Golongan yang mendapat naungan ALLAH

Assalammualaikum. Apa khabar? Bangun solat malam pagi tadi? Moga-moga diri kita sentiasa berada di dalam pemeliharaan dan pengawasan ALLAH, insya-ALLAH.


Gambar diambil dari Facebook.

Muthiah suka baca dan tengok gambar ini. Jom... 


Kita sama-sama baca...
Kita sama-sama renung...
Kita sama-sama bermuhasabah...
Kita sama-sama amalkan...


7 golongan yang mendapat naungan ALLAH.


1. Pemimpin yang adil.


2. Pemuda yang sentiasa beribadat kepada ALLAH.


3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid.


4. Dua orang yang cinta mencintai kerana ALLAH. 


5. Lelaki yang diajak wanita rupawan untuk berzina tetapi dia lebih takutkan ALLAH.


6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi. 


7. Orang yang mengingati ALLAH pada saat sunyi. 


Sumber asal, Muthiah tidak tahu tetapi sedikit sebanyak sekiranya diambil secara positif, dapat memotivasi diri untuk mendekatkan diri kepada-NYA.


Jom jadi lebih baik! 
Labels: 0 comments | | edit post

Jualan buku | Mencari Naurah & Air Mata Siti Hajar


Alhamdulillah ^____^



Untuk rekod

Judul buku : 
i) Air Mata Siti Hajar, 1 buah
ii) Mencari Naurah, 1 buah
Pembeli : Puan (SN@HH)
Jualan pada : 20 Jun 2012 (Pos pada 21 Jun 2012)
Cara penghantaran : Pos laju, Kos : RM14.60
No. rekod : EN 5019 77 119 MY
Lokasi : Keningau, Sabah.


Terima kasih <3

Yuk, bagi sesiapa yang belum memiliki buku-buku ini. Boleh dapatkan dengan Muthiah segera ^_^ 

1) Mencari Naurah RM17
2) Air Mata Siti Hajar RM22
3) Antologi Orang Berdosa RM14

Nota : Jualan buku di atas tidak termasuk kos penghantaran.

Jom doa...

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat. Sekarang sedang fokus menulis, insya-ALLAH. Dalam masa yang sama, tengah berusaha membuat jualan buku secara talian. Alhamdulillah. Sambutan awal yang menggalakkan walaupun buku yang dijual masih belum banyak (buat masa ini, Muthiah jual buku karya Muthiah dahulu). Terima kasih kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan. Sungguh. Tidak terungkap dengan kata-kata. Muthiah sangat hargainya.



Dedikasi buat En. Suami, En. Papa, Salmi PMKN, Adik Hajar, Jue Geng SEMESTI (dan isteri), Kak Syida cantik, Kak Nora anggun serta semua teman yang sudi mendapatkan karya Muthiah sejak dari yang pertama sampai yang keenam. Sayang kamu ketat-ketat.

Okey. Terus kepada celoteh Muthiah hari ini.

Apa yang kita faham tentang doa? 

Menurut Kamus Dewan, doa membawa makna 'permintaan atau permohonan kepada Tuhan'.

Persoalan; Bilakah kita melafazkan doa?

  1. Sebaik sahaja bangkit daripada tidur.
  2. Sewaktu dan sesudah ambil wuduk.
  3. Sesudah solat.
  4. Sebelum menaiki kenderaan.
  5. Apabila ada sesuatu hajat di hati.
  6. Sebelum belajar.
  7. Sebelum/ sesudah makan.
  8. Selepas diijab kabul.
  9. ....
  10. ....


Santai hari ini...


Baiklah. Daripada persoalan dan kisah/ pengalaman di atas...
  • Sebagai hamba, sentiasalah berdoa (yang baik-baik) kepada ALLAH. Tidak kira untuk diri kita sendiri atau orang lain. Jangan lupa mendoakan ibu bapa kita :)
  • Carilah ALLAH ketika senang / mendapat nikmat dan susah/ menerima musibah. Khuatir... kita tergolong dalam lingkungan manusia yang hanya ingat ALLAH waktu susah... apabila senang, lupa terus kepada-NYA.
  • Tanpa sedar, doa itu merapatkan/ mengakrabkan hubungan kita dengan ALLAH.
  • Apabila tidak diperkenan doa, usah sekali-kali berputus asa. Bersangka baiklah pada ALLAH. Jika itu yang terbaik buat diri kita, pasti DIA akan bagi. Cuma kita tidak tahu bilakah masanya. Maka, bersabarlah <-Peringatan khusus buat diri sendiri. 
  • Jadikan komunikasi dengan ALLAH sebagai rutin kita. Hendak lakukan sesuatu... tanya pada diri, "ALLAH suka tak?" Jika apa yang hendak kita buat itu kelak mendatangkan murka-NYA, hindarilah. Siapa kita hendak ingkar perintah-NYA?
Yuk... ayuh kita menjadi hamba yang sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan dekat dengan-NYA.

