Nur kasih

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? SELAMAT BERHUJUNG MINGGU ;) Muthiah... Alhamdulillah. Semalam, sibuk mengemas rumah. Al-maklumlah, baru balik dari Melaka (outstation 5 hari)... Petangnya pula, ehe... Menyambut hari kelahiran yang ke-X bersama insan tercinta.

Terima kasih atas segalanya, ya...

Okey. Hari ini, kita dengar lagu ini boleh? Selamat layan dan berfikir...


Moga-moga Muthiah kan menjadi bidadari itu. Begitu juga dengan sahabat-sahabat semua. Uhibbuki fillah, insya-ALLAH. Amin :)

Muthiah : Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan Muthiah. Dari sisi Muthiah, insya-ALLAH... sahabat-sahabat tidak pernah luput dalam doa Muthiah... Moga kita semua kan dirahmati ALLAH, dan berjaya di dunia dan akhirat..
Labels: 2 comments | | edit post

Mencari Naurah (Bab 4)

“BAS Sani Ekspres ke Kota Bharu jam 9.00 malam telah memasuki kawasan platform. Sila naik bas nombor sebelas dengan nombor pendaftaran BCL****. Pastikan anda mencari bas kerana bas sama sekali tidak akan mencari anda ...” Pengumuman dibuat, menandakan sudah tiba masanya aku berangkat pulang ke kampung halaman.

Hiruk-pikuk kota metropolitan akan aku tinggalkan buat sementara waktu. Tiada lagi kesesakan lalu lintas. Aku juga tidak perlu berpanas-panasan di dalam bas tatkala menuju ke fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang terletak nun jauh di sana. Tidak dinafikan, kedudukan fakultiku yang dibangunkan di atas bukit menyediakan pemandangan yang indah, namun untuk sampai ke sana, sakit kepala lutut dibuatnya.


Tiga puluh minit berjalan kaki bukanlah satu tempoh yang singkat. Jika kelasku bermula jam 8.00 pagi, bermakna aku perlu keluar kolej selewat-lewatnya jam 7.25 pagi. Hendak berhias lagi. Hehehe... mana tahu terserempak dengan jejaka idaman di pertengahan jalan. Sebab itu, sewajarnya aku sentiasa berpenampilan menarik. Silap hari bulan, si jantung hati berjalan di hadapan mata. Sekiranya tidak bersedia, siapa yang rugi? Tidak lain... aku dan keluargaku.

‘Natasha, sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat!’ Bentak hatiku. Semuanya akan kembali kepada diriku sendiri. Sekiranya aku berniat untuk menarik perhatian seseorang, itulah yang akan aku perolehi. Boleh jadi niat yang tidak baik ini kelak akan membinasakan diriku.

Astaghfirullah, sering kali aku dibuai mimpi yang melalaikan. Acap kali juga aku teralpa daripada amaran TUHAN. Bukankah yang halal itu jelas dan yang haram itu nyata? Aku tahu bahawa api neraka itu panas tetapi tidak pernah kujauhi.

‘Ya, ALLAH. Ampunilah dosa hamba-MU yang lemah ini,’ aku berbisik sendiri.

Siap menyimpan beg di tempat meletak barang, aku mula mencari tempat duduk. A18! Alhamdulillah, kali ini aku mendapat single seat. Ditambah dengan keadaan bas yang agak baru membuatkan aku berasa selesa dan lapang. Jika tidak, sukar benar mataku mahu lena. Macam-macam yang akan aku fikirkan. Brek tidak makan... tayar pecah... semua ada di dalam kotak mindaku sekiranya bas yang aku naiki tidak menepati cita rasaku.


~bersambung~

Kalau benar saling menyinta...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sedang menghitung hari hendak menyiapkan kerja. Doakan agar dapat beres sebelum Muthiah bercuti ya ;)

Hmm... kita acap kali membaca/ mendengar ungkapan...

Cinta kami sampai syurga.
Cinta kami utuh selamanya.
Cinta kami hingga ke akhirnya.




Dan banyak lagi....

Tidak kira yang menyebut ungkapan ini terdiri daripada suami/ isteri... pasangan kekasih (Hmm... bercintalah sesudah nikah).

Namun... benarkah cinta yang diungkap itu bisa membawa diri ke syurga??? Kalau YA, apakah buktinya cinta?

