Hadis | Jangan engkau marah

Assalammualaikum. Hari Isnin yang ___________ . Hahaha... Bersemangat ke tempat kerja? Atau stres memikirkan kerja? Ehe... Muthiah pernah melalui kedua-dua rasa.


Bersemangat apabila melakukan kerja yang suka dibuat. Macam sekarang. Muthiah suka menulis dan bercita-cita mahu menjadi penulis berjaya, insya-ALLAH, Amin. Maka, hati terus girang setiap kali masuk office. Hahaha...


Stres? Hmm... sepanjang pengalaman Muthiah bekerja, Muthiah berada dalam kondisi stres... tidak dapat tidur... tidak lalu makan... tidak dan tidak sewaktu bekerja di sebuah bank dalam negara. Sungguh! Hebat perancangan ALLAH. Muthiah all out untuk kerja tersebut. I did my best. Akhirnya, Muthiah dapat. Diberi kepercayaan oleh bos dan rakan sekerja. Alhamdulillah, Muthiah dapat lakukan! Namun di penghujung... I'm sorry. I can't stay anymore :(


Apapun, jom kita sama-sama ikhlaskan hati dan betulkan niat. Katakan pada diri, "Aku lakukannya kerana ALLAH." Kemudian, berjalanlah... berlarilah... meloncatlah... selagi mana tidak membelakangi syariat... selagimana tidak mengenepikan hati manusia lainnya... selagimana tidak menzalimi diri sendiri... selagimana dan selagimana... terus saja. Moga ALLAH merahmati.


Okey. Terlebih mukadimah pula. Sebenarnya hari ini, Muthiah hendak berbicara tentang _____ <- Bukan hendak menimbulkan tanda tanya tetapi tidak tahu hendak guna perkataan yang paling sesuai. Huhuhu...


Insya-ALLAH esok, Muthiah cerita. Untuk pengisian hari ini ->


Daripada Abu Hurairah R.A., sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya, Rasulullah. Nasihatilah saya." Bagi bersabda, "Jangan kamu marah." Beliau menanyakan hal itu berkali-kali, maka beliau bersabda, "Jangan engkau marah." (H.R. Bukhari)


Yuk, usah kita marah.
Jika rasa itu hadir...
istighfarlah...
banyakkan mengingat TUHAN...
ALLAH ada melihat, mendengar dan mengetahui...
Moga kita terpilih menjadi hamba-NYA yang soleh.


Muthiah : Hmm... sesuatu sedang bermain di minda...

Idea, oh idea

:) Jengah blog sekejap. Pukul 10.00 nanti, mahu serbu Mydin Meru. 






Sebenarnya, sejak semalam Muthiah cuba menulis artikel untuk Paksi.net namun tidak terluah melalui pena papan kekunci. Moga-moga hari ini ALLAH mengurniakan ilham itu. Doakan Muthiah. Deadline hari ini. Bukan mahu buat kerja bertangguh-tangguh tetapi terlupa. Astaghfirullah.


Pengajaran : Wahai, Muthiah. Sila letak dalam takwin penulisan anda! 
Labels: 1 comments | | edit post

Kenangan

Assalammualaikum. Yuk, mulakan hari kita dengan senyuman. Andai ada luka bersarang di hati, nyah jauh-jauh jangan sampai bernanah. Iyark!!!! <- Menggeliat. 


Oh, ini bukanlah cara Muthiah menggeliat.

Siapa ada kawan baik, sila menggeliat <- Pastikan aksi anda lebih comel daripada gambar di atas. 


Boleh jadi, kawan baik itu adalah ...



  • Adik-beradik kita sendiri. Kau darah dagingku. Kau jua best friend aku.
  • Sepupu, saudara. Waktu kecil dulu, kita selalu main sama-sama, kan?
  • Kawan semasa sekolah tadika KEMAS... atau PASTI? ;)
  • Geng sewaktu sekolah menengah. Sama-sama datang lambat. Berjemaah ponteng kelas.
  • Rakan sekualiah. Siapa pernah tolong tandatangan kehadiran?
  • _______________ (Siapakah rakan baik anda?)



