Aku sudah berputus asa!!!

Salam. Kaifahalukum? Muthiah? Alhamdulillah, ana bil khair. Batuk-batuk, sakit dada dan agak keletihan sahaja… Namun insya-Allah, Muthiah masih ceria dan gumbira… bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Ingatkan, ingin menulis untuk ruangan halaqah tetapi ada sesuatu yang lebih penting perlu Muthiah coretkan. Apa dia??? Petang Selasa lalu, Muthiah menerima kiriman sistem pesanan ringkas daripada adik Muthiah, si keraspedal. Katanya, ada seorang teman yang sedang ‘tension’ dan hampir ‘give up’ dalam pembelajaran. Kerja / tugasan… banyak bangat!!! Bikin kepala pusing, mungkin.

Pertamanya, Muthiah ingin mengucapkan TAHNIAH kepada adik-adik yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ada yang boleh masuk universiti, matrikulasi, kolej dan ada yang menyambung pelajaran ke tingkatan enam rendah (macam adik Muthiah)… “Good luck bro ;)” Bagi yang belum berjaya, CUBA LAGI …

…..
Tidak dapat ‘catch up’?

Mengalami kejutan budaya?

Kawan baru tidak sekepala?

Suasana yang tidak menenteramkan jiwa?


Hmmm… SABAR… insya-Allah, setiap kesulitan pasti kan disusuli dengan kemudahan. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

Jadi, apa yang boleh kita lakukan? Bak kata anak muda zaman sekarang, “Down gile…” Nasib baik tidak jadi orang gila, nauzubillah…

TENANG dahulu ya (Penting bangat! Kalau tidak tenang… minda pun kurang berkesan untuk berfikir dan bertindak sebaiknya) – Dan sesungguhnya, dengan mengingati Allah hati kan tenteram (Ar-Ra’d ayat 28). Maka, dekatkanlah dirimu kepada Allah. Bagaimana???

a) Ambil wuduk – Pastikan diri sentiasa berwuduk.

b) Lakukan amalan-amalan sunat (tanpa mengenepikan ibadah wajib). Ibadah sunat ini merangkumi solat sunat, puasa sunat dan banyak lagi.

c) Banyakkan mengaji dan membaca tafsir Al-Quran. Sewaktu Muthiah masih lagi bergelar pelajar, Muthiah menjadikan Al-Quran tafsir sebagai teman yang paling akrab. Bilamana Muthiah rasa kekosongan, Muthiah pasti akan membeleknya.

d) Banyakkan mengikuti majlis ilmu – yang bisa sahaja mendekatkan diri kepada Tuhan. Mungkin sahaja kita merasakan tidak mendapat apa-apa daripada pengisian yang disampaikan tetapi insya-Allah, keberkatan berada di dalam majlis ilmu itu tetap kita perolehi.

e) Banyakkan berdoa kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

f) Banyakkan istighfar dan berzikir kepada Allah.

Sudah tenang? Atau sedikit tenang??? Baik, sekarang cuba kenalpasti punca tekanan yang dialami…

Tidak dapat ‘catch up’ pembelajaran?

Assignment terlalu banyak? Susah???

Asyik dibuli rakan-rakan/ senior?

Rindukan keluarga/ geng lama/ sahabat karib di kampung halaman?

Perubahan cara belajar – kalau dahulu, kita hanya menerima daripada guru tetapi kini… kita yang perlu mencari jawapan sendiri. Waaaaa….

Jatuh cinta??? Adoi…. Kejutan budaya juga ini ;)

Setelah menyenaraikan PUNCA TEKANAN yang dihadapi, cari pula penyelesaian yang boleh diambil. Lihat juga kepada kesesuaian MASA, TEMPAT dan SUASANA(senaraikan dahulu semua JALAN PENYELESAIAN yang difikirkan). Paling penting, pastikan jalan yang diambil itu tidak melanggar syariat Tuhan. Kata mudahnya, ‘Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara…’

Cop! Sebelum Muthiah terlupa… kita mungkin merasakan kita tidak mampu… kita tidak cukup kuat dan merasakan terdapat seribu satu kelemahan dalam diri kita tetapi percayalah… bilamana kita bergantung harap kepada Allah… memohon pertolongan dan petunjuk daripada-Nya… setiap kesukaran yang dialami itu pasti kan menemui jalan penyelesaiannya. Cuma yang penting, kita jangan sekali-kali berputus asa. Cuba dan terus mencuba. Usaha dan terus berusaha sehingga kita berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang (bukan temberang daaa).

Satu lagi, tatkala menghadapi tekanan… carilah teman yang dapat menceriakan hidup kita. Dengan kata lain, HINDARI DARIPADA DUDUK SEORANG DIRI kerana dikhuatiri syaitan laknatullah datang mencucuk. Dan pasti! Pilihlah sahabat/ teman yang sebenar-benarnya. Sahabat yang baik ialah sahabat saat suka dan duka… sahabat yang boleh membawa kita kepada Tuhan, Allah yang Esa.

Apa lagi ya? Singkatannya…

a) Elakkan diri daripada duduk berseorangan. Usahlah memendam rasa seorang diri… sakitnya… huhu… hanya Tuhan yang tahu.

b) Sentiasa memotivasi diri. Katakan, ‘MALAYSIA BOLEH!’ Eh silap… ‘Aku boleh daaa’.

c) Menekan diri? Tidak perlu …. lakukanlah mengikut kemampuan. Namun, jangan jadikan alasan ‘Tidak mampu/ tidak boleh buat,’ untuk melarikan diri daripada tugasan/ amanah yang diberikan (AWAS!!! Berkata sesuatu yang negatif [contoh : Tidak mampu] juga boleh menjadi doa buat diri kita). Yang penting, USAHA dahulu. Kalau masih tidak boleh buat, carilah seseorang yang lebih arif (senior atau pensyarah contohnya) untuk membantu kita.

d) Ikhlas hati, betulkan niat dalam segala apa yang kita lakukan dan yang paling penting, lakukanlah sesuatu kerana Allah SWT. Kita hendak jadi pelajar cemerlang, KERANA ALLAH. Kita hendak mendapat PNGK 4.00, KERANA ALLAH. Kita hendak memperoleh Anugerah Dekan, KERANA ALLAH. Insya-Allah… kejayaan pasti akan menjadi milik kita asal mana kita SABAR dan TERUS SABAR.

Huaaaa… mengantuklah, jam menunjukkan pukul 11.56 malam. Muthiah beransur dahulu ya. Afwan jika apa yang dicoretkan ini tidak menepati citarasa. Yang baik, jadikan panduan, yang tidak sesuai… fikir-fikirkan. Wassalam.

Muthiah : Cuba untuk tetap sampaikan walaupun… minda berada dalam status ‘kurang sedar’… hahaha… Selamat malam ;)

Manusia sering lupa

Salam… hehe… sedang asyik ‘mengemas’ folder komputer riba , Muthiah terjumpa artikel ini. Artikel yang pernah Muthiah tulis satu ketika dahulu (lupa bilakah masanya – mungkin akhir tahun lepas atau awal tahun ini). Moga-moga dapat direnungkan bersama. Selamat membaca ;)

Manusia sering lupa

Persidangan Antiperkauman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung di Geneva baru-baru ini sekali lagi menaikkan nama pemimpin ‘Negeri Kaum Mullah’, Mahmoud Ahmadinejad. Kelantangan beliau bersuara mengkritik kekejaman dan kerakusan Israel laknatullah menyebabkan kira-kira 40 orang diplomat dari Perancis, Britain dan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dewan.

Tidak banyak makhluk yang bernama manusia berani menyatakan kebenaran. Takut-takut ungkapan itu kelak membinasakan dirinya sendiri. Pepatah ada menyebut, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah’ namun dewasa ini, kebenaran sukar sekali ditegakkan bahkan kebatilan terus sahaja bermaharajalela. Asal sahaja punya wang dan kuasa, segalanya boleh dibereskan.

Dengan wang, mulut yang bisa berbicara tiba-tiba bisu tidak mampu berkata-kata. Biarkan luncai itu terjun dengan labu-labunya. Usah dikejar, jangan dihambat. Siapa yang berhati mulia menyediakan kereta mewah, mahligai besar seandainya diri sendiri tidak berusaha mencari ruang dan peluang mendapatkannya? Fikir dan renung-renungkan…

Maruah dan harga diri letakkan sahaja di pinggir jalan. Mulut harus disuap, banyak perut perlu diisi. Lantaran itu, persetan dengan kebenaran yang hendak ditegakkan. Kebenaran tidak dapat mengenyangkan perut yang kelaparan dan menghilangkan rasa dahaga tekak. Ilmu di dada tidak semestinya dipraktikkan andai mengundang duka nestapa. Biar sahaja ia berkubur di dalam jasad sehingga sampai waktu ilmu itu kan disemadikan di tempat yang sepatutnya; alam barzah.

*****

Manusia ini mungkin lupa bahawasanya hidup ini ada limitnya. Satu hari, satu ketika dan satu masa ia pasti kan kembali kepada Pencipta. Waktu itu, kenderaan mewah yang ia bangga-banggakan serta mahligai indah yang ia agung-agungkan ditinggal begitu sahaja. Ia cuba untuk membawa ‘lambang kemegahannya’ di dunia bersama-sama namun ketetapan Tuhan tidak mengkehendakinya. Ia ingin menangis tetapi tiada air mata. Hidup yang disangka sampai bila-bila menemui noktah akhirnya.

Manusia ini mungkin juga lupa, wang berjuta itu sama sekali tidak dapat memberatkan neraca timbangan Tuhan. Boleh jadi manusia itu berjaya memperbodoh neraca pengadilan dunia tetapi tidak sekali-kali dapat membohongi Allah SWT yang sedia tahu segala sesuatu yang terdetik di dalam hati kerdilnya. Lidahnya yang selama ini terkatup daripada menyatakan kebenaran telah memakan dirinya sendiri.

Justeru, bangkitlah hai ilmuan… bangunlah wahai ulama jangan dibiarkan diri itu terus lena daripada mimpi yang disangka indah namun tidak berpanjangan. Tegakkan kebenaran, hancurkan kebatilan. Jika tidak mampu menjadi bak Umar Al-Faruq, berusahalah seadanya untuk memiliki jati diri yang tinggi. Kejarlah redha-Nya kerana kita pasti bahagia. Usah gentar, jangan takut bersuara kerana Allah sentiasa bersama kita, ‘Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar,’ Al-Baqarah ayat 153.

Selamat pengantin baru Kak Yong

Minggu lepas (7 Ogos hingga hingga 9 Ogos), Muthiah dan suami pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu Muthiah yang berlangsung di Jertih, Terengganu.

Hmmm… kami bertolak dari Taiping jam 6.00 petang (7 Ogos) dan bercadang untuk bermalam di Pasir Mas (rumah mertua) dahulu. Dalam perjalanan, kami berhenti solat dan makan malam di Masjid Gerik. Hehe… Menu Muthiah??? Ayam masak lemak tempoyak, telur masak merah dan sayur cendawan air… terlebih makan pula.

