Khadijah
2 - Saudah
3 - Aishah

Keempat? Ya, betul. Isteri Nasi SAW yang keempat bernama Hafsah binti Umar. Kenalkah kalian siapakah Umar? Ehe...

Ibunda Hafsah bernama Zainab binti Mazh'un. Wanita yang berbangsa Arab ini telah dilahirkan di Mekah pada tahun ke-18 sebelum Hijrah. Beliau merupakan seorang ibu tunggal sebelum bernikah dengan Rasulullah pada tahun ke-3 Hijrah dengan mahar 500 dirham. Suaminya yang terdahulu bernama Khunays bin Hudhafah dan beliau telah mati syahid dalam peperangan Uhud.

Hafsah merupakan seorang wanita yang pandai menulis dan berbahasa. Beliau pernah diceraikan Rasulullah namun Jibril datang memerintahkan rujuk. Tempoh perkahwinan puteri kesayangan Sayidina Umar A.S. ini adalah selama 8 tahun.

Kuliah hari ini : Pulangkan wang sumbangan yang datang dari hasil haram@judi???

Akhbar hari ini : Penyelewengan air. Siasat!

Muthiah : Sukarnya untuk melupakan...
Labels: 0 comments | | edit post

Perempuan vs Lelaki


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Ehe... Alhamdulillah... sihat dan optimis. Tidak lupa juga untuk positif. Barulah hidup aman dan ceria. Tidak perlu berfikir tentang sesuatu yang menyakitkan. Orang Kedah kata, 'Lantak pi..' Orang Terengganu pula katanya, 'Ikut aku hidup aku mapuh mu..' Haha... Sekadar selingan. Tidak ada kaitan dengan yang hidup dengan yang mati.

Hmmm... 28 September hingga 1 Oktober lepas, suami telah ke Melaka.

Muthiah??? Ehe... julung kalinya ditinggalkan berseorangan di rumah.
Perasaan??? Ehe... hanya ALLAH yang tahu. Tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Macam mana hendak mulakah? Satu peristiwa yang berlaku antara Muthiah dan suami, membuatkan Muthiah berfikir tentang kelebihan seorang LELAKI.

Seperti yang telah Muthiah maklumkan, sepanjang suami menghadiri konvensyen di Melaka, Muthiah tinggal berseorangan di rumah. Satu malam, suami menghubungi... Muthiah pun bercerita ...

"Semua pintu dan tingkap sudah tutup rapat-rapat. Pintu bilik pun sudah berkunci," Muthiah diam seketika.

Kemudian, Muthiah menyambung, "Tetapi... benda tu boleh aja nak tembus pintu kalaupun dah kunci."

Mungkin terkejut dengan kata-kata Muthiah, suami terdiam sejenak. Tidak lama, dia pun berkata, "Kalau yang tu, tak apa lagi. Takut orang yang datang."

Muthiah segera membalas, "Hmmm.... Tak terfikir pun pasal orang..."

Hmmm...Apa yang boleh kita simpulkan dari kisah nyata ini???

Sesungguhnya.... sememangnya... lelaki adalah pemimpin bagi seorang wanita. Beruntunglah wanita yang dapat mendampingi seorang lelaki yang beriman dan bertakwa (suami)... berusaha membawanya kepada ALLAH.

Fikir-fikirkan... renung-renungkan...

Kuliah hari ini : Bergembiralah, wahai wanita ;)

Akhbar hari ini : Manakah yang lebih ditakuti? CCTV atau KAMERA ILAHI???

Muthiah : Teringatkan kata-kata itu...

Coretan - entah apa-apa


Assalammualaikum. Apa khabar? Ehe... Muthiah... Alhamdulillah. Sentiasa berusaha menjadi lebih baik daripada semalam. Bila mana sudah mencuba dan berusaha. Serahkan sahaja kepada ALLAH untuk menilai. DIA lebih tahu... lebih teliti penghitungan-NYA. Orang lain?

