Pakai buang...


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah, 'ala kullihal Alhamdulillah.

Pakai buang???

Bukan lagu 'Pakai Buang' Stacy.
Bukan juga pampers baby pakai buang.
Atau... berus gigi, pisau cukur pakai buang tetapi...

Perihal tudung yang dipakai buang. Atau lebih tepat Muthiah katakan, sekejap jaga aurat, sekejap-sekejap terdedah pula. Hmmm... apakah itu?

Hmmm... tidak tahu bagaimana hendak Muthiah coretkan. Namun, perlu juga Muthiah sampaikan.

Boleh jadi ~ ada yang tidak tahu.
Boleh jadi ~ sudah tahu tetapi persekitaran membuatkan dia jadi buntu.
Boleh jadi ~ sudah tahu tetapi tidak mahu ambil peduli.

Apapun, hidayah itu daripada ALLAH. Moga-moga, kita akan sentiasa dilindungi-NYA daripada sesuatu yang bisa mendatangkan kemurkaan DIA. Kita marahkan Israel, juga penentang agama ALLAH lainnya namun dalam masa yang sama, kita turut mengabaikan perintah-NYA. Melakukan apa-apa yang dilarang-NYA. Mendatangkan fitnah ke atas diri kita sendiri....

Berbalik kepada persoalan PAKAI BUANG...

Pergi kerja ~ jaga aurat...
Ke sekolah ~ bertudung litup....
Waktu akad nikah... ziarah perkuburan... keluar pekan ~ ikut perintah TUHAN.

Namun....

Balik kerja... keluar jalan-jalan ~ Hilang pula tudung di kepala. Hmmm...mana sesuai pergi kelab pakai tudung. Aduh...

Tetamu datang ke rumah... saudara mara menjengah ~ Berpakaian menjolok mata. Iyalah... yang datang, teman sepermainan waktu kecil. Dulu, mandi berbogel sama-sama. Lagipun, bukan orang lain. Mak ayah saling kenal antara satu sama lain.

Hmmm.... persoalannya :

1) Kenapakah kita menjaga aurat?
2) Kepada siapa kita harus menjaga aurat kita?

Jadi... ayuh teman... kita 'bermula' di sini. Yang lepas, biarkan berlalu. Banyakkan istighfar kepada ALLAH. Seperti yang telah Muthiah coretkan;

~ Boleh jadi kita tidak tahu/ sedar.
~ Boleh jadi kita tahu tetapi tidak tahu hendak buat apa.
~ Boleh jadi sebelum ini kita tidak peka terhadap hal ini.

Bukankah manusia itu fitrahnya lemah? Acap kali terlupa. Sering kali jatuh tersungkur. Namun, usah biarkan diri kita selamanya hanyut kerana hidup ini tidak lama. Hendak tidak hendak, kita pasti akan kembali kepada PENCIPTA. Mahu tidak mahu, setiap perbuatan kita pasti akan dihisab TUHAN. Maka...

Wahai, teman.

Jagalah aurat kita walau di mana kita berada ~ Peringatan untuk diri sendiri jua. Bukan sekadar di sekolah.. bukan juga hanya di tempat kerja..

Payah?
Malu hendak berubah (meskipun perubahan itu adalah ke arah yang lebih baik)?
Segan, takut apa kawan-kawan kata ~ Tidak 'rock'lah.

;) Cubalah... buat berdikit-dikit. Kalau mampu paksa diri, paksalah diri demi menggapai keredhaan-NYA. Sepertimana kata-kata Muhammad bin Abdullah As-Syibli, 'Jika kamu ingin merasai betapa manisnya berhubung dengan TUHAN-mu, kamu perlu GARANG terhadap dirimu...'

Semat dalam hati. 'AKU MAMPU BERUBAH..' Insya-ALLAH, DIA pasti akan tunjuk jalan. Yang penting, hati kita kuat. Kalau rasa tidak kuat (untuk berubah itu), hehe... tidak lain, mintalah kekuatan daripada-NYA. Ya! Hanya ALLAH yang bisa memberi kita kekuatan dan keteguhan hati. Banyakkan berdoa dan berusaha.

