Katakan TIDAK pada PUTUS ASA

Petikan dari Facebook Robert Kiyosaki.

Setiap orang punya impian sendiri. Apakah cita-cita sahabat sekalian? 

  • Berjaya dalam hidup berumah tangga - suami, isteri, anak-anak.
  • Berjaya dalam kerjaya - penulis, perunding insurans, penjawat awam.
  • Berjaya dalam jalinan ukhwah sesama insan - sanak-saudara, kawan-kawan, jiran tetangga.
  • Paling utama, berjaya di dunia dan akhirat - jaga hak ALLAH; patuhi suruhan, hindari larangan.

Nota : Setiap point, bolehlah dihuraikan mengikut kehendak dan keperluan sendiri. Lain orang, lain yang dia mahu.

Ada antara impian kita, sudah ALLAH makbulkan. Kita minta, kita peroleh. Kita dapat, bukanlah atas usaha kita semata-mata tetapi adalah dengan izin ALLAH. 

Kita hendak jadi penulis berjaya. Kita berusaha untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Kita cuba buat yang paling baik kita mampu lakukan. Kemudian, serahkan pada ALLAH. 

Namun!

Sekiranya kita masih belum berjaya menggapai impian, tidak bermakna kita telah gagal. ALLAH ada mendengar dan memerhati. Teruskan berusaha. Dalam masa yang sama, usah putus asa bermunajat kepada ILAH agar dilorong kejayaan buat diri kita.

Ya!

Aku insan berjaya. Bukan sekarang, pada suatu hari nanti, insya-ALLAH. Apa yang pasti, sekali-kali tidak aku berputus asa dalam berusaha dan mengharapkan pertolongan-NYA.
0 Responses