Komen - AMSH (1)
Tuesday, October 11, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Masih lagi berperjalanan. Jadi, tidak banyak masa yang Muthiah ada untuk diluangkan di sini. Itulah... pernah dengar kata-kata???
.....
Ingat waktu sihat sebelum sakit...
Ingat waktu lapang sebelum sibuk...
Ingat waktu hidup sebelum mati...
Memang niat di hati, mahu mencoret dan membebel sentiasa di sini namun kali ini... masa dan keadaan tidak cukup mengizinkan. <- Iyalah. Jika bukan di teratak sendiri kita hendak merapu, di mana lagi? Menulis entah apa-apa di tempat orang? Mungkin tidak..
Baik. Apa kata hari ini Muthiah berkongsi satu komen pembaca tentang Air Mata Siti Hajar???
Asma Ismail :
Salam, Hanan.
Alhamdulillah, sudah selesai baca novel Air Mata Siti Hajar. Cerita yang baik dan banyak pengajaran. Mesti Hanan minat tengok cerita kartun, banyak elemen itu.
Ehehehe. Cuma dalam novel ada digunakan perkara ILAHI, Alhamdulillah... unsur-unsur Islamik tetapi banyak error dalam ILAHI ditulis ILAH.
Good job, Hanan...
Daripada Muthiah :
Terima kasih atas respons, Asma. Tentang ILAH -> Penerangan ^^
^_____^
Terima kasih daun keladi juga buat sahabat-sahabat yang menyokong Muthiah dalam bidang penulisan ini. Sayang kamu, insya-ALLAH <3
Muthiah : Mengantuk...
akak tahniah..
saya masih belum mampu menghasilkan hatta satu cerpe pon sejak awal tahun lepas.. huhu.. sedang mencari idea tapi otak buntu.. macam mana nak buat ya.. huhu.. akak ada pandangan??
Terima kasih, Dik MO.
Ehe...
1)Mulakan dengan niat ^^
Tahniah,sahabatku...teruskan menulis..nnt saya beli buku awak ek...(tanda sokongan)hehehe
Jazakillah, sahabati atas sokongan dan dorongan. Doakan saya sokmo.