Jom UBAH :)

Muthiah : Mahu menjadi isteri yang terbaik, insya-ALLAH. Sentiasa menenangkan dan menyejukkan hati sang suami..
Labels: 6 comments | | edit post

Kalau TIDAK ADA jodoh...


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah… a’la kullihal Alhamdulillah. Agak letih tetapi masih mampu menulis dan membuat beberapa kerja lainnya. Cuma, P3-SI Muthiah hentikan seketika. Serasa ingin berehat. Maklumlah, sebelum ini banyak perkara yang dilakukan. Berperjalanan dari Terengganu – Kuala Lumpur – Taiping. Capek bangat. Apapun, Alhamdulillah kerana tetap dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN oleh ALLAH SWT.

Hmmm… hari ini, Muthiah ingin bercerita tentang kisah santai masyarakat. Sekurang-kurangnya, kita boleh fikir dan renungkan. Kalau ada manfaatnya, Alhamdulillah. Kalau kita merasakan sekadar cerita semata-mata, itulah yang kita akan perolehi. HANYA KISAH.

Seorang datuk tua yang sudah kematian isteri punya perancangan untuk berkahwin lagi. Alhamdulillah. Dia dipertemukan oleh seseorang dengan seorang janda (yang cerai hidup). Punyalah seronok datuk ini. Iyalah. Hendak berkahwin. Dengan wanita muda pula.

Namun, satu hari… wanita itu bertanya, “Kalau Abang meninggal dunia, saya macam mana?” Si datuk terkejut gorila. Belum apa-apa, sudah bertanya tentang kematiannya. Memang hartanya banyak tetapi…

Datuk tersebut pun berkata, “Kalau begitu (takut si datuk mati), biar takat ini sahajalah. Selepas ini, tidak perlu risau lagi.” Si janda ternganga. Matanya membulat. Sama sekali dia tidak menyangka soalannya tentang masa hadapan ini telah menamatkan segalanya.

***

Nilai-nilai moral?
~ Kalau tidak ada jodoh, tidak akan ke mana juga.
~ Orang tamak selalu rugi. Bagai anjing dengan bayang-bayang.
Labels: 0 comments | | edit post

Pembersihan...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Hehe... Setiap hari bertanya khabar. Iyalah...bukankah prihatin itu tandanya sayang?

Hmmm....

Ada seorang mak cik meminta Muthiah ambilkan duitnya di ATM. Banyak juga. Lebih daripada RM2,000. Setelah mengambil duit tersebut, Muthiah pun berkata kepada si mak cik, "Simpan elok-elok duit tu. Bahaya."

Dia terus menjawab, "ALLAH nak bersih balik harta kita. Mungkin barang yang dicuri tu sebenarnya bukan hak kita." Pendek tetapi penuh dengan maksud tersirat.

Dalam hal ini, ada dua perkara yang boleh difikirkan.

1- Perihal menjaga keselamatan barang-barang sendiri.

Tawakal itu penting namun kita perlu berusaha. Usaha dahulu baru tawakal. Sepertimana satu kisah sahabat. Satu hari, dia datang berjumpa dengan Rasulullah...

Nabi SAW : Bagaimana kamu datang ke mari?
Sahabat : Dengan menaiki unta, ya Rasulullah.
Nabi SAW : Di manakah untamu?
Sahabat : Aku membiarkannya tanpa diikat kerana aku sudah bertawakal kepada ALLAH.
Nabi SAW : Ikatlah unta kamu dahulu, kemudian bertawakal kepada ALLAH ;)

*****

Mak cik tersebut ada juga bercerita tentang seorang mak cik yang sudah dirompak oleh seorang lelaki yang nampak alim. Katanya, dia pergi kerja dengan menaiki kenderaan awam. Emas yang dipakai, penuh satu badan. Satu hari... ada seorang lelaki mahu menumpangkannya. Oleh sebab lelaki ini semacam berjurus, dia pun menurut sahaja. Namun, sampai di satu kawasan, mak cik ini dirompaknya tanpa belas.

Nilai moral yang boleh diambil? Hmmm.... Jom kita sama-sama fikir ;)

2- Pembersihan harta...

i) Apabila barang kesayangan dicuri, apakah perasaan kita?

