Katakan tidak pada Hari Valentine

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Tidak sabar untuk meraikan HARI KEKASIH yang akan berlangsung esok?? 15 FEBRUARI 2011, bersamaan 12 Rabiul Awal :) Hari kelahiran Nabi junjungan kita Muhammad SAW.


Satu persoalan yang mungkin boleh dijawab sendiri-diri. Hendak jawab di sini pun boleh. Insya-ALLAH, Muthiah tidak akan komen apa-apa. Kerana... hanya ALLAH yang tahu isi hati manusia lainnya ;) SENYUM....


Apakah bukti cinta kita terhadap RASULULLAH?


Hmm... baiklah. Entri hari ini adalah berkisar tentang Hari Valentine. Walaupun sudah banyak yang berbicara tentang ini... Muthiah tetap mahu berkongsi dengan teman-teman juga. Iyalah. Boleh jadi ada pengunjung yang masih belum tahu. Jika pernah mengagungkannya? Istighfar. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ALLAH lebih tahu...


Jom... soal-jawab yang Muthiah copy/ paste dari blog Ustaz Zaharuddin.


Soalan


Assalamualaikum ustaz,

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

JAWAPAN


Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel Bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan Hari Valentine.


Asal-usul Valentine


Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulu kala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, tempoh antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.


Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bahagian daripada ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahawa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)


Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.

(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)


Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitri dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :


(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (Idil Fitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892).


Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.


Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan negara, sambutan ulang tahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.


Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asal usul, cara dan kaedah implementasinya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722).

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :


"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).


Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.


Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim).


Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah daripada perbuatan mungkar.

4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, menggadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :


وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا


"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 ).


Diriwayatkan dari Umar r.a. bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:


"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad).


Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.


"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?"


Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.


6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan."

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi SAW, kemudian Nabi memberitahu bahawa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan saja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya buat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya).

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di Hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk meraikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Valentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.


Sekian

Ust Zaharuddin

26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007


Muthiah : Setiap hari berkasih sayang bagi sesiapa yang mahu menyayangi...

Labels: 0 comments | | edit post

Sutera kasih

Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu. Nasyid pilihan hari ini. Jom kita hayatinya sama-sama. SENYUM.....


Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya


:) TUHAN... pada-MU ada kedamaian.....

Mutabaah ibadah : Yuk....

  • Udah membaca al-Quran?
  • Udah qiammullai pagi tadi?
  • Udah membaca al-Mathurat?
  • Udah memaafkan orang yang iri hati? ~ Tidak.
  • Udah... udah... udah....

Muthiah : Terkenangkan seorang teman yang turut sama meminati lagu ini. Hiii....
Labels: 0 comments | | edit post

Katakan TIDAK!

Assalammualaikum. Ayuh, sahabat-sahabat. Katakan tidak pada ~

Nanti-nantikan.... Salam Maulidur Rasul ~


Berpesan-pesan kepada kebaikan... Ambil yang baik, yang buruk hindarkan. Kitalah yang membuat pilihan sama ada mahu mengutip mutiara atau mencari kelompangan yang ada di mana-mana. Tepuk dada, tanya hati =)

Muthiah : Senyum .... ikhlas...
ALLAH yang menilai. Bukan manusia yanga acap kali busuk hatinya.
Labels: 2 comments | | edit post

Lembayung Kasih-MU

Assalammualaikum. Apa khabar? Selamat berhujung minggu. Muthiah. Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Hidup berlangsung aman dan tenteram ;) SENYUM....

Jom baca novel NUR ...

Lembayung Kasih-MU

Sinopsis
Cinta itu anugerah yang terindah daripada ALLAH. ALLAH memberi kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Maira mengenakan syarat kepada lelaki yang ingin mencintainya. Lelaki itu hendaklah mencintai ALLAH dan Rasul terlebih dahulu sebelum menyintai dirinya. Dalam diam, Maira jatuh hati pada Fansuri. Namun dia sedar, dia hanyalah orang gaji. Untuk mengelakkan dia menjadi lebih gila dengan cinta rahsianya, Maira mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke London agar dapat melupakan Fansuri dan mencari lelaki yang sering bertandang dalam mimpinya sejak bertahun lamanya.