Berdoalah, pasti DIA akan memakbulkan

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah, sihat. Agak sibuk. Tengah menyusun jadual kerja (menulis dan menjual buku). Moga-moga, segala apa yang dilakukan ini diredhai ALLAH. Doakan Muthiah dapat melakukan keduanya sebaik mungkin dan insya-ALLAH... Muthiah akan berusaha keras untuk menjadi yang terbaik!


Okey. Hendak bercoret tentang apa, ya?


Mahu belajar di luar negara, dapat universiti tempatan sahaja.
Mahu bergaji besar, dapat cukup-cukup makan sahaja.
Mahu nikah, calonnya banyak, pinangan tiada.
Mahu anak, orang duk bertanya, belum ada rezeki.
Mahu menantu, anak sudah lanjut usia, tidak nampak tanda-tanda.
Mahu dan mahu...


Ah! Kadang-kadang membikin kepala berserabut memikirkannya.




Maka, BERDOALAH...






Seorang teman ada berkata, "Berdoalah, pasti DIA akan memakbulkan..."


Apa yang penting... sabar.
Apa yang lagi penting... bersangka baik pada-NYA.
Apa yang terpenting... kita kena ingat yang kita punya ALLAH.


.....


Justeru, wahai hati yang selalu berbelah bahagi...


Bersabarlah dalam mengharapkan sesuatu daripada ALLAH
ALLAH melihat...
ALLAH mendengar...
ALLAH Maha Mengetahui...
Tika doa belum diperkenan 
Bukan bermakna DIA tak endah 
ILAH mahu kita lebih mendekat kepada-NYA
RAB tahu mana yang terbaik untuk kita
Merintih merayulah dengan penuh harap
Tidakkah indah menjadi akrab dengan DIA?


Kadang-kadang kita berdukacita
Persoalan kenapa bermain-main di dalam minda
Kenapa dia?
Kenapa mereka?
Kenapa tidak aku?
Yuk, hati
Bertabahlah
Kuatkan jiwa 
ALLAH pasti bagi
DIA kan ada?
Cepat lambat sahaja


Okey... Jadi, marilah kita sama-sama tanamkan dalam diri. Usah sekali-kali berputus asa daripada mengharapkan-NYA. Sedih, tidak apa-apa. Kita hanya insan biasa. Namun, jangan sampai rawan hati itu memusnahkan diri kita sendiri. Kepada DIA kita mengabdikan diri dan kepada DIA kita membutuh pertolongan.

Jualan buku | Antologi Orang Berdosa & Air Mata Siti Hajar

Alhamdulillah ^____^


Untuk rekod

Judul buku : 
i) Antologi Orang Berdosa, 1 buah
ii) Air Mata Siti Hajar, 1 buah
Pembeli : CikPuan (AMN)
Jualan pada : 19 Jun 2012 
Cara penghantaran : Pos laju, Kos : RM7.30
No. rekod : EM 2611 88 265 MY
Lokasi : Subang Jaya, Selangor.

Judul buku : 
i) Antologi Orang Berdosa, 1 buah
ii) Air Mata Siti Hajar, 1 buah
Pembeli : CikPuan (NMN)
Jualan pada : 19 Jun 2012 
Cara penghantaran : Pos laju, Kos : RM7.30
No. rekod : EM 2611 88 251 MY
Lokasi : Subang Jaya, Selangor.

Yuk, bagi sesiapa yang belum memiliki buku-buku ini. Boleh dapatkan dengan Muthiah. 

1) Mencari Naurah RM17
2) Air Mata Siti Hajar RM22
3) Antologi Orang Berdosa RM14

Nota : Jualan buku di atas tidak termasuk kos penghantaran.

Kita tidak sendiri

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan mengingati TUHAN. 


Pernah rasa kecewa?
Pernah putus asa?
Pernah berhati rawan?
....
....

Lumrah. Bilamana kita termasuk dalam golongan MANUSIA, kita pasti akan pernah berada dalam kondisi ini. Ada suka... ada sedih... ada gembira... ada dukacita.






Percayalah, wahai teman yang Muthiah kasihi.


