Bengkel skrip drama bersiri

Assalammualaikum. Mulakan hari kita dengan beristighfar kepada ALLAH. Apa khabar? Pernah terasa jauh daripada-NYA? Maka, selidik baik. Di manakah silapnya?
  • Bagaimana dengan solatmu?
  • Bagaimana dengan auratmu?
  • Bagaimana dengan tanggungjawabmu selaku seorang isteri?
  • Sejauh mana engkau menuruti perintah dan berusaha keras menjauhi larangan?
Andai tersungkur, moga kita tidak terjatuh lama sangat. Takut kaki jadi flat, akhirnya tidak mampu berdiri lagi.

Okey. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi detik-detik manis Muthiah mengikuti Bengkel Skrip Drama Bersiri di Bangi. Pertama kali turut serta, banyak yang Muthiah tidak tahu tetapi insya-ALLAH akan terus berusaha ambil tahu. Seronok sebab penyampaiannya santai tetapi padat dengan ilmu. Kagum dengan mereka yang sungguh-sungguh mencurahkan ilmu. Semoga ALLAH merahmati dan memurahkan rezeki semua, insya-ALLAH.

Sumber foto : Skrip Malaysia (group)

Peristiwa : Bengkel Skrip Drama Bersiri
Lokasi : Kompleks Pendidikan Islam, Bangi
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Perkongsian pengalaman oleh :
1.      Puan Maizura Mohd Ederis
2.      En. Zaini Kosnin
3.      En. Ahmad bin Sa’abun
Biar gambar yang berbicara...

Bengkel dimulai dengan sesi taaruf sesama peserta. Dalam gambar merupakan penulis Grup Buku Karangkraf, Puan Ramlah Rashid.

Puan Maizura berkongsi pengalaman sebagai penulis skrip. Perkara baharu yang Muthiah belajar di sini ialah berkaitan Act 1, Act 2 dan Act 3.

Sdr. Zaharuddin Md Desa yang Muthiah kagumi. Moga beliau terus sukses dalam lapangan ini, insya-ALLAH.

Lupa nama tetapi beliau tidak lokek berkongsi pengalaman yang ada.

En. Zaini Kosnin tengah berkongsi pengalaman selaku penerbit drama.

Begitu khusyuk En. Ahmad bin Sa’abun mendengar Mami menceritakan pengalamannya menulis skrip.

En. Ahmad bin Sa’abun bercakap tentang menulis skrip di RTM (apa yang dikehendaki dll).

Wah… Ummi Zainab Ngah dan Puan Ramlah Rashid.

Okey. Muthiah beransur dahulu. Doaka Muthiah ya.
Labels: | edit post
2 Responses
  1. Wah, nampak macam seronok je. Tahniah! Harapan saya lepas ni ada skrip dari akak pula.


  2. Siti Muthiah Says:

    Terima kasih. Insya-ALLAH, Amiin. Doakan. Akak memang jatuh cinta dengan dunia ini :)