Fansuri kecewa setelah Maira pergi. Hatinya berkata, adakah dia terlambat untuk mengejar cintanya? Sedar akan kekurangan diri, dia bertekad mengejar cinta ALLAH dahulu sebelum mengejar cinta Maira.

Penulis : Ummu Wafa
Facebook : Faizahyahya Yahya
Emel : faizahyahya67@yahoo.com

:) Ayuh, dapatkan Lembayung Kasih-MU di pasaran ;)

Muthiah : Jangan lupa juga untuk mendapatkan MENCARI NAURAH ;) Hiiii...

Mencari Naurah (Bab 3 - samb. )


“Kak Natasha, saya gelabahlah,” seorang junior menegurku.

“Kenapa, Marjan?” aku menyoal lembut. Matanya yang sedia sepet itu kelihatan sedikit berair. Terlalu takut agaknya. Tak pun, dia tidak cukup bersedia dengan tugasan yang telah diamanahkan kepadanya.

“Abang Anuar minta saya jadi pengerusi majlis malam ini,” katanya lagi.

“Saat-saat akhir?” dahiku berkerut.

“Tidak, kak. Dia sudah maklumkan pada saya dua hari sudah, tetapi saya semacam tetap tidak bersedia. Huhu... saya baru sahaja dipanggil Abang Anuar.” Marjan menjelaskan. Terdapat getaran pada butir bicaranya.

“Jangan risau, sayang. Selawat banyak-banyak. Berpasangan dengan siapa?” aku bertanya lagi.

“Dengan Qaddaffi,” jawab Marjan pendek. Mukanya pucat.

“Marjan, tenang. Kalau masih tak tenteram, Marjan bayangkan muka akak yang comel... manis... jelita...” aku cuba menghiburkan hatinya yang sedang gundah dan ketakutan seperti sedang dikejar seekor singa yang kelaparan. Benar! Adikku yang seorang ini telah ditangkap oleh seorang insan yang bergelar singa lapar.

Kemudian Marjan berjalan ke belakang pentas.

Aku masih mahu mengukir senyuman. Aku dan Marjan merupakan individu yang berbeda, namun kami punya pengalaman yang hampir sama. Ya! Mana mungkin aku melupai saat-saat dimarahi Asyraf kerana lewat hadir ke dewan makan. Bukan sengaja. Jamku mati tetapi alasan yang kuberi menjadi bahan ketawa para senior. Tidak terkecuali Asyraf yang tua dua tahun daripadaku. Pelajar fakulti kedoktoran itu berusaha keras menahan gelak, namun tidak berjaya. Dia ketawa sehingga merah mukanya.

“Kalau saya tidak tenang, saya hendak bayang wajah siapa?” Anuar menerjah.

Sejak bila pula dia berada di belakangku?

“Saya bayang muka Asha yang macam bayi ini, boleh? Tidak salah, bukan?” kata Anuar lagi.

‘Tolong... Kak Rose, tolong selamatkan Asha,’ aku meraung sendiri.

“Asha, Asha. Marilah duduk, program dah nak bermula,” Kak Rose melambai-lambai ke arahku.

Alhamdulillah. Kak Rose hadir menyelamatkanku. Tidak! ALLAH yang melindungiku daripada terjerumus ke lembah fitnah. Kak Rose pula menjadi wasilah bagi ALLAH untuk menarik kakiku yang hampir tersungkur. Ditambah dengan ikatan ukhwah yang terjalin kerana ALLAH membolehkan dua hati itu berhubung tanpa disedari. Ya! Sesungguhnya, doa rabitah hati yang aku amalkan setiap hari itu besar manfaatnya. Bisa mengikat hati-hati manusia kepada TUHAN. Dan... dua jiwa itu adalah milik aku serta Kak Rose.


~bersambung~

Jangan takut, jangan sedih (al-Fussilat, 41:30-32)

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Jom kita baca tafsir....

Al-Fussilat 41 : 30-32.

(30) Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, "TUHAN kami ialah ALLAH" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu."


(31) KAMI-lah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.



(32) Sebagai hidangan (bagimu) daripada TUHAN Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kata kunci

  • Seseorang yang menyatakan bahawa RAB adalah ALLAH hendaklah teguh dengan pendirian tersebut dan membenarkannya tanpa ragu-ragu.