Dalam duka dan sengsara, kita sebenarnya tidak sendiri
Kita punya ALLAH yang sungguh dekat... melihat, mendengar dan mengetahui
Terpulang sahaja pada kita sama ada mahu menghampiri atau menjauhi
Jalannya banyak... kaedahnya pelbagai
Tepuk dada, soallah iman
Ada yang memilih solat untuk mendekat pada-NYA
Ada juga yang berzikir untuk menenangkan jiwa
Pilihan terletak di pundakmu, sang teman
Pokok pangkalnya...


Kita berusaha untuk mendekat
Berjalan, berlari, melompat, berenang tidak kisah
Asal menjauh jangan sekali
Pilihlah ILAH
Jiwa kan tenteram
Pilihlah ALLAH
Lorong yang benar terbentang di hadapan.


Percayalah, wahai teman yang dikasihi.


Andai diri dirundung duka
Usah memilih jalan tuk menjauh
Jauh daripada DIA tidaklah kena
Khuatir kelak menyesal sendiri
Jadikan sabar sebagai teman
Merembes air mata juga tidaklah salah...


Menangislah untuk meluah rasa
Bersedihlah untuk mengurang derita
Namun jangan sampai memudaratkan
Ingat ALLAH yang Maha ESA
DIA menguji tuk mengangkat darjat kita



Okey. Muthiah beransur dulu. Moga kan mendapat manfaat daripada perkongsian ini. 
Labels: 0 comments | | edit post

Jualan buku | Antologi Orang Berdosa



Alhamdulillah ^__^


Untuk rekod

Judul buku : Antologi Orang Berdosa
Bil : 1 buah
Pembeli : Puan RK (AAZ)
Jualan pada : 17 Jun 2012 (Pos pada 18 Jun 2012)
Cara penghantaran : Pos laju, Kos : RM6.00
No. rekod : EN 5019 77 290 MY
Lokasi : Kemaman, Terengganu.

Yuk. E-mel Muthiah untuk dapatkan stok ini.

1) Mencari Naurah RM17
2) Air Mata Siti Hajar RM22
3) Antologi Orang Berdosa RM14

Nota : Jualan buku di atas tidak termasuk kos penghantaran.

Jom masak

Assalammuailkum. Mulakan hari Isnin anda dengan ________. Oh, Muthiah sebenarnya kurang bersemangat hari ini. Semua 'M' hadir dalam diri. Maka, jom pupuk semangat bersama-sama!


Istighfar...
Tasbih...
Tahmid...
Takbir...


Oleh sebab hari ini otak tepu, minda tumpul (kena banyak berzikir ni)... Muthiah kongsi gambar ini sahaja, boleh? Maaf jika membuatkan sahabat-sahabat yang belum makan berasa lapar.


Motif????

  • Jom, para isteri... kita lazimkan diri masak dan makan di rumah. Akan tetapi, hendak  makan sekali-sekali di kedai tidak apa. Sambil keluar dating, gitu ^_^
  • Bukan sahaja dapat jimat belanja tetapi boleh merapatkan hubungan. Iyalah. Kita masak, kita sediakan, kita makan sama-sama. Betul tak?
  • Selain itu, bilamana kita lakukan kerana ALLAH, insya-ALLAH kita akan dapat pahala (ALLAH lebih tahu). Kita kupas bawang kerana ALLAH, dapat pahala. Kita tanak nasi, dapat pahala. Kita rebus telur, dapat pahala. Moga-moga ALLAH terima setiap amal kita. Amin... amin, ya Rabbal 'alamin. 
  • Jika kita masak sendiri, insya-ALLAH kebersihan terjamin. Insya-ALLAH... makanan bersih, badan sihat. 
Okey. Muthiah beransur dulu. Yang baik (carilah yang baik), moga dimanfaatkan. Yang tidak berkenan di hati (tanya pada diri sebabnya... kemudian, yuk muhasabah). Panjang umur, kita bersua lagi esok, insya-ALLAH.

................. 

Mencari Naurah (Bab 44)

Novel | Mencari Naurah



“NAMPAK bersemangat Asha hari ini,” tegur Anuar. “Alhamdulillah, lega saya tengok. Sebelum ini, muka nampak macam ada masalah sahaja.” Dia menambah. “Kerja yang saya beri Jumaat lepas sudah siap?” soalnya lagi.

Sambil tersenyum aku berkata, “Terima kasih. Fail ada atas meja. Semua sudah siap cuma kalau hendak semak semula, lagi baik.”

“Inilah pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang,” Anuar memujiku. “Boleh makan tengah hari sama-sama?” sambungnya. Nampaknya, Anuar masih tidak berputus asa mendekatiku.