Hmmm... kita tidak akan berdaya untuk membuang persepsi dan tanggapan negatif orang yang tidak menyukai kita sebenarnya (Kalau ada. Mohon dijauhkan TUHAN). Kita juga tidak boleh memaksa orang lain agar menyukai dan menyayangi diri kita. Sedari dahulu mereka membenci... sampai sekarang mereka tidak suka. Hmmm... Serah sahaja pada ALLAH ;) Dari sisi hati yang luka ~ Cukuplah ALLAH cinta. Cukuplah ALLAH sayang. Cukuplah ALLAH memilih kita untuk mendapat rahmat daripada-NYA.

Ehe... Namun, jangan sampai tidak ambil peduli langsung tentang orang sekeliling pula ;)

Doa.... Doa agar ALLAH memberi ketabahan dan kekuatan hati. Serah segalanya kepada DIA yang maha segalanya. ALLAH tahu... ALLAH maklum...

Dari sisi kita? ~ Buat baik sahaja. Kita tidak rugi apa-apa kalau melakukan kebaikan. Kita juga tidak rugi apa-apa kalau tidak bersangka buruk pada orang lain. Bukan itu sahaja bahkan kita tidak rugi apa-apa andai tidak berbicara tentang keburukan orang lain. Hati bertambah tenang... adalah. Bukankah ketenangan ini yang dicari-cari oleh setiap Muslim?

Biar ALLAH sahaja yang menilai. Orang lain?

Kenapa kita terlalu memandang kepada penilaian orang lain?
Orang lain ada berfikir tentang kitakah? Atau kita sahaja yang bersangka-sanga? Hahaha... Satu jari yang menuding, empat jari kembali kepada diri kita.

Tidak salah jika kita memilih untuk berfikir begitu tetapi jangan sampai diri sendiri jatuh tersungkur. Terlalu bersedih hati dengan orang lain sampai jasad dan mental menjadi lemah. Tidak kuat. Iyalah... fikir fikir fikir. Perkara yang negatif pula. Lebih parah, kalau kita sendiri tidak mahu kalah. Turut sama hendak mencari kelemahan dan keburukan orang yang berburuk sangka kepada kita. Jadi... apa bezanya kita dan mereka?

Teman...

Biarkan sahaja . Biar... biar... biarkan sahaja si luncai terjun dengan labu-labunya. Kalau mampu, bantulah mereka untuk kembali ke darat. Mengajak mereka untuk sama-sama menjadi lebih baik. Maklumlah, tidak ada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini (diri kita tidak terkecuali). Namun, jika tidak berdaya, serahkan sahaja kepada ALLAH. ALLAH lebih tahu ~ sama ada mereka selayaknya mati lemas atau bisa berenang ke tepian.Kembali ke pangkal jalan.

Ingatlah... kita bukan hendak mengejar pujian manusia. Kita mahu masuk syurga ALLAH. Kita mendambakan redha ALLAH. Bagi sang isteri, redha suami juga amat-amat diharapkan.

Lantas, bersabarlah dalam melakukan kebaikan. Sabar dan terus sabar dengan kata-kata dan tindakan mereka yang membenci... bersangka-sangka. Orang Sungai Tong cakap, "Buat baik sahaja..."

Berdoalah agar diri kita sentiasa dilindungi ALLAH daripada sifat-sifat keji. Iyalah. Kita pun manusia yang lemah yang selalu lalai lagi lupa. Doa agar ALLAH memberi kekuatan pada kita untuk istiqomah menjadi yang terbaik di sisi-NYA. Doakan keburukan mereka yang menzalimi? Tidak perlu... ALLAH lebih tahu apa yang diperlukan oleh mereka... untuk mereka...

Ehe... Apa yang Muthiah coretkan ini? Maaflah. Terasa bercelaru pula. Isi bercampur-aduk. Hahaha....

Apa pun keadaannya... ayuh... kita sama-sama berusaha untuk menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya.

ALLAH adalah matlamat utama ;)

Akhbar hari ini : Dia kata Nik Aziz gilo??? Hmmm....

Kuliah pagi : Bolehkah berdoa kepada orang bukan ISLAM? Jawabnya - HARAM dan HARUS...
Muthiah : Kasihan mengenangkan mereka yang suka bersangka-sangka...
Labels: 0 comments | | edit post

Lari...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah.

Hmmm... lama sudah tidak berbicara tentang isu semasa di siti-muthiah.blogspot. Ayuh...

