Jangan takut, jangan sedih (al-Fussilat, 41:30-32)
Thursday, February 10, 2011
Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Jom kita baca tafsir....
Al-Fussilat 41 : 30-32.
(31) KAMI-lah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.
(32) Sebagai hidangan (bagimu) daripada TUHAN Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Kata kunci
- Seseorang yang menyatakan bahawa RAB adalah ALLAH hendaklah teguh dengan pendirian tersebut dan membenarkannya tanpa ragu-ragu.
- Sesungguhnya, manusia yang beriman dan beristiqomah sama sekali tidak sendiri. ALLAH sangat dekat dengannya.
- ALLAH adalah pelindung bagi manusia.
:) Jadi, dalam apa jua keadaan dan kondisi, kembalilah kepada DIA yang Maha Segalanya. Persetankan segala sesuatu yang boleh membinasakan diri sendiri. Serahkan segala penghitungan kepada ALLAH.
Muthiah : Entahlah. Sejak akhir-akhir ini, terasa ingin mengukir senyum buat seseorang yang tidak dikenali.... Senyum itu sedekah ;)