Kami sampai di Pasir Mas jam 1.00 pagi. Esoknya, kami bertolak ke Jertih jam 11.00 tengah hari. Namun sebelum itu, Muthiah dan suami sempat menjengok nenek saudara suami (di Pasir Mas) serta ibu saudaranya yang tinggal di Machang. Jam 1.00 petang, baru berangkat ke tempat perkahwinan (perarakan bermula jam 2.30 petang).

Hehe… segan juga kerana Muthiah rasa agak bergaya dan ‘vogue’ (bagi Muthiah tetapi mungkin padahal tidak ada apa-apa). Mana tidaknya, Muthiah memakai baju kebarung putih (longgar) yang berlabuci. Cuma, Muthiah mengenakan tudung hitam agar nampak suram sedikit.. Huhu… tidak pernah sepanjang hayat Muthiah bergaya begitu (kecuali pada hari pernikahan Muthiah dahulu). Tema pada hari tersebut ialah berpakaian serba putih (sebelah pengantin perempuan). Malu bangat dan Muthiah hanya berjalan di belakang suami sahaja.

Majlis perkahwinan ini diadakan secara besar-besaran. Antara perkara yang menyeronokkan Muthiah ialah tatkala menerima door gift daripada pengantin (hobi Muthiah ialah mengumpul barang-barang percuma - aduh, buruk perangai. Hehe…). Mama memberi Muthiah dua tangkai bunga telur (satu yang biasa-biasa dan satu lagi bunga telur kristal) serta bekas gula-gula yang dibuat daripada besi (berbentuk hati). Bukan itu sahaja, Muthiah juga dapat dua buah beg mengisi duit syilng (sebenarnya satu milik suami… namun, tetap menjadi milik Muthiah juga). Ada kaaaa….

Muthiah dan suami pulang ke Sungai Tong (rumah Muthiah) jam 5.30 petang dan sampai di rumah jam 7.00 malam. Awalnya, ingin menziarahi nenek (Mek Mak Minah dan Mek Mak Cu) dan ibu saudara Muthiah (Mok Teh) tetapi Muthiah dan suami sama-sama kelesuan. Malam itu, Muthiah tidur awal manakala suami pula surfing internet setelah makan buah dengan papa dan adik lelaki Muthiah, si keraspedal.

Kami pulang ke Taiping pada hari Ahad jam 8.45 pagi (ikut jalan Tasik Kenyir). Huhu… tidak sempat tengok gajah kerana pelawat hanya dibenarkan masuk ke tempat gajah diberi makan dan dimandikan pada jam 11.00 tengah hari.

Muthiah : Hormati yang tua, pasti orang lain kan menghormatimu… agar terserlah kecantikan pekertimu dan tersembunyi kejelikanmu…

Sedih????



Salam. Apa khabar semua? Kerjanya ada beres? Muthiah??? Hmmm… hari ini, tidak masuk pejabat. Pertama sebab mahu selesaikan urusan membasuh. Banyak bangat pakaian yang perlu dicuci (al-maklumlah, balik kampung tiga hari… tiga harilah pakaian tidak berbasuh). Kedua… hmmmm…

Malam tadi, Muthiah menerima kiriman sistem pesanan ringkas daripada seorang teman. Astaghfirullah… ia dikejar samseng???? Mujur ia tidak memandu berseorangan, Alhamdulillah… Cuma, katanya ia bersedih hati… bukan hanya bersedih tetapi sedih bangat… sedih yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata bilamana orang yang disayangi buat endah tidak endah. Sampai tengah malam ia meluahkan rasa kepada Muthiah. Moga-moga, sahabat Muthiah ini kan tenang selalu dan sentiasa berada di bawah naungan Allah hendaknya.

Pagi tadi, Muthiah menerima kiriman sistem pesanan ringkas lagi. Bukan daripada sahabat Muthiah yang dikejar samseng tetapi teman yang pernah menjadi rakan sekerja Muthiah. Katanya, ia sedih… gagal dalam peperiksaan yang diduduki…

Hmmm… setiap manusia, ada masalah yang tersendiri… kadang-kadang, ia gembira dan kadang-kadang ia bersedih hati.

Ia gembira tatkala :

Bersama bersama insan tersayang (macam Muthiah, hehe).

Memperoleh apa yang diingini… berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kerjaya dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan.

Mencapai apa-apa yang dirancang / dikehendaki. Ia mahu berkahwin, Alhamdulillah… Allah mengizinkannya bernikah. Ia mahukan anak, Alhamdulillah… Allah mempermudah rezekinya. Ia mahu ini dan itu… ia dapat!!!

Ia gembira dan terus bergembira. Kadang-kadang, ia gembira tanpa melupakan Tuhan dan acap kali juga ia gembira… tetapi teralpa daripada mengingati Allah SWT. Maklumlah, manusia sering kali lupa tatkala beroleh kenikmatan. Ia lupa dari mana datangnya nikmat itu… ia lupa bahawa nikmat itu adalah bukan miliknya yang mutlak. Ia lupa dan terus lupa sehingga ada yang mengingatkannya.

Boleh jadi ia diperingat kepada Tuhannya oleh teman-teman yang kasih dan sayangkan dirinya (hakikatnya, teman itu adalah wasilah daripada Allah untuk mengingatkannya). Boleh jadi juga ia ditarbiyah terus oleh Allah. Apabila ia ditimpa musibah, ia kembali kepada Allah. Saat itu, ia tidak lepas daripada beristighfar dan bermuhasabah atas kelalaiannya. Ya! Allah sayangkan dirinya dan tidak mahu ia terus jauh dan menjauh.

Adoi… apa yang Muthiah coretkan ini????

Sedih??? Setiap manusia, tentu pernah berasa sedih… kadang-kadang, sedihnya masih mampu dikawal dan terjadi juga… kesedihannya melampau-lampau. Tidak mampu diluah dengan kata-kata… tidak mampu ditulis melalui pena…

Ia sedih… ia sedih kerana :

Rasa diabaikan… terutama oleh orang yang dikasihi…

Gagal dan tetap gagal dalam apa jua yang dilakukannya. Sehingga, ia merasakan bahawa tidak ada peluang baginya untuk mengecap kejayaan. Ia lupa, gagal itu bukanlah penyudah bagi kehidupan. Bilamana ia gagal tetapi bangkit kembali… ia sebenarnya telah berjaya! Dan ia masih punya ruang untuk mencapai apa-apa yang diidamnya. Namun, tatkala ia gagal dan jatuh terduduk… tidak punya hasrat untuk bangun kembali… itulah sebenar-benar kegagalan. Kegagalan sementara… bilamana ia tersedar dari lena, insya-Allah, ia pasti menjadi orang yang berjaya.

Diperlaku seperti manusia yang tidak punya harga diri… ia tidak dihormati… ia dibenci dan menjadi mangsa salah sangka oleh mereka yang tidak faham… oleh mereka yang hatinya telah dikotori dengan seribu satu prasangka… oleh mereka… oleh mereka… oleh mereka yang… Astaghfirullah… banyak sungguh bintik hitam di dalam jiwa menyebabkan hanya yang buruk-buruk bermain di dalam minda mereka.

Sedih sehingga tidak mampu untuk berbicara. Tidak mampu untuk meluahkan rasa meski kepada insan yang begitu dekat dengannya. Teman itu dekat tetapi mulut masih lagi terkatup dek kesedihan yang dialami. Ia sedih dan sungguh sedih… terasa diri berseorangan… kepiluan menyelubungi jiwa. Kedukaan menghantui diri… apapun yang pasti! Ia sedih…

Firman Allah dalam surah Al-Fussilat ayat 30 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami adalah Allah,” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka. Maka, malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih, dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu…”

Nah! Janganlah berasa sedih… janganlah berasa hidup keseorangan. Janganlah jangan kerana Allah itu Maha dekat dengan kita. Lebih dekat daripada ibu yang melahirkan kita… lebih dekat daripada ayah yang banyak berjasa kepada kita… lebih dekat daripada suami / isteri yang sentiasa melalui saat senang dan sukar bersama kita…

Allah itu dekat dan amat dekat… lebih dekat daripada urat merih kita sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Qaaf ayat 16 yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya…”

Allah sudah tahu apa-apa yang terpendam dalam hati kita. Allah dapat melihat tangisan hati kita. Allah dan Allah adalah segalanya buat kita. Percayalah! Yakinlah! Sesungguhnya kita tidak sendiri. merintih… merayu… mengharap… mengadulah kepada-Nya yang Maha Melihat… Maha Mendengar… Maha Mengetahui dan Maha Segalanya.

Justeru… ayuh! Bangkit wahai teman. Jangan biarkan diri dirundung duka. Allah ada… Allah Maha Dekat dan kita sama sekali tidak bersendirian. Ujian itu (kesedihan) adalah tanda kasih-Nya buat kita. Dia tidak mahu kita lupakan-Nya tatkala kita bersuka-ria. Dia mahu kita semakin menghampirkan diri kepada-Nya. Dia mahu dosa-dosa kita terhapus… dosa yang dilakukan dalam sedar mahupun tidak. Dia mahu kita kembali kepada-Nya dengan dosa yang terampun. Kita kan manusia yang terbatas akal fikirannya???

Persetan segala cakap-cakap manusia yang busuk dan hitam hatinya. Usah pedulikan mereka yang tidak suka… dengki atau membenci. Hiduplah dengan aman bahagia kerana kita sebenarnya ada Tuhan… kita ada Ilah… kita ada Rab yang selalu dekat dengan kita… bukan sahaja dekat dengan jasad kita bahkan jiwa dan hati kita. Berlapang dada dan sentiasalah mengharapkan kegembiraan itu hadir dengan perhubungan yang akrab dengan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah Yunus ayat 65 yang bermaksud, “Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Muthiah : Sedih… tetapi tanpa sedar kesedihan ini sebenarnya mendekatkan diri dan hati kepada Pencipta… SAYANG ALLAH… CINTA ALLAH…

Singa Dahaga


“Nanti apa orang akan kata?” Satu-satu kuungkapkan bicara itu. Diam…
“Saya janda dan En. Haiqal adalah MAJIKAN saya sendiri!” Sengaja kutinggikan suara. Ini tak boleh jadi. Mendung tidak, guruh pun tidak tiba-tiba taufan melanda. Masalahnya tidak mahu pula membinasakan bangunan pejabat tiga tingkat milik anak Datuk Hakim, bukan juga mahu memusnahkan department tempat aku mencari rezeki namun taufan yang tidak kupinta ini hanya mahu bertiup kencang mengenai tubuhku yang langsing.
Akibatnya, aku jatuh terpelanting. Lebih malang lagi apabila kepalaku terhantuk di muka pintu bilik ‘musuh’ ketatku sendiri. Haiqal Daniel bin Datuk Hakim (bukan adik-beradik Norman Hakim tau) begitu dekat dengan jasadku tetapi berbilion batu jauh dari hatiku. Dengan kata lain, aku membencinya seluruh jiwa dan ragaku. Ah, jika Harry Porter sahabat akrabku sudah pasti kuminta bantuannya untuk menyahkan ‘Singa Dahaga’ ini dari kamus hidupku. Singa Dahaga???