“Maaflah, Anuar. Saya agak sibuk hari ini. Rancangnya, hendak beransur awal. Ada dating dengan teman serumah di Sogo,” jelasku sejujurnya.

“Boleh saya tumpang sekaki?”

“Seganlah. Nanti, apa pula katanya,” aku berdalih. Tidak mahu memulakan.

“Kalau macam itu, sarapan pagi esok saya belanja.” Anuar mencadangkan.

“Berdua?” soalku kembali.

“Kalau tidak selesa kita ajak Hilda...” Anuar diam sejenak. “Hilda, mari sini sekejap,” dengan spontan dia memanggil Hilda yang sedang melalui mejaku.

“Ya, En. Anuar,” kata Hilda lembut seraya tersenyum.

“Kita sarapan pagi esok sama-sama, boleh? Jam 8.00 di kafe.” Anuar sedang mempelawa ataupun mengarah?
“Baik, tuan. Kalau orang belanja ditanggung beres semuanya,” balas Hilda. “Saya perlu berjumpa dengan Puan Regina. Pergi dahulu.” Cepat-cepat dia meninggalkan aku dan Anuar.

“Suka hati sahaja,” getusku perlahan.

“Apa, Asha?”

Alamak! Dia dengar rupanya. “Tidak ada apa-apa. Saya hendak bereskan sedikit kerja. Assalammualaikum,” ucapku selamba. Suka-suka hati sahaja membuat ketetapan. Aku belum pun memberi apa-apa persetujuan kepadanya.

Kadang-kadang, aku mahu tergelak melihat karenah Anuar. Meskipun aku tahu dia jujur dan ikhlas, hatiku tetap belum terbuka untuknya. Hmm... mana tahu selepas kejadian dengan Datin Khatty tempoh hari, hatiku menjadi lembut. Bukankah jodoh pertemuan itu ketentuan TUHAN?

Anuar pun apa kurangnya jika hendak dibandingkan dengan Asyraf. Sekiranya Asyraf tampan… Anuar juga kacak orangnya. Kaya??? Selaku wanita, aku tidak mendambakan kehidupan mewah bak sang permaisuri. Cukuplah aku bahagia hidup bersama si dia, mengejar cinta dan kehidupan yang hakiki, syurga ALLAH yang sedia menanti. Aku serahkan hidupku sepenuhnya kepada DIA yang mencipta kerana sesungguhnya aku tahu ILAH itu Maha Arif dan Teliti penghitungan-NYA.

Lagipun, hatiku terpaut kepada anak teruna Datin Khatty bukan kerana harta… bukan juga kerana kedudukan dan paras rupa. Wajah yang tampan merupakan satu bonus namun hakikatnya, peribadi luhur milik Asyraflah yang membuatkan aku jatuh cinta. Cinta yang terpendam sekian lama tetapi akhirnya kuluahkan juga. Aku menjadi malu sendiri tatkala mengenangkan saat diriku yang tergesa-gesa menyatakan rasa hati. Mungkin pada benak Asyraf, Natasha binti Zulkarnain ini gopoh orangnya.



"HAI, adik manis. Senyum seorang nampaknya. Cik abang, mana?" tegur Preshnan sambil tersenyum. Aku memandang sekeliling. Entah ke mana Anuar menghilang…
"Tadi ada. Sekarang tidak ada," balasku acuh tidak acuh.

"Wah! Perkembangan yang baik. Cik Asha kita sudah mengiktiraf Anuar sebagai cik abangnya," Sook Kuan menyampuk. Aku menjeling gadis Cina ini tajam. Nampaknya, 'kerja' mereka baru hendak bermula. Bukankah rutin mereka ini lazimnya bermula pada jam 8.55 pagi? Rutin?? Ya! Rutin melakukan kerja gila. Kerja gila??? Hahaha… biarlah aku sendiri yang mengetahuinya. Aku melihat jam yang tersarung pada pergelangan tangan. Ya! Lagi 30 saat, pukul 8.55 pagi. 'Patut pun,' desis hatiku.

"Hmmm… Jangan lupa, Anuar. Janji manis kamu untuk belanja kami makan kalau Cik Asha kita sudah menerima kamu sebagai buah hatinya." Wajah Anuar berubah. Entah bila dia tiba-tiba muncul. Ying Pei yang sebenarnya sukar hendak berahsia nampaknya sudah tersalah bicara. Ia menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tapak tangannya namun tetap sia-sia. Rahsia mereka sudah aku ketahui. Tepat jam 8.55 pagi tadi,  aku yakin ada konspirasi antara mereka berempat. Aku memandang Anuar, Preshnan, Ying Pei dan Sook Kuan sekilas. Serius. Aku membulatkan mataku.