Peringatan buat diri Muthiah yang selalu lupa dan alpa. Iyalah. MANUSIA. Banyak sangat khilafnya.

Isteri... sayangkan suami. Sebelum keluar rumah, pastikan aurat terjaga. Setakat mana? Bagi yang tidak tahu, tanyalah mereka yang tahu.
Suami... sayang isteri. Sebelum keluar rumah, pastikan sang isteri memelihara auratnya sebaiknya. Hmm... Yalah. Setakat mana? Wahai suami, carilah ilmu yang bisa memberi manfaat kepada dirimu dan keluargamu.

Isteri... sayangkan suami. Patuhlah kepadanya selagimana apa yang diminta dilanggar syariat.Hmm. Boleh tengok Youtube. Taip ceramah Ustaz Azhar Idrus ;)
Suami... sayangkan isteri. DIDIKlah dia menjadi isteri yang taat. Boleh jadi dia sudah terbiasa dengan sikap 'bossy' atau kekakakannya (Hmm... betulkah istilah ini). Atau... boleh jadi dia sudah terbiasa dengan sikap pentingkan dirinya sendiri. Setiap manusia, ada sisi kelemahannya dan kitalah yang berperanan mendidiknya.

Isteri... sayangkan suami. Ingatkan dia tentang tanggungjawabnya kepada ibu bapanya. Tanggungjawab yang macam mana? Luas. Apa yang PENTING, kita sudah lakukan yang terbaik untuk mereka. Jangan lupa doakan mereka kerana doa itulah sebaik-baik hadiah buat sang ibu bapa (bagi Muthiahlah). Jika punya kemampuan, bantulah mereka dari sisi lain pula. Jika tidak... buatlah yang terdaya. ALLAH tahu. Biar apa orang hendak cakap.
Suami... sayangkan isteri. DIDIKlah dia agar bisa menyayangi kedua ibu bapa kita sebagaimana dia menyayangi kedua ibu bapanya sendiri. Iyalah. Boleh jadi sukar baginya. Lebih-lebih lagi apabila sang isteri bukanlah menantu pilihan. Dipandang serong pula oleh si ipar-duai. Jadi, kitalah yang harus mengingatkannya. Jika kita memilih untuk membiarkan sahaja... Hmmm... Katakan padanya. "ALLAH ada, sayang. ALLAH tahu tulus hatimu. Serahkan segalanya kepada DIA yang Maha Teliti Penghitungannya."

Isteri... sayangkan suami. Ingatkan dia tentang tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja. Iyalah. Sumber rezeki itulah yang akan masuk ke dalam perut kita.
Suami... sayangkan isteri. Ingatkan dia bahawa dia adalah ISTERI yang wajib menjaga maruah di tempat kerja. Tidak boleh sewenang-wenangnya berhubungan dengan ajnabi. Elakkan berdua-duaan denga mereka yang tidak sepatutnya. Kalau terpaksa???? Fikirlah sewajarnya. Letakkan iman di dalam dada.

Huhu... macam banyak lagi tetapi Muthiah kesuntukan masa. Nanti Muthiah sambung, ya ;)

Selamat bermuhasabah, wahai diri dan juga teman-teman sekalian.

Muthiah : Sayangkan mereka yang menyayangi....

Hadis | Jangan engkau marah

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat. Cuma sejak akhir-akhir ini, sedikit sibuk tetapi insya-ALLAH, Muthiah akan tetap mengemaskini blog (walau sedikit). Baiklah. Jom kita renungi mutiara hadith di bawah. Moga kan mendapat manfaat daripadanya.


Daripada Abu Hurairah R.A., sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah saw, "Ya, Rasulullah. Nasihatilah saya." Nabi SAW bersabda, "Jangan kamu marah." Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka Nabi SAW bersabda, "Jangan engkau marah." H.R. Bukhari.

Jadi...

Ayuh, kita belajar untuk mengawal diri daripada sifat amarah. Macam mana?

  • Ubah posisi ~ Dari berdiri, duduk dahulu. Kalau tetap marah, berbaringlah.
  • Luah tetapi biarlah pada orang/ masa/ tempat yang sesuai.
  • Berwuduk.
  • Positif.
  • Berlindung kepada ALLAH daripada syaitan yang direjam.
  • Minum air.
  • Diam ketika marah.
  • SENYUM... meski senyum itu menjengkelkan mata yang memandang. No worry. Orang yang *** memang begitu ;)
Muthiah : Tidak marah... Senyum sahaja ;) Jom senyum ..