*****

“Emelda Arisya binti Bujang. Umur 25 tahun, Ijazah Sarjana Muda …” tiba-tiba anak mata bos muda itu dibulatkan, sebulat-bulatnya.
“Status janda!!!” Ia seakan-akan terpaku dengan statusku.
“Hm…” diam.
“Graded bulan Ogos, dapat kerja bulan Oktober…” diam lagi. Aku sekadar memandang wajahnya yang lebih bengis daripada Pak Man Telo, anak Pak Usin Tompel, konstabel di tempat kelahiranku.
“Dah tu awak kahwin bila dan bercerai pula bulan berapa?” Ia memandang mataku tanpa berkelip.
“Inilah anak gadis zaman sekarang. Kecil-kecil menggatal nak berlaki. Dah kahwin, bercerai-berai walhal nikah tak sampai setahun. Kahwin nak, jadi isteri tak pandai,” majikan baruku menyampaikan ceramah panjang lebar. Mengalahkan umi di kampung. Umi pun pandai pilih waktu untuk melepaskan ‘tembakan’ M16-nya.
Aku hanya diam seribu bahasa tetapi hatiku sudah berbakul-bakul menyumpah-seranah lelaki tak handsome di hadapanku. Tiba-tiba, wajah Irfan berlegar-legar dalam kotak fikiranku. ‘Arisya rindukan abang,’ aku berkata sendiri.
“Puan Emelda Arisya, eh silap. Bukan puan lagi…” diam.
“Cik Emelda Arisya, dengar tak apa yang saya kata???”
“Macam mana awak nak jadi PA saya kalau awak tidak dapat bekerjasama dengan baik dengan saya,” katanya tanpa henti. Anak matanya masih lagi setia di situ, tepat memandang anak mataku. Diam…
“Dah dah… keluar. Saya tak mahu tengok muka awak lagi. Bila hati saya dah tenang, baru saya panggil awak balik,” Haiqal berkata perlahan tanpa memerhatikan wajahku. Fail yang dilemparkan sebentar tadi diambilnya kembali.
“Kejap! Bila awak kahwin dan bila awak bercerai?” Ia seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan reaksiku. Terserlah bakatnya sebagai seorang diktator. ‘Tak profesional langsung,’ aku membentak sendiri. Aku yang tadinya sudah berjalan ke pintu kembali berundur menuju ke mejanya. Aku memandang tepat mata anak Datuk Hakim yang bulat tetapi tidak menarik itu.
“En. Haiqal! Saya bernikah 11 September 2008 dan bercerai dengan Allahyarham Irfan bin Aminuddin pada 12 September 2008. Allah lebih sayangkan suami dan mengambilnya kembali sebelum sempat kami hidup sebagai suami isteri,” tanpa menunggu responnya, aku bergerak laju keluar dari bilik ‘tahanan’ itu. Air mataku tiba-tiba gugur ke bumi.

*****


“Arisya, dunia ini umpama pentas. Kita adalah pelakon yang memainkan watak di atasnya,” kata Irfan suatu hari. Aku hanya tersenyum. Air tembikai susu tanpa gula itu kuhirup perlahan. Aku bahagia kerana kan bersatu dengan insan yang paling aku cintai. Irfanlah jiwaku, Irfanlah jantung hatiku. Tidak dapat kubayangkan hidup tanpanya. Aku pasti terkapai-kapai sendiri. Mataku tidak buta tetapi masih tidak berdaya mencari cahaya. Ya, Irfan adalah segalanya bagiku…
Arisya yang abang kasihi fillah,
Maafkan abang kerana merahsiakannya daripada pengetahuanmu. Abang khuatir Arisya tidak cukup kuat untuk itu. Abang tidak sanggup melukakan hatimu tetapi abang tidak mampu menolak ketetapan Tuhan. Kita adalah manusia biasa yang pasti kan kembali kepada Pencipta. Itu pasti!
Tiga bulan sebelum majlis perkahwinan kita, abang disahkan mengidap penyakit barah otak tahap kritikal. Hanya keajaiban yang mampu menghilangkannya. Abang cuba untuk berterus-terang tetapi lidah abang kelu tatkala melihat senyuman Arisya. Abang tahu cinta Arisya buat abang sentiasa teguh dan utuh meskipun abang bukanlah siapa-siapa. Terima kasih atas kasih sayang itu.
Arisya, usahlah Arisya menangisi pemergian abang kerana kasih abang buat Arisya tidak pernah melangkaui kasih-Nya kepada Arisya. Allah lebih sayangkan Arisya lantas dikurniakan segalanya buat Arisya. Jika abang meninggalkan Arisya, Dia tidak begitu. Dia sentiasa dekat dan hampir mendengar segala rintihan Arisya.
Justeru, kuatlah dalam menghadapi ujian ini kerana Allah mahu Arisya kembali kepada-Nya. Abang bukan siapa-siapa, abang hanyalah makhluk Tuhan yang sama-sama dikurnikan rasa kasih buat insan ciptaan-Nya. Yakinlah, Arisya akan semakin kental jika tidak bertindak menjauhi-Nya. Dia ada memberi kekuatan buatmu.
Abang…
Irfan akhirnya pergi tak kembali. Benar seperti apa yang diperkata, hanya cinta Allah yang kekal abadi. Irfan cintakan aku namun kasih Allah lebih hebat buatku. Dia mungkin sahaja mahu menyedarkanku daripada mimpi yang panjang. Makhluk itu bukanlah segala-galanya. Ia juga seorang insan yang dikurniakan kenikmatan daripada Tuhan yang Esa.
‘Arisya sayangkan abang dan Arisya kan cuba menyelami kata-kata abang,’ aku berkata sendiri. Bukan mudah untuk menerima hakikat ini. Aku bukanlah seorang hamba yang sentiasa dekat dengan Tuhan. Aku hanya manusia biasa yang terlalu banyak melakukan khilaf. Tidak mustahil aku terpana dan tidak pelik jika aku berasa kecewa.

*****

“Apa yang awak dapat tiga bulan di sini?” Tanya Haiqal tatkala aku melangkah ke dalam biliknya. Diam…
“Dari mula-mula awak masuk sini sampai bulan ketiga ni, mulut awak tak pernah reti nak bercakap,” tambahnya lagi. Argh, ‘Singa Dahaga’ ni sudah memulakan kuliah Dhuhanya. Kenapa aku memanggil majikanku yang banyak songeh ni ‘Singa Dahaga’? Kerana dalam sehari, lebih lima kali aku perlu menyediakan minuman buatnya. Jam 8.00, teh panas mesti sudah berada di atas meja. Jam 11.00, milo pula mengambil tempat. Jam 2.00, kopi kurang manis menjadi pilihannya. Jam 4.00, 5.00, 6.00… minum minum minum.
Kalau macam ni, lebih baik aku bekerja sebagai tea lady. Bukan itu sahaja, kerjaku sehari-hari pun bertambah sampaikan membersihkan lantai biliknya pun menjadi tugas rutinku. Masih belum cukup! Kalau boleh dia mahu aku mop, lap meja, cuci tingkap kamar kerjanya… ingat aku ni orang gaji????
Amarahku masih belum reda. Aku perlu luahkannya. Sekiranya dia rasa mahu menjadikan aku tea lady, makcik cleaner … ‘Increase my salary please.’ Ini tidak, kerja bertambah (sudahlah tidak dapat claim OT) tetapi apa yang kuterima tidak setimpal dengan penat-lelahku.
Jumaat lepas, pandai pula ‘Singa Dahaga’ diktator gila kuasa ni memujiku,“Congrats, hasil kerja awak memang perfect. Semua orang memujinya…”
“Arisya… Arisya!!!” Jerit Haiqal. Alamak, aku berkhayal rupanya.
“Awak ingat saya cakap dengan tunggul? Atau awak ni memang keturunan tunggul? Ulang balik apa yang saya cakap?”Ia menghentakkan mejanya. Habis bersepah fail yang baru kususun pagi tadi. ‘Kurang asam punya ‘Singa Dahaga’,’ aku menjerit sendiri. Ingat dia seorang ke yang boleh jerit? Nama sahaja lulusan Oxfort University tetapi akhlak??? Mengalahkan anak Pak Mail yang suka menjerit-jerit memanggil beruknya yang tidak mahu turun dari pokok kelapa yang dipanjatnya.
“Dah dah…keluar. Saya tak mahu tengok muka awak lagi…” jeritnya. Aku mencebikkan bibirku. Dulu pun cakap macam ni tapi….
“Buatkan saya milo ais kurang manis,” arahnya lalu duduk di atas sofa yang terletak di penjuru bilik. Majalah Reader Digest dibelek perlahan. Kan aku dah cakap, mesti suruh buat air punya. Kan bos aku yang seorang ni suka cakap tak serupa bikin. Aku berjalan perlahan menuju ke pintu.
“Aik, macam tu je nak pergi? Meja saya yang bersepah ni siapa nak kemas? Nak saya buat sendiri?”Jeritnya lagi. Aduh! Tensionnya ada majikan macam ni. Aku tengok, Datuk Hakim tidaklah macam tu sekali. Bicaranya penuh dengan adab. Bukan itu sahaja, ia menghormati setiap orang bawahannya. Ini, belum dapat tittle datuk sudah angin, kalau dah dapat mesti berasap satu badan.
Tanpa memandang wajahnya yang kulihat semakin berkedut, aku berjalan cepat-cepat menuju ke mejanya. ‘Alah, bukannya bersepah sangat pun,’ aku mengomel sendiri. Confirm anak datuk ni tak pernah buat kerja rumah. Malanglah siapa-siapa yang bakal menjadi isterinya. Nanti, bukan sahaja jadi isteri bahkan bibik, makcik dobi, chef dapur dan banyak lagi.
Apa sahaja yang aku lakukan, selalu tidak cantik di matanya. Aku sendiri keliru, apakah salahku sehingga ia bertingkahlaku begitu? Kalau benci, meluat, tidak suka… pecat sahaja. Tidak perlu sampai menyeksa zahir dan batinku.
Ah, biarkan ‘Singa Dahaga’ itu dengan fiilnya. Yang penting, aku di sini mencari rezeki yang halal. Boleh meringankan beban abi dan umiku di kampung. Dia berbangga dengan gelaran datuk milik daddy-nya? Abiku juga seorang ‘datuk’ meskipun hanya bekerja sebagai penoreh getah. Bulan sudah, aku mendapat sepasang anak buah yang comel-lote. Tak macam Haiqal, bukan sahaja tak handsome bahkan muka macam orang tua, perangai macam budak-budak dan banyak lagi keburukan miliknya.