Titipan buat sang anak,

Selamilah hati ibu dan ayahmu.
Marah mereka, bukan bermakna mereka benci.
Mereka sayang sebenarnya.
Sayang terhadap dirimu yang telah dibesarkan sejak sekian lama.


Jom selusuri...

KOTA BHARU 28 Jan. - Seorang ibu, Masitah Ibrahim, 50, hari ini merayu kepada pelbagai pihak agar membantu mencari anak perempuannya yang dilaporkan hilang, enam bulan lalu.

KUALA LUMPUR, 7 Feb. - Tiada apa yang diinginkan oleh ibu bapa Noor Fazilinah Mohamad Ali, 15, ketika ini selain merayu anak gadis mereka itu kembali ke pangkuan keluarga dengan segera.

KUALA LUMPUR, 23 Feb. - Seorang ibu merayu anak gadisnya berusia 17 tahun yang melarikan diri sejak sebulan lalu bersama pemuda menyamar sebagai anak seorang pengarah filem terkenal, supaya pulang ke pangkuan keluarga segera.

KUALA TERENGGANU, 14 April - Ibu kepada seorang gadis yang cedera terkena tembakan dalam sekatan jalan raya oleh polis di Setiu, kelmarin, sedih dengan tindakan anaknya yang sanggup meninggalkan rumah kerana mengikut teman lelaki.

KULIM, 17 April - Akibat perselisihan faham dua beranak, seorang gadis bertindak melarikan diri dari rumah. Namun setelah enam bulan berlalu, dia akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya semula dalam suasana sayu di Kampung Perpaduan Tandop Pisang, Baling dekat sini malam tadi.

PULAU PINANG, 23 April - Seorang ibu merayu anak perempuannya berusia 16 tahun pulang selepas menghilangkan diri dari rumah mereka di Relau di sini sejak 12 April lalu.

KOTA TINGGI, 25 April - Seorang ibu, Esah Kamin, 58, dari Felda Adela dekat sini, merayu orang ramai yang mengenali anak perempuannya, Norhadijah Md. Jamil, 24, supaya memujuknya pulang ke pangkuan keluarga.

SHAH ALAM, 28 April – Seorang remaja perempuan, Nurbahar Mohd. Hashim, 17, yang melarikan diri dari rumah sejak lapan hari lalu dirayu pulang ke pangkuan keluarganya yang bimbang dengan keselamatannya.

ALOR SETAR, 25 Jun - "Tiap-tiap malam saya mimpi Marini pulang. Hanya itu harapan untuk meyakinkan diri bahawa anak saya masih hidup," rintih seorang ibu, Sham Chin, 61.

MARAN, 26 Julai - "Mak jangan cari Yana. Yana bahagia di sini. Yana nak aman. Yana nak ubah diri. Jangan risau. Yana sayang mak. Okey." Demikian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan seorang pelajar tingkatan empat kepada ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak lebih sebulan lalu di Felda Jengka 5 dekat sini.

JASIN, 26 Ogos - "Pulanglah, Adik. Tidak lama lagi, nak raya. Keluarga semua rindukan adik."Demikian rayuan seorang ibu, Alimahjan Abd Aziz, 50, yang terlalu rindu menatap wajah anaknya, Nurzafirah Mohd. Yusof, 17, setelah gadis itu menghilangkan diri dari rumahnya selepas keluar ke Pekan Selandar pada Jumaat lalu.

KAMPAR, 14 Sept. - Dua beradik kembar perempuan dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan mereka di sini, pada hari raya kedua Sabtu lalu.

JASIN, 25 Sept. - Sambutan Aidilfitri pada tahun ini menjadi pengalaman pahit kepada seorang ibu apabila anaknya, Nurul Dinah Jamal, 23, menghilangkan diri pada hari raya kedua baru-baru ini.

Harapan Muthiah agar kita semua akan mendapat iktibar daripadanya.

Bagi si anak gadis :

1- Berhati-hati dalam memilih teman.

2- Elakkan keluar dari rumah bersendirian - Keluarlah dengan mereka yang kita percaya. Teman lelaki?? Boleh percaya???

