Apabila hati tidak tenteram

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Ehe. Masih bercuti. Insya-ALLAH, 7 Mei nanti Muthiah akan kembali menulis manuskrip. Doakan ya. 






Hendak coret apa hari ini?






Semalam, Muthiah rasa something wrong somewhere...


Cepat sedih...
Cepat terasa...
Cepat fikir yang bukan-bukan...
Terkenangkan sesuatu yang telah menghiris, mengguris...


Dengan kata lain, hati tidak cukup tenang berbanding sebelumnya. Entah. Muthiah bersoal jawab sendiri, "Sebab kurang membaca al-Quran ke?" 


Muthiah terfikir akan seorang perokok tegar. Semakin banyak dia menghisap rokok, semakin keras, hitamlah paru-parunya. Astaghfirullah... Muthiah membayangkan pula hati Muthiah yang kotor dan keras sampai sebegitu. Jika tidak, masakan Muthiah tidak berasa apa-apa tatkala membaca al-Quran. Rasa kosong. Rasa jauh daripada ALLAH. 





Moga ALLAH ampun dosa.
Moga ALLAH tidak menjauh (padahal, diri sendiri yang jauh daripada-NYA).
Moga ALLAH lembutkan hati (caiyok, wahai diri!).


....


Kemudian, sewaktu berborak-borak dengan suami, ada sesuatu yang terpacul dari bibirnya, membuatkan Muthiah terfikir-fikir sendiri...


Mungkin dek kerana payah hendak berlapang dada atau memaafi, membuatkan Muthiah begini.


Bukan tidak mengingatkan diri...
Bukan juga tidak tahu... para Nabi dan orang beriman diuji lebih hebat lagi...
Bukan tidak maklum akan kesannya kepada jiwa sendiri...


tetapi....


Setakat orang mengguris hati... bersangka-sangka... mengata... apalah sangat. Kita pun, pasti ada tersalah langkah... tersilap cakap... melukai hati seseorang atau boleh jadi juga pernah berburuk sangka..


Justeru, wahai hati...


Kembalilah kepada TUHAN-mu yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi.


Untuk apa kita hidup di atas muka bumi? ~ Kerana ALLAH.
Untuk apa kita berbuat baik kepada makhluk-NYA? ~ Kerana ALLAH.
Untuk apa kita bersabar dan berlapang dada? ~ Kerana ALLAH.






Ya... segalanya adalah kerana ALLAH.


Serah semuanya kepada ALLAH.
Mengadu kepada ALLAH.
Merintih kepada ALLAH. 


Persoalan; Sejauh manakah segala sesuatu itu kita lakukan kerana-NYA.


Menangis lagi T___T


Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik Penilai dan Penghitung.


Moga kita dipilih ALLAH sebagai salah seorang hamba-NYA yang soleh/ solehah. 


Jika ENGKAU menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba ENGKAU, dan jika ENGKAU mengampuni mereka, maka sesungguhnya ENGKAU-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Maidah, 5:118)



Labels: | edit post
0 Responses