- Marah.
- Kecewa.
- Sedih.
- Biasa sahaja. Lagipun, orang yang hadiahkan kepada kita.
- Redha. Ujian ALLAH. Mengingatkan diri agar lebih berhati-hati.
- Terkilan dan banyak lagi. Tepuk dada, tanya iman...

ii) Apa yang akan kita lakukan?
- Buat laporan polis. Sememangnya, kita berhak terhadap barang-barang kita. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan sesuatu yang mahal. Kereta dan barang kemas contohnya. Lagipun, kita bukannya mendedahkan barangan tersebut untuk dicuri. Kita sudah letak di tempat yang sepatutnya. Jadi, kehilangan tersebut bukanlah disebabkan oleh kelalaian kita.
- Menyumpah seranah, memaki hamun dan menjerit sekuat hati. Menangis tanpa henti. Menyalahkan orang yang berada di sekeliling kita.
- Diam. Istighfar. Tenangkan hati dahulu. Muhasabah balik. Setiap apa yang berlaku, tentu ada hikmahnya.
- Mengadu pada orang tersayang. Bagi si isteri, mintalah suami beri barang kemas yang baru. Bagi si anak, mintalah si ibu atau ayah gantikan dengan yang lain. Adoi... Hahaha...

Tidak salah berasa sedih...
Tidak salah berasa terkilan...
Tidak salah juga berasa kecewa...


Iyalah... lebih-lebih lagi apabila melibatkan barang-barang yang kita sayang. Pemberian pula orang yang tercinta.

Namun, jangan sampai perasaan sedih/ terkilan/ kecewa itu berlanjutan sampai memusnahkan diri kita sendiri. Hmmm... sudah trauma, hendak buat macam mana? Bukan kita yang minta. Huhuhu...

Kita marahkan si pencuri namun semua orang menjadi mangsa kemarahan kita.
Kita sedih sampai memberi kesan kepada orang yang dekat dengan kita. Sedih kita membuatkan kita tidak mahu lagi berbicara... kalau si isteri, tidak mahu lagi melayan suami sebaiknya. Kita lebih gemar melayan perasaan sedih itu.
Kita terkilan... Kita salahkah takdir. Kita salahkan semua orang...


Hmmm...

Seperti kata mak cik di atas, mungkin 'ada sesuatu' yang menyebabkan ALLAH membersihkan kembali harta-harta kita itu. Atau... kalau kita yakin 100% tidak 'ada sesuatu', anggaplah apa-apa yang berlaku itu sebagai ujian daripada ALLAH untuk menguji kita. Sejauh mana kita sabar dan redha.

Jadi, macam mana???

Muthiah : Pernah juga kehilangan barang yang Muthiah sayang. Mula-mula, sedih dan kecewa. Namun, apabila sudah kembali rasional, sudah boleh menghisab diri... Muthiah belajar untuk redha. Lama-kelamaan, Alhamdulillah. Kesedihan itu hilang berdikit-dikit. Benar kata si mak cik... ALLAH MAHU MEMBERSIHKAN HARTA KITA.

MASJID VS BUMI ...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah? 'Ala kullihal Alhamdulillah.

Baru-baru ini, Muthiah dan suami telah menunaikan solat Zohor di masjid Putrajaya. Alhamdulillah...setelah berpusing satu Putrajaya, Allah memilih dan mengizinkan kami untuk sampai ke rumah-Nya.

Pernah datang ke sini? Hmmm... tatkala mula menjejakkan kaki...

Apakah yang kita mula-mula nampak?

1- Para pelancong yang datang dari dalam dan luar negara.
2- Orang sedang bergambar sakan.
3- Petugas masjid sedang...

Ya! Para petugas masjid akan meminta para pengunjung (yang beragama Islam atau tidak)untuk mengenakan pakaian yang telah disediakan. Pakaian yang macam mana? Alaaaa... yang macam kelawar. Perasan???

Kenapa?

Agak-agak... sebab apa? Betul!Untuk menghormati rumah Allah ~ dengan menutup aurat. Cakap pasal aurat, bukankah menjaga aurat itu adalah kewajiban setiap Muslim? Hehe...

Daripada pemerhatian Muthiah, mereka yang terpilih untuk memakai 'pakaian khas' ini terdiri daripada ...

