Dengki atau busuk hati? (al-Falaq, 113:1-5)

Assalammualaikum. Apa khabar? Mula-mula, Muthiah ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada sahabat-sahabat semua. Hari cuti ini, buat apa? Muthiah... Tidak bercuti. Ehe...


Muthiah terbaca satu titipan di Wall seorang teman di Facebook...

"Lumrah manusia suka mengata orang, kan? Saya pun termasuk sama. Rumusan sayalah. Kita mengata orang sebab kita dengkikan kelebihan yang dia ada dan kita kesalkan kekurangan pada diri kita. Betul tak? Mungkin 90% betul. Apa kata kita fikirkan dulu kelebihan yang kita ada, sebelum kita mengata orang dan sebelum kita fikirkan kekurangan diri kita. Mesti kita rasa gembira, kan?" ~ Elee Mardiana.

Kata-kata yang tidak terlalu panjang tetapi padat. Boleh difikirkan untuk memuhasabah diri sendiri (bagi sesiapa yang mahu berbuat demikian)...

Baik... Jom kita tafsir ayat Al-Quran. Daripada surah Al-Falaq (113 : 1-5)

(1) Katakanlah, 'Aku berlindung kepada TUHAN yang menguasai Subuh,',

(2) Daripada kejahatan makhluk-NYA,

(3) Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita,

(4) Dan daripada kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul,

(5) Dan daripada PENDENGKI apabila ia DENGKI.

Muthiah : Ya, ALLAH. Peliharalah aku daripada sifat iri hati.
2 Responses
  1. salam kak,

    bahaya penyakit hati ni, lebih berbahaya daripada penyakit fizikal. moga kita terhindar, insyaAllah :)


  2. Salam, dik.

    Ya. Sama-samalah kita. Moga-moga dihindari dan dipelihara ALLAH selalu. Sikap ini tidak menguntungkan siapa-siapa sebenarnya.

    Jika pernah menjadi mangsa, banyakkan bersabar dan berdoa kepada ALLAH. DIA Maha Teliti Penghitungan dan Adil. Itu pasti!!!

    Jika pernah mempunyai rasa ini, ayuh... kita sama-sama istighfar. Agar hati kita yang sedia berkarat tidak bertambah berkarat. Nauzubillah.

    Muthiah : Ya, ALLAH. Peliharalah aku dan mereka...