Dulu...


Gambar ini pun tidak ada kaitan dengan kisah dulu-dulu Muthiah. Latar hitam putih digunakan untuk gambaran waktu dulu :)

Kita suka bersama, kita sedih sama-sama...
Kita diam bersama, kita mengumpat pun sama-sama. Awas! Daging sesama manusia tidak enak dimakan!
Kita kongsi makanan... kongsi duit... kongsi baju... kongsi buku... kongsi apa lagi?


Sungguh indah, bukan kenangan itu?


Indah kan pemandangan ini?


Jom ambil masa sejenak dan kenang kembali memori indah itu sambil layan muzik Kitaro.


***
Hal ini sebenarnya membuatkan Muthiah terkenangkan sepupu Muthiah yang baru selamat mendirikan rumah tangga pada 30 April 2012. Moga Kak Noni berbahagia bersama pilihan hati.




Dulu...
kita sangat akrab, bukan?
bila balik kampung, kita selalu main sama-sama.
ke sana... ke mari, kita berdua. 
Eh! Ada dua orang lagi; Yana dan Kelly.
naik basikal bergendong jatuh di jalanan. Mujur tidak luka.
naik motosikal, tak ada minyak hitam, mulalah menyusahkan orang. 
beli makanan, kongsi sama-sama. Liza makan banyak, Kak Noni jaga badan.
tika Kak Noni ikut lawatan sekolah, tidak dilupa bear untuk Liza.
tulis surat pada ______ pun sama-sama. Hahaha... surat Liza yang dibalasnya.
Apapun...
Bagaimanapun...
Kita tetap suka dan gembira.


1999
2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
....
....


Namun kini...
hubungan dirasa semakin jauh.
kenapa, ya?
mungkin masa yang memisahkan kita..
boleh jadi juga usia yang menjarakkan...
atau... ada rasa yang terpendam?
kita berjalan mengikut arah sendiri...
Hmm...


Muthiah | Ini kisah Muthiah... sahabat-sahabat, bagaimana? ~


Bagaimana hubungan dengan kawan akrab waktu kecil-kecil dulu?
Masih berkongsi air minuman bersama?
Simpan lagi nombor telefon?


Justeru...


Selagi punya masa dan ruang...
Selagi punya peluang...


HARGAILAH SAHABAT KITA...
HARGAILAH KENANGAN INDAH BERSAMA..





Hahaha... apa yang Muthiah merapu ni? Itulah. Cuti lama... apabila menulis, entah apa-apa. Maaf salah silap. Sekadar mahu menajamkan mata pena.


Muthiah : Kenangan...

Gomo Kelate Gomo

Tahniah Muthiah ucapkan kepada pasukan dan penyokong Kelantan atas kemenangan menjuarai Piala FA 2012. 


Kelantan 1 ('58 Mohammed Ghaddar) Sime Darby 0

GOMO KELATE GOMO ^^

Labels: 0 comments | | edit post

Hati seorang ibu


Alhamdulillah ^^

Pagi tadi,Muthiah mendapat komentar daripada Tetamu Istimewa di blog. Katanya, "Salam. Tahniah, Puan cerpen terbaru di Harmoni-Hati Seorang Ibu."

Oleh sebab suami bekerja, Hanan segera menghantar sms kepada suami yang berbunyi, "Nak hadiah! Cerpen diterima terbit di Harmoni. Tolong beli ya ♥."

Yuk, dapatkan di pasaran!



Majalah : Harmoni
Bil : 182, 1-31 Mei 2012
Cerpen : Hati Seorang Ibu
Nama pena : Siti Muthiah

Terima kasih daun keladi kepada keluarga, sanak-saudara, serta rakan-rakan yang menyokong dan menyayangi. Sayang kamu ketat-ketat ^^
 

Mencari Naurah (Bab 36)

Novel | Mencari Naurah



‘ADAKAH aku tersalah cakap?’ aku tertanya-tanya sendiri. Sudah dua hari aku tidak menerima sebarang e-mel daripada Asyraf, berbual apatah lagi. ‘Ada apa-apa yang tidak kena ke?’ aku masih belum berpuas hati. Entahlah...