3- Sebelum ke mana-mana, maklumlah kepada ibu atau ayah dahulu - Hendak ke mana... dengan siapa...

4- Elakkan keluar pada waktu malam.

5- Hindari keluar dengan orang yang tidak dikenali - Iyalah. Rambut sama hitam (ada juga yang kuning dan perang) tetapi hati lain-lain.
6- Letaklah ALLAH di hadapanmu sebelum mahu melakukan apa-apa - Takut... takut dengan sesuatu yang dimurkai ALLAH.


Salam sayang fillah - Siti Muthiah @ Nazihatul Hanan.

Muthiah : Pernah lari dari rumah pengasuh (tetapi setakat sampai simpang sahaja). Ehe..

Hukum Idgham (ii)

Assalammualaikum. Apa khabar. Jom, hari ini kita sambung hukum tajwid. Akan tetapi, sebelum itu... sudi-sudikan menjengah entri Hukum Idgham (i). Moga, kita semua akan dapat memperbaiki bacaan Al-Quran kita.

Cara mengenal idgham mengikut rasm Uthmani :

1- Nun sakinah

a) Idgham dengan dengung - di atas nun tidak ada sebarang tanda. Manakala pada huruf idgham tiada sabdu dan bersabdu.

b) Idgham tanpa dengung - di atas nun tidak ada sebarang tanda. Manakala pada huruf idgham ada sabdu.

2- Tanwin

a) Idgham dengan dengung - baris atas dan bawah tanwin tidak selari. Manakala huruf idgham tiada sabdu dan bersabdu.

b) Idgham tanpa dengung - baris atas dan bawah tanwin tidak selari. Manakala huruf idgham ada sabdu.

c) Idgham dengan dengung - baris hadapan tanwin berbentuk dua huruf waw kecil yang berturut-turut. Manakala huruf idgham tiada sabdu dan bersabdu.

d) Idgham tanpa dengung - baris hadapan tanwin berbentuk dua huruf waw kecil yang berturut-turut. Manakala huruf idgham ada sabdu.

Ehe... Sebenarnya, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam hukum idgham ini. Insya-ALLAH, nanti Muthiah sambung.

Akhbar hari ini : DAP vs UMNO....

Pengisian hati : Jom perdengarkan...

Selamat maju jaya ;)

Muthiah : Insya-ALLAH... mahu menjadi lebih baik dari semalam. Tenangkan hati yang sedang gundah dan lara...

Keras hati lagi? Bawalah...


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Pagi tadi bersahur dengan air kosong. Bukan apa, gas habis malamnya. Insya-ALLAH, petang nanti beli baru.

Sudah mula berpuasa enam? Ehe... Bagi yang masih belum bermula, Insya-ALLAH ada masa lagi. Ayuh kita rebut peluang yang diberi ALLAH untuk mendekatkan diri kepada-NYA. Muthiah juga... selalu berdoa kepada TUHAN agar ALLAH memilih Muthiah untuk menjadi salah seorang yang mendapat tempat untuk ini (puasa enam). Iyalah... kita hanya merancang. Sebaik-baik perancang adalah ALLAH yang Esa.

Hmmm... apa yang hendak dikongsi ya? Sebenarnya, kesihatan Muthiah tidak cukup baik sekarang ini. Mungkin musim orang sakit. Balik sahaja dari kampung, terus demam. Jadi, hendak menulis pun terasa berat rasanya. Maklumlah, perlu memerah otak. Jadi, Muthiah bercerita apa-apa yang mampu, ya? ;)

Baru-baru ini, Muthiah terbaca berita di akhbar online Kosmo tentang Bumi yang huru-hara dek matahari. Namun, bukan ini yang membuatkan Muthiah berfikir dan terus berfikir. Ada perkara lain yang terus bermain di dalam benak Muthiah.

Satu hari, Muthiah pasti mati. Muthiah akan meninggalkan segala apa yang Muthiah miliki. Harta (tidak ada pun)... juga orang-orang yang Muthiah sayang. Muthiah akan dikapankan. Akan disemadikan di dalam kubur. Duduk seorang diri ditemani cacing... ulat... Kemudian, malaikat datang menghampiri lalu menjalankan tugasan mereka menyoal dan bertanya...

