Review buku (i)
Monday, February 07, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar? Bagaimana dengan hujung minggu sahaba-sahabat? Muthiah... 'Ala kullihal Alhamdulillah. Semuanya berlangsung baik ;)
Alhamdulillah. Peraduan REVIEW buku, BUKU PRIMA sudah pun berakhir. Pemenangnya? Muthiah pun tidak pasti tetapi di sini, Muthiah ingin berkongsi ulasan yang telah dibuat mengenai Ayah, Amir nak masuk U! Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membacanya. Insya-ALLAH. Untuk masa akan datang, Muthiah akan cuba memperbaik mana-mana yang kurang. Apapun, moga kan mendapat manfaat daripadanya.
Ulasan
1- Juraini Kamaruddin.
Novel yang menarik untuk dibaca bagi semua kategori usia dan bangsa. Sebuah cerita yang begitu menyentuh perasaan sehingga menitis air mata saya. Zaman kanak-kanak yang menyedihkan yang mana Amir terpaksa hadapi. Tetapi, masih ada insan yang berhati mulia yang berada di sekelilinginya seperti keluarga Dr. Nizul. Walaupun hidup dengan penuh kesenangan tetapi sudi membantu meringankan beban Amir dan tidak memandang hina pada orang yang susah. Penulis berjaya membawa saya menghayati watak sehinggakan saya dapat merasakan seolah-olah saya berada ditempat Amir. Kisah ini dapat memberi pengajaran pada yang membacanya terutama pada anak-anak saya. Walaupun Amir mempunyai keluarga yang susah tapi dia mampu beroleh kejayaan di dalam peperiksaan UPSR dengan berusaha bersungguh-sungguh dengan azamnya yang tinggi serta sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya dan juga dengan sokongan yang diterima oleh orang yang berhati mulia seperti Dr. Amar sekeluarga. Seorang anak yang tidak mementingkan diri sendiri patut dicontohi oleh semua kanak-kanak zama sekarang. Tahniah kepada penulis sekali lagi. ~
2- Azim Prozi.
Isk, sempat lagi komen ni...
Buku ini komen saya secara peribadinya menanam satu paradigma dunia remaja atau kanak-kanak untuk menjentik hati atau berfikir seketika untuk masuk U. Kanak-kanak yang gemar mengikut apa di depan mata pasti akan terikut sedikit sebanyak dengan ajak dan tekad Amir nak masuk U. Saya suka bab kesungguhan amir yang bangkit mengatasi segala kelemahan diri dan rajin. Dia menggunakan segala peluang yang ada. Termasuk peluang masa yang dia ada. Saya juga suka dengan sikap familinya yang tak mampu tapi mencuba juga support sedikit sebanyak. Mungkin nampak sedikit, tapi dari sudut orang susah mungkin sudah besar pengorbanannya. Selain itu, novel ini juga mengajar dan mendidik tentang amalan kaum ibu masa kini yang suka mengumpat. Di mana, boleh memberi kesan kepada kesejahteraan keluarga orang lain. Moga-moga banyak lagi buku seumpama ini. ~
Terima kasih pada yang membaca dan memasuki peraduan ini. Sedikit sebanyak, menyuntik semangat Muthiah untuk terus berusaha. Insya-ALLAH, dari semasa ke semasa Muthiah akan cuba melakukan yang lagi baik (cuba mengurangkan kelompangan yang ada).
Muthiah : Jom... dapatkan Ayah, Amir nak masuk U! di pasaran ;)