“Assalammualaikum, cik adik. Kenapa nampak tak ceria? Kurang comellah kalau ci adik bermuram durja ni,” tegur Anuar.

“Tak ada apa-apa. Biasa-biasa sahaja,” balasku. Khuatir Anuar perasan dengan perubahanku.

“Adakah anda berkata benar?” Anuar tersenyum. “Dari tadi, saya tengok awak asyik pandang inbox e-mail tu aje. Awak menantikan e-mel daripada sesiapa?” terjahnya.

“Tak ada apa-apa. Rasa bosan pula. Sebab itu tengok-tengok e-mel ni. Manalah tahu... ada e-mel daripada teman-teman lama,” aku berdalih.

“Bukankah saya dah dekat. Kenapa nak buka e-mel lagi? Saya tak ada e-mel apa-apa pun pada awak. Sebarang luahan dan kemusykilan  akan saya bicarakan secara terus. Tidak ada belok-belok,” ujar Anuar.

Dia mahu berjenaka tetapi tidak mampu membuatkan aku tersenyum. Ketawa apatah lagi.

“Baiklah, Natasha. Saya kena jumpa Puan Regina. Jumpa lagi. Kalau ada apa-apa, hantarlah SMS. Insya-ALLAH, telefon bimbit saya tidak punya birokrasi. Setiap mesej akan diterima, terutamanya daripada awak.” Anuar terus  berjalan perlahan ke tempat duduknya. Dia lantas mengambil fail hijau yang terletak di atas buku-buku yang tersusun rapi.

“Jaga diri baik-baik, Sha. Apa-apa, jangan lupa hantar mesej.” Dia mengingatkan.

Aku hanya terdiam. Selepas Anuar berlalu pergi, aku menoleh ke belakng mencari Hilda, kerani am yang duduk betul-betul di belakang mejaku. “Hilda, saya hendak ke tandas sebentar. Sekiranya ada panggilan masuk, tolong angkat dan minta telefon balik dalam sepuluh minit.”

“Baiklah. Asha sihat?” Dahi Hilda nampak berkerut.

“Insya-ALLAH. Alhamdulillah...” jawabku ringkas sambil tersenyum manis.

Perlahan-perlahan aku melangkah ke dalam tandas. Entahlah, fikiranku buntu tetapi tidak tahu apa yang aku fikirkan. Hatiku bergelora tetapi tidak pasti apa yang aku risaukan. Aku betul-betul tidak dapat fokus dengan kerjaku. Terasa kosong... semua ada.

Asyraf... dia datang dan pergi. Kenapa dia mahu hadir sekiranya dia punya niat untuk meninggalkan aku terkapai-kapai sendiri? Argh... astaghfirullah! Syaitan yang dilaknat ALLAH begitu hebat memainkan peranannya.

Baru minggu lepas aku mendengar ceramah di Masjid As-Syakirin, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Teringin rasanya melihat pemandangan indah di taman berhampiran. Boleh tahan banyak juga orang yang mengunjunginya. Ada yang datang bersama keluarga dan ada juga yang datang berpasangan. Pasangan? Aku tidak pasti sama ada pasangan muda yang kulihat itu merupakan suami isteri atau sebaliknya. Entahlah... macam-macam.

Menurut Ustaz Shahrul Zaman dalam ceramahnya... “Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai; lebih kamu cintai daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan berjihad di jalan-NYA, maka tunggulah ALLAH mendatangkan keputusan-NYA...”


Ya, aku semakin leka. Begitu asyik melayan gelora di dalam hati. Rasa cinta terhadap makhluk yang bernama manusia. Benarkah aku sudah jatuh cinta? Argh, mustahil aku menyukai seseorang yang pernah memarahiku di khalayak ramai. Mana mungkin aku melupakan saat itu. 
‘Jamku mati, TUAN!!!’
Cinta atau tidak?
Suka atau tidak?
Aku masih mahu berdolak-dalik. Tidak mahu mengaku yang sebenarnya aku menaruh harapan terhadap Asyraf. Lebih tepat...  Jatuh cinta, betul?

