Larangan mengungkit-ungkit (2)
Monday, January 21, 2013
Assalammualaikum. Jumpa lagi kita di sini. Moga ALLAH merahmati. Kita mungkin bukanlah manusia yang terbaik di atas muka bumi ini...
Tidak salah untuk sentiasa mengislah diri, berusaha menjadi yang paling baik di sisi ALLAH. Jom kita sama-sama tanam azam...
buat salah lagi. Nama lagi manusia yang acap kali lupa. Cuma kenalah ingatkan diri selalu. Banyakkan istighfar, Astaghfirullah. Lupa istighfar... apabila ingat, istighfar balik, Astaghfirullah.
Okey. Hari ini, Muthiah sambung entri tentang ungkit-mengungkit. Jom kita senaraikan contoh mengungkit yang mungkin berlaku di sekitar kita...
- banyak salahnya.
- banyak lompangnya.
- banyak kelemahannya.
Tidak salah untuk sentiasa mengislah diri, berusaha menjadi yang paling baik di sisi ALLAH. Jom kita sama-sama tanam azam...
- nak jadi hamba ALLAH terbaik.
- nak jadi isteri terbaik.
- nak jadi penulis terbaik.
- mahu menggembirakan hati suami sentiasa.
- blablabla.... insya-ALLAH.
Foto : Sekadar gambar hiasan
Okey. Hari ini, Muthiah sambung entri tentang ungkit-mengungkit. Jom kita senaraikan contoh mengungkit yang mungkin berlaku di sekitar kita...
- Kita tolong kawan tandatangan senarai kehadiran di dewan kuliah. Kemudian, apabila kita minta tolong dia, dia tidak mahu pula. Apa lagi, perang besarlah. Bukan setakat hal tandakan kehadiran kita ungkit, pasal dia makan Maggi kita pun kita bising - Apa kata selepas ini jangan tandatangan lagi? Jadi, tidak ada isu ungkit-mengungkit.
- Kita bagi kawan kita pinjam duit untuk buka bisnes. Apabila dia telah berjaya, kita minta dia bagi kita pinjam duit pula. Dia tidak mahu. Huh! Memang kacang lupakan kulit - Apa kata berhati-hati selepas ini? Atau bagi yang mahu pinjamkan duit... Pertama : Apabila dia ada duit, minta dia bayar balik (sebab duit yang dipinjam memang wajib dibayar). Kedua : Niatkan sedekah (lebih-lebih lagi kalau kita yakin dia bukan jenis yang berduit atau memang liat bayar hutang). Aduh, payahnya... Ketiga : Jangan bagi pinjam langsung. Keempat : Tekad dalam hati, bagi pinjam tanpa mengharapkan balasan.
- Kita bergaji RM4,000. Kita bujang. Kakak kita bergaji RM3,000. Dia ada anak dua orang. Abang kita bergaji RM3,500. Dia ada anak lima orang. Kita bagi mak RM500 sebulan. Kakak bagi RM100. Abang bagi RM50. Kita selalu sebut pasal kitalah yang bagi mak duit. Kitalah yang beli semua keperluan rumah. Kitalah yang beli itu dan ini untuk mak dan ayah. Tanpa tahu masalah orang lain, kita cakap sesuatu yang mengguris hati kakak dan abang kita - Jadi, macam mana? Kita menggembirakan hati mak ayah dengan duit yang diberi, insya-ALLAH dapat pahala. Kemudian, kita mengungkit dan menyakiti hati orang lain pula. Apa yang kita dapat?
- Kita mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebab mengikut suami yang bertugas di luar daerah. Orang lain beli tudung RM200. Suami bagi duit beli tudung yang berharga RM50. Kita ungkit, kita berhenti kerja blablabla... - Sekiranya suami izinkan bekerja, apa kata anda bekerja dan belilah tudung berharga RM200 itu. Agak-agak, puas hati?
- Kita jaga anak saudara kita yang kematian ibu; atau kita jaga mak ayah kita di kampung (sementelah, kita duduk paling dekat mereka. Rumah sebelah menyebelah pun); kita jaga adik-adik kita (setelah emak ayah meninggal dunia atau kita diamanahkan untuk menjaga mereka sepanjang ketiadaan mereka). Ditakdirkan ALLAH, berlaku sesuatu. Apa lagi, semua benda kita cakap. "Masa kamu kecik, mak ciklah yang jaga kamu."; "Aku juga yang kena jaga mak dan ayah. Aku juga yang kena bawa pergi hospital..."; "Mak tak ada. Mak suruh aku yang jaga adik-adik. Nak harapkan kamu..." Hmm... - Sayang, bukan? Setiap apa yang kita lakukan... apabila kita lakukan sungguh-sungguh kerana-NYA, insya-ALLAH ada ganjaran buat diri kita. Namun tup-tup, kita mengungkit pula. Bukan itu sahaja, bahkan kita mengguris hati pula dengan kata-kata. Mungkin disebabkan oleh rasa letih kita... letih jaga anak orang... penat jaga mak ayah... capek ambil tahu pasal adik-adik kita.
- Kita like page dia (di facebook); follow blog dia; beli barang dia dan blablabla tetapi... dia tidak mahu like page kita; tidak sudi follow blog kita... Muthiah kira, balas membalas like, follow ni perkara biasa. Muthiah selalu dapat mesej, "Saya dah like page saudari. Jemput like page saya." Maka, tidaklah menjadi satu masalah. Yang menjadi parah ialah apabila kita mengungkit, "Aku like page kamu, kamu tak like page aku. Blablabla(panjang lebar dan sakitkan hati)..."
- Sewaktu majlis dia, kita tolong. Sewaktu majlis kita, dia tidak membantu sebagaimana kita menolongnya.
Banyak lagi sebenarnya. Muthiah sekadar berkongsi apa yang terlintas di fikiran. Moga-moga, Muthiah SENDIRI tidak terlepas pandang. Sekiranya TER-BUAT, harap-harap Muthiah insaf dan sedar. Khuatir amalan menjadi sia-sia, nauzubillah.
Hmmm...
Hmmm...
Sekiranya berdepan dengan orang yang suka mengungkit?
- Sabar.
- Ingat ALLAH.
- Istighfar.
- Muhasabah balik. Mana tahu... kita sendiri sebenarnya kuat mengungkit. Kemudian, ALLAH hadirkan seseorang untuk mengungkit pada kita. Bukankah ALLAH Maha Adil, Maha Teliti Penghitungan-NYA?
- Tidak! Saya tidak pernah mengungkit.... Anggaplah ia sebagai ujian daripada ALLAH untuk mendekatkan diri kita kepada-NYA.
Salah ke orang yang suka mengungkit kebaikan ni?
Tepuk dada, tanya iman. Tidak dinafikan, perasaan kecewa mungkin akan timbul. Bayangkan. Kita menatangnya bagai minyak yang penuh. Tup-tup kemudian, dia ketepikan kita. Sebagai manusia yang LEMAH, tidak mustahil akan terungkit juga tetapi macam itu. Jom kita tanam tekad dalam diri. AKU LAKUKAN SEMUA INI KERANA ALLAH.
Okey. Sebelum Muthiah mengakhiri entri hari ini, Muthiah ingin ringkaskan kata-kata kunci agar boleh direnung bersama.
- Sentiasa berbuat kebaikan.
- Hindari mengungkit.
- Jangan sampai mengguris hati.
Muthiah : Peringatan utama untuk diri. ALLAH hendak uji, bila-bila kena batang hidung kita. Moga ALLAH pelihara.