Petola air

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Hari ini, emosi kurang baik. Kenapa? Ada sesuatu sedang berlegar-legar di dalam benak Muthiah. Astaghfirullah. Sewajarnya Muthiah lebih berlapang dada kerana semuanya adalah daripada DIA. Terlalu banyak yang ALLAH beri. Tidak akan denga satu ini yang belum Muthiah miliki, membuatkan Muthiah berputus asa. Moga ALLAH ampun dosa ^_^

Jom. Kita masak sayur pula.

Petola air


Bahan-bahan

1 batang petola - dipotong
Lobak merah - dipotong
Cili merah - dihiris
Suun
Bawang merah, bawang putih dan bawang kuning - dihiris/ dimayang
Ikan bilik - hendak tumbuk pun boleh, tidak mahu pun tidak apa
1 biji telur
Garam secukup rasa

* Hendak tambah sayur lain pun, boleh ;)

Cara membuatnya

1- Tumis bawang sampai naik bau. Minyak letak sedikit sahaja ya. (Jika tidak mahu tumis pun tidak apa. Letakka semua terus dalam air)

2- Masukkan ikan bilis dan air.

3- Selepas itu, masukkan sayur-sayur di atas. Jika ada ubi keledek, boleh masukkan juga ^^ Hmm... Jangan lupa masukkan suun sekali.

4- Setelah itu, masukkan garam dan kacau. Akhir sekali, masukkan telur.

Siap ^_____^

OK. Muthiah hendak layan hati sekejap :P
Labels: | edit post
0 Responses