3D Burst (Episod 2)

Assalammualaikum. Sambungan komik minggu lepas. Jom layan ;)

Hmm... Apa lagi, ya? Jom muhasabah...

Ada marahkan orang? ~ Kenapa?
Ada dengkikan orang? ~ Kenapa?
Ada sakitkan hati orang? ~ Kenapa?
Ada tidak puas hati dengan orang? ~ Kenapa?
Ada rasa jengkel pada orang? ~ Kenapa? ~ Cemburu, ya? Hiiiii ;)
Ada rasa orang hendak menunjuk-nunjuk? ~ Hmm... apakah buktinya?
Ada memfitnah orang? ~ Nantikanlah penghitungan-NYA.
Ada dan ada??? Terbitkan soalan sendiri...

Muthiah : Suka senyum...



Labels: 2 comments | | edit post

Penulis besar... EGO???

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Terus melangkah dan melangkah.

Hmm... Muthiah terbaca satu artikel di Berita Harian Online. Bagus untuk mereka yang berminat mahu menjadi penulis. Ayuh. Kita sama-sama baca dan renung ;)

BIASA didengar bahawa penulis yang ada nama besar enggan membenarkan sebarang suntingan kepada karya mereka kerana beranggapan karyanya sempurna dan kerenah ini akan menyukarkan editor menyempurnakan tugas mengikut syarat ditetapkan sesebuah syarikat penerbitan.


Lazimnya juga didengar bahawa penulis yang ada nama besar egonya tinggi sehingga enggan membenarkan editor menyunting karya mereka, sedangkan ada kalanya berlaku juga penurunan mutu karya yang berpunca daripada tema klise dan terlalu kerap berkarya dalam tempoh masa singkat sehingga idea tidak sempat ‘diperam’ dengan baik.

Tidak dinafikan, manuskrip yang baik adalah satu daripada faktor kejayaan sesebuah novel dan memberi banyak kelebihan kepada penulis untuk menempa nama di kalangan pembaca, namun novel itu juga pasti tidak akan berjaya sekiranya tiada semakan dan sentuhan daripada editor. Editor Kanan Buku Prima, Mohd Ali Mohd Noor, berkata setiap bulan beliau menerima hampir enam manuskrip mentah dan semuanya memerlukan penelitian rapi, membabitkan keseluruhan aspek penulisan terutama jika diterima daripada penulis baru.

“Penulis baru bagi saya tidak banyak kerenah kerana apa saja yang dicadangkan seperti penambahan plot, jalan cerita, konflik, teknik persembahan, aksi dan watak, tidak menjadi halangan bagi mereka. Mereka akan mengikut keadaan penerbit kerana yakin dengan kemampuan editor bagi membantu penerbitan karya yang baik. “Namun, bagi penulis lama yang sudah pun menghasilkan dua atau tiga novel, mereka inilah yang banyak kerenah. Ada saja alasan diberi agar manuskrip tidak dipinda atau ditambah isinya, tetapi saya tidak pernah beri muka kepada mereka serta menetapkan syarat iaitu memberi kerjasama kepada editor atau cari penerbit lain,” katanya kepada Sastera melalui e-mel, baru-baru ini.

Beliau yang amat mementingkan kualiti agar novel terbitan Buku Prima mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca turut mengakui ada penulis yang malas membuat penyelidikan sebelum menghasilkan manuskrip sehingga cerita yang dihasilkan bersifat stereo taip dan tidak mengikut perkembangan semasa. “Saya kerap berdepan dengan situasi penulis hanya menulis apa yang terlintas di kepalanya sehingga tema serupa ditulis, sedangkan dia pernah menulis tema sama sebelum ini. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, saya sering memberitahu penulis agar menghasilkan tema berlainan bagi memastikan novel terbitan Buku Prima tidak tertakluk pada satu tema.

“Bagi saya, penulis perlu bersikap rendah diri, walaupun sudah ada peminat kerana tidak semestinya karya berikutnya mendapat sambutan. Mesti ada kelemahan yang tidak disedari dan kerana itu penulis memerlukan editor untuk menyemak serta membaiki karya agar mutunya terjaga dan tidak membosankan pembaca,” jelasnya.