C.I.N.T.A! Salahkah untuk jatuh cinta? Bukankah untuk merasai kemanisan iman perlu mencintai seseorang kerana ALLAH? ‘Natasha!’ Aku memarahi diriku sendiri. Itu sahajakah syarat-syarat merasai kemanisan iman? Atau engkau berpura-pura tidak ingat?

‘Bagaimana pula dengan keutamaan cinta terhadap ALLAH dan Rasul-NYA? Dia perlu mendahului cinta selainnya!’ Kata-kata hati menempelak diriku.

Aku cintakan ALLAH dan Rasul mendahului segalanya...

‘Kamu pasti?’ hatiku masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang kuberi.

Insya-ALLAH, aku pasti. Aku cintakan ALLAH lebih daripada yang selainnya.

‘Kamu berbohong! Kamu kata kamu cintakan ALLAH tetapi kamu lalai dalam solatmu, kamu alpa dalam kebergantunganmu terhadap DIA yang kamu akui kamu cintai sepenuh hati. Kamu sebenarnya meronta-ronta inginkan cinta manusia yang tidak pasti,’ hatiku seolah-olah mahu berperang dengan jasadku, namun sebenarnya jawapan itu turut hadir dari dalam hatiku sendiri. Aku hanya punya satu hati...

‘Kamu kata kamu khusyuk tetapi sebenarnya kamu tidak menghadirkan diri dalam pengabdianmu kepada ALLAH.’ Dia menambah.

Aku insan biasa... lidahku kelu untuk berlawan kata dengan hatiku.

‘Kamu kata mahu merasai kemanisan iman tetapi kamu tidak takut untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana takutnya kamu dilemparkan ke dalam api neraka..’

Aku  takut...

‘Kamu bohong lagi! Bukankah bohong itu merupakan ciri-ciri orang munafik? Bila mana kamu menjerumuskan dirimu menjadi seorang munafik, kamu tidak layak untuk mencium syurga ALLAH. Memasukinya apatah lagi. Maka, nerakalah tempatmu,’ pergelutan perasaan berlaku.
Aku tidak berbohong dan aku benar-benar takutkan neraka ALLAH...

‘Natasha, muhasabahlah sendiri. Sejauh mana kamu menutup ruang hati kamu daripada mendekati zina hati yang boleh menjuruskan kamu ke dalam neraka ALLAH...’

Diam... aku tidak mampu lagi untuk mempertahankan diriku terhadap hatiku sendiri. Aku mengaku kalah.

Aku kira, rasa cinta ini lahir kerana ALLAH dan tidak lebih daripada cintaku terhadap-NYA, namun kenapa hatiku begitu berkecamuk? Bukankah dengan mengingati ALLAH itu hati akan tenang?

Pili air kupusing perlahan lalu kubasahkan kedua belah telapak tanganku. Aku segera membasuh muka yang nampak berserabut. Air basuhan mukaku menitik ke dalam sinki. Cermin di dalam tandas kurenung tajam. Air mataku turut jatuh menyembah bumi.

Aku sudah menemui jawapan. Aku sebenarnya masih jauh daripada cinta ALLAH... ‘Dan hanya kepunyaan ALLAH kerajaan langit dan bumi. DIA memberikan keampunan kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA dan mengazab sesiapa yang dikehendaki-NYA. Dan sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...’

“Asha tak apa-apa?” Tegur Hilda.

“Hmm... Alhamdulillah, okey.” bohongku.

“Asha nampak pucat. Baik Asha ambil cuti separuh hari. Lagipun, sudah tiga hari berturut-turut Asha, Ying Pei, Prehsnan dan Sook Kuan bertungkus-lumus untuk acara tersebut,” ujar Hilda lagi. “Ying Pei pun cuti sakit hari ini.” Dia menambah.