*****


“Saya tahu saya tak handsome, muka berkerut macam orang tua, perangai macam budak-budak…” kata Haiqal perlahan. ‘Astaghfirullah, siapa yang report ni? Mesti Haisarah, pelajar praktikal yang baru sebulan membuat latihan ilmiah di sini. Aku dan dia agak serasi membuatkan aku berasa selesa untuk berkongsi cerita dengannya.
“Awak jangan salahkan Haisarah. Dia adik bongsu kesayangan saya merangkap bakal adik ipar awak,” katanya lagi tanpa memberi peluang aku bersuara.
“Tak salah kahwin dengan janda. Bukan berdosa pun lagipun awak janda ada class bukan janda tepi jalan. Mummy dan daddy very open. Mereka tak kisah kalau saya mahu bernikah dengan janda, jangan isteri orang sudah! Itu haram,” sejak bila bosku ini jadi ustaz? Aku hanya membisu. Enam bulan aku terseksa sekelip mata mahu menerimanya?
“Saya taklah macam singa. Singa makan orang tapi saya tak makan. Saya manusia biasa, ada hati dan perasaan,”Haiqal masih belum mahu menghabiskan kata-katanya. Kali ini, ia berlagak romantik walaupun sifat ini begitu canggung dengan dirinya. ‘Tak sesuai,’ aku berkata perlahan.
“Saya ikhlas mahu jadikan awak sebagai isteri saya, bukan bibik atau makcik dobi atau chef dapur. Saya mahu awak menjadi permata hati saya serta ibu buat zuriat saya,” kali ini, Haiqal lebih serius. Sah! Haisarah membongkar segalanya. Nak marah? Siapa aku untuk itu.
“Manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah insan yang bertaqwa. Tidak kira sama ada ia ditakdirkan menjadi janda ataupun duda. Yang penting, imannya teguh dan ia tidak lupa asal-usulnya…” diam sejenak.
“Manusia itu sebenarnya hanya pelakon di atas pentas ciptaan Tuhan dengan membawa watak-wataknya. Kemudian, mereka kan diadili untuk dinilai ketaqwaan dan keimanannya,” Haiqal meneruskan kata-katanya. Aku yang tadinya tunduk ke bumi memandang tepat anak matanya. ‘Abang…’ wajah Irfan datang kembali. Air mataku tiba-tiba gugur ke bumi. Aku betul-betul rindukannya.
“Arisya, terimalah saya sebagai pengganti Irfan. Dia pergi tak kan kembali. Allah lebih sayangkannya,” ucap Haiqal perlahan.
Kutundukkan wajah ke lantai. Fail yang terletak di atas meja Haiqal aku perhati dari jauh. Kemudian, aku mendongak ke siling.
“Arisya…” panggil Haiqal. Aku memandang wajahnya yang semakin sayu. Tidak ada apa yang mampu kuungkapkan melainkan sekuntum senyum manis.
Labels: 2 comments | | edit post

Batasan waktu - AJAL


Di sini di sini kita berkumpul (2x)
Salam salam salam salam salam hey
Here we are here we are here we are again (2x)
Hello hello hello hello hello hey
Cacciili caccili wa mu caccili (2x)
Meong meong meong meong meong hey
Porenggeh porenggeh eneh porenggeh (2x)
Eneh eneh eneh eneh eneh hey


Assalammualaikum. Salam hormat dan salam sejahtera buat teman-teman yang Muthiah kasihi fillah. Tahu atau tidak apa yang Muthiah coretkan di atas? Betul! Lagu Pengakap mungkin. Lagu waktu Muthiah muda-muda dahulu, lagu kegemaran Muthiah zaman sekolah rendah ;)

Hmmm… bagaimana hendak mulakan ya?

Muthiah terfikir… berapa lama Muthiah boleh bertahan? Maksud Muthiah, berapa lama Muthiah boleh hidup di atas muka bumi ini? Hmmm…

Paling lama, mungkin setelah usia menjangkau 100 tahun atau paling cepat… mungkin beberapa saat selepas ini, Muthiah dipanggil kembali oleh Ilahi. Mampukah Muthiah melarikan diri daripada ketetapan dan ketentuan-Nya? Bolehkah Muthiah menyorok atau bersembunyi daripada ajal? Tidak!!! Tidak sama sekali dan Muthiah pasti kan kembali kepada Pencipta. Itu pasti! Dan tidak ada kompromi.



Firman Allah dalam surah Luqman ayat 34 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan MATI. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Muthiah merancang … siapa sahaja merancang.

Muthiah mendambakan kebahagian hidup bersama suami tercinta selama-lamanya. Bukan itu sahaja, bahkan kita semua mahukan yang paling baik untuk diri kita. Mahukan rumah yang sempurna, punya kenderaan sendiri yang boleh membawa kita ke sana ke mari (tanpa perlu bersesak-sesak di dalam kenderaan awam), mahu itu dan mahu ini.

Ini adalah fitrah dan sebagai manusia, kita mahukan… kita inginkan segala benda yang baik untuk diri kita…. segala benda yang menyenangkan hati kita. Namun, setakat mana Allah mengizinkan kita melalui saat-saat yang kita dambakan itu? Kita merancang untuk sampai ke ‘Z’ tetapi ketentuan Tuhan, kita hanya mampu melangkah sehingga ke ‘H’. Hidup kita, hanya takat itu kerana Allah sudah memanggil kita untuk menemui-Nya. Dari tanah kita diciptakan dan kepada tanah kita kembali (atau lebih tepat… ‘Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kan kembali’).

Alamak! Muthiah pun keliru dengan apa yang Muthiah coretkan tetapi memang ada sesuatu yang ingin Muthiah kongsikan. Hmmm…

Bilamana nyawa sudah dicabut… bagaimana ya keadaan kita?

Masih ada orang yang SAKIT HATI dengan kita? Mulut kita terlalu lantang (sehingga menyakiti orang yang mendengar butir bicara kita). Hati kita terlalu busuk dan penuh prasangka sehingga membuatkan orang lain berduka dengan sikap kita…

Masih banyakkah HUTANG kita? Hutang yang sengaja dilengahkan pembayarannya atau kita sudah berusaha keras untuk melunaskannya.

Masih ada manusia yang belum sempat kita memohon MAAF kepadanya atas keterlanjuran kata-kata kita? Kata-kata kita (yang tidak menghiraukan perasaan orang lain) mungkin telah menyentak hati abang/ kakak/ sahabat/ keluarga kita.

Bagaimana dengan AMANAH yang telah ditaklifkan kepada kita? Semuanya akan dipertanggungjawab atas diri kita. Kita selaku seorang pekerja… seorang suami/ isteri… seorang ibu/ ayah… dan paling utama, sebagai KHALIFAH di atas muka bumi Allah ini.



Takut tatkala memikirkan…

Takut kita tidak dipilih Tuhan untuk berada bersama mereka yang telah dijanjikan syurga.

Takut terlalu banyak dosa yang dilakukan sehingga melangkaui kebaikan yang kita buat.

Takut mati dalam perasaan dendam yang masih tersimpan dalam jiwa. Sukar benar untuk berlapang dada dan susah benar untuk melupakan silap orang terhadap kita (silap kita terhadap orang, mudah pula diabaikan).

Takut dan takut kerana setiap itu akan diperhitung Allah…

Waktu itu, apakah yang boleh membantu kita?

Amal-amal yang kita lakukan? Ikhlaskah kita dalam perjuangan itu? Ikhlaskah kita dalam sedekah / infak yang kita lakukan?

Al-Maidah ayat 85, “Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan (yang IKHLAS keimanannya).”

Hmmm… tidak lain dan tidak bukan… hanya RAHMAT dan KASIH SAYANG Allah yang bisa membantu kita… bisa menjauhkan kita daripada neraka-Nya, yang tidak ada satu makhluk pun yang sanggup memasukinya. Betapa gerunnya api neraka yang membakar…

Justeru… katakan pada diri. Mulai saat ini…

1- MAAFKANLAH orang yang pernah menyakiti hati kita.

Al Baqarah ayat 263, “Perkataan yang baik dan pemberian maaf itu adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.”

2- BERFIKIR dahulu sebelum berbicara. Dikhuatiri bisa menghiris hati dan perasaan orang di hadapan kita.

3- Selagimana kita bernyawa, lakukanlah segala sesuatu SEBAIKNYA.

Jika kita seorang pekerja, jadilah pekerja yang AMANAH dan CEMERLANG.

Jika kita seorang isteri, jadilah isteri solehah dan gembirakanlah hati suami setiap detik dan ketika. Moga-moga dengan redhanya, kita kan mendapat redha Ilahi.

Jika kita seorang pendakwah, berhabis-habisanlah dalam memperjuangkan agama Allah yang suci ini dan sesungguhnya… kita semua adalah pendakwah (“Man qola ‘lailahaillallah wa hua daie,’..”)

4- BERLAPANG DADAlah atas segala sesuatu. Huhu… paling sukar untuk melupakan sesuatu yang menyakitkan tetapi ingat! Mungkin esok atau lusa kita akan dipanggil kembali menemui Tuhan dan waktu itu… dendam, marah dan benci tidak akan memberi manfaat sedikitpun buat kita.

An-Nur ayat 22, “..dan hendaklah mereka memaafkan dan BERLAPANG DADA…” (Kisah sumpah Abu Bakar yang tidak mahu membantu orang yang telah menyebarkan fitnah terhadap Sayidatina Aisyah).

5- BERSANGKA BAIKlah… khususnya kepada Allah yang Maha Esa. Allah yang Maha Tahu… Allah yang Maha Pengampun… Allah yang Maha Penyayang… Allah yang Maha Segalanya….

6- Banyakkan BERDOA agar ditempatkan bersama-sama mereka yang soleh/ solehah. Juga, moga-moga kita ‘dipanggil pulang’ dalam IMAN dan ISLAM.

Al-Mukmin ayat 60, “Dan Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu,’…”

7- Jangan biarkan perasaan MARAH menguasai diri kita kerana waktu itu iblis bisa sahaja menghasut dan meracuni fikiran kita. Banyakkan istighfar, berzikir dan mengharapkan kekuatan daripada Allah tatkala mendepani sesuatu yang tidak sanggup kita depaninya.

As-Syura ayat 36 dan 37, “…Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal. Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka MARAH mereka memberi maaf.”


8- Hindari BERBICARA yang sia-sia. Mana tahu, termengumpat! Mana tahu, teraibkan! Mana tahu dan mana tahu… (semuanya TER bermakna tanpa sengaja (betulkah tidak sengaja?)… hmmm).

Muthiah : Mengharapkan redha Allah dan juga suami setiap saat dan masa.

Tauhidullah (iii)


Salam ukhwah fillah. Apa khabar ya? Bersedia untuk berhalaqah? Hehe… seperti yang dijanjikan, insya-Allah minggu ini Muthiah ingin berkongsi tentang …

2- Mulkiyatullah (Kepenguasaan Allah)

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (Dewan Bahasa dan Pustaka), KEPENGUASAAN membawa maksud perihal menguasai atau menguasakan. MENGUASAI pula bererti berkuasa atas (sesuatu) manakala MENGUASAKAN bermakna memberi kuasa kepada.


Ya! Allah-lah Pemilik, Allah-lah Pemimpin dan Allah-lah Pembuat hukum bagi segala sesuatu di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, Dia-lah yang PALING BERKUASA terhadap alam ini. Segalanya adalah milik Tuhan, di bawah kepimpinan Tuhan serta dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Maka, sebagai hamba Allah yang menggunakan sesuatu bukan miliknya (hakikatnya adalah milik mutlak Allah SWT)… sebagai hamba yang naungannya adalah Allah yang Maha Esa… seharusnya, semestinya dan sepatutnya MENTAATI dan TUNDUK kepada segala PERINTAH Allah meskipun berlawanan dengan kehendak nafsu kita.