Penulis prolifik, Aina Emir pula mencadangkan agar penulis berbincang terlebih dulu dengan penerbit agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dan idea boleh dibincangkan bagi membantu pengarang merancang dan menulis mengikut keperluan pasaran semasa.

“Sekiranya perbincangan terperinci sudah dijalankan, penerbit tidak perlu campur tangan berkenaan gaya penulisan kerana bagi saya itu kreativiti penulis. Penulis yang bijak perlu tahu mencari kelainan dalam penulisan dan penerbit juga berhak menegur serta menolak manuskrip sekiranya penulisan tidak memenuhi apa yang dibincangkan. “Dalam hal ini, penulis tidak perlu berkecil hati kerana tugas mereka menulis secara bijaksana dan terserah kepada pembaca menerima atau menolaknya. Saya sendiri sentiasa bertanya dengan pembaca yang rapat, rakan dan penerbit berkenaan isu yang wajar saya bangkitkan untuk karya terbaru,” katanya.

Bagaimanapun beliau juga berasa editor dan penerbit tidak boleh terlalu mencampuri dan mengubah karya sedia indah, sekiranya penulis adalah nama besar di pasaran serta mutu karya terjaga, tanpa menafikan bukan semua penulis kelompok terbabit mampu mempertahankan wibawa karya, lalu perlu berfikiran terbuka serta sedia menerima teguran.

Pengurus Penerbitan dan Editor PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS), Asma Fadila Habib, menjelaskan perkara utama yang dilihat penerbit dalam proses penyuntingan ialah isi dan jalan cerita yang menepati polisi syarikat, manakala suntingan membabitkan dua aspek iaitu bahasa serta jalan cerita. “Pada kebiasaannya, penulis akan lebih terbuka terhadap kerja suntingan yang dilakukan editor, jika penerangan awal sudah diberikan berhubung polisi syarikat yang perlu dipatuhi dalam berkarya. Namun, ada juga kes penulis berkeras mahu mengekalkan sesuatu plot dan idea tertentu di dalam penulisannya.

“Apabila masalah ini berlaku, kami akan mengadakan perbincangan secara terbuka dan membawa pakar dalam isu yang digarap penulis. Kami juga akan menjelaskan rasional sesuatu perkara itu ditolak dan selalunya perbincangan ini akan lebih memberi kefahaman kepada penulis,” jelasnya. Asma turut menekankan bahawa PTS menerapkan empat perkara dalam penerbitan karya iaitu memenuhi kehendak pasaran, membawa keuntungan, memberi kebaikan kepada masyarakat dan bersifat mendidik serta pada masa sama menerapkan unsur dakwah secara tidak langsung dalam karya.

“Perkara ini amat penting diterangkan kepada penulis agar mereka memahami tanggungjawab bahawa berkarya bukan hanya mahu menghasilkan buku, tetapi medan penyampaian ilmu. Dengan cara ini penulis akan lebih berhati-hati ketika dalam berkarya,” katanya. Baginya setiap penulis sama ada bernama atau sebaliknya, perlu dilayan sama rata dan perlu mematuhi polisi penerbitan syarikat dan budaya 'pilih kasih' di kalangan penulis tidak boleh menjadi amalan editor demi kebaikan penulis, editor dan juga syarikat.

:)

Muthiah : Belajar dan belajar...

Dugaan Kasih

Assalammualaikum...

Siapa pernah kecewa dalam CINTA? Jom kita hayati lagu ini.

Dugaan Kasih - Haikal


:)

  • Bersabarlah atas ujian dan dugaan. ALLAH dekat, sangat hampir dengan diri kita.
  • Kita sama sekali tidak sendiri. Kita punya keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.
  • Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah-NYA.
  • Sedih... biarkan air mata mengalir tetapi jangan sampai memusnahkan kebahagiaan diri.
  • Usah mendesak untuk melupakan. Biar segala berlalu sendiri. Masa yang menentukan.
  • PASTI! Segala sesuatu... ALLAH mahu berikan yang paling baik untuk diri kita.
  • Munajatlah kepada DIA yang Maha Segalanya.
OK. Selamat berhujung minggu ;)

Muthiah : Dugaan berblogging. Hiii ;)