“Terima kasih, Hilda,” ucapku lalu membetulkan tudung yang kupakai. Ya, aku perlu ambil cuti separuh hari. Hatiku berkecamuk dan aku perlu mencari ketenangan.

‘Begitu hebat penangan cinta,’ bisik hatiku.
~bersambung~

Hadis | Keampunan

Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu. Mesti gembira bangat dapat bersantai dengan famili tercinta. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, DIA yang memberi ruang dan keizinan. Ehe. Buat apa hari Sabtu ni? 

Kemas rumah?

Atau masak?

Atau tengok TV?


Apapun yang sahabat-sahabat lakukan, moga ALLAH redha dan suka ^____^

Muthiah pula, Alhamdulillah. Pagi tadi sarapan pagi dengan bihun goreng (kenyang tetapi sekarang lapar balik). Masak siap-siap makan tengah hari. Kemudian, kemas rumah, basuh kain dan paling ______ (biar hati sahaja yang tahu), cuci akuarium. Hahaha. Siap! Sekarang masa untuk...


  1. Kemaskini blog. (12.40pm)
  2. Kemaskini desain pada blog. (1.15pm)
  3. Promosi buku GBK Mei. (1.31pm)
  4. Buat draf manuskrip. (10.12am, 20 April 2012)
  5. Buat artikel untuk Paksi.net <- Oh ya. Jemput jengah semua. Muthiah sebenarnya ada mengumbang artikel di sini. Satu bulan, satu artikel. Doakan Muthiah istiqamah ya :) 
Okey. Sebelum Muthiah beransur dan memberi ruang kepada Mencari Naurah untuk mengambil tempat, Muthiah akhiri catatan maya Muthiah hari ini dengan satu hadis (hadis arbain Imam Nawawi) ~ juga sebagai hadis motivasi buat diri Muthiah ;)

Daripada Anas R.A., dia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'ALLAH SWT berfirman, “Wahai, anak Adam. Sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan, AKU tidak peduli. Wahai, anak Adam.  Seandainya dosa-dosamu (setinggi) awan di langit, kemudian engkau minta ampun kepada-KU, nescaya akan AKU ampuni engkau. Wahai, anak Adam. Sesungguhnya jika engkau datang kepada-KU dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-KU dengan tidak menyekutukan AKU sedikitpun, maka akan AKU temui engkau dengan ampunan sebesar itu pula,'." (H.R. Tirmidzi ia berkata, 'Hadis ini hasan shahih')

Moga kita tergolong dalam golongan hamba yang tidak berputus asa daripada rahmat dan keampunan ALLAH. 

Kembali

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah, sihat cuma (Hisy, ada juga dia punya cuma tu!) kaki Muthiah sedikit membengkak. Pada pergelangan tangan kanan pula ada berbekas parut kecil. Kenapa? Ehe. Jatuh atas lantai yang licin. Moga-moga menjadi penghapus dosa buat Muthiah yang selalu lupa. Jom istighfar...




Bagaimana dengan aktiviti sahabat-sahabat di luar sana? Muthiah... Alhamdulillah, sedang menulis draf untuk manuskrip ke seterusnya. Doakan Muthiah, ya. Jemari ini memang menaip. Mata ini memandang skrin komputer namun hakikatnya, semua itu adalah daripada ALLAH. ILAH yang memberi ilham. ILAH juga yang memberi kekuatan. Semuanya adalah daripada DIA yang Maha Berkuasa. Dengan kata lain... 


          Setiap sesuatu perkara adalah daripada ALLAH yang Maha Segalanya ^^




Baru-baru ini, Muthiah ada terbaca sepotong ayat daripada al-Quran yang bermaksud, "Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu. " (ar-Rum, 30:60)...

... membuatkan Muthiah merenung sejenak. Muthiah sangat lazim dengan ayat ini. Lantas, kenangan lama pun menjelma.


Oh, gambar ini tidak ada kaitan dengan kenangan lama Muthiah. (^_^)


Sewaktu belajar dahulu, Muthiah kira... al-Quran tafsir merupakan teman yang paling akrab bagi Muthiah.