Kita siapa? Kita bukan siapa-siapa. Jadi, sebagai seorang insan yang tidak punya apa-apa (melainkan sesuatu yang dikurniakan Allah), perlu bagi mereka untuk PATUH kepada Pemberi nikmat itu… perlu IKUT segala perintah Pemilik nikmat itu dan banyak lagi….

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 183 yang bermaksud, “Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu.”

Dalil lain : Al-Imran : 26, Al-Fatihah :4

a) Waliyan (Allah sebagai satu-satunya Penolong dan Pelindung)

Bilamana kita dirundung duka, kesedihan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, percayalah bahawasanya Allah itu dekat dengan kita. Dia adalah PENOLONG dan PELINDUNG kita tatkala senang atau ketika ditimpa kesukaran.

Kita tidak seorang dan Allah itu MAHA DEKAT dengan setiap hamba-Nya. Bukankah Dia PENCIPTA? Selaku Pencipta alam, pastinya Dia lebih TAHU, lebih ARIF dan lebih MAKLUM dengan keperluan (yang sepatutnya) hamba-hamba-Nya.

Maka, BERGANTUNG HARAPLAH kepada Dia yang mencipta. Dia? Betul! Dialah wali yang melindungi, menolong dan memelihara setiap hamba-Nya.

Jadi, selepas ini… jangan sedih-sedih lagi ya? Stres dengan permasalahan hidup??? Hmmm… jangan rasa kita sendiri kerana Allah yang melindungi dan membantu itu begitu dekat dengan kita… lebih dekat daripada urat merih kita sepertimana firman-Nya dalam surah Al-Qaaf ayat 16 yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan mengetahui apa-apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”

Dalil lain – Al-A’raaf : 196

b) Hakiman (Allah sebagai satu-satunya Pemilik Autoriti Hukum)

Hmmm… hendak perjelas macam mana ya? Mengikut kamus dewan, hukum bermakna peraturan yang ditetapkan oleh sesuatu kekuasaan.

Dengan lain perkataan, Allah-lah yang menetapkan peraturan berkenaan. Apa yang boleh dilakukan, apa yang dilarang dan banyak lagi. Sebagai manusia, fikiran kita terbatas.

Sering kali kita tidak dapat melihat hikmah di sebalik peraturan Allah itu. Bahkan, kadang-kadang kita merungut sendiri… kita marah dan melenting dengan segala ketetapan-Nya. Namun, percayalah… Allah sama sekali tidak melakukan sesuatu yang sia-sia (“Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia..” Al-Imran ayat 191) dan PASTI… segala apa yang telah ditetapkan itu adalah yang paling baik untuk diri kita. Sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu yang tidak kita tahu (Al-Baqarah ayat 216).

Yang penting, sentiasalah berharapkan Allah dalam segala apa yang kita lakukan. Ya! BERHARAPKAN ALLAH. Bilamana kita rasa kita tidak mampu… kita kembalilah kepada-Nya. Mengadu dan merintihlah dan PASTI Dia akan memberi jalan.

Cuma… kita perlu bersabar kerana jalan itu boleh jadi cepat dan boleh jadi lambat. Yang penting, kita perlu yakin bahawa Allah pasti akan membantu kita.

c) Aamiran (Allah sebagai satu-satunya Pemimpin)

Allah telah memberi rezeki… Allah memiliki segalanya di atas muka bumi ini. Justeru, hanya kepada Dia kita patut sembah (mengabdikan diri) serta menurut perintah.

Hmmm… apa macam? Muthiah rasa macam tergantung sahaja pengisian minggu ini tetapi Muthiah harap, kita semua dapat menyelaminya walau sedikit.






Labels: 0 comments | | edit post

Cikgu oh cikgu



Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hmmm… huhu… tidak tahu hendak tulis apa sebenarnya. OKlah… ingin berkongsi cerita tentang penulisan pertama Muthiah yang dikongsi bersama umum.

Bukan cerpen yang bertajuk ‘Hati Seorang Isteri’ dalam majalah Mingguan Wanita ya tetapi karangan Muthiah sewaktu berada di tingkatan tiga.

Menurut kata Noyen (tingkatan 3T1), Cikgu Hamid yakni guru Bahasa Melayu Muthiah sering membacakan karangan Muthiah di dalam kelasnya (Muthiah berada di tingkatan 3KA). Dengan kata lain, karangan Muthiah telah diiktiraf oleh Cikgu Hamid. Apa yang Muthiah rasa? Tentunya rasa bahagia dan berbesar hati. Lagipun, Muthiah memang agak akrab dengan Cikgu Hamid dan keluarganya.

Kata Noyen lagi… setiap kali Cikgu Hamid membacakan karangan yang ditulis Muthiah, apabila masuk bahagian watak-watak dalam karangan, budak-budak mesti tergelak. Ish ish ish. Sah! Satu tingkatan tahu tentang minat Muthiah yang satu ini. Apa dia?

Hehe… sebenarnya, Muthiah suka menggunakan nama (watak) orang yang Muthiah kagumi atau sukai. Contohnya : Azman Adnan, Shahril Arshad, Mehmet Durocovic (betulkah namanya begini?) dan banyak lagi (Ronaldo). Dahulu, Muthiah agak fanatik dengan pasukan ‘Merah Kuning’ dan Brazil (atau mana-mana pasukan yang diwakili Ronaldo – Inter Millan, Barcelona)… Merah kuning lambang kebanggaan… alamak, lupa daaa lagu skuad Selangor (waktu itu).

Cikgu Hamid pun tidak boleh cakap apa kerana Muthiah memang tidak buat salah dalam karangan Muthiah cuma mungkin nama watak yang digunakan Muthiah tidak sesuai. Iyalah… adakah patut… letak nama Ronaldo sebagai kawan karib? Betullah… bilamana kita mengagumi seseorang, kita pasti kan sentiasa menyebut namanya (Sejauh mana pula kita sentiasa menyebut nama Tuhan yang telah memberikan 1001 nikmat buat kita?).

Selain itu, satu pengalaman yang tidak dapat Muthiah lupakan juga ialah bilamana Muthiah tidak mendapat ‘A’ dalam kertas karangan Bahasa Melayu. Waktu itu, untuk peperiksaan percubaan, pemeriksa adalah daripada sekolah lain. Cikgu Hamid tidak berpuas hati dan membawa karangan yang Muthiah tulis ke Pejabat Pendidikan Daerah (Muthiah tidak pasti Cikgu Hamid berjumpa dengan siapa). Karangan tersebut disemak semula dan sebenarnya, Muthiah layak mendapat ‘A’. Apa lagi, tersenyum simpullah Cikgu Hamid. Muthiah… Alhamdulillah. Muthiah bersyukur kerana mendapat guru yang prihatin terhadap anak muridnya.

Lagi… sewaktu tingkatan lima, guru Bahasa Melayu Muthiah bernama Cikgu Arfah. Cikgu, tidak pula membacakan karangan Muthiah kepada umum tetapi di dalam buku karangan Muthiah… cikgu selalu menulis komen sangat baik, baik atau memberi bintang. Oh, Muthiah boleh menulis rupanya.

Siapa lagi ya guru Muthiah dalam bidang penulisan? Hmmm… akhir sekali ialah Kemala (Kemala banyak menghasilkan puisi), pensyarah Muthiah di UM dahulu (subjek penulisan kreatif). Beliau banyak memberi nasihat dan motivasi kepada Muthiah untuk menghasilkan cerpen yang baik. Waktu itu, rujukan Muthiah adalah novel penulisan Sasterawan Negara, A. Samad Said selain beberapa orang penulis dari Indonesia (Muthiah lupa namanya). Novel yang bertajuk ‘Salina’ Muthiah khatam beberapa kali dan memberi kesan mendalam buat Muthiah.

Manakan tidak. Novel itu membawa pembacanya untuk mendalami kehidupan seorang tokoh dalam bidang penulisan. Ya! Muthiah ingat-ingat lupa sebenarnya tetapi Muthiah kira, novel itu bisa sahaja meresap ke dalam hati pembacanya.



Alamak… sudah jam 5.11 petang. Minum petang buat suami belum disediakan lagi. Permisi ya ;)

Nasi lemak


Salam. Sebenarnya, ingin sambung tajuk Tauhidullah tetapi mengantuklah…jadi Muthiah menulis sesuatu yang ‘ringan’ ya…

Baru-baru ini, Muthiah ada menulis tentang ‘masak ‘ bukan?

Jadi kali ini, Muthiah ingin berkongsi menu yang agak berat tetapi mudah untuk dibuat. Muthiah kira, tidak sampai setengah jam untuk menyiapkannya.

Nasi lemak

1- Nasi

- Beras
- Bawang merah (dihiris halus)
- Garam (sedikit)
- Mentega (sedikit - untuk gantikan minyak)
- Bunga cengkih, kayu manis

Basuh beras. Jangan lupa untuk berselawat kepada Nabi SAW sewaktu membersihkan beras. Kemudian, tanak seperti masak nasi biasa. Masukkan bahan di atas dan kalau hendak nasi berbau wangi, masukkan sekali daun pandan.

** Muthiah kurang gemar masak nasi lemak guna santan (sepertimana yang biasa dilakukan orang).

2- Sambal ikan bilis

- Ikan bilis (dibasuh)
- Bawang putih dan bawang merah (ditumbuk)
- Bawang besar (dipotong halus)
- Cili kering yang diblender
- Garam dan gula secukup rasa

a) Goreng ikan bilis tetapi jangan sampai terlalu garing – asingkan.
b) Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
c) Kemudian, masukkan bawang besar.
d) Selepas itu, masukkan pula cili kering yang sudah diblender. Ada juga yang tambahkan sekali sos cili / sos totamo/ cili api yang dihiris halus.
e) Tambahkan sedikit air. (Kalau masukkan cili kering tanpa perasa tambahan seperti sos, masukkan sekali air asam jawa).
f) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
g) Tambah garam (tetapi Muthiah tidak letak garam pun sebab ikan bilis itu sebenarnya sudah sedia masin) dan sedikit gula (Muthiah tidak masukkan gula pun).

3- Lain-lain

- Telur yang direbus (boleh belah dua atau empat)
- Timun yang dihiris


Mudah bukan? Hehe… kalau Muthiah hendak cepat… Muthiah akan masak nasi lemak (tetapi, janganlah makan setiap hari, tidak elok untuk kesihatan).

Selamat mencuba ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Jalan Sehala



Salam. Alhamdulillah, pagi ini apa-apa yang Muthiah rancang berjalan lancar. Rumah sudah dimop dan tandas selesai dibersihkan. Cuma, operasi menggosok pakaian kerja suami dan menjahit sahaja belum dibereskan.

Hendak buat malam tadi, malas rasanya… Hmmm… kalau penyakit ‘tidak pandai atau tidak tahu’, boleh belajar. Kalau penyakit ‘malas’, entahlah.