Labels: 2 comments | | edit post

Sekudus doaku

Assalammualaikum. Apa khabar? Ayuh... promosi novel NUR untuk minggu ini ;)

Sekudus doaku


Sinopsis

KASIH seorang ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Tetapi… ingatan dan doa anak-anak adalah satu rahmat. Bagi Hanin, pengorbanan ibunya tidak pernah dilupakan. Tapi TUHAN menduga keimanannya bila ibunya disahkan menghidap kanser peringkat kritikal. Dia tekad berhenti kerja untuk menjaga ibunya dan diizinkan suaminya. Pelbagai dugaan yang ditempuhi. Emosi dan kesihatan ibu yang tidak stabil sering membuatkan air matanya tumpah. Hanya zikir dan istighfar dibisikkan dalam hati agar redha menerima ketentuan ini. Dan pada hari yang telah dijanjikan, si ibu pergi menghadap ILAHI.

Hanin terkilan kerana tidak sempat menyaksikan saat akhir ibunya menutup mata. Namun, surah al-Insyiraah menyedarkan dia. Kerana al-Insyiraah dia mendapat kembali ibunya walaupun wanita itu sudah tiada lagi di dunia ini.

Penulis : Azilawati Mat Angsar

Jom... ayuh dapatkan di pasaran ;)

Mencari Naurah (Bab 3 - samb.)


‘Terima kasih, ya ALLAH,’ kataku di dalam hati. Dengan izin-MU, dapat aku hindari fitnah ini... Fitnah yang banyak menimbulkan perpecahan di kalangan umat manusia. Fitnah yang bisa mengganggu-gugat keamanan sejagat. Sama sekali tidak menguntungkan mana-mana pihak. Tidak sama sekali! Fitnah yang membangkitkan perasaan benci dalam diri. Benci dan marah kepada si pemfitnah serta mereka yang difitnah.

Tanpa sedar, banyak kaki yang menuruti langkah Abdullah bin Ubay. Tanpa rasa takut kepada ALLAH yang amat teliti penghitungan dan perkiraan-NYA, Aisyah dan Sofwan dijadikan mangsa. Mangsa fitnah yang jelas boleh membinasakan.

Ah!!! Begitu besar kesan fitnah ke atas manusia dan aku pula sedang menuju kepadanya.

Beruntunglah Sayidatina Aisyah R.A. kerana dibersihkan namanya melalui firman ALLAH yang berbunyi, ‘Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagimu bahkan ia adalah baik buatmu. Tiap-tiap orang daripada mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang besar dalam penyebaran berita bohong itu, baginya azab yang besar...’

Sedangkan isteri kesayangan Rasulullah menerima tuduhan serong sebegini, inikan pula aku manusia biasa. Insan lemah yang masih memerlukan tarbiah untuk menyucikan hati dan jiwa. Aku begitu naif tentang kehidupan yang begitu banyak pancarobanya. Aku begitu kerdil dan hina di hadapan TUHAN. Masih banyak yang perlu aku pelajari untuk membersihkan hati yang semakin kotor sehari demi sehari.

Moga-moga ALLAH akan sentiasa memberi ruang dan peluang kepadaku untuk kembali mengharapkan keampunan-NYA di atas segala kekhilafanku. Andai kata puteri kesayangan Sayidina Abu Bakar itu disucikan namanya oleh ALLAH melalui wahyu-NYA, aku berharap agar ALLAH memeliharaku daripada fitnah yang boleh memusnahkanku...

“Assalammualaikum dan selamat malam.”

Lamunanku terhenti. Suara itu telah membuatkan aku tersentak sendiri.

“Waalaikumussalam... malam...” bergema dewan makan dengan suara para pelajar.

“Apa khabar semua? Segalanya ditanggung beres?”

Diam sejenak...

“Bersemangatlah sedikit,” katanya lagi.

“Seronok...” jawab pelajar-pelajar junior.

“Baiklah... cukup untuk hari ini. Pagi esok, abang akan umumkan pemenang kumpulan terbaik. Malam ini, balik bilik dan terus tidur. Bagi pelajar yang beragama Islam, jam 4.30 pagi esok ada qiamullail di surau Umar Al-Khattab. Pastikan datang tepat pada waktunya. Kita berkumpul balik dalam dewan ini jam 9.00 pagi, insya-ALLAH,” Asyraf menambah. Sedikit tegas tetapi tetap bersahaja.