  • Sesungguhnya, manusia yang beriman dan beristiqomah sama sekali tidak sendiri. ALLAH sangat dekat dengannya.

  • ALLAH adalah pelindung bagi manusia.

:) Jadi, dalam apa jua keadaan dan kondisi, kembalilah kepada DIA yang Maha Segalanya. Persetankan segala sesuatu yang boleh membinasakan diri sendiri. Serahkan segala penghitungan kepada ALLAH.

Muthiah : Entahlah. Sejak akhir-akhir ini, terasa ingin mengukir senyum buat seseorang yang tidak dikenali.... Senyum itu sedekah ;)


3D Burst (Episod 1)

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah. Otak tepu sebenarnya tetapi usaha tetap perlu diteruskan. Doakan Muthiah. Macam sukar untuk menghasilkan yang lebih baik (secara jujurnya), namun insya-ALLAH...akan tetap cuba untuk melakukan yang terbaik. Kita hanya berusaha... ALLAH-lah yang menentukan segalanya. Caiyok-caiyok.

Ehe... Hari ini, jom kita baca komik ;)

Boleh klik pada gambar untuk besarkan. Komen amatlah dialu-alukan. Komik ini telah dilukis oleh adik Muthiah yang nombor tiga. Selamat maju jaya buat A'amir Raffiq ;)

Muthiah : Senyum senyum senyum....

Labels: 0 comments | | edit post

Review buku (ii)

:) sambungan ulasan buku Ayah, Amir nak masuk U!

3- Nur Alia Harun.

Novel ini amat bagus pada saya.Antara pengajaran yang dapat kita hayati dalam novel ini ialah orang miskin bukanlah dilahirkan tidak pandai.Selagi mana kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti beroleh kejayaan.Pedulikan kata-kata negatif yang bisa melemahkan semangat diri.Ibu bapa perlulah memberi dorongan kepada anak mereka,agar mereka bersemangat untuk belajar.Kata-kata pemangkin,sedikit sebanyak membantu emosi dan tindak anak-anak untuk berjaya kelak.Setiap kata-kata orang di sekeliling,tidak seharusnya kita percaya sepenuhnya.Selidiklah dahulu,sebelum bertindak atau menilai perkara buruk itu.Sikap tuduh-menuduh dan suka bergaduh tidak membawa nilai yang positif dalam kehidupan.Malah merugikan diri sendiri. Budaya bantu-membantu antara golongan kaya kepada yang miskin,adalah sikap yang sangat mulia tanpa mengenal agama dan kaum.

4- Atikah Ikah

(Maaf lambat buat review kerana sibuk dengan hal sekolah dan internet tak boleh buka ).

Sebuah buku yang menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat, yang mengisahkan kehidupan Amir yang ingin berjaya dalam hidup tetapi terpaksa menghadapi banyak rintangan dan dugaan daripada keluarga dan masyarakat sekeliling tetapi dalam masa yang sama terdapat insan-insan yang berhati mulia yang sudi membantunya. Buku ini banyak memberi pengajaran kepada saya untuk berlajar bersungguh-sungguh, tanpa usaha seseorang itu tidak mungkin akan berjaya dan juga tanpa sokongan seseorang itu akan berputus asa. Saya bersyukur kerana ibu bapa saya memberi dorongan kepada saya, tidak seperti keluarga Amir. Oleh itu saya banyak mendapat pengajaran daripada cerita kisah Amir ini. Saya juga dapat merasakan betapa sukarnya bagi Amir menjalani kehidupan yang serba kekurangan. Penulis telah berjaya membuatkan hati saya tersentuh dan saya dapat merasakan seolah-olah saya berada di tempat Amir. Sebagai seorang remaja saya kagum dengan Amir yang tidak pedulikan apa yang orang lain katakan kepada beliau, malah dengan kata-kata orang lain membuatkan beliau bertambah keinginan untuk berjaya di dalam hidup.

** Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Umi saya kerana sudi menghadiahkan buku ini kepada saya dan terima kasih juga kepada penulis kerana sudi mencoretkan kata-kata semangat kepada saya...**

Muthiah : Tahniah kepada pemenang ;) Moga Atikah akan berjaya masuk U macam Amir juga ...