Hmmm... Macam mana, ya? Masih banyak yang belum setel. Bersediakah Muthiah? Tidak! Muthiah belum bersedia. Jadi??? Hanya mengharap rahmat TUHAN.


Sementara masih bernyawa ini, ada lagikah ruang bagi Muthiah untuk :

1- Berasa benci dan marah pada orang yang menyakiti? ~ Muthiah pernah terbaca status pada wall facebook iLuvIslam.com fan. Soal kemaafan. Antara respons yang diterima... 'Maaf boleh, lupa sukar.'

Permasalahannya, mana ada orang yang tidak pernah berbuat silap...
Permasalahan lainnya, sukar pula untuk berlapang dada apabila hati diguris BERKALI-KALI.

2- Berasa kecewa dengan tanggapan dan anggapan yang menghinggapi? ~ Entahlah... bukan kita yang memegang hati-hati manusia. Sebab itu kita tidak bisa menduga apa yang tersirat dalam jiwa mereka. Entah positif, entahkan negatif. Bukan apa susah-susah? Tidak payah pening kepala berfikir tentang tanggapan tersebut. Tidak memanfaatkan siapa-siapa. Apa yang boleh dibuat...

Serah semuanya pada perhitungan ALLAH yang MAHA TELITI... lagi MAHA ADIL, SAKSAMA dan TELUS.

Diri kita sendiri, peliharalah daripada sikap suka bersangka-sangka... mengumpat... mencela dan mengkeji. Insya-ALLAH, bilamana kita menjaga diri kita daripada sikap buruk ini... percayalah. ALLAH akan memelihara diri kita. Jika masih ada yang tetap tidak berpuas hati dan mengata, ehe... anggap sahaja satu bonus atau pahala percuma buat diri kita.

3- Berasa tidak cukup dengan apa yang telah dimiliki? ~ Alhamdulillah. Bab kecukupan, rasanya Muthiah sudah berasa cukup dengan apa yang ada. Muthiah berbahagia hidup bersama suami dan keluarga tercinta. Namun, tidak bermakna Muthiah sudah berhenti berusaha. Usaha tetap usaha. Hasilnya, Muthiah serah pada perencanaan TUHAN. Tidak perlu berkeluh-kesah dan berasa kecewa (meskipun kadang-kadang punya keinginan . ALLAH lebih tahu.

Dan... banyak lagi...

Persoalannya...

Mahukah Muthiah membawa perasaan marah... benci... kecewa dan sakit hati bersama-sama jasad Muthiah yang sudah tidak bernyawa?

Adakah ini yang ingin Muthiah persembahkan kepada ALLAH nanti? Sudahlah amal dan kebaikan tidak sebanyak mana. Kendong sekali benda yang entah apa-apa entah ini.


Jadi, bagaimana???

Berlapang dadalah atas sesuatu, wahai hati... SUKAR!!! PAYAH!!!

Lantas, bawalah rasa benci dan marah itu ke hadapan TUHAN-mu... MALU....

Justeru, maafkanlah... bersenang hati... redha bukan setakat yang terucap pada bibir. Huhuhu...

Hmmmm... Insya-ALLAH...

Teman-teman yang Muthiah kasihi fillah... Pernah alami keadaan ini? Jadi, apakah pilihan kita???

Kuliah pagi : Bangkit di Padang Mahsyar. Bersediakah kita?

Akhbar hari ini : Felda oh felda... Peneroka menang lagi ;)

Muthiah : Apabila hidup ini sentiasa mengharapkan TUHAN, insya-ALLAH kita akan bahagia. Itu pasti.

Bersabarlah...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... apa jua keadaan, insya-ALLAH... Bibir kan menyatakan ~ Alhamdulillah... Ceria, bahagia dan bergembira selalu. Betulkah? Ehe... Muthiah memilih untuk positif! Caiyok-caiyok...

Hmmm... hendak tulis apa, ya? Tidak ada idea. Jom hayati lagu ...



Kemudian, renungkan semula...

Apakah yang membuatkan kita bersedih hati?
Apakah yang mengganggu fikiran kita?
Apakah yang menjadikan kita patah semangat?
Apakah yang menjatuhkan keyakinan diri kita?

