Jika mahu menjadi penulis dengan Alaf21 (iiv)

Assalammualaikum. Bagaimana dengan hari rakan-rakan hari ini? Muthiah... Alhamdulillah ^_^

Baik. Masih punya minat untuk menjadi penulis di Grup Buku Karangkraf? Jom baca ...



Pelajaran 1.

Tema : Kami perlukan beberapa tema.

1. Tema human interest (masalah keluarga, masyarakat dan sebagainya).

2. Tema yang ringan (lucu, romantik, gila-gila) dan sesuai dengan citarasa remaja.

3. Tema thriller, misteri, lagenda, seumpamanya.

4. Dan tema Islamik untuk novel NUR.

Garapan bahasa :

Ini sangat penting. Pembaca akan terpesona apabila anda dapat menghidangkan susunan ayat yang tidak meleret-leret, tidak berulang-ulang, tepat dan ada isi. Akan tetapi, kalau temanya seperti nombor 2, 3, ayat-ayatnya pasti berbeza. Begitu juga tema untuk novel NUR.

Watak dan perwatakan :

Watak hero dan heroin. Mesti ada watak-watak pembantu atau sampingan. Gerakkan watak-watak ini dengan bijak. Kalau sekadar menyebut nama-nama watak tetapi watak-watak itu langsung tiada dialog, baik buangkan sahaja kerana ia tidak membantu perkembangan cerita.

Sub-plot :

Ini adalah cerita kedua, cerita ketiga atau cerita keempat selain daripada cerita utama. Atau, disebut juga cerita sampingan.

Sekadar contoh ; Kalau cerita utamanya tentang hubungan watak Saadiah dengan watak Anuar Zain, sub-plotnya abang Saadiah berdendam dengan abang Anuar Zain. Ini akan mewujudkan konflik. Akhirnya, kasihan Anuar Zain tidak dapat berkahwin dengan Saadiah. Anuar Zain merajuk dan membawa diri.

Di tempat lain, ada pula sub-plot kedua. Begitulah seterusnya. Ada juga sub-plot yang tidak melibatkan watak-watak utama. Ini akan dialami oleh watak-watak pembantu.

Konflik :

Ini mesti ada dalam setiap novel tanpa mengira tema. Kalau kurang sangat konflik, graf novel anda akan mendatar kerana pembaca sekadar membaca tanpa emosi seperti geram, marah, sakit, hati, sedih, sayu atau menangis. Mereka seolah-olah membaca buku teks atau laporanan tahunan.

Bersambung...

Perkongsian ilmu ini adalah daripada Puan Sa'adiah Mohammad, editor di Alaf 21.

Muthiah : Ya ALLAH, kurniakan kesabaran dalam hatiku agar tidak tergolong dalam golongan yang berputus asa untuk bermohon kepada-MU.
0 Responses