2011


Assalammualaikum.

Sila jawab soalan di bawah ;)

1- Buat apa malam tadi?

2- Banyak azam tahun baru?

3- Mahu kongsikan di sini?

4- Ada atau tidak kita meletakkan keazaman ~ untuk menjadi hamba ALLAH yang taat lagi patuh kepada perintah-NYA? (Atau yang bersabit dengannya).

:) Apapun azam kita, Muthiah ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA buat semua (termasuk diri Muthiah sendiri). Jom kita sama-sama usaha merealisasikan azam kita. Yeah. Kita boleh!!!

Hmmm... 'Mahu menjadi hamba yang baik tetapi SUSAH!!!'

Muthiah teringat kata-kata Muhammad bin Abdullah As-Syibli, "Jika engkau mahu merasai kemanisan perhubungan dengan TUHAN-mu, engkau haruslah garang terhadap dirimu. Setelah engkau merasai kemanisan perhubungan itu, tahulah engkau betapa pahitnya apabila engkau berpisah dengan-NYA."

Apa yang sahabat-sahabat faham daripada untaian kata-kata di atas. Jom fikir ;)

Muthiah : Azam baru ~ Kemaskini mutabaah ibadah yang semakin merundum.
Labels: | edit post
2 Responses
  1. 1- Buat apa malam tadi?

    2- Banyak azam tahun baru?

    3- Mahu kongsikan di sini?

    JAWAPAN;

    1. Takde buat apa2 malam tadi, cuma tengok astro, bila ngantuk tido. Malas nak fikir sambutan tahun baru sebab Khutbah Jumaat siang tadi USTAZ RAVI ABDULLAH mengatakan sambutan Tahun Baru Masehi ialah untuk Kristian, sambutan kita ialah Tahun Hijrah. Dia kata, kat negara ni lebih 60% ialah orang Islam tapi ramai drpd mereka menyambut Tahun Baru Masehi, sedangkan penduduk Kristian kat negara ini cuma 9% lebih sikit jer. Dia bimbang mungkin kita akan tercela dengan ayat yang mengatakan kita akan menyerupai golongan berkenaan.
    Jadi aku malas nak fikir tentang sambutan Tahun Baru tu..dan tak terfikir pun nak tengok sambutan tu kat tv jika ada....

    2. Aku sebenarnya tiada apa2 azam pun setiap tahun baru menjelang sebab aku akan buat apa diperlukan untuk dilakukan setiap tahun...

    3. Nilah yang ada untuk aku kongsikan....


  2. salam, tn. daud.

    terima kasih kerana sudi menjengah...dan... terima kasih juga kerana sudi berkongsi sesuatu di sini ;)