Review buku (i)


Assalammualaikum. Apa khabar? Bagaimana dengan hujung minggu sahaba-sahabat? Muthiah... 'Ala kullihal Alhamdulillah. Semuanya berlangsung baik ;)

Alhamdulillah. Peraduan REVIEW buku, BUKU PRIMA sudah pun berakhir. Pemenangnya? Muthiah pun tidak pasti tetapi di sini, Muthiah ingin berkongsi ulasan yang telah dibuat mengenai Ayah, Amir nak masuk U! Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membacanya. Insya-ALLAH. Untuk masa akan datang, Muthiah akan cuba memperbaik mana-mana yang kurang. Apapun, moga kan mendapat manfaat daripadanya.

Ulasan

1- Juraini Kamaruddin.


Novel yang menarik untuk dibaca bagi semua kategori usia dan bangsa. Sebuah cerita yang begitu menyentuh perasaan sehingga menitis air mata saya. Zaman kanak-kanak yang menyedihkan yang mana Amir terpaksa hadapi. Tetapi, masih ada insan yang berhati mulia yang berada di sekelilinginya seperti keluarga Dr. Nizul. Walaupun hidup dengan penuh kesenangan tetapi sudi membantu meringankan beban Amir dan tidak memandang hina pada orang yang susah. Penulis berjaya membawa saya menghayati watak sehinggakan saya dapat merasakan seolah-olah saya berada ditempat Amir. Kisah ini dapat memberi pengajaran pada yang membacanya terutama pada anak-anak saya. Walaupun Amir mempunyai keluarga yang susah tapi dia mampu beroleh kejayaan di dalam peperiksaan UPSR dengan berusaha bersungguh-sungguh dengan azamnya yang tinggi serta sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya dan juga dengan sokongan yang diterima oleh orang yang berhati mulia seperti Dr. Amar sekeluarga. Seorang anak yang tidak mementingkan diri sendiri patut dicontohi oleh semua kanak-kanak zama sekarang. Tahniah kepada penulis sekali lagi. ~

2- Azim Prozi.

Isk, sempat lagi komen ni...

Saya nak komenlah.

Buku ini komen saya secara peribadinya menanam satu paradigma dunia remaja atau kanak-kanak untuk menjentik hati atau berfikir seketika untuk masuk U. Kanak-kanak yang gemar mengikut apa di depan mata pasti akan terikut sedikit sebanyak dengan ajak dan tekad Amir nak masuk U. Saya suka bab kesungguhan amir yang bangkit mengatasi segala kelemahan diri dan rajin. Dia menggunakan segala peluang yang ada. Termasuk peluang masa yang dia ada. Saya juga suka dengan sikap familinya yang tak mampu tapi mencuba juga support sedikit sebanyak. Mungkin nampak sedikit, tapi dari sudut orang susah mungkin sudah besar pengorbanannya. Selain itu, novel ini juga mengajar dan mendidik tentang amalan kaum ibu masa kini yang suka mengumpat. Di mana, boleh memberi kesan kepada kesejahteraan keluarga orang lain. Moga-moga banyak lagi buku seumpama ini. ~

Terima kasih pada yang membaca dan memasuki peraduan ini. Sedikit sebanyak, menyuntik semangat Muthiah untuk terus berusaha. Insya-ALLAH, dari semasa ke semasa Muthiah akan cuba melakukan yang lagi baik (cuba mengurangkan kelompangan yang ada).

Muthiah : Jom... dapatkan Ayah, Amir nak masuk U! di pasaran ;)

Sahabat sejati

Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu. Muthiah??? Hehe... Cuti Tahun Baru Cina kali ini, Muthiah tidak bercuti ;)

Hmm... Muthiah terkenang seorang teman. Teman yang jauh di mata tetapi dekat dalam hati. Jom kita hayati lagu ini...


Persoalan :

Punya ada kawan baik?
Pernah berlaku sengketa?
Bagaimana dengan hubungan itu sekarang?
Sudah berapa lama tidak bertanya khabar?

Ayuh... kita rapatkan hubungan yang semakin renggang. SMS dan FB- kan ada? Hiii...

Buat ....

