Maafkanlah

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Lama sudah Muthiah tidak berceloteh di sini. Agak sibuk mengejar deadline peribadi. Meskipun hanya fasa kerja sendiri, kena bersungguh-sungguh, bukan? ^___^


Hmm... tidak ada idea. Muthiah petik dari wall Dr. Zubaidi Haji Ahmad. Yuk... kita sama-sama fikir.. renung... selami dan hayati.


.....




Ramai di antara kita yang banyak menyimpan dendam. Dendam pada kawan, adik beradik, pasangan kita suami/isteri malah pada musuh kita. Dendam ibarat penjara dalam hati yang akan menyeksa emosi kita. Orang yang tidak memaafkan lalu berdendam ibarat orang yang memasukkan dirinya ke dalam penjara dengan sukarela. Cara untuk kita keluar dari penjara itu adalah dengan segera memaafkan dan melupakan kesalahan mereka.

Anggaplah mereka masih tidak tahu apa yang mereka lakukan dan memerlukan kemaafan daripada kita.

Kalau suami/isteri melakukan kesalahan atau sebab tidak sengaja, atau alasan yang tidak dapat dielakkan, atau sebab tidak tahu, segera maafkan mereka.

Kerana kebahagian berumah tangga bermula daripada saling memaafkan. Bagaimana kita mahu bahagia jika kita meletakkan diri kita di dalam penjara hati akibat tidak memaafkan dan melupakan?

Mulai hari ini, maafkanlah isteri jika lauk semalam terlebih garam, dan maafkanlah suami jika semalam bahasanya menyinggung kita.

Kunci kebahagian ialah mudah memaafkan walaupun sukar untuk melupakan ~Dr. Zubaidi Haji Ahmad.

Muthiah :
Percaya! ALLAH Maha Teliti Penghitungan-NYA. Apabila diri disakiti, bersabarlah... bertabahlah. ALLAH dekat mendengar, melihat dan mengetahui. ALLAH ada mengadili dan DIA-lah Hakim yang paling saksama. Dekatkan jasad dan jiwa kepada-NYA, insya-ALLAH hati akan menjadi tenang.  ♥

Labels: | edit post
0 Responses