Untuk ruangan santai minggu ini, Muthiah ingin berkongsi tentang pengalaman Muthiah dan suami sewaktu mencari lokasi pusat kecantikan (Muthiah dapat voucher produk kecantikan).

Nama tempat yang hendak dituju ialah Eikin Beauty House yang terletak di Jalan Pasar. Maka, kami pun mencari dan terus mencari. Suami memandu, Muthiah pula tengok papan tanda. Jalan yang hendak dicari ialah ‘Jalan Pasar’.

Hendak dijadikan cerita, setiap kali membaca papan tanda, Muthiah akan bacakan nama jalan tersebut buat suami. Sampai di hadapan The Store Taiping, Muthiah pun berkata, “ Jalan Sehala.” Suami tidak menafikan atau membetulkan… membetulkan apa?

Hehe… dalam perjalanan ke Gerik, suami melalui satu jalan. Tiba-tiba, suami berkata, “Jalan Sehala…” Entah bagaimana, baru Muthiah tersedar bahawa baru-baru ini… Muthiah tersilap menyebut nama jalan. Mana ada ‘Jalan Sehala.’

Huhu… Muthiah tahu sebenarnya tetapi entah mungkin baru-baru ini, jadi blur. Dengan kata lain, main sebut sahaja dan suami pula tidak menegur apa-apa. Suami ada niat untuk mengenakan Muthiah rupanya. Kemudian, suami pun gelakkan Muthiah.

Malam tadi, sewaktu suami tonton cerita Transformers (Muthiah tidak minat cerita robot-robot), Muthiah pula menonton cerita Renjis (di Astro Prima). Ada satu babak dalam cerita (Renjis) tersebut yang membuatkan Muthiah dan suami ketawa.

Asyraf Sinclair ingin mencari jalan. Apabila sampai di satu jalan, ia menghubungi kawannya dan berkata, “I’m in Jalan Sehala…” Kawan Asyraf berkata, “Jalan sehala means one way,” dan bukannya nama jalan.

Cepat-cepat Muthiah memanggil suami. Apa lagi, suami pun berkata… ada juga orang seperti Muthiah – blur (tetapi, Muthiah sebenarnya bukan tidak tahu dengan istilah ‘jalan sehala’ itu tetapi mungkin tersilap cakap – sebut tanpa pengertian). Kami pun sama-sama gelak.

Muthiah : Hendak cari jalan mati.
Labels: 0 comments | | edit post

Pesan mami (masak)




Salam. Apa khabar? Ada sihat? Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mendapat nikmat ISLAM dan IMAN. Muthiah kira, itulah nikmat yang paling besar bagi seorang manusia. Tanpanya… nauzubillah.

Pesan mami kali ini….

Muthiah ingin berkongsi tentang pesan mami sewaktu Muthiah masih belum bergelar isteri. Setiap kali Muthiah berborak dengan mami, pesanan inilah yang dititipkan. Selepas Muthiah mendirikan rumahtangga, mami tetap memberitahu pesanan/ nasihat yang sama.


Katanya, “Masaklah untuk suami walau hanya sebiji telur dadar.” Ya… mami berpesan agar sentiasa masak untuk suami dan kurangkan makan di luar (Sekali sekala sewaktu keluar dating, tidak apa. hehe… Kalau hari-hari dating???). Galakkan suami makan di rumah…

Sebab apa ya… hmm…

1- Mungkin untuk MENGERATKAN HUBUNGAN yang sedia erat. Orang tua ada menyebut… hendak ambil hati suami, jagalah perutnya (makan minumnya).

2- Boleh MENINGKATKAN KEMAHIRAN memasak kita… mula-mula buat tidak jadi… insya-Allah, cubaan kali keseribu, mesti jadi (dengan izin Allah). Macam Muthiah… awal-awal kahwin, tidak mahir masak gulai tetapi kini Alhamdulillah… menjadi (dahulu, Muthiah masak A, suami kata masakan B. Hehe).

3- Insya-Allah, bilamana kita lakukan kerana Allah… apa-apa yang kita lakukan untuk suami kita (termasuk masak)… pasti ada ganjarannya di sisi Allah (PAHALA)… Pernah beberapa kali… suami minta Muthiah masakkan sekian sekian sekian (untuk bersahur). Tup-tup sudah siap… tidak mahu makan pula, kenyang katanya. Suami tanya, Muthiah marahkah? Jawapan Muthiah mudah, “Tidak apa... pahala dan syurga sedia menanti,” [ini sebenarnya banyak memotivasi Muthiah].

4- Insya-Allah, makan di rumah, lebih terjamin KEBERSIHANNYA. Di luar rumah, belum tentu mereka yang menyediakan makanan itu berselawat setiap kali membasuh sayur/ ikan/ ayam ayam yang hendak dimasak. Muthiah pernah ada pengalaman… mahu makan mee sup tetapi meenya tidak dibasuh (sedang kandungan asid borik dalam mee kuning/ kueh teow agak agak tinggi). Begitu juga dengan telur… telur yang digunakan untuk membuat roti canai yang kita makan…a doi… tidak perlulah Muthiah coretkan di sini.

Bagaimana halnya dengan si isteri yang BERKERJAYA? Hmmm… waktu Muthiah kerja bank dahulu, sampai rumah selepas Isya’. Kadang-kadang, perlu kerja hujung minggu. Sewaktu bekerja sebagai editor pula, ada masanya kena stay back dan bekerja pada hujung minggu (untuk kejar dateline). Jadi, tidak punya kesempatan dan masa untuk membuat semua itu. Jadi, adakah salah isteri bilamana tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan untuk suami? Hmmm… Susah juga ya…

1- Cubalah… cubalah untuk menyediakan santapan buat suami walau hanya SEMINGGU sekali atau bila-bila sahaja kita BERKELAPANGAN. Curilah sedikit masa kita… masaklah walau hanya sebiji telur, nasi putih dan kicap (pernah juga buat terutama sewaktu letih bangat).


2- Kalau mampu, KORBANKAN sedikit masa rehat untuk masak buat suami. Seperti yang dilakukan oleh ibu saudara Muthiah. Beliau adalah seorang yang berkerjaya. Punya anak tiga orang. Setiap hari, seawal jam 5.00 pagi beliau sudah menyediakan makan pagi buat suami dan anak-anaknya. Bukan itu sahaja, pulang dari kerja… perlu pula masak untuk makan malam. Huhu… Muthiah sendiri tidak tahu… mampukah Muthiah menjadi sepertinya tetapi insya-Allah, selagi termampu… Muthiah akan cuba untuk menjadi yang terbaik daripada yang paling baik… di sisi Allah.

Yang ada anak pula? Baru sahaja hendak masuk dapur, si kecil menangis dan terus menangis. Si ibu pula, baru pertama kali bergelar ibu dan banyak yang perlu dipelajari. Boleh stres dibuatnya. Anak lagi… hendak masak untuk suami lagi. Apapun…

1- Lakukan sesuatu mengikut KEMAMPUAN kita (lain orang, lain kemampuannya- tidak boleh samakan diri kita dengan orang lain). Kalau tidak mampu, buatlah setakat yang kita mampu.

2- Para suami… sekali-sekali (kalau ‘sokmo’ bak kata orang Terengganu lagi baik)… BANTULAH isteri (sama ada untuk menjaga anak, membuat kerja rumah atau masak di dapur). Hal ini sebenarnya dapat mengeratkan hubungan dan membuatkan kita lebih memahami antara satu sama lain.

Alamak… tidak arif sebenarnya untuk berkongsi cerita tentang ini. Muthiah juga sebenarnya bukanlah insan yang selayaknya untuk berbicara tetapi sebagai ‘orang baru’, rasa ingin berkongsi cerita agar kita sama-sama dapat BELAJAR. Ya! Agar kita sama-sama dapat belajar dan cuba untuk jadi yang terbaik daripada yang paling baik. Bukan Muthiah sahaja… tetapi kita semua… kita yang baru belajar dan masih belajar.

Sari patinya… Muthiah dapat melalui pembacaan : majalah (ruangan kaunseling/ rumahtangga/ soal-jawab) / akhbar (DCCK Pancaindera) / forum di internet/ sembang bicara dalam televisyen dan banyak lagi. Muthiah suka membaca tentang luahan atau komen si isteri/ suami (ada pro-kontranya).

Selain itu, apa yang Muthiah coretkan ini adalah daripada titipan pesanan orang-orang tua yang berpengalaman. Bukankah kita dituntut untuk menyampaikan (yang baik-baik) walau seayat. Sekurang-kurangnya, ilmu itu disebarluas. Lagipun, Muthiah pernah terbaca… bilamana seorang anak Adam itu meninggal dunia, ia akan meninggalkan semua (miliknya) melainkan :

1- ANAK yang soleh

2- SEDEKAH jariah

3- ILMU yang bermanfaat

Selamat membaca ;) dan moga mendapat sedikit manfaatnya.

Muthiah : Masih tidak pakar buat kuih. Selalu sahaja tidak mencapai misi dan visi (juga matlamat). Hehe…
Labels: 0 comments | | edit post

Peringatan Hati


Kaab!! Kaab!! Kaab!!

Tidak perlu kecoh. Diam!!! Engkau siapa memandai-mandai menilai aku?

Senyum... aku adalah hatimu sendiri. Bisa saja aku tahu isi perutmu. Entah apa yang engkau sumbat di dalam jasadmu sehingga paru-paru, usus dan jantungmu turut sama terkena impak kejelikan suapanmu. Engkau tidak ubah seperti…

Seperti siapa? Munafikin yang tidak teguh dengan pendirian sehingga memporak-peranda orang di sekelilingnya? Tidak!!! Aku bukan begitu. Aku masih punya harga diri yang tinggi. Aku bukan sahabat Abdullah bin Ubay. Aku juga bukan teman si Walid Al-Mughirah. Aku punya jati diri yang sentiasa menjadi kebanggaanku.

Ha ha ha… baru dijentik, engkau sudah menggelabah. Bagaimana hendak berjuang andai engkau cepat benar mahu melatah. Ya, engkau hanya layak memikul senapang tetapi tidak cerdik menggunakannya. Lebih baik engkau simpan sahaja di kamarmu. Mana tahu bisa melindungi dirimu yang bacul, pengecut. Pandai membaling batu tetapi tanganmu kau sorok di belakang pinggulmu. Ha ha ha… engkau kata engkau marahkan Israel laknatullah tetapi engkau sebenarnya adalah kekasih musuh Allah itu!

Aku tidak ngerti. Apa sebenarnya maksudmu wahai hati? Engkau begitu dekat denganku tetapi engkau tidak cukup mengenaliku. Engkau jijik terhadap jasad yang mengendongmu? Benar sekali, ‘Melayu mudah lupa’. Lupa diri, lupa daratan… sudah lupa asal usul kejadian sendiri. Hah! Engkau begitu keji. Tidak malu pada diri sendiri.

