Isteri solehah (brain storming)
Friday, January 25, 2013
Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Muthiah pun sama. Ayuh kita memotivasi diri agar tidak berputus asa dalam...
Okey. Apa kata hari ini kita senaraikan sesuatu yang boleh mempertingkat diri kita untuk menjadi isteri yang baik? Dengan kata lain, macam mana hendak jadi isteri solehah? Senang untuk diungkap = ISTERI SOLEHAH = tetapi sukar untuk meletakkan diri di situ, bukan? Siapa rasa senang, Muthiah tabik spring! Siapa rasa dia jadi isteri solehah, Muthiah kagum tahap lima.
Jom brain storming...
Mahu jadi isteri solehah...
Apa lagi ya. Sekadar perkongsian untuk kita sama-sama memperbaiki diri kita sendiri. Kita hanyalah hamba ALLAH yang lemah. Para suami, jika hendak tambah, dialu-alukan.
- berdoa kepada ALLAH.
- mengislah diri menjadi lebih baik di sisi ALLAH.
- mengejar impian dan cita-cita.
- usaha menjadi isteri yang solehah.
Okey. Apa kata hari ini kita senaraikan sesuatu yang boleh mempertingkat diri kita untuk menjadi isteri yang baik? Dengan kata lain, macam mana hendak jadi isteri solehah? Senang untuk diungkap = ISTERI SOLEHAH = tetapi sukar untuk meletakkan diri di situ, bukan? Siapa rasa senang, Muthiah tabik spring! Siapa rasa dia jadi isteri solehah, Muthiah kagum tahap lima.
Jom brain storming...
Foto : Sekadar gambar hiasan.
- kena taat pada perintah ALLAH. Patuhi suruhan, jauhi larangan, tinggalkan yang syubhah.
- cakap dengan lemah lembut dengan suami.
- berhias di hadapan suami. Ada waktu, pakailah pakaian yang seksi (bak kata Ustaz di IKIM.fm-lupa nama ustaz tersebut).
Jangan suami balik dari tempat kerja, kita berbau bawang. Baju pula macam orang gaji. Rambut seperti Hantu Kak Limah. Uhuk uhuk. - sambut suami dengan senyum manis setiap kali suami balik dari tempat kerja.
- salami suami sebelum suami ke tempat kerja, sesudah berdoa (solat berjemaah) dan sebelum tidur.
- berwangi-wangian apabila suami berada di sisi. Ini tidak. Keluar rumah bau semerbak.
Di rumah, bau hanyir ikan. - pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih.
- basuh, gosok dan lipat pakaian suami. Memang bukan kerja kita tetapi....
- masak sendiri untuk suami di rumah. Sekali-sekala kalau hendak makan di luar, tidak ada masalah.
- tidak membenarkan orang yang suami tidak suka masuk dalam rumah.
- jangan cemburu buta.
- sentiasa jaga air muka suami.
- ____________________.
Apa lagi ya. Sekadar perkongsian untuk kita sama-sama memperbaiki diri kita sendiri. Kita hanyalah hamba ALLAH yang lemah. Para suami, jika hendak tambah, dialu-alukan.