Sebelum membuat ulangkaji, Muthiah akan membaca terjemahan al-Quran.
Sebelum pensyarah masuk kuliah, Muthiah akan intai sekejap terjemahan al-Quran.
Sebelum berjumpa adik-adik, Muthiah senang meneliti terjemahan al-Quran.
Sebelum tidur... sebaik sahaja bangkit daripada tidur... al-Quranlah peneman.

Kemudian, Muthiah akan berasa tenang. 


Sesungguhnya, dengan mengingati ALLAH hati akan tenang. (ar-Ra'd, 13:28)

Apabila buntu, terasa jawapan diberikan ALLAH.
Apabila sedih, terasa ALLAH dekat.
Apabila kecewa, terasa diri tidak keseorangan.

Muthiah semat dalam hati kalimah ALLAH itu. Akhirnya... dalam tangis, hati berasa bahagia.

NAMUN!

"Kenapa diri tidak istiqamah lagi?"
"Salah siapa?"


Sesungguhnya, manusia itu acap kali alpa lagi lupa. Alangkah manis dan indah andai mampu kembali. Kita boleh bicara, kita mahu dekat dengan PENCIPTA. Kita boleh kata, hidup dan mati kita hanya untuk ALLAH namun... sejauh mana kita sebenarnya mengakrabkan diri kepada kepada-NYA? <- Ah! Ini adalah peringatan buat diri Muthiah sendiri.

Yuk...

Mungkin kita tidak sedar... 
Mungkin kita tidak rasa...

... kita sedang jauh daripada PENCIPTA. Akan tetapi setelah terjaga... marilah kita sama-sama beriringan kembali. Kita cuba untuk menjadi hamba ALLAH yang terbaik. Kita cuba lakukan yang paling baik. Ketepikan kata-kata manusia yang mengeji. Percaya, ALLAH dekat... mendengar dan mengetahui.

Selamat bermuhasabah ;)

... mahukan pengakiran. Permulaan yang baik, moga-moga berakhir dengan yang baik juga. Gusar andai permulaan itu baik, pengakhiran itu jauh daripada redha-NYA, nauzubillah.




Kemanisan iman

Assalammualaikum.


Aduhai, agak lama tidak mengemaskini blog. Hampir bersawang. Agak sibuk...


Sibuk?






 Muthiah sebenarnya tidaklah sesibuk mana. Sekarang berada dalam mood cuti (daripada menulis manuskrip) cuma...



... dan lama pula ^____^

Baiklah. Lama tidak menulis, terasa tidak tahu hendak mencoret apa pula. Banyak perkara berada di dalam minda tetapi tidak dapat diluahkan melalui papan kekunci. Moga yang sedikit ini akan mendapat manfaat buat semua. Yuk, sebarkan kasih sayang dan cinta sesama makhluk. Namun awas, usah silap sebar cinta yang mendatangkan kemurkaan-NYA.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tiga perkara yang barangsiapa memiliki (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu); Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Jom kita renung/ muhasabah sendiri...

  • Sejauh mana kita mencintai ALLAH dan Rasul melebihi selainnya?
  • Adakah kita mencintai seseorang benar kerana ALLAH semata-mata?
  • Betulkah kita benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya kita untuk dilemparkan ke dalam api neraka?
Sekiranya YA, Alhamdulillah. Kita lebih arif akan usaha yang telah kita lakukan dan pasti! ALLAH lebih tahu segala sesuatu yang berada di dalam hati kita. Jika belum berjaya... usaha lagi. ALLAH dekat, melihat... mendengar dan mengetahui. 

Namun sekiranya TIDAK, yuk kita koreksi kembali. Tidakkah hati kecil kita mahu untuk merasai kemanisan iman? Sungguh! Tidak ada yang paling membahagiakan seorang manusia melainkan apabila dia dekat dan akrab dengan TUHAN-nya. 

Okey. Muthiah beransur dahulu. Moga ketemu lagi, insya-ALLAH. 
Labels: 0 comments | | edit post

Apabila hati tidak tenteram

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Ehe. Masih bercuti. Insya-ALLAH, 7 Mei nanti Muthiah akan kembali menulis manuskrip. Doakan ya. 