"Huhuhu… bulatnya mata. Takut…." Preshnan berpura-pura menggigil.

"Bulat???" Ying Pei yang sentiasa terkebelakang dalam memahami maksud tersirat mengerutkan dahinya.
"Eh, kamu semua memang tidak ada kerja lainkah?" Soalku serius.

"Ada!" Jawab Preshnan, Sook Kuan dan Ying Pei serentak.

"Kalau macam tu, pergilah buat kerja cepat!" Arahku, lagak seorang ketua. Aku memandang Anuar yang sudah kemerahan telinganya menahan tawa. 

"Yang sorang ni, pun tak ada kerja?" aku menyoal Anuar sedikit tegas.

"Ada," balas Anuar pendek.

"Kena siapkan laporan untuk Puan Regina dan…" kata-kata Anuar terhenti di situ.

"Cuba memikat hati sang merpati… yang mudah didekati tetapi sukar untuk ditangkap. Kemudian, buat sup!" Anuar segera meninggalkanku. Kali ini, wajahku pula berubah kemerahan. Di sebalik lawak spontannya, tersirat makna yang mendalam. Aku tertunduk malu. 'Argh!!!!' Jeritku tanpa suara.

Setelah Anuar hilang dari pandangan, aku berjalan laju menuju ke pantri. Dahaga… panas… Mungkin dek kerana terlalu banyak berkata-kata. Entahlah. Semua orang seakan-akan sedang menjalankan satu konspirasi. Baik Preshnan, Sook Kuan mahupun Ying Pei… semuanya terlibat sama. Mangsanya adalah aku. Konspirasi untuk menyatukan dua hati sedang aku sebenarnya masih keliru.

~bersambung~

Jualan buku | Antologi Orang Berdosa

Alhamdulillah ^_____^

Untuk rekod

Judul buku : Antologi Orang Berdosa
Bil : 1 buah
Pembeli : CikPuan SHS
Jualan pada : 16 Jun 2012
Cara penghantaran : Pos berdaftar, Kos : RM3.60
No. rekod : RD 059 364 734 MY
Lokasi : Dungun, Terengganu.

Yuk. E-mel Muthiah untuk dapatkan stok ini.

1) Mencari Naurah RM17
2) Air Mata Siti Hajar RM22
3) Antologi Orang Berdosa RM14

Nota : Jualan buku di atas tidak termasuk kos penghantaran.

Terima kasih daun keladi. Buku diterima Muthiah senang hati :)

Jualan buku | Antologi Orang Berdosa

Alhamdulillah.


Buku terjual sebelum promosi :)


Judul buku : Antologi Orang Berdosa
Bil : 5 buah
Pembeli : En. APR
Jualan pada : 13 Jun 2012
Cara penghantaran : Ambil sendiri
Lokasi : Ipoh, Perak.


Terima kasih atas sokongan. Moga kan mendapat manfaat daripadanya.

Mencari Naurah (Bab 43)

Novel | Mencari Naurah



‘SESUNGGUHNYA mereka yang mengatakan, “TUHAN kami ialah ALLAH,” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka. Maka, malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu,”,’ al-Fussilat ayat 30.

Sari pati ‘janganlah merasa sedih’ aku pegang erat-erat. Benar kata Kak Rose... bila kita kebuntuan, carilah ALLAH. Jadikan tafsir al-Quran sebagai teman yang paling akrab. Tatkala kelapangan, beleklah ia. Mungkin ada tarbiah daripada ALLAH buat kita di dalamnya.

Surah al-Fussilat aku baca dengan penuh perasaan. Air mataku jatuh satu per satu. Meskipun tidak memahami maksudnya, hatiku tersentuh tatkala mengalunkan kalimah suci ini.

Dari satu sisi, aku melihat bahawasanya bangsa Arab merupakan bangsa yang paling beruntung. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib telah dilahirkan di Kota Mekah. Dibesarkan di Kota Mekah bahkan junjungan mulia itu juga telah menyebarluas dakwah di Kota Mekah. Paling utama, ketundukan Mekah kepada Islam menandakan suku Arab yang menentang agama ALLAH ini jatuh ke tangan Islam. 13 Ramadhan tahun kelapan Hijrah melakar sejarahnya sendiri apabila Mekah berjaya dibuka oleh umat Islam (futuh Makkah). Takbir!!