Setelah mendapat jawapan...

Katakan pada diri...

Aku tidak sendiri. Aku punya ALLAH yang selalu dekat denganku.
Aku perlu positif dan optimis. Kalau bukan aku yang menggembirakan hatiku, siapa lagi?

Hmmm...

Kata kunci : Sabar... tabah... cekal...

Huhu... payah tetapi cubalah... (Peringatan buat diri Muthiah khususnya).

Kuliah hari ini : Memutuskan silaturrahim.

Akhbar hari ini. : Apabila Habib membuka hotel di Kelantan.... Ini tandanya...

Muthiah : Mendengar dan terus mendengar. Cuba untuk menjadi pendengar yang baik ;)

Katakan tidak pada... (iii)


-sambungan semalam-

4- Doa… Sesungguhnya, doa adalah kekuatan setiap Muslim. Berdoalah agar diri kita sentiasa dipandu ALLAH ke jalan yang diredhai-NYA. Apakah yang membuatkan ALLAH redha???

Jadilah khalifah ALLAH yang hidup dan matinya hanya untuk ALLAH.

Jadilah seorang teman yang mengasihi sahabatnya sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri.

Jadilah seorang anak yang taat, patuh dan berjasa kepada ibu bapa. Taat dan patuh andai apa yang diperkatakan tidak melampaui batas syariat. Berjasa pula besar konteksnya. Mungkin kita tidak banyak harta tetapi kita kaya dengan doa terhadap mereka.

Jadilah seorang isteri yang taat kepada suami. Tidak menyerabutkan fikiran suami dengan sikap besar kepala kita… dengan tingkah laku kita yang meletakkan sang suami rendah kedudukannya dari diri kita… dengan sikap ego dan pentingkan diri sendiri. Kita mungkin berasa bangga dan bahagia begini (hanya dituruti kemahuan oleh sang suami) namun sampai bila? Sesudah mati kelak? Adakah kita mampu mendabik dada lagi?

Jadilah seorang suami yang menjaga amanah sebaiknya. Dari manakah datangnya rezeki yang diberikan kepada keluarga. Adakah kita benar-benar menjaga keluarga kita daripada sesuatu yang mengundang kemurkaan TUHAN?

Jadilah..jadilah…

Huh… daripada tidak ada idea, terpanjang lebar pula. Inilah manusia. Kemampuan kita terbatas tetapi bila mana ALLAH menginginkan sesuatu… tidak ada yang mustahil bagi DIA.

Peringatan ini adalah untuk diri Muthiah sendiri sebenarnya. Kalau ada manfaat buat sahabat-sahabat semua… bolehlah direnung dan fikirkan.

Salam muhasabah.

Kuliah pagi : Ayah oh ayah...

Akhbar hari ini : Ahli akedemik... katakan TIDAK pada...

Muthiah : Moga kan terus redha sampai akhir nyawa…

Katakan tidak pada... (ii)


-sambungan semalam-

1- Mengumpat di belakang. Berterusan dengan persangkaan buruk terhadapnya bahkan kadang-kadang melampaui batas. Sedarlah… bila mana kita punya ruang untuk berfikir begitu dan begini… akan ada banyak peluang dan ruang lagi bagi orang lain untuk berfikir itu dan ini tentang diri kita.

2- Membenci di dalam hati. Dia… berkerjaya besar. Aku… setakat suri rumah. Setakat suri rumah? Ehe… besar ganjaran pahalanya. ‘Gaji’ suri rumah yang menguruskan rumah dan keluarga sebaiknya tidak terungkap nilaiannya. Besar… bisa membantu kita pada hari kiamat kelak. Jadi, usahlah berasa rendah diri dengan diri sendiri. (Tetapi, jangan pula jadi suri rumah yang kerjanya makan, tidur dan buang air sahaja)…

Huhu… Tetap tidak berani tegur. Iyalah… siapalah kita. Ya… tanyakan pada diri. Siapalah diri kita? Layakkah kita menjadi sahabat (dalam erti kata sahabat yang sebenar) buat si pembuat salah tadi? Sahabat yang baik… bukanlah sahabat yang setakat membenarkan setiap perlakuan temannya. Namun, sahabat yang baik itu sentiasa bersedia untuk menegur temannya tatkala dia terlupa dan teralpa.

