Review buku (ii)
Tuesday, February 08, 2011
:) sambungan ulasan buku Ayah, Amir nak masuk U!
3- Nur Alia Harun.
Novel ini amat bagus pada saya.Antara pengajaran yang dapat kita hayati dalam novel ini ialah orang miskin bukanlah dilahirkan tidak pandai.Selagi mana kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti beroleh kejayaan.Pedulikan kata-kata negatif yang bisa melemahkan semangat diri.Ibu bapa perlulah memberi dorongan kepada anak mereka,agar mereka bersemangat untuk belajar.Kata-kata pemangkin,sedikit sebanyak membantu emosi dan tindak anak-anak untuk berjaya kelak.Setiap kata-kata orang di sekeliling,tidak seharusnya kita percaya sepenuhnya.Selidiklah dahulu,sebelum bertindak atau menilai perkara buruk itu.Sikap tuduh-menuduh dan suka bergaduh tidak membawa nilai yang positif dalam kehidupan.Malah merugikan diri sendiri. Budaya bantu-membantu antara golongan kaya kepada yang miskin,adalah sikap yang sangat mulia tanpa mengenal agama dan kaum.
4- Atikah Ikah
(Maaf lambat buat review kerana sibuk dengan hal sekolah dan internet tak boleh buka ).
Sebuah buku yang menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat, yang mengisahkan kehidupan Amir yang ingin berjaya dalam hidup tetapi terpaksa menghadapi banyak rintangan dan dugaan daripada keluarga dan masyarakat sekeliling tetapi dalam masa yang sama terdapat insan-insan yang berhati mulia yang sudi membantunya. Buku ini banyak memberi pengajaran kepada saya untuk berlajar bersungguh-sungguh, tanpa usaha seseorang itu tidak mungkin akan berjaya dan juga tanpa sokongan seseorang itu akan berputus asa. Saya bersyukur kerana ibu bapa saya memberi dorongan kepada saya, tidak seperti keluarga Amir. Oleh itu saya banyak mendapat pengajaran daripada cerita kisah Amir ini. Saya juga dapat merasakan betapa sukarnya bagi Amir menjalani kehidupan yang serba kekurangan. Penulis telah berjaya membuatkan hati saya tersentuh dan saya dapat merasakan seolah-olah saya berada di tempat Amir. Sebagai seorang remaja saya kagum dengan Amir yang tidak pedulikan apa yang orang lain katakan kepada beliau, malah dengan kata-kata orang lain membuatkan beliau bertambah keinginan untuk berjaya di dalam hidup.
** Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Umi saya kerana sudi menghadiahkan buku ini kepada saya dan terima kasih juga kepada penulis kerana sudi mencoretkan kata-kata semangat kepada saya...**
Muthiah : Tahniah kepada pemenang ;) Moga Atikah akan berjaya masuk U macam Amir juga ...