Hendak coret apa hari ini?






Semalam, Muthiah rasa something wrong somewhere...


Cepat sedih...
Cepat terasa...
Cepat fikir yang bukan-bukan...
Terkenangkan sesuatu yang telah menghiris, mengguris...


Dengan kata lain, hati tidak cukup tenang berbanding sebelumnya. Entah. Muthiah bersoal jawab sendiri, "Sebab kurang membaca al-Quran ke?" 


Muthiah terfikir akan seorang perokok tegar. Semakin banyak dia menghisap rokok, semakin keras, hitamlah paru-parunya. Astaghfirullah... Muthiah membayangkan pula hati Muthiah yang kotor dan keras sampai sebegitu. Jika tidak, masakan Muthiah tidak berasa apa-apa tatkala membaca al-Quran. Rasa kosong. Rasa jauh daripada ALLAH. 





Moga ALLAH ampun dosa.
Moga ALLAH tidak menjauh (padahal, diri sendiri yang jauh daripada-NYA).
Moga ALLAH lembutkan hati (caiyok, wahai diri!).


....


Kemudian, sewaktu berborak-borak dengan suami, ada sesuatu yang terpacul dari bibirnya, membuatkan Muthiah terfikir-fikir sendiri...


Mungkin dek kerana payah hendak berlapang dada atau memaafi, membuatkan Muthiah begini.


Bukan tidak mengingatkan diri...
Bukan juga tidak tahu... para Nabi dan orang beriman diuji lebih hebat lagi...
Bukan tidak maklum akan kesannya kepada jiwa sendiri...


tetapi....


Setakat orang mengguris hati... bersangka-sangka... mengata... apalah sangat. Kita pun, pasti ada tersalah langkah... tersilap cakap... melukai hati seseorang atau boleh jadi juga pernah berburuk sangka..


Justeru, wahai hati...


Kembalilah kepada TUHAN-mu yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi.


Untuk apa kita hidup di atas muka bumi? ~ Kerana ALLAH.
Untuk apa kita berbuat baik kepada makhluk-NYA? ~ Kerana ALLAH.
Untuk apa kita bersabar dan berlapang dada? ~ Kerana ALLAH.






Ya... segalanya adalah kerana ALLAH.


Serah semuanya kepada ALLAH.
Mengadu kepada ALLAH.
Merintih kepada ALLAH. 


Persoalan; Sejauh manakah segala sesuatu itu kita lakukan kerana-NYA.


Menangis lagi T___T


Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik Penilai dan Penghitung.


Moga kita dipilih ALLAH sebagai salah seorang hamba-NYA yang soleh/ solehah. 


Jika ENGKAU menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba ENGKAU, dan jika ENGKAU mengampuni mereka, maka sesungguhnya ENGKAU-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Maidah, 5:118)



Maafkanlah

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Lama sudah Muthiah tidak berceloteh di sini. Agak sibuk mengejar deadline peribadi. Meskipun hanya fasa kerja sendiri, kena bersungguh-sungguh, bukan? ^___^


Hmm... tidak ada idea. Muthiah petik dari wall Dr. Zubaidi Haji Ahmad. Yuk... kita sama-sama fikir.. renung... selami dan hayati.


.....




Ramai di antara kita yang banyak menyimpan dendam. Dendam pada kawan, adik beradik, pasangan kita suami/isteri malah pada musuh kita. Dendam ibarat penjara dalam hati yang akan menyeksa emosi kita. Orang yang tidak memaafkan lalu berdendam ibarat orang yang memasukkan dirinya ke dalam penjara dengan sukarela. Cara untuk kita keluar dari penjara itu adalah dengan segera memaafkan dan melupakan kesalahan mereka.

Anggaplah mereka masih tidak tahu apa yang mereka lakukan dan memerlukan kemaafan daripada kita.

Kalau suami/isteri melakukan kesalahan atau sebab tidak sengaja, atau alasan yang tidak dapat dielakkan, atau sebab tidak tahu, segera maafkan mereka.