1- Mereka yang tidak memakai tudung.
2- Mereka yang memakai baju sendat/ pendek (bagi perempuan).

Dengan kata lain, walaupun sekali pandang sudah terjaga aurat itu... mungkin masih belum cukup sempurna. Contohnya... pakaian yang jarang atau ketat.

Jadi... hendak tidak hendak... untuk memasuki kawasan masjid ini... mereka terpaksa mengikut peraturan yang telah ditetapkan yakni ~ menutup aurat...

Hmmmm... Sementara menunggu suami, Muthiah muhasabah kembali. Muthiah berfikir dan terus berfikir.

*********************************************************************************

Apakah yang sahabat-sahabat fikirkan???

Masjid
~ hendak masuk masjid ... kena ikut apa yang ditetapkan oleh pihak masjid.

Itu masjid...

Bagaimana pula dengan BUMI milik Allah? Tempat kita semua duduki... diami... Bukankah segalanya adalah hak Allah? Jadi, renung-renungkan.

Sejauh mana kita mengikut segala ketetapan Allah. ? Atau... kita banyak membantah dan mempertikai..

Muthiah : Adoi... kenapa rasa keras sahaja coretan kali ini?
Labels: 0 comments | | edit post

Bogel!!! Dimanakah maruah???


Assalammualaikum. Terkesima dengan tajuk entri kali ini? Hmmm… namun hakikatnya, inilah realiti dunia hari ini. Sudah hilang rasa malu dalam diri makhluk Allah yang diberi nama MANUSIA.

Kalau nampak orang berbogel (di sungai contohnya), apakah yang akan kita lakukan?

a) Pandang sekali. Kemudian, alihkan pandangan. Astaghfirullah.
b) Pandang sekali. Alihkan pandangan. Kemudian pandang sekali lagi. Betulkah ada orang berbogel?
c) Terus pengsan sebab terkejut beruk.
d) Jasad jadi kaku. Mata tidak berkelip memandang sesuatu yang ‘unik’.
e) Terus cari pegawai di hospital sakit jiwa. ‘Ada orang gila telanjang bulat, Encik!’

Hmmm…

Iman yang umpama roda ini tergugat juga rupanya. Iyalah… sesuatu yang selama ini tersembunyi tetapi mudah pula melihatnya. Aduh aduh aduh. Beristighfarlah… terpandang… terfikir… terkhayal… Walaupun ada yang kata fitrah, berusahalah untuk membersihkan minda dan jiwa daripada sesuatu yang bisa membuatkan hati menjadi kotor dan hitam. Bilamana terlalu banyak bintik pada hati, khuatir kan menyukarkan cahaya memasukinya. Apabila cahaya (hidayah) payah hendak tembus… kita takut… takut kan jauh daripada Tuhan.

Kalau kita yang nampak… boleh jadi jatuh pengsan. Namun, bagaimana halnya bagi masyarakat yang sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian? Seperti apa yang berlaku di Sydney. Tidak ada apa yang memelikkan. Mereka tidak memandang perkara itu sebagai sesuatu yang menjelikkan. Memualkan apatah lagi. Mereka melihat bogel itu sebagai satu seni. Macam cerita Titanic…

Daripada coretan di atas, apakah yang dapat kita ambil untuk dijadikan iktibar?

1- Tugas kita terlalu banyak ~ Hendak menyedarkan dan membawa masyarakat kepada ISLAM dan cara hidup ISLAM yang amat mempertahankan maruah setiap penganutnya ~ Maruah seorang manusia yang seharusnya jauh berbeza daripada sang binatang yang tidak tahu malu… tidak punya harga diri.

2- Huhu… masyarakat hari ini seolah-olah sudah kembali ke zaman jahiliah. Buang bayi… homoseksual… pecah-belah… judi… minum arak… Bukankah pada zaman sebelum kedatangan Islam dahulu… manusia mengelilingi Kaabah dengan berbogel? (Kalau salah sila betulkan).

3- Di Sydney… 5,200 berbogel… Di tempat kita????

