Jika benar kau cinta ...
Thursday, October 06, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... hendak senyum sahaja, boleh? Kerana tidak mampu meluah apa-apa.
^___________________________________^
Hmm...
Jika benar kau cinta (wahai, lelaki)...
- Ia tidak akan memperkosa wanita (tidak kiralah sama ada hubungan itu berlaku atas dasar suka sama suka atau sebaliknya) yang dicintainya atas nama cinta. Ah! Pegang tidak, mencabuli maruahnya apatah lagi. Dia hanya mahukan perhubungan yang halal dengan wanita yang dicintainya itu. Hubungan itulah yang dinamakan sebagai pernikahan.
- Andai tersilap langkah... ia akan cepat-cepat memperbetulkan keadaan. Selain bertaubat dengan taubat nasuha, dia juga akan berusaha keras untuk menghalalkan perhubungan yang terlarang. Bagaimana? Bernikahlah. Semudah itu? Muthiah tidak kata mudah tetapi... carilah jalan agar dapat mempermudahkan. Kenapa perlu tergesa-gesa? Bukan gopoh namaya tetapi... ia tidak mahu berterusan bergelumang dengan dosa. Lebih-lebih lagi dengan wanita yang dia katakan dia cinta dengan sepenuh hati. Hmm... Adakah bernikah itu dapat menyelesaikan masalah sedang diri tidak mampu? Jika begitu... berpuasalah.
- Bukan itu sahaja bahkan, ia tidak akan membiarkan wanita yang dia kata dia cinta itu terkapai-kapai sendiri... menangis sendiri dan merasai keperitan seorang diri. Bilamana ia hendak marah... ia marahkan sang wanita. Bilamana ia hendak menengking sang wanita yang membuatkan otaknya berserabut, ia tengking tanpa memikirkan kehalusan hatinya. Tidakkah ia berasa simpati melihat air mata wanita itu menyimbahi bumi? Hmm... wanita itu memang layak dimarahi kerana tidak mahu memahami. Namun, sejauh mana ia cuba untuk memahami hati wanita yang telah kamu cabuli itu?
- Ia tidak akan suka menabur janji tanpa mahu mengotakannya. Siapa kata ia tidak mengota janji? Tidak ada yang kata! Ketahuilah. Harapan yang diberikan membuatkan sang wanita keliru... tidak tahu jalan mana yang hendak dituju. Ingin membina hidup baru... ia simpati dengan cintamu sedang dalam hatinya juga ada cinta. Ah! Adakah kamu gusar, wahai lelaki.... sang wanita menemui pengganti? Jika begitu... bertanggungjawablah dengan apa yang telah kamu lakukan...
- Kamu cinta dia tetapi sanggup pula kamu membiarkan ibunya mengalirkan air mata disebabkan oleh kamu? Cintakah ini? Sayang...kamu hanya memikirkan tentang dirimu... isteri yang kamu katakan telah kamu ceraikan tetapi masih bersama... anak-anakmu. Tidakkah kamu gusar, hal sebegini kelak terjadi kepada anak-anak kamu juga? Kemudian, membuatkan dirimu selaku ayah menangis mengenangkan nasib anakmu yang sudah hilang harga diri.
Huh! Merapu tahap entah apa-apa entah. Macam novel pula. Memang pun. Sekadar imaginasi yang tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.
Wahai, lelaki (yang seperti di atas)...
Pergilah... pergilah.
Pergilah jauh-jauh dari hidupnya. Berilah ruang kepadanya untuk mengikut jalannya sendiri. Biarlah dia bahagia dengan kehidupannya. Usah kamu hadir membuatkan dia teragak-agak untuk melangkah lagi. Janjimu janji palsu. Kamu hanya pandai berbicara tetapi dalam masa yang sama... membiarkan dia yang kamu kata kamu cinta tetapi cabuli itu terkapai-kapai sendiri.
Tolonglah... tolonglah. Janganlah... janganlah...
Muthiah : Tanpa sedar, air mata menitis membaca catatan sendiri T______T
betul...
cinta akan hadir bila kita ikhlas menerima..yang penting atas keredhaan Yang Kuasa..dan cinta paling suci adalah cinta anugerah Ilahi..bukan yang kita cari...
Titipan buat seseorang yang mungkin tidak akan membaca coretan ini, kak :)