“Baik...” jawab satu suara.

“Okey...” sayup-sayup jawapan sebegini kedengaran.

“Insya-ALLAH,” laung Anuar dan diikuti dengan laungan yang sama oleh pelajar-pelajar yang beragama Islam.

First college...”

“Power!”

“First college...”

“Power!”

“Baik, kita bersurai di sini. Assalammualaikum dan selamat malam,” Asyraf menyudahi kata-katanya.

Aku tersenyum memandang wajahnya yang tenang. Kemudian, aku menoleh ke arah Kak Rose yang begitu ralit memerhatikan Asyraf. Hmm...

Tiba-tiba, wajah ibu berlegar-legar di dalam kotak pemikiranku. Tidak sabar rasanya untuk menjamah air tangan ibu. Malam esok aku akan balik kampung setelah berminggu-minggu berkampung di kampus Universiti Malaya ini!!!

Alhamdulillah, selesai sudah semuanya. ‘Balik kampung... ooo balik kampung,’ bait lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad kunyanyikan perlahan-lahan sambil tersenyum manis. Maniskah senyumanku? Entahlah...

Fikir dan renung

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah terjumpa di Youtube. Rasa haru pula. Jom kita sama-sama renung dan fikirkan...


  • Sejauh mana kita mengasihi mereka yang berada di sekeliling kita?
  • Sejauh mana kita peka terhadap mereka yang berada dekat dengan kita?
  • Sejauh mana kita berfikir tentang kebesaran dan keaguangan ALLAH?
  • Sejauh mana kita menginsafi kekurangan diri yang serba hina lagi dina?
  • Sejauh mana kita meningatkan diri tentang pengawasan ALLAH di mana-mana?
Apa pun... tepuk dada, tanya iman. Apa yang boleh kita renungkan dalam video pendek ini. Jika kita mahu mengambilnya dari sisi positif, Alhamdulillah. Sekiranya sebaliknya, kitalah yang membuat pilihan.

Salam ukhwah. Jom SENYUM... Hiii....

Muthiah : Suka senyum sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi kepada si pengembara...
Labels: 0 comments | | edit post

Jika datang orang fasik... (al-Hujurat, 49:6)

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah. Sihat walafiat.

Hmm...


1- Apakah yang menggembirakan sahabat-sahabat hari ini?

2- Apa pula yang membuatkan sahabat-sahabat berhati walang?

Muthiah... Yang menggembirakan banyak ~ Hidup aman bersama keluarga tercinta; Punya sahabat-sahabat yang baik hati; Kerja yang dibuat berlangsung seperti yang dirancang; dan pasti! Masih dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN. Moga-moga sampai akhir hayat hendaknya.

Yang menyedihkan??? Hii.... Buat masa ini, tidak ada. Yang lepas, biarkan berlalu. Jika dikenang-kenang, diri sendiri yang sakit jiwa. Jika ia datang tanpa dipinta, serah pada ALLAH yang Maha Teliti Penghitungan-NYA.

Okey. Terjemahan al-Quran hari ini. Muthiah memilih satu ayat dari surah Al-Hujurat 49 : 6.



'Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang FASIK membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.'

Kata kuncinya :

  • Jika datang orang FASIK kepada kita, periksalah apa yang disampaikannya.

  • Khuatir, jika kita membabi buta menerima khabar berita itu, akan memberi kemudaratan kepada orang lain. Kelak, kita sendiri akan menyesal.

Justeru, berhati-hatilah. Ayuh kita sama-sama hindarkan diri daripada menjadi insan yang membawa khabar berita yang tidak benar itu atau yang menerima bulat-bulat berita yang disampaikan.

Tepuk dada, tanya iman.

Muthiah : Terkenangkan .... Serah pada ALLAH yang Maha Teliti Penghitungan-NYA :)

Oh, ibu mertuaku...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Semuanya baik-baik belaka. Cuma... dari satu sisi mutabaah ibadah, terasa 'yankus'nya. Doakan Muthiah bangkit ya. Itulah. Kadang-kadang, kita selalu beralasan dengan KESIBUKAN diri. Muthiah adalah salah seorang daripada KITA itu. Moga-moga, Muthiah dapat bangkit semula. Kerja-kerja juga tetapi....