Ha ha ha… hai manusia, aku kira engkau sang murabbi yang menjadi walid buat si mutarabbi tetapi tidak! Engkau juga bukan syeikh, ustaz mahupun qoid yang membawa manusia di sekelilingmu kepada Ar-Rahman. Aku silap rupanya. Hati diam… benar, tidak pelik andai hati sering kali membuat silap. Hati bukan Tuhan yang sentiasa benar!

Jelaskan maksudmu yang sebenar wahai hati? Aku tidak punya masa melayan karenahmu yang entah apa-apa. Gemar benar engkau membaziri masaku. Siapa yang membayarmu untuk ini? Adakah engkau terlalu lapang sehingga punya ruang mengganggu-gugat ketenteramanku? Andai engkau bukan pada jasadku, sudah pasti kan kusumbat dan kucampak dirimu yang tidak tahu diam ke dalam tahanan yang bisa membuatkan engkau tidak mampu untuk berbicara. Ya, sampai bila-bila engkau tidak akan berupaya bersuara lagi.



Aku belum habis berkata-kata wahai insan. Aku kira, engkaulah pendokong tarbiyah yang suci. Aku sangka, engkaulah sosok yang sanggup mengorbankan segalanya demi cinta nan satu. Aku … aku… aku… ah! Aku silap lagi rupanya.

Hu hu hu… aku salah sebenarnya. Engkau tidak mampu membawa insan lain kepada Tuhan. Aku sangka engkau berlari menuju puncak. Semakin lama, semakin pantas pecutanmu. Namun sayang engkau bukan menghala ke atas sana. Engkau memesongkan dirimu entah ke mana. Argh! Engkau sendiri sudah tersungkur mana mungkin engkau masih tidak malu berkata ‘Akulah pejuang agama Tuhan’.

Manusia… kadang-kadang hidupnya jahil, hidupnya dalam kerugian kerna tidak bijak membuat keputusan. Manusia itu terus sahaja menjadi makhluk bodoh di atas muka bumi. Hm… mereka bukan sahaja tidak cerdik bahkan hina, lemah dan berpecah-belah. Kalau mereka kuat, mana mungkin ditindas musuh-musuh Islam yang penaungnya bukanlah Tuhan yang Maha Agung.

Lantaran, diutuskan Muhammad sebagai pembawa nur. Pastinya engkau lebih arif tentang ini. Hidup manusia yang satu ketika gelap sudah terang disinari cahaya. Manusia yang sesat itu sudah menemui penyelamat. Mereka dibawa kepada keselamatan dengan tarbiyah. Darinya, manusia yang tidak tahu tadi sudah dapat belajar dengan tilawah… bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu.

Apa yang ingin kau sampaikan wahai hati? Kata-katamu berputar ligat. Sekejap kau kata ‘A’, sekejap-sekejap engkau melafazkan ‘B’. Tidak ubah seperti… ah, tidak berani kuungkapkan. Silap hari bulan, tubuhku berkecai dek kebencian seorang manusia golongan binatang yang merasakan diri berkuasa. Engkau umpama Nadr Al-Harith yang kerjanya menyimpang hamba Tuhan daripada mendengar kalimah Allah, “Muhammad itu sama sepertiku. Dia mempunyai cerita dongeng dan khurafat…”

Senyum… mulutmu perlu aku kunci dengan plaster gajah. Bolehkah engkau dengar dahulu kata-kataku wahai manusia? Aku adalah hatimu jua dan aku punya autoriti untuk mengingatkanmu bilamana engkau terlupa. Namun sayang, acap kali engkau buat-buat lupa sehingga penat aku dibuatnya.

Setelah sudah manusia itu belajar, tiba pula masanya ia tazkiyatun nafs. Usah sekali-kali bertangguh membuang bintik hitam di dalam jiwa. Mula-mula, hanya satu. Kemudian, menjadi dua… tiga… empat… akhirnya sampai infiniti. Tahukah engkau apa itu infiniti? Jangan mengelak! Aku tahu engkau arif ilmu kira-kira. Bukankah sehari-hari kerjamu membilang uang yang entah dari mana engkau jumpa. Bilamana hatimu sudah terkatup dengan warna-warna hitam, sukar bagimu mendapat cahaya Ilahi.

Akhirnya, jadilah dirimu sepertimana hari ini. Engkau umpama Kaab bin Malek moden yang mengambil alih tempatnya sedang ia sudah tersedar daripada kealpaan. Mujur diterima taubatnya oleh Allah tetapi engkau? Masih tidak sedarkan diri dan terus berasa gah dengan dirimu sendiri. Kaab hanya tercicir dalam peperangan Tabuk tetapi dirimu sudah tersungkur dari semua sesi peperangan, tidak terkecuali jihad hawa nafsu.

Begitu senang engkau menghukum wahai hati. Aku masih lagi berdiri di sini. Mana mungkin aku terjatuh sedang kakiku masih gagah terpacak di tanah ini. Aku tidak pernah alpa menyucikan jiwaku, tapak pembentukan ruhiyah itu aku pelihara sebaiknya. Aku juga masih tidak kekok mengajarkan ilmu dalam mencapai matlamat pembentukan fikriyah. Bukan itu sahaja bahkan bibirku masih tidak terkunci mengajarkan manusia cara beramal kepada Tuhannya.

Engkau pasti? Atau engkau sedang syok sendiri? Banyak sekali manusia melaungkan takbir tetapi sebenarnya mereka sekadar menjerit tanpa knowledge. Mereka sama sekali tidak memahami hakikat ‘Allahuakbar’. Mereka sekadar taklid dengan insan-insan yang mungkin sudah mengerti peranannya sebagai khalifatullah di atas muka bumi ini.

Mereka berjalan seiringan tetapi hati mereka lain-lain. Ada yang ke timur, ada juga menuju barat. Tidak kurang pula yang melangkah ke utara dan selatan. Atau mungkin mereka sebenarnya tidak bergerak-gerak. Terus tercegat di situ sehingga diangkat oleh manusia lainnya yang kasihkan mereka. Bukan… manusia itu mungkin sahaja kasihankan mereka.

Hati sayang… aku adalah khalifah di atas muka bumi ini. Tidak ada yang yang boleh mempertikaikannya. Aku mengajak manusia kepada Tuhan yang satu. Aku juga menyeru setiap insan agar sentiasa kembali kepada Pencipta yang Maha Besar. Bukan itu sahaja bahkan aku mendorong mereka menjadi manusia yang berdaya maju… cemerlang, gemilang dan terbilang. Aku… aku… aku…

Cop cop cop… khalifah? Ya, engkau memang seorang pemimpin masyarakat yang punya kuasa terhadap mereka yang berada di bawah jajahanmu. Namun, adakah benar engkau seorang khalifah? Sudahkan engkau menjalankan tanggungjawabmu sebagai khalifah? Aku yang tidak punya mata ini menyedari khalifah itu besar taklifannya. Ha ha ha… hati sememangnya tidak bermata. Sang khalifah bukan sahaja perlu mengabdikan dirinya kepada Allah yang Esa tetapi turut berperanan memakmurkan alam serta mengajak manusia lainnya kepada Rab.

Andai engkau yang mengakui dirimu ini seorang qoid tidak menjalankan amanahmu sebaiknya, maka tergolonglah engkau bersama-sama golongan munafikin sepertimana yang telah engkau ungkapkan tadi. Engkau berkata-kata tetapi bicaramu dusta. Engkau diberi amanah tetapi sama sekali tidak berlaku jujur terhadap kepercayaan yang diletakkan di atas pundakmu.



Baru-baru ini, engkau berjanji meringankan beban mereka yang memberi ketaatan kepadamu tetapi sekali lagi engkau berdusta! Engkau tetap mahu memungkirinya. Bukan itu sahaja, engkau juga melampaui batas dalam menjatuhkan musuhmu. Tanpa gusar engkau mengaibkan mereka yang tidak sehaluan denganmu. Adakah engkau masih mahu mengaku dirimu seorang khalifah?

Senyum lagi… hati ini memang murah dengan senyum sinisnya. Hai manusia, sebelum engkau melangkah mentarbiyah mereka di hadapanmu, jangan engkau lupa membentuk peribadi Islami yang sempurna terhadap dirimu sendiri. Jika bukan jasadmu yang mahu tarbiyah dzatiyah, siapa lagi yang akan mengingatkan dirimu sedang hisab kelak bersifat individual. Setiap makhlukan punya tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Bukan dia atau mereka atau siapa-siapa.

Diam??? Engkau sudah tidak punya bisa untuk berbicara hai manusia. Aku tahu meskipun aku hanya sekeping hati yang terletak jauh dalam jasadmu. Aku sama sekali tidak masyhur sepertimana namamu yang sentiasa menjadi sebutan. Engkaulah penyelamat, engkaulah pembawa perubahan, engkaulah segalanya sehingga pemergianmu ditangisi. Tidak ada yang sanggup kehilanganmu.

Sudah! Sudah! Jangan engkau berbicara lagi wahai hati. Hasadmu melampaui batas. Adakah engkau mahu kenikmatan milikku hilang? Aku sudah maklum sesungguhnya kenikmatan itu tidak kekal lama. Bila-bila Tuhan boleh mencabutnya. Atau mungkin engkau turut ingin merasai kenikmatan ini? Engkau belum berasa cukup dengan apa yang telah engkau punyai. Hah!!! Aku pasti, kebencianmu membuak-buak dek kenikmatan itu. Engkau begitu keji sedang engkau sebenarnya menumpang jasadku. Engkau begitu hebat memberi aku tazkirah tetapi engkau sendiri tanpa sedar melawan ketentuan Tuhanmu. Engkau paling layak menjadi temannya iblis laknatullah.

Ha ha ha. Hasad itu lebih cocok diserahkan kepadamu hai manusia. Engkau tidak senang melihat kebahagiaan insan lain. Kalau tidak, masakan sanggup engkau memisahkan si ayah daripada isteri dan anak-anaknya. Mana mungkin engkau tega meruntuhkan pondok usang milik sang perantau. Engkau biarkan anak kecil itu menangis pilu tanpa meletakkan kakimu di dalam sepatunya. Aku tahu engkau jijik dengan sepatu yang hapak itu.

Sedarkah manusia engkau telah melampaui batas? Taghutttt… engkau menzalimi dirimu sendiri dengan menafikan hak Allah dan Rasul. Mungkin sekali engkau tidak syirik tetapi engkau fanatik! Engkau fanatik terhadap warna kulitmu sedang manusia itu sebenarnya sama, asalnya Adam. Hu hu hu… sayang sekali kepercayaanmu bukan kepada Tuhan sedang sudah jelas lagi bersuluh agama anutan ini tidak ada cela dan kurangnya. Tidakkah engkau gusar menolak hukum ketetapan Tuhanmu? Creator ini sebenarnya lebih tahu daripada apa yang engkau maklumi.

Sudah! Sudah! Aku tidak mahu dengar! Engkau menyesakkan dadaku yang sedia sesak. Engkau merumitkan kondisi yang sudah rumit. Engkau bukanlah teman akrab bagiku. Engkau hadir hanya … hanya untuk menyahkan aku dari atas muka bumi ini.