Muthiah sayangkanmu. Hehe...
Maaf segala salah silap Muthiah. Muthiah tahu Muthiah degil...
Tetapi percayalah... setiap bait katamu Muthiah simpan dalam ingatan.
Muthiah sangat-sangat menyayangimu... K.A. :)

Muthiah : Beruntung kerana dianugerahkan teman-teman yang baik.
Labels: 2 comments | | edit post

Redha takdir-MU

Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu. Apa khabar?

Apa??? Ada sesuatu yang menjengkelkan jiwa? Sabar... sabar... Sabar itu separuh daripada iman. Orang tidak akan jatuh dengan perasaan kita itu. Hati bertambah hitam, adalah. Apa yang penting, kita terus memajukan diri. Caiyok-caiyok... (Peringatan buat diri sendiri)...

Okey. Promosi Nur untuk minggu ini. Jeng jeng jeng...

REDHA TAKDIR-MU

Sinopsis

SOAL jodoh dan perjalanan hidup manusia ditentukan oleh ALLAH S.W.T. Pelbagai dugaan diberikan untuk melihat sejauh mana manusia itu bersabar dalam menghadapi ujian-NYA.

Begitulah hitam putih kehidupan yang telah dilalui Lidyahani. Perkahwinannya dengan Idham yang panas baran dan kaki pukul menyebabkan dia merana dan hidup dalam ketakutan. Kekecewaan dan penderitaannya sebagai seorang isteri yang tidak bahagia telah menemukan dia dengan Syamil, yang berstatus suami orang melalui internet.

Tewas melawan fitrah seorang wanita yang mahu dikasihi dan dicintai, perasaan Lidyahani terhadap Syamil semakin mendalam. Hubungan ini diketahui oleh Idham dan dia dipaksa melupakan lelaki itu. Hati Lidyahani terus terluka bila cinta Syamil hanya kerana wang ringgit. Tapi, dia redha andai itu sudah tersurat dalam hidupnya.

Penulis : Juriah Ishak
Facebook : Juriah binti Ishak Yanie
Emel : irdayanie36@yahoo.com.sg

Hmmm... Jangan lupa dapatkannya di pasaran...

Muthiah : Senyum....

Mencari Naurah (Bab 3)

RIUH-RENDAH suasana dewan makan. Aku lihat pelajar junior begitu asyik dengan persiapan akhir untuk persembahan mereka. Ada yang memakai baju kebangsaan dan ada juga yang mengenakan baju rasmi kolej. Mahu berkoir agaknya.

Kulihat kiri, kupandang kanan. Tidak nampak kelibat tubuh itu. Hanya kelihatan Anuar yang begitu bersemangat memberi penerangan kepada seorang pelajar siswi junior. Terserlah gaya seorang pemimpin. Aku memandang ke kiri dan ke kanan kembali.

“Assalammualaikum. Melilau sahaja. Cari akak?” Kak Rose bertanya, mematikan pencarianku.

“Ya,” jawabku. Aduh... Aku sudah mula menipu. Bukankah pepatah Melayu ada menyebut, ‘Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.’ Oh, tidak! Aku tidak punya niat untuk berbicara dusta apatah lagi menjadi seorang pencuri. Namun, aku tidak cukup kuat untuk berkata benar. Aku bukanlah Umar Al-Faruq yang sentiasa benar dalam perkataannya.

Benar… Khulafa' Ar-Rasyidin yang kedua ini begitu tega membezakan sesuatu yang benar dengan yang batil. Siapa tidak kenal Sayidina Umar Al-Khattab? Jasadnya menjadi kegentaran penentang Muhamamd SAW serta musuh-musuh ALLAH. Tika mana umat Islam begitu takut dengan ancaman Quraisy yang dilaknat TUHAN, abang ipar Saad bin Zaid ini tanpa gusar menonjolkan keislamannya secara terang-terangan. Dan… Baitullah telah menjadi saksi keberaniannya.

“Jom. Cepat cari tempat,” ujar Kak Rose lagi.

“Akak duduk dahulu, boleh? Saya nak lihat adik-adik membuat persiapan akhir. Akak tolong tandakan tempat untuk saya, okey?” Aku memberi alasan.

“Jangan lama sangat...” kata Rose lalu berjalan ke arah kerusi VIP.

