ALLAH pasti membantumu... (Muhammad, 47:7)

Assalamualaikum. Jom senyum... Ehe... Muthiah pun sedang tersenyum sendiri. Teringat zaman muda-muda dahulu. Sungguh bersemangat tinggi dalam membuat sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi jika melibatkan agama ALLAH. Iyalah... Bukankah setiap manusia adalah pendakwah?

Hmmm... sekarang???

Masih bersemangat lagi, wahai Muthiah???
Apakah sumbanganmu terhadap ISLAM?
Apakah persediaanmu sebelum menemui TUHAN?
Tidakkah engkau mahu menjadi salah seorang yang menyebarluas kebaikan di atas muka bumi ini?

Ingatlah, Muthiah.

ISLAM akan menang juga akhirnya. Bezanya.... adakah kamu tergolong dalam golongan yang sama-sama memperjuangkan ISLAM atau sebaliknya. Fikir-fikirkanlah, wahai Muthiah. ISLAM yang memerlukanmu atau kamu SEBENARNYA yang memerlukan ISLAM.

Satu motivasi buat Muthiah dan sahabat-sahabat... Jom hayati ayat ini... berulang-ulang kali...


"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu," Muhammad ayat 7 ~

;)

Muthiah : Moga-moga dapat menyampaikan melalui penulisan. Tidak sedikit, banyak pun tidak apa.
1 Response
  1. ainhany Says:

    salams Pn Muhiah,

    Amin...muga2 dakwah dan pena berterusan dlm hidup.

    Maafla..ain tak berkesempatan dan terlepas bnyak cttan muthiah..muga dapat kadha nnti..hihii