PESTA BUKU KANAK-KANAK, PWTC

Hukum ucapan sempena agama lain

Assalammualaikum. Apa khabar? :) Oleh sebab Muthiah tidak mahir tentang isu hukum, Muthiah berkongsi artikel yang Muthiah cari internet. Moga kan mendapat manfaat daripadanya.
Hukum ucapan sempena agama lain
Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hari raya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?
Munif, Putrajaya.
Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami;
1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)
3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).
Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:
“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.
4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.
5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.
6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.
7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.
8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi SAW:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi SAWw satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hari raya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.
9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hari raya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hari raya’ atau ‘selamat bergembira’atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hari raya Islam mereka mengucapkannya.
10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hari raya agama lain. Sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hari raya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hari raya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.
11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.
Muthiah : SELAMAT PAGI, semua ;)
Aku yang selalu lupa...

- Ketahui hak kita sebagai pembeli. Ehe...
- Sabar separuh daripada iman.
- ALLAH mungkin mahu membersihkan harta kita ~ Kalau sahabat-sahabat melalui saat begini, tidak pula berdaya untuk berbuat apa-apa... boleh ulang kata-kata ini dalam minda. Insya-ALLAH, kita akan lebih tenang.
Terima kasih daun keladi ;)

Buat Mariyatul (Juga sahabat-sahabat lainnya yang setia menjenguk)...
- Terima kasih Muthiah ucapkan...
- Moga kalian dirahmati ALLAH selalu.
- Semoga ukhwah yang terjalin ini akan lestari selamanya.
PESTA BUKU KANAK-KANAK KUALA LUMPUR

JANGAN LUPA BERMULA HARI INI...
Down - bukan down payment

Assalammualaikum.
- Ingat! Kita tidak sendiri. ALLAH dekat memberi KEKUATAN.
- Banyakkan berdoa kepada ALLAH... DIA lebih tahu apa-apa yang terbaik buat diri kita.
- Set dalam minda. Aku kuat. Aku mampu buat.
- Katakan pada diri, "I'll never give up." Selagi masih bernyawa, selagi itu tidak putus asa berusaha.
- Sewaktu tidak termotivasi, kita tentu berasa lemah. Usah paksa diri untuk BERLARI. Jalan dahulu. Kemudian, berlari anak dan.. pecut ;)
Muthiah... sedih ...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Pagi tadi, makan nasi goreng. Sedikit masin. Hahaha... Bukan apa, Muthiah ingat, nasi banyak. Jadi, awas dibubuh lebih. Alih-alih, sedikit bangat. Adoi-adoi... Tetapi apapun, bak kata suami, "Rezeki kita hari ini..."
Ayuh...dapatkan...

Menuku
My bro...


Ada okey? Insya-ALLAH ;)
Surah An-Naas (an-Naas, 114:1-6)

Bangun! Bangun!

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... keletihan... baru kembali dari outstation. Eh, silap. Bukan Muthiah yang outstation tetapi suami. Muthiah follow sahaja. Hmmm... Isu apa ya yang ingin Muthiah kongsikan hari ini. Hari-hari menulis, kadang-kadang tepu. Tidak berdaya berfikir sewajarnya lagi. Chewah.
Terima kasih, TUHAN-ku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-MU Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Untuk bercakap dengan-MU TUHAN
Mengizinkan kuminta pada-MU
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-MU Ya RABBI
Terimakasih wahai TUHAN-ku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-MU TUHAN
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Untuk bercakap dengan-MU TUHAN
Mengizinkan kuminta pada-MU
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-MU Ya RABBI
Tapi aku khuatir ketika menhadap-MU
Tidak pula pandai beradab dengan-MU
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rohmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-MU
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah aku
Sifat ____ bagi Nabi (ii)

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... mengantuk... Insya-ALLAH, sebentar lagi hendak berehat seketika. Otak Muthiah terasa tepu pula. Tidak mampu menulis...
- Setiap Nabi dan Rasul terhindar daripada sifat-sifat tercela.
- Di samping itu, mereka juga benar dalam ucapan dan perbuatan mereka.
- "Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya," an-Naj : 11.
- Mustahil seorang Nabi dan Rasul itu engkar terhadap urusan yang diberikan ALLAH.
- Orang yang khianat tergolong dalam golongan munafik; dan Rasul/ Nabi bukanlah seorang yang munafik.
- Semua ajaran yang disampaikan tidak pernah disembunyikan.
- Meskipun sukar dan payah diterima, Rasul akan tetap menyampaikan perintah ALLAH.
- "Aku tidak mengikut kecuali diwahyukan kepadaku. Katakanlah, 'Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Maka, apakah kamu tidak memikirkannya?" Al-An'am :50.
- Tugas seorang Rasul adalah berat. Lantas, mustahil baginya untuk memiliki sifat bodoh.
- Jadilah engkau pemaaf dan serulah orang yang mengerjakan maaruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh," al-A'raf :119.
Kitalah yang membuat pilihan - Paksi.net
Muthiah : Belajar untuk tidak kenal erti putus asa.
Bos

Oh, my tok laki...(ii)
~sambungan semalam~
Oh, my tok laki...(i)

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Seperti biasa, Alhamdulillah. Senyum dan ceria. Aisey. Ceria memanjang. Tidak akan tidak pernah stres? Hmmm... Serah sahaja kepada ALLAH yang lebih arif ke atas segala sesuatu.
- Baju dan pinggan tidak berbasuh.
- Rumah bersepah. Sampah dan mainan anak-anak merata-rata.
- Anak-anak tidak mahu mandi.
- Makan malam tidak dipersiap lagi.
- Bla bla bla...
Dadah MEMBUNUH

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Kesihatan, baik. Hati pun, insya-ALLAH baik. Kalau tidak cukup baik sekalipun, baik-baikkanlah ia ;)
Marah (ii)

-sambungan semalam-
- Bangga diri (sombong)
- Takjub pada peribadi sendiri.
- Suka bergurau-senda berlebih-lebihan dan melampaui batas.
- Suka bercakap perkara yang sia-sia.
- Suka membuat fitnah.
- Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara.
- Khianat.
- Tamak dengan harta dan pangkat.
- Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi.
- Dengki dan irihati.
Marah (iii)

-sambungan semalam-
Ayah! Amir nak masuk U