Aku melilau kembali. Kupandang kiri, kupandang kanan, kulihat hadapan, kulihat belakang. Nah! Mataku tertumpu pada kelibat seseorang. Mulutnya terkumat-kamit. Aku tahu, sudah tentu ia sedang berzikir mengingati ALLAH. Aku jua sedia maklum... bilamana kita mengingati ALLAH kala lapang dan sibuk, pasti ALLAH akan ingat tika kita memerlukan-NYA.

~bersambung~

Happy holiday ;)

Assalammualaikum... Buat apa pagi ini? Ehe... Di kesempatan ini, Muthiah ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI :)

Muthiah???? Masuk pejabat... Caiyok-caiyok...


Labels: 0 comments | | edit post

Dengki atau busuk hati? (al-Falaq, 113:1-5)

Assalammualaikum. Apa khabar? Mula-mula, Muthiah ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada sahabat-sahabat semua. Hari cuti ini, buat apa? Muthiah... Tidak bercuti. Ehe...


Muthiah terbaca satu titipan di Wall seorang teman di Facebook...

"Lumrah manusia suka mengata orang, kan? Saya pun termasuk sama. Rumusan sayalah. Kita mengata orang sebab kita dengkikan kelebihan yang dia ada dan kita kesalkan kekurangan pada diri kita. Betul tak? Mungkin 90% betul. Apa kata kita fikirkan dulu kelebihan yang kita ada, sebelum kita mengata orang dan sebelum kita fikirkan kekurangan diri kita. Mesti kita rasa gembira, kan?" ~ Elee Mardiana.

Kata-kata yang tidak terlalu panjang tetapi padat. Boleh difikirkan untuk memuhasabah diri sendiri (bagi sesiapa yang mahu berbuat demikian)...

Baik... Jom kita tafsir ayat Al-Quran. Daripada surah Al-Falaq (113 : 1-5)

(1) Katakanlah, 'Aku berlindung kepada TUHAN yang menguasai Subuh,',

(2) Daripada kejahatan makhluk-NYA,

(3) Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita,

(4) Dan daripada kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul,

(5) Dan daripada PENDENGKI apabila ia DENGKI.

Muthiah : Ya, ALLAH. Peliharalah aku daripada sifat iri hati.

POSITIF...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah... Ceria sokmo... Mulakan hari dengan berfikiran positif dan optimis. Persetankan segala sesuatu yang boleh merencatkan segala sesuatu yang Muthiah rancangkan. Alhamdulillah. Buat masa ini, semuanya berjalan lancar ;)

Bak kata suami...

"Kita tidak akan jadi pandai kalau kata orang bodoh... Kita tidak akan jadi waras kalau kata orang gila..."

(Aik. Apa kaitan dengan entri hari ini?Tidak ada apa-apa. Sekadar terkenangkan nasihat suami alias iklan.)

Jadi... POSITIF sentiasa ;)

Ayuh. Melangkah ke hadapan dengan penuh yakin (meski ada rasa ketidakyakinan dalam diri). Kitalah yang menggredkan diri kita. Kita juga yang membuat pilihan, mahu berjaya atau pancit di tengah jalan.

Muthiah : Alhamdulillah. Terima kasih kepada teman-teman yang banyak menyokong Muthiah ~ Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor!

Jom sama-sama senyum...


Hehehe...

Jom senyum....

Hendak senyum macam mana? Mana-mana pun boleh asal menggembirakan hati kita...

Macam Nobita tersenyum?
Macam Sherlock Holmes tersenyum?
Macam Perdana Menteri tersenyum?

Andai senyuman itu tidak mengundang murka TUHAN, teruskan sahaja....

Tetapi awas!!! Jangan silap senyum. Kalau senyum pada mereka yang .... takut mereka naik minyak... TAKUT.... Hiiii ;)

Muthiah : Hahahaha....
Labels: 4 comments | | edit post

Hadis | Sabar....

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah terbaca satu hadith. Jom kita hayati dan renung-renungkan bersama :)


Daripada Abu Said R.A., katanya, "Beberapa orang kaum Ansar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah. Lalu diberi oleh baginda. Kemudian, mereka meminta lagi. Terus diberi olehnya... diminta lagi, diberi lagi sehingga habislah segala apa yang ada pada Rasulullah. Nabi SAW bersabda, "Tidak ada apa lagi padaku dan tidak ada apa pula yang kusimpan. (Ingatlah!). Sesiapa yang ingin terpelihara daripada sikap meminta-minta, ALLAH akan memeliharanya. Sesiapa yang merasa cukup, ALLAH akan mencukupkannya. Dan, barangsiapa yang berhati sabar, ALLAH akan memberikannya kesabaran. Tidak ada satu pun pemberian ALLAH yang diberikan-NYA kepada seseorang yang lebih baik dan lapang daripada sabar,"
(Hadith sahih Bukhari).