Bukan!!! Masalahnya… kalau tegur… khuatir berlaku perkara lain pula. Sesuatu yang tidak diingini…Contohnya… silap faham. Pergaduhan kecil/ besar. Percakaran mulut…makin teruk jadinya. Bermasam muka. Pendam dalam. Huhu…

Hmmm… apabila sudah sampai ke tahap ini… mungkin membenci di dalam hati itu adalah jalan yang terbaik (buat masa ini). Namun ingat! Hanya benci pada perbuatan dan tidak pula membenci kepada jasad. Jasad itu masih punya peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Dalam masa yang sama… jika ada ruang… cubalah menegur sedayanya… Ingat!!! Tegur… BUKAN berbicara jelik.

3- Tegur… Beranikah kita menegur teman kita yang telah berbuat salah itu? Hmmm…

Muthiah??? Tengok orang…
Cara teguran??? Tengok orang…
Kalau tidak makan saman??? Hmmm… Tengoklah macam mana. Setakat mana Muthiah menyayangi si teman. Hahaha…

Ditegur seseorang??? Selalu…
Cara tegur??? Macam-macam…
Pengalaman ditegur??? Macam-macam…
Paling tidak boleh lupa??? Dijadikan bagai Kaab bin Malek oleh sang murabbiah.
Kesannya???? Kesan awal… sakit hati, sedih dan kecewa. Kesan jangka panjang… membuatkan Muthiah menghisab kembali diri.
Siapa yang banyak mengingatkan??? Sejak kahwin… suaminya yang banyak menegur dan memberi nasihat. Iyalah. Suami adalah rakan yang paling dekat dan akrab dengan Muthiah saat ini.
Bagaimana halnya dengan sang isteri yang besar kepala??? Nauzubillah. Mohon ALLAH jauhkan diri Muthiah daripada sifat dan sikap itu. Minta jauh… dahulu… kini dan selamanya.

Pengajaran yang boleh diambil??? Positif dan optimis. Bersedialah untuk menerima teguran. Kalau kita merasakan teguran itu tidak baik, letakkanlah ia ke tepi. Fikirkan kembali. Kalau teguran itu sudah jelas lagi bersuluh demi kebaikan… buatlah pilihan terbaik untuk diri sendiri. Kalau bukan kita yang mahu mengislah diri… siapa lagi?

-bersambung-

Bosan? Jom layan ~ Mentari Hidup...

Kuliah pagi : Suara wanita aurat??? Hmmm...

Akhbar hari ini : Hargai wartawan jujur.

Muthiah : Hati...kenapa sukar memberi maaf???

Katakan tidak pada... (i)


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah… Alhamdulillah. Sebenarnya, hari ini ‘hati’ tidak cukup baik namun… insya-ALLAH… dapat atasi perasaan dan emosi yang kurang stabil itu sedikit demi sedikit.

Kenapakah tidak tenang? Firman ALLAH dalam surah ar-Ra’d ayat 28 yang bermaksud, “…Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH-lah hati menjadi tenteram.” Lantas, adakah kerana kurangnya ingatan terhadap ALLAH membuatkan hati ini tidak cukup baik keadaannya? Ehe…

Hmmm… apakah yang boleh Muthiah coretkan hari ini? Ehe… idea tidak ada.

‎"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada persangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian daripada persangkaan itu adalah dosa; Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka, sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH; Sesungguhnya ALLAH penerima taubat, lagi maha mengasihani,” surah al-Hujurat ayat 12.

Isi utama daripada ayat di atas :

1- Tidak bersangka-sangka.

2- Tidak mencari kelemahan atau keaiban orang lain.

3- Tidak mengumpat.

Apapun, kita bahkan tidak ada siapa yang sempurna di atas muka bumi ini. Tidak ada manusia yang tidak pernah tidak berbuat silap. Tidak kira dalam sedar atau sebaliknya. Boleh jadi mereka terlupa dan terlalai saat itu. Atau… tahap keimanan sedang jatuh merudum dek dosa kecil yang berterusan. Atau…sifat jahil menyebabkan mereka sentiasa berada benar dan betul.