Ha ha ha… siapa aku yang mampu melenyapkanmu? Aku bukan siapa-siapa dan aku hanyalah sekeping hati milikmu. Jika engkau bukan Abdullah bin Ubay… bukan juga Walid Al-Mughirah, usah engkau melatah sehingga terpamer kejelikanmu. Aku hanya hati yang mahu memberi peringatan.
Labels: 0 comments | | edit post

Dakwah dengan (iv)...



Salam hormat buat sahabat-sahabat yang Muthiah kasihi fillah. Apa khabar? Imannya bagaimana? Mutabaah ibadah pun… bak kata orang Terengganu, ‘Guane gamok?’ Moga-moga kita akan terus dipilih Allah untuk kekal berada di atas jalan-Nya… jalan yang diredhai dan diberkati… jalan-jalan yang boleh membawa kita ke dalam syurga Allah.

Hmmm… bilalah agaknya Muthiah ingin menulis tentang DAKWAH FARDHIAH? Entah, idea tidak datang lagi tetapi insya-Allah… satu hari Muthiah akan tetap menulis tentang itu. PENTING! Kenapa?

Ya… dakwah ini, ada TAHAPANNYA… bermula dengan A… kemudian B, C dan E… sampai KEMENANGAN menjadi milik mutlak baginya (Islam). Bukan itu sahaja, di sebalik KELEMBUTAN (mereka yang membawa Islam), ada juga terselit KETEGASAN terutama dalam hal yang berkait dengan hukum dan perintah Allah.

Seorang Muslim itu tidak boleh berasa senang dengan kemaksiatan yang bermaharajalela.
Seorang Muslim itu tidak boleh berasa senang dengan penindasan yang dilakukan terhadap umat Islam lainnya. Islam diperkotak-kotik dan dijadikan bahan jenaka. Kita?
Seorang Muslim itu PERLU mempertahankan agamanya…

Dan semua ini (perjuangan), dapatlah dilakukan dengan nusrah / pertolongan Allah.

Islam itu merangkumi segala aspek kehidupan. Dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada perkara yang paling kecil. Islam menitik-beratkan semuanya. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara KESELURUHAN, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” Jadi… fikir-fikirkan, renung-renungkan.

Hmmm… banyak yang mahu dikongsi. Coretan-coretan yang sebenarnya punya kesinambungannya (yang penting, sabar membacanya kerana banyak juga pro-kontranya). Sedikit cebisan pengalaman yang membolehkan kita mengenali KAREKTOR manusia tetapi masih tidak menyeluruh! Manusia ini banyak fiilnya…

Mad’u itu… ada yang KERAS, ada yang LEMBUT hatinya… ada yang KASAR dan ada juga yang BRUTAL. Huhuhu… ada juga yang mudah MENERIMA ajakan (tidak kira secara halus mahupun kasar)..

Begitu juga dengan dai’e… perlu ada dai’e seperti Sayidina Abu Bakar…Ia lembut dan berhemah… perlu ada sosok persis Sayidina Umar Al-Khattab… tidak gentar menegakkan yang hak dan nyahlah yang batil dari kaca matanya. Juga… perlu ada seperti Sayidina Uthman, Sayidina Ali, Zubair dan banyak lagi.

Setiap kita, ada sumbangan masing-masing terhadap Islam. Yang penting, di manapun kita… apapun yang kita lakukan… sentiasalah memperbaharui niat… ikhlaskan hati kerana Allah (lain orang, lain cara dakwahnya; banyak kaedah dan method yang digunakan – mengikut situasi, masa dan tempat [asal tidak melanggar syariat Allah])… Huhu… apa yang Muthiah tulis ini?

OK OK… Jom, sebenarnya, hari ini Muthiah ingin berkongsi tentang satu cerita berkenaan dakwah…

DAKWAH DENGAN TELADAN

*****

Fail (4)



Peristiwa ini berlaku sewaktu Muthiah belajar di UM. Muthiah pun tidak pasti tahun berapa tetapi … peristiwa ini banyak menginsafkan Muthiah… tentang peranan pendakwah dalam menunjukkan akhlak yang baik…

Hendak dijadikan cerita… Di kolej kediaman pertama (ASTAR)… Sewaktu sedang duduk-duduk dengan beberapa orang siswi… terjadilah perbualan di bawah…

Seorang siswi memuji seorang siswa. Adoi… susahnya hendak berkias…

Begini… ada seorang junior, yang Muthiah kira… terlalu taksub (rasanya tidak sesuai guna istilah ini) dengan seorang pemimpin pelajar (siswa). Kenapa Muthiah berkata sedemikian? Sewaktu makan bersama… sewaktu di dalam bilik… bahkan sewaktu di surau pun siswi-siswi asyik berbicara tentangnya…

Polan ini baik. Polan ini hebat. Polan ini itu dan ini. Polan ini disanjungi dan dikagumi.

Sampaikan ada yang berkata, “Kalau diminta untuk jadi isteri nombor empat, saya sanggup!” Wah! Hebat sangatkah lelaki ini sampaikan ada mahasiswi yang boleh berkata demikian? Ditambah, kawan-kawan akrab (senior) pun asyik memujinya.

Muthiah pula… huhu (boleh dikatakan sebagai sifat buruk)… tidak suka apabila seseorang (lelaki sahaja) itu terlalu dipuji dan diperkata. Menyebabkan Muthiah menyampah yang teramat sangat kepadanya (sedangkan apalah salah si polan berkenaan).

Apabila ia berucap di hadapan, Muthiah akan berkata di dalam hati, “Macam bagus.”Apabila orang berbicara lagi tentangnya, Muthiah tarik muka (masam). Apabila kami berselisih di jalanan, Muthiah akan sengaja mengalihkan pandangan daripadanya (tidak mahu tergolong dalam golongan yang begitu teruja dengan kehadirannya dan tidak mahu dia rasa popular – padahal dia tidak rasa apa-apa pun). Huhu…

Namun… terjadi satu peristiwa yang menyebabkan … Muthiah insaf sendiri… Waktu itu, Muthiah telah dijemput oleh sahabat-sahabat PERMIUM untuk menghadiri majlis hari raya anjuran PERMIUM di kolej kediaman ketujuh. Hendak tahu apa yang berlaku?

Muthiah ternampak polan bin polan ini dari jauh. Pertamanya, Muthiah memang rasa menggelegak. Rasa benci tetapi tidak tahu kenapa. Dia… bukannya ada buat salah pada Muthiah… tidak pernah juga menyakiti hati Muthiah. Mungkin Muthiah tidak menyukainya kerana … entah, orang terlalu mengangkat dirinya HEBAT.

Muthiah minta kebenaran Abang Mat Nor (abang angkat Muthiah) untuk beransur dahulu. Tidak mahu berada satu majlis dengannya. Muthiah pun, dengan selamba berjalan (untuk keluar). Apabila berselisih dengannya, kononnya masih berasa menyampah… Muthiah tengok ke arah lain. Dalam hati, Muthiah berkata, “Kalau orang lain jumpa dia, cepat-cepat hendak bersalam atau beri salam (siswa) atau menonjolkan diri… aku tidak akan buat macam itu…”

Apa yang berlaku… ? Sesuatu yang membuatkan Muthiah malu sendiri. Dia tiba-tiba memberi salam kepada Muthiah, “Assalammualaikum ya ustazah…” sambil mengukir senyuman (yang Muthiah kira, dia ikhlas dalam senyumnya). Muthiah kaget! Masya-Allah… akhlak yang begitu baik dan… sejak itu… Muthiah kira… dia memang LAYAK berada di tempatnya (lelaki ini adalah salah seorang pemimpin pelajar).

Sirah :

Kisah Fudhalah … Ketika Nabi SAW sedang tawaf, Fudhalah datang dengan membawa khanjar untuk membunuh Nabi. Apabila sampai dekat Rasulullah, Muhammad pun berkata, “Apakah yang diperkata hatimu wahai Fudhalah?” Jawab Fudhalah, “Aku beristighfar dan berzikir wahai Rasulullah.”

Nabi SAW berkata, “Minta ampunlah kepada Allah wahai Fudhalah… Minta ampunlah kepada Allah wahai Fudhalah…” lantas meletakkan tangannya di atas dada Fudhalah.

Kemudian, Fudhalah berkata, “ Sesungguhnya, sebelum Muhammad meletakkan tangannya di atas dadaku, tidak ada yang paling aku benci melainkan Muhammad tetapi selepas itu, Muhammadlah orang yang paling aku sayang.”

Moral :

1- Jangan kedekut untuk menyebarkan SALAM. Nabi SAW sendiri bersegera dalam memberi salam kepada sahabat-sahabat.

2- Apabila berlaku sesuatu (tidak kira yang baik atau buruk), fikirkan kembali secara OPTIMIS. Kita tidak sempurna dan banyak sekali kesilapan yang kita lakukan. Namun, elakkanlah melakukan silap itu berulang kali. BERTAUBATLAH...

3- Paling penting bagi seorang pendakwah, AKHLAK YANG MULIA (sari pati utama bingkisan ini). Lihat sahaja Nabi SAW. Akhlak Rasulullah yang tiada tandingan membuatkan seluruh umat manusia menghormatinya (tidak kira lawan mahupun kawan). Begitu juga halnya seperti polan bin polan di atas. Dengan akhlak, menyebabkan orang jatuh cinta (Hehe… Muthiah tidaklah sampai jatuh cinta padanya) tetapi Muthiah memang kagum dengan keperibadiannya. Harap-harap, ia tetap mengekalkan sifat baiknya ini.

4- Sepertimana coretan lainnya, kita perlu sentiasa BERSANGKA BAIK terhadap orang lain. Bukan polan bin polan ini yang hendak dipuji atau diperkata tetapi akhlaknya yang memang baik menyebabkan namanya menjadi sebutan.

5- DOAKANLAH kesejahteraan teman-teman kita, yang pernah suka dan susah bersama kita (jangan lupa untuk doakan diri sendiri dahulu)… Moga-moga, ikatan yang pernah terjalin akan kekal abadi selamanya. Silap faham, marah, kecewa… kecil hati itu lumrah tetapi… anggaplah ia sebagai perasa yang boleh menyedapkan lagi ‘makanan’ yang dimasak.

6- Bagi dai’e, banyakkan BERSABAR dalam menyampaikan dakwah, terutama apabila berhadapan dengan mad’u yang banyak ragamnya (hehe… macam Muthiah yang sentiasa perlu ditarbiyah dan didakwahi). Insya-Allah, berkat kesabaran kita bisa sahaja membuka hati mereka yang tidak suka/ benci kepada kita. Kalau mereka tetap tidak suka, percayalah… Allah akan tetap suka dan cintakan kita.

7- Banyakkan membaca SIRAH Nabi SAW. Baca dan terus baca (kalau tidak faham, bertanyalah kepada mereka yang lebih arif)… insya-Allah, bilamana Allah izinkan… pasti ada yang terserap dalam hati kita. Sirah Nabi SAW sebenarnya banyak mengajar kita erti SABAR, TABAH, PERJUANGAN dan banyak lagi.

Muthiah : Belajar dan terus belajar… Hmmm… teringat kepada teman-teman PERMIUM.