Kata kunci :

  • Sesiapa yang ingin terpelihara daripada sikap meminta-minta, ALLAH akan memeliharanya.
  • Sesiapa yang merasa cukup, ALLAH akan mencukupkannya.
  • Dan, barangsiapa yang berhati sabar, ALLAH akan memberikannya kesabaran.
:)

Muthiah : Ketawa sampai terguling-guling mengenangkan...

Senyum


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... masih lagi berada dalam mode : Karnival Karangkraf tetapi hari ini... tidak bercadang pula untuk berbicara tentangnya. Hmmm... hendak tulis perihal apa, ya?

SENYUM...

  • Jom senyum...
  • Senyum itu sedekah....
  • Senyum bisa menceriakan hati mereka yang tersenyum...
  • Orang tengok pun senang hati tetapi AWAS!!! Usah tersalah senyum (pada yang tidak sepatutnya).
  • Senyum merupakan satu senaman mudah. Betul?
  • Senyum menjadikan wajah seseorang berseri-seri. Tidak percaya? Tengoklah raja sehari.
  • Dengan senyuman dapat merapatkan ukhwah.
  • Senyum ikhlas dapat menyembunyikan keresahan/ masalah dalam diri. Hmmmm....
Okey. Jadi... jom senyum ;)

Muthiah : Senyum dan senyum...

Labels: 0 comments | | edit post

KARNIVAL KARANGKRAF

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Selamat berhujung minggu. Hmmm... tidak sempat menulis. Muthiah sebenarnya baru kembali dari Karnival Karangkraf di Shah Alam. Hari ini... keletihan sih. Jom.... kongsi pengalaman di sana ;)


Dengan Dr. HM Tuah...
Dengan Ketua Editor Buku Prima, En. Mohd Ali...

Aisyah, rakan penulis dari Melaka ;)

Ehe... Abang RAM dengan peminatnya...

Alhamdulillah. Terima kasih, semua ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Mencari Naurah (Bab 2 - samb.)

~sambungan Bab 2~

Aku lihat Kak Rose begitu asyik melayan karenah adik-adik junior yang mengerumuninya. Aku pasti, mereka juga terkesan dengan kelembutan dan kecantikan milik Kak Rose. Sejuk mata yang memandang. Aku ingin mengaji sementara masuknya waktu isyak, namun kata-kata Kak Rose sebentar tadi menggamit perasaanku. Membuatkan aku berfikir dan terus berfikir. Memang ada betulnya...

Benar! Mata-mata yang melihat pasti menyalahkanku kerana bercakap-cakap dengan Anuar tetapi mereka tidak pernah mahu ambil tahu. Apakah yang dibualkan? Siapakah yang memulakan? Sejauh mana aku berusaha untuk menghindari situasi petang tadi???

Argh... aku hanya pandai memberi alasan untuk melepaskan diri. Kalau bukan aku yang mendatangkan fitnah, sudah pasti tidak ada yang akan berbicara.

Allahu Akbar Allahu Akbar...

Kedengaran suara Asyraf melaungkan azan. Entah kenapa jantungku bergelora kencang tatkala mendengar suara itu. Setiap kali aku melihatnya, membuatkan mindaku tidak keruan. Pengarah program Minggu Tautan Kasih ini acap kali menjadikan tidurku tak lena dek memikirkannya sehingga terbawa-terbawa ke alam mimpi.

Allahu Akbar...

Astaghfirullah, jauhnya aku mengelamun. Sudah mula solat rupanya. Tidak sempat untuk menunaikan solat sunat rawatib. Argh!! Jiwa yang berkarat ini acap kali berasa sepi. Mengapa? Kerana hati di dalamnya punya ruang yang masih kosong dan perlu diisi. Dengan apa??? Alahai... masih sempat aku berfalsafah di dalam rumah ALLAH ini...