Justeru, belajarlah untuk menerima kelemahan orang lain (Peringatan buat diri Muthiah sebenarnya). Bencilah kepada sikap dan fiil yang menjelikkan tetapi usah sekali-kali membenci manusia yang sememangnya banyak khilafnya itu. Hmmm…Kita jelik dengan fiil orang. Fiil kita??? Adakah disenangi oleh orang lain?

Persoalannya pula… adakah kita setakat mahu menerima keburukan sikap/ fiil/ tingkah laku seseorang (yang kita kenal rapat/ dari jauh itu) tanpa membuat apa-apa???

Nampaknya, kita lebih senang menyelongkar keburukan orang itu (juga memainkan peranan menambah perasa dan perisa. Hahaha…) berbanding berusaha membantunya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Jadi, baikkah kita jika bersikap sedemikian? Atau… kita pun dua kali lima?

Tidak!

Jadi… bagaimana???

-bersambung-

Hmmm... sesuatu yang boleh kita fikirkan : Dokumentari tentang senibina dan tenaga.

Kuliah pagi : Ceramah tetapi mengata orang... Hmmm...

Akhbar hari ini : Zunar ditangkap polis. Hmmmm.... bagaimana dengan si pembunuh... pencuri... penipu??? Adakah masih bebas atau sudah mendapat keadilan sewajarnya?

Muthiah : Belajar dan terus belajar...

Umar Al-Khattab (iii)


Assalammualaikum. Ehe. Apa khabar? Muthiah... Insya-ALLAH. Sentiasa memilih untuk ceria, positif dan gembira. Yang tidak menyennagkan hati, tolak sahaja ke tepi. Serah segalanya kepada penghitungan ALLAH. Itu pasti. ALLAH maha adil lagi maha saksama.

Baiklah... setelah lama terhenti, hari ini Muthiah menyambung kembali cerita tentang Sayidina Umar Al-Khattab. Akan tetapi, sebelum itu... bagi yang ketinggalan membaca entri sebelumnya... bolehlah jengah :

i) Umar Al-Khattab (i)
ii) Umar Al-Khattab (ii)

Berbalik kepada kisah Umar Al-Khattab...

Beliau merupakan seorang pemimpin yang memiliki kepakaran dalam pentadbiran dan pengurusan negara yang tinggi, pemimpin politik dan panglima perang yang cergas lagi cerdas. Di samping itu, Sayidina Umar juga sangat mengutamakan keadilan dan beliau sangat tegas dalam menegakkan kebenaran serta hak-hak rakyat.

Banyak sumbangan yang telah diberikan Umar kepada ISLAM. Antara yang paling besar ialah berjaya menyebarluas ISLAM bermula dari Mesir, Syam, Iraq sampai ke kerajaan Parsi. Bukan itu sahaja bahkan Amirul Mukminin yang kedua ini turut berjaya mengembangkan kalender ISLAM untuk dimanfaatkan oleh umat ISLAM keseluruhannya.

Terkenal dengan panggilan Al-Faruq, Sayidina Umar memiliki keberanian untuk melakukan ijtihad. Namun, beliau sama sekali tidak mengabaikan prinsip musyawarah dalam menetapkan sebarang keputusan dan tindakan. Sesungguhnya, Umar selalu berfikir dan melakukan yang terbaik untuk agamanya. Lantaran, beliau mengemukakan idea tentang keperluan melakukan pengumpulan ayat-ayat Al-Quran.

Ehe... Ada satu kisah menarik tentang Umar dengan seorang ibu. Akan tetapi.... huhu... hendak dikongsi hari ini, jadi terlebih panjang pula. Insya-ALLAH, Muthiah akan menyambung mengenainya nanti. Kira penutup kisah Umar...

Selamat maju jaya. Salam mujahadah. Salam ukhwah. Salam dan salam. Moga kita semua akan terus dipilih ALLAH menjadi salah seorang hamba yang mendapat rahmat daripada-NYA.

Maaf atas keterlajuran kata (yang terungkap mahupun sebaliknya).

Hmmm... Bukan ISLAM masuk masjid???

Muthiah : Hanya mengharap...
Labels: 0 comments | | edit post