Bukankah menjadi satu kebanggaan bagi seseorang apabila bahasa kitab yang paling suci itu diturunkan dalam bahasa yang dituturkan sehari-hari (yakni Bahasa Arab)? Bukan Bahasa Melayu, Inggeris mahupun Perancis. Aku sendiri perlu membaca terjemahan untuk memahami apa yang terkandung di dalamnya. Mereka? Sekali pandang sudah memahami pengertiannya.
Argh... aku juga beruntung kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim dan iman masih lagi bertapak di dalam dada. Berapa banyak bangsa Arab yang sudah lupa terhadap tanggungjawab mereka selaku Muslim?



Mereka membaca al-Quran, mengerti maksudnya tetapi mungkin sama sepertiku yang tidak menghayati dan memahami segala sesuatu yang telah ditetapkan oleh-NYA. Kalau tidak, masakan mereka sanggup bertelagah sesama sendiri berbanding membantu saudara seagama mereka. Lihat sahaja apa yang berlaku di Palestin.

Orang tua, kaum wanita, anak-anak dizalimi tanpa perikemanusiaan. Memang, mereka berjasadkan seorang insan tetapi memiliki hati yang lebih ganas daripada binatang. Sang ular tidak akan mematuk manusia melainkan merasa diri terancam tetapi Israel yang dilaknat ALLAH memerangi nyawa tanpa sebab yang munasabah. Alasan yang diberi, mahu menghapuskan pengganas. Mahu menangkap Hamas namun hakikatnya mereka sebenarnya mahu melenyapkan Muslim di Palestin dari atas muka bumi ini.

Air mataku mengalir semakin deras. Pilu mengenangkan saudaraku yang hidup dalam ketakutan. Bila-bila masa sahaja nyawa boleh melayang dek tindakan manusia yang merasakan diri mereka besar.

Mereka mungkin lupa bahawa mereka mungkin besar di kalangan manusia tetapi begitu kerdil di hadapan TUHAN. Tunggu sahaja ALLAH SWT mengatakan kunfayakun, maka jadilah. Kemenangan Islam itu pasti tiba. Aku tersenyum dalam tangisan.

“Apabila datang pertolongan ALLAH dan kemenangan; dan kamu lihat manusia masuk ke dalam agama ALLAH dengan berbondong-bondong; maka bertasbihlah dengan memuji TUHAN-mu dan mohonlah ampun kepadanya. Sesungguhnya DIA adalah Maha Penerima Taubat...” kata-kata Anuar berlegar-legar dalam kotak pemikiranku. Hmm.. lelaki ini kadang-kadang bisa sahaja menghiburkan aku yang sedang gundah. Aku tersenyum sendiri.

Muhasabah tanpa sedar itu membuatkan aku semakin tenang. Sebagai seorang manusia yang berada di bawah naungan TUHAN-nya, aku perlu kuat. Tidak patut aku membazirkan masa menangisi sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH. Ada lagi perkara yang lebih penting untuk aku fikirkan.

Sesungguhnya pertemuanku dengan Asyraf berlaku dengan izin-NYA. DIA menetapkan aku mengenali seorang lelaki berperibadi mulia seperti Asyraf. DIA yang menumbuhkan rasa kasih itu. Dengan kata lain, DIA-lah yang menemukan dan DIA jua yang memisahkan. DIA berhak kerana DIA adalah PENCIPTA yang memiliki segala apa di atas muka bumi ini.

Bertemu, berkenal-kenalan... kemudian jatuh cinta! Salah siapa pertemuan itu? Aku tahu, pertemuan itu bukan sahaja-sahaja tetapi ada yang tersirat di sebaliknya. ALLAH mahu mengujiku. Sejauh mana aku meletakkan keyakinan, pergantungan dan pengharapanku kepada-NYA, ALLAH yang Maha Esa.

DIA mahu aku berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan-NYA dalam meletakkan ketetapan. Bukankah qadak dan qadar itu adalah milik ALLAH? Firman ALLAH dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud, ‘Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata, “Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji?’ Benar! Mana mungkin aku mengakui aku beriman sedang ALLAH tidak pernah mendugaku.

Wajah Datin Khatty dan Tengku Amalin datang bersilih ganti. Mereka juga hadir dalam hidupku dengan izin TUHAN. DIA yang menetapkan pertemuan kami baru-baru ini. Dengan izin-NYA juga, aku dihina dengan pedih sekali.