“Nanti kita jumpa di dewan makan. Akak nak balik bilik sekejap,” kata Kak Rose lalu berlari anak menuju ke biliknya.

Tidak sempat aku bertanya lanjut. ‘Baik,’ aku menjawab sendiri.

~bersambung~

Cemburu


Assalammualaikum. Apa khabar?

Hmmm... isu apa yang boleh Muthiah kongsikan...

CEMBURU

Menurut kamus Dewan, cemburu membawa maksud :

  • Iri hati.
  • Tidak senang melihat kelebihan orang lain.
  • Dengki.
Persoalan yang mungkin boleh dirungkai sendiri/ bersama :

  1. Kenapa kita berasa cemburu?
  2. Apakah faedah yang kita perolehi daripada perasaan cemburu itu?
  3. Bagaimana perasaan dan hati kita apabila berada dalam kondisi sedang cemburu?
  4. Agaknya... apakah impak rasa cemburu kita pada insan yang dicemburui?

Kesan perasaan cemburu tersebut?

  • Hati sakit.
  • Tidak tenang dan tenteram.
  • Hubungan menjadi renggang.
  • Bisa bertindak di luar kawalan.
  • Boleh jadi gila???

Jadi... hendak buat macam mana?

  1. Banyakkan beristighfar kepada ALLAH.
  2. Banyakkan berzikir, solat sunat... (bagi menyucikan hati-hati kita).
  3. Berlapang dada.
  4. Hmmm... percayalah. Setiap manusia ada sisi kelebihan dan kelemahan masing-masing.
  5. Fikirkan... kita tidak untung apa-apa jika mencemburui (yang memudaratkan) orang lain.
  6. Bersyukurlah dengan apa-apa yang dimiliki ;)

Panjang pula tetapi rasanya seperti banyak isi lagi. Tunggu (tetapi bila?)....

Ehe... tepuk dada, tanya iman.

Muthiah : Cemburu pada....

Jabat tangan dengan ajnabi!!!???? (ii)


-sambungan semalam-


DALAM KERJAYA

Seperti disebut ringkas di atas, jika berjabat tangan ini berlaku dalam kehidupan kerjaya seseorang, kehalalan gaji seseorang itu tidaklah tertakluk kepada hal tersebut secara asasnya tetapi gaji seorang pekerja tertakluk kepada bidang tugas utama dalam kerjayanya dan cara pelaksanaan tugasan itu, iaitu sama ada terdapat unsur haram seperti:-

  • Menjual barangan haram sama ada kerana barangan curia tau jenis yang diharamkan zatnya seperti arak, dadah dan sebagainya.
  • Menjual dan menyediakan servis atau perkhidmatan haram atau membantu perara yang haram
  • Semasa menjalankan tugas, terdapat unsur rasuah, penipuan dari pelbagai aspek, ‘curi tulang'

Manakala unsur-unsur dosa tetapi tidak berkait secara langsung dengan kerjaya seperti :-

  • Membuka aurat
  • Tidak solat atau tidak puasa pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran.
  • Berjabat tangan lelaki wanita secara kerap dan syahwat

Semua dosa-dosa ini tidak menjadikan gaji tersebut haram, tetapi ia menjadikan pendapatan individu pekerja mulai hilang keberkatan. Menjauhkan individu terbabit dari Allah ta'ala dan seterusnya menjadi semakin lalai dan culas dalam kewajiban agamanya sehingga akhirnya boleh menjatuhnay ia dalam melakukan unsur haram jensi pertama di atas, tatakala itu kehalalan gajinya akan tergugat sedikit demi sedikit.

Berbalik kepada soalan, iaitu sama ada perlu atau tidak berhenti kerja kerana hal itu, saya kira tidak perlu, apa yang diperlukan adalah cuba mengawal kekerapan berjabat itu dari berlaku, cuba mengelakkannya dengan apa jua usaha. Perbanyakkan istighfar, amalan dan taubat secara berterusan. Namun jika, ada kemudahan dan peluang untuk mendapat kerjaya yang lebih minima terdedah dengan hal sedemikian, sudah tentu ia lebih baik untuk berhijrah.


Moga sahabat-sahabat kan mendapat manfaat daripadanya ;)


Muthiah : Berjabat tangan dengan...

Labels: 2 comments | | edit post