Hendak tulis apa, ya? Pertama-tamanya, Muthiah ingin mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL buat semua. Bagaimana sahabat-sahabat meraikannya?

  • Berarak di atas jalan?
  • Berusaha mengikut sunnahnya?
  • Berselawat tanpa henti kepadanya?
OK. Hari ini, mahu santai-santai sahaja ;) SENYUM....

Baru-baru ini, En. Suami memberitahu Muthiah, "Bulan ini, Abe tidak mahu makan santan."

Mulut Muthiah ternganga (tetapi di belakang En. Suami). Jadi, hendak masak apa? Dengan kata lain, menu yang variasi. Ada santan, bolehlah buat macam-macam. Semalaman juga Muthiah berfikir, "Hendak masak apa, ya?"

Hihi... banyak sebenarnya. Kemudian, Muthiah pun menelefon ibu mertua Muthiah...

"Ma, ada tak menu sup ayam yang pelbagai. Muthiah hanya tahu buat 2 jenis sahaja," Muthiah memberitahu.

.... Jawapan...

.... Jawapan... (tambah dengan menu sup ikan lagi)...

Kesimpulan yang ingin Muthiah nyatakan...

Jika kita hendak kenal/ tahu tentang suami kita... TANYALAH IBUNYA kerana sesungguhnya... SANG IBU adalah paling dekat dengan ANAK. Anak lelaki, lagi-lagilah. Walaupun hati Muthiah dekat dengan suami... Muthiah tahu... ada hati yang lebih dekat dengannya iaitu IBU-nya yang telah melahirkannya... membesarkannya...

Jadi, apa lagi? Memang kita tidak akan kenal dengan suami kita 100 peratus tetapi setidak-tidaknya, kita mencari inisiatif untuk mengetahui lanjut tentang dia. Lagipun, bukankah ini boleh merapatkan hubungan kita dengan suami dan ibu mertua kita. Ibunya... ibu kita juga. Baru kita tidak rasa gelisah apabila perlu berbakti kepadanya.

Hehe... Tiba-tiba, teringat pula kepada ibu mertua Muthiah.

Muthiah : SENYUM itu sedekah. Jom SENYUM....
Labels: 0 comments | | edit post

Katakan tidak pada Hari Valentine

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Tidak sabar untuk meraikan HARI KEKASIH yang akan berlangsung esok?? 15 FEBRUARI 2011, bersamaan 12 Rabiul Awal :) Hari kelahiran Nabi junjungan kita Muhammad SAW.


Satu persoalan yang mungkin boleh dijawab sendiri-diri. Hendak jawab di sini pun boleh. Insya-ALLAH, Muthiah tidak akan komen apa-apa. Kerana... hanya ALLAH yang tahu isi hati manusia lainnya ;) SENYUM....


Apakah bukti cinta kita terhadap RASULULLAH?


Hmm... baiklah. Entri hari ini adalah berkisar tentang Hari Valentine. Walaupun sudah banyak yang berbicara tentang ini... Muthiah tetap mahu berkongsi dengan teman-teman juga. Iyalah. Boleh jadi ada pengunjung yang masih belum tahu. Jika pernah mengagungkannya? Istighfar. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ALLAH lebih tahu...


Jom... soal-jawab yang Muthiah copy/ paste dari blog Ustaz Zaharuddin.


Soalan


Assalamualaikum ustaz,

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

JAWAPAN


Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel Bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan Hari Valentine.


Asal-usul Valentine


Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulu kala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, tempoh antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.


Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bahagian daripada ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahawa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)


Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.

(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)


Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitri dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :


(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (Idil Fitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892).


Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.


Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan negara, sambutan ulang tahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.


Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asal usul, cara dan kaedah implementasinya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722).

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :


"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).


Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.


Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim).


Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah daripada perbuatan mungkar.

4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, menggadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :


وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا


"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 ).


Diriwayatkan dari Umar r.a. bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:


"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad).


Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.


"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?"


Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.


6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan."

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi SAW, kemudian Nabi memberitahu bahawa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan saja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya buat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya).

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di Hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk meraikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Valentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.


Sekian

Ust Zaharuddin

26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007


Muthiah : Setiap hari berkasih sayang bagi sesiapa yang mahu menyayangi...

Labels: 0 comments | | edit post