Aku merenung Yahoo Messenger yang sudah lama sepi tanpa mesej daripada kawan-kawan. Meskipun tidak mengharapkan kehadiran siapa-siapa, aku tetap mahu menanti. Mana tahu… aku bisa mendapat tarbiah Ilahiyah di sini, daripada teman mayaku. Sebelum ini, acap kali juga aku menerima tazkirah melalui mesej luar talian. Tiba-tiba, aku ditegur seseorang!!!
Shinichi : Salam. Ada orang? (Diam)

Aku bertekad untuk menjauhkan diri daripada Asyraf. Dia dan aku umpama langit dengan bumi. Kami tidak sekufu. Patut pun Asyraf nampak tidak kekok berhadapan dengan orang besar di kampus. Kehidupannya dikelilingi oleh mereka yang berdarjat tinggi. Aku? Siapalah aku jika hendak dibandingkan dengannya.

Bak kata Datin Khatty, ibuku bekerja kampung. Ayahku sudah meninggal dunia sebelum sempat mendapat gelaran ‘datuk’. Rumahku usang dan penampilanku tidak mengikut perkembangan semasa, seperti golongan VIP lainnya.

‘Aku juga VIP,’ aku berkata sendiri. Very important person! Aku adalah khalifah di atas muka bumi. Aku berperanan untuk mengajak manusia kepada kebaikan, memakmurkan alam dan mengabdikan diriku kepada ALLAH.

‘Kira orang pentinglah begitu,’ aku tersenyum.

‘Bangkit, Natasha. Masih banyak nyawa yang memerlukan perhatianmu,’ pujuk hatiku lagi sambil mengangkat tangan kanan dengan penuh bersemangat. Kalau Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengangkat tangan sambil melaungkan, ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali. Aku pula melaungkan takbir. Entah berapa kali.

~bersambung~

Jualan buku | Antologi Orang Berdosa


Alhamdulillah ^___^




Judul buku : Antologi Orang Berdosa
Bil : 3 buah
Pembeli : CikPuan SSK
Jualan pada : 15 Jun 2012
Cara penghantaran : Pos parcel; Kos RM7
No. rekod : CD 177 8222 35 MY
Penerimaan pada : Anggaran masa Rabu - Jumaat.
Lokasi : Kuala Lipis, Pahang


Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Muthiah yang baru belajar menjual secara online ini sangat-sangat menghargainya. Moga kan mendapat manfaat.


Kawan-kawan bila lagi? Jom dapatkan dengan Muthiah selagi stok masih ada :)

Promosi | Dapatkan buku karya Muthiah ^__^

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Mulakan harimu dengan mengingati ALLAH ^___^


Mulai hari ini, Muthiah akan menjual buku-buku di atas secara online, insya-ALLAH. Kesukaran rakan-rakan mendapatkan novel-novel Muthiah (khususnya novel NUR Alaf 21) di pasaran membuatkan Muthiah mengambil inisiatif ini. Doakan usaha ini membuahkan hasil. 

Yuk, dapatkan dengan Muthiah segera selagi stok masih ada!


Harga : RM14
Pos : Berdaftar (RM3.60); Laju (RM6)


Judul buku : Mencari Naurah
Harga : RM17
Pos : Berdaftar (RM4.60); Laju (RM6)


Judul buku : Air Mata Siti Hajar
Harga : RM22
Pos : Berdaftar (RM4.60), Laju (RM6)

Okey. Muthiah hendak masuk pejabat dulu. Bagi rakan-rakan berminat, usah segan-silu untuk mendapatkannya dengan Muthiah. Sebarang pesanan/ pertanyaan, boleh e-mel terus kepada Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com. 

Moga ALLAH menunjuk jalan. Amin...  ^______^

Nota : Kos pos berubah mengikut perubahan semasa.

Siapa mereka di hatimu

Assalammualaikum... Mulakan harimu dengan senyuman. Lalalala...


Siapa mereka di hatimu?
tidak! mereka bukanlah siapa-siapa 
tidak penting, tidak berharga
engkau sendiri lebih tahu

Siapa mereka di hatimu?
sungguh! kupujuk hati yang terluka
namun sekali tidak berdaya
siapa aku menentu pilihmu

Siapa mereka di hatimu?
kau! dikau marah tika kulupa
tidakkah kau tahu
dirimu juga acap kali teralpa

Siapa mereka di hatimu?
entah bila kan kujeruk rasa
kerna ku tak punya apa-apa
terpaksa aku berendam air mata

Untuk puisi hari ini, tiada sumber inspirasi. Maaf jika tahap kemerapuannya melampau-lampau. Sekian, terima kasih. 
Labels: 0 comments | | edit post

Orang kahwin ~ Nak beli hadiah apa, ya?

Assalammualaikum. Tidak sabar menanti hari esok? Ehe... Muthiah pula tidak sabar menanti, bukan hari esok tetapi...I'm waiting for Saturday. Ngeh, ngeh, ngeh.  


Why? Why? Why?




Sebab pada hari itu, Muthiah dan suami lazimnya pergi berkelah di air terjun? Nak ikut?


Okey. Hari ini, agak sibuk <- Macamlah ada pelupusan aset. Jadi, Muthiah mencoret sesuatu yang santai... mudah... tidak terlampau berjela <- Ambik kau. Nampak sangat yang Muthiah ini suka merapu di blog. Hukhuk. Sebenarnya, mahu menajamkan mata pena. Serius?




Musim orang kahwin...


Hendak beri hadiah apa ya? Ada yang beri duit pada tuan rumah <- Setahu Muthiah, untuk meringankan beban tuan rumah. Orang Ganu kata, 'mengelang' <- Pastikan sebutan anda betul dan tepat. Jika tidak tahu, silalah bertanya kepada orang Terengganu. 


1. Berilah apa sahaja asal ikhlas dari dalam sanubari. Penilaian ALLAH lebih utama.


2. Jom buat check list, apakah yang diperlukan oleh pengantin baru? Maka, kita hadiahi mereka barang keperluan itu, mengikut kemampuan kita juga. Bukan paksaan, cadangan semata-mata :)

  • Set makan malam (pinggan mangkuk dll) - Paling asas, beli pinggan untuk couple. Di kedai, biasanya dalam RM35. Lagi baik jika beli yang complete. Satu set dalam RM70. *****
  • Rice cooker - Jadi selepas ini, pengantin tidak perlu beli satu. Hadiahkan yang kecil sahaja. Besar pun, hendak masak untuk dua orang juga. Akan tetapi, jika hendak hadiahkan yang besar, apa salahnya. Tetamu datang, mudah! Tidak perlu masak dua tiga kali. *****
  • Set pisau - keperluan bagi yang nak masak di rumah. Kalau ada bajet lebih, boleh bagi set gunting juga. Auw.... ***
  • Set sudu/ garfu - biasanya, makan dengan tangan. Guna sudu untuk ceduk kuah. ***
  • Alat pengisar - satu hari, kebanyakan isteri pasti mahukannya. Macam Muthiah! Ehe. Muthiah pernah hadiahkan alu lesung kepada seorang teman tau. Hukhuk... **
  • Dapur masak - Muthiah dapat! Jika beli sendiri, dalam RM80 juga. *****
  • Cerek air - Kalau mampu, boleh hadiahkan penapis air BioAura. Memang pengantin akan ingat sampai bila-bila. Ahaks.
  • Ada sesiapa yang hendak hadiahkan gas memasak? ;) *
  • Bantal kepala satu pasang <- Ada ke orang bagi bantal? Ehe. Bagi satu set (dengan bantal peluk dan bantal kaki) lagi seronok. Bantal kekabu, RM20 setiap satu di Kuala Kangsar. **
  • Macam leceh bagi bantal. Apa kata beri cadar dan segala sesuatu yang seangkatan dengannya? Mama Muthiah jual, satu set cadar span RM200 <- Tumpang promosi. ***
  • Toto - dulu, Muthiah sangat membutuhkannya apabila tetamu datang bertandang ke rumah. ***
  • Cermin - Muthiah ada dapat satu dan cermin itu walaupun tidak sebesar mana, sangat bermanfaat buat Muthiah. ****
  • Jam dinding - pakej dengan kalendar yang ada waktu solat pun bagus. ***
Lain-lain
  • Muthiah kira, kalau mahu menghadiahi kelengkapan beribadah - sejadah, telekung solat, kain pelikat, al-Quran pun sangat berguna. Sejadah... pengantin guna, tetamu pun boleh guna. Bayangkan... al-Quran yang kita hadiahi, dibaca setiap hari. 
  • Kain pasang/ batik - biasanya, orang lama (tua) akan beri kain pasang/ batik. Mungkin ada simbolik di situ, Muthiah tidak pasti. Tudung Ariani atau Fareeda, okey?
  • Alatan hiasan rumah - macam pasu bunga dll. 
Banyak lagi sebenarnya hadiah yang boleh kita beri <- Doa itu paling utama. Apapun, ikut kemampuan diri. Apa yang Muthiah coretkan ini, sekadar cadangan .. brainstorming. Hadiah ini pula, bukanlah kita beri untuk menunjuk-nunjuk (atau kelak kita ungkit semula) tetapi mahu menggembirakan pasangan pengantin. Tepuk dada, tanya sama hati.

~Moga kita menjadi pasangan pengantin baru dan lama yang dirahmati ALLAH sentiasa~

Nota : Maaf atas penggunaan bahasa rojak hari ini. 

Wassalam.