~ Berapa orang yang tidak menutup aurat?
~ Berapa orang yang tidak menjaga aurat?
~ Berapa orang yang berpakaian menampakkan betis dan peha?
~ Berapa ramai yang berpakaian menampakkan ….
~ Berapa ramai yang berpakaian mengikut susuk badan?
~ Berapa ramai yang berpakaian hakikatnya bertelanjang???

Justeru...

Muthiah menyeru kepada semua (terutama diri Muthiah khususnya) agar dapat memelihara diri daripada sesuatu yang bisa menjatuhkan maruah kita selaku seorang manusia, hamba Allah khususnya.

~ Jaga diri kita…
~ Jaga diri keluarga kita…
~ Jaga diri sahabat akrab kita…
~ Jaga diri kawan kita…
~ Jaga diri mereka yang berada di sekeliling kita…

Jaga dan jaga…

Sampaikan walau seayat..

Muthiah : Berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Tidak ada orang suka ....


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah, 'ala kullihal Alhamdulillah.

Hmmm...

Sepanjang menjadi 'pekerja' sementara di warung nenek Muthiah (sewaktu Muthiah pulang ke kampung baru-baru ini), banyak juga perkara baru yang Muthiah pelajari. Antaranya ialah perihal manusia...

....

Kisah seorang mak cik tua yang kebiasaannya sehari-hari ialah membawa berita buruk tentang orang lain. Mengumpatkah? Jika dilihat kepada definisi mengumpat itu sendiri, YA! Dia sedang mengumpat.

Muthiah? Geram juga rasanya. Iyalah... tidak sampai beberapa langkah si Polan bin Polan itu beredar, ada sahaja kisah yang bakal dikhabarkan oleh mak cik ini. Ada sahaja yang tidak cantik dan tidak elok pada matanya Bukan seorang dua yang kena tetapi sesiapa sahaja yang lalu/ berjalan di hadapannya.

Muthiah tidak banyak bicara. Cuma sampai satu tahap, Muthiah memberitahu apa yang terbuku di dalam hati kepada nenek Muthiah. Maklumlah...rasa bersubahat pula. Lagipun, bilamana dia gemar berbicara tentang orang lain di hadapan kita, belum tentu dia tidak akan berbicara tentang kita di hadapan orang lain...

O.K. Itu dari satu sisi...

Dari sisi yang lainnya...

Muthiah lihat, sebenarnya... banyak yang tidak suka dengan mak cik itu. Hmmm... pelik juga sebab rata-rata melayan dia berbicara. Semua sudah maklum dan masak tentang perangainya. Sampaikan ada yang cakap, "Dia memang mulut hodoh..."

Satu hari... sampai khabar daripada seseorang kepada mak cik berkenaan. Katanya, Anu binti Anu berkata tentangnya. Dengan kata lain, mengumpatlah. Reaksi mak cik ini? Huhuhu... marahnya tidak usah cakap. Tidak puas hati? Lagi-lagilah...Siap cakap,"Si Polan tu memang mulut hodoh..." Muthiah? Muthiah hanya tersenyum sendiri..

Apakah pengajaran yang boleh diambil?

1) Sesungguhnya, mengumpat merupakan perbuatan yang sia-sia. Tidak ada manfaatnya bahkan dibenci ALLAH SWT serta manusia lainnya. Sukakah diri kita menjadi bahan umpatan? Tepuk dada tanya iman ;)

2) Jom kita pakat tidak melayan si kaki umpat ini. Macam mana? Bilamana dia datang membawa berita, abaikan sahaja. Buat-buat tidak dengar. Memang... kadang-kadang, kita sekadar mahu mengisi masa lapang... tidak pun, mahu meraikan kesungguhannya bercerita namun percayalah... hal sedemikian akan membuatkan dia lebih teruja untuk bercerita. Mungkin juga akan ada tokok tambahnya.

3) Tidak ada orang suka kepada si pengumpat. Walaupun kita lihat orang gembira mendengar cerita kita... hakikatnya... hmmmm.... Mungkin sekali dua kita bercerita membuatkan orang lain berasa seronok mendengarnya namun tidak bagi kali kelima mahupun keenam. Sebenarnya, bisa membuat orang merasa jelik terhadap diri kita.

4) Takutlah kepada ALLAH. Takutlah kepada azab api neraka.

Fikir-