Kerana kebahagian berumah tangga bermula daripada saling memaafkan. Bagaimana kita mahu bahagia jika kita meletakkan diri kita di dalam penjara hati akibat tidak memaafkan dan melupakan?

Mulai hari ini, maafkanlah isteri jika lauk semalam terlebih garam, dan maafkanlah suami jika semalam bahasanya menyinggung kita.

Kunci kebahagian ialah mudah memaafkan walaupun sukar untuk melupakan ~Dr. Zubaidi Haji Ahmad.

Muthiah :
Percaya! ALLAH Maha Teliti Penghitungan-NYA. Apabila diri disakiti, bersabarlah... bertabahlah. ALLAH dekat mendengar, melihat dan mengetahui. ALLAH ada mengadili dan DIA-lah Hakim yang paling saksama. Dekatkan jasad dan jiwa kepada-NYA, insya-ALLAH hati akan menjadi tenang.  ♥

Labels: 0 comments | | edit post

Akhirnya Cinta


Alhamdulillah... Karya pertama Muthiah untuk tahun 2012.

Majalah : Remaja
Bil : 616
Tarikh : 15 April 2012
Judul cerpen : Akhirnya cinta
Nama pena : Nurliza Mohd Nasir

...

“Dah setahun Tuan mencuba. Kalau benar-benar suka, hantar sahaja rombongan meminang. Kalau kena tolak, ambil borang minta bertukar negeri lain. Kalau Tuan asyik menyakat macam ni, sampai bila-bila pun tak selesai. Saya yang menengok pun semput. Lagipun, Tuan bukannya muda lagi nak mengayat macam budak umur 25 tahun,” Aireena menyatakan pandangannya panjang lebar.

Norman mengagguk perlahan. “Cadangan yang bernas tetapi saya tidak akan masukkan dalam pengiraan penilaian prestasi kerja kamu,” katanya perlahan lalu beredar masuk ke dalam biliknya.
...

Selamat membaca ^^

Aduhai, hati yang sedang rawan


Duhai kasih,

Usah biarkan hatimu walang dek impian yang tak terlaksana...
Sesungguhnya DIA lebih arif, Maha Tahu segala sesuatu yang terbaik buatmu...

Dekatlah, dekatkanlah, dekat...
Hampirkan dirimu pada-NYA, pasti kau tak kan kecewa...

Yakinlah, yakin...
ILAH mendengar dan mengetahui segala isi hati..
ILAH melihat, tahu yang terpendam di dalam sanubari...

Menangislah namun awas! Jangan sampai memudaratkan...
Kecewalah namun ingat! Jangan sampai keterlaluan...

Kita insan hamba yang lemah...
Kepada DIA kita mengabdikan diri dan kepada DIA juga kita membutuh pertolongan.

....

Dan (ingatlah), tatkala TUHAN-mu menyatakan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih,". (Ibrahim, 14:7)

Moga kita semua tergolong dalam lingkungan hamba-NYA yang sentiasa bersyukur dengan ketetapan-NYA. Andai belum peroleh apa-apa yang diingini, usaha lagi tanpa rasa jemu.

ALLAH ada... ALLAH ada... ALLAH ada... Yaeh!

♥ ♥ ♥

Doa Dhuha


Ya, ALLAH.

Moga aku tergolong dalam lingkungan hamba-MU yang sentiasa berusaha untuk mendekat dengan-MU. Hanya ENGKAU, segalanya ENGKAU.

Ya, ALLAH.

Moga aku tergolong dalam lingkungan hamba-MU yang mentaati segala perintah-MU dan menjauh larangan-MU. Sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk-MU.

Ya, ALLAH.

Peliharalah daku... lindungi daku...

Moga aku tergolong dalam lingkungan hamba-MU yang meletakkan ENGKAU di tempat yang teratas, menyintai-MU seluruh jiwa ragaku.

'Tidak ada apa yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan apabila dapat memperoleh kemanisan iman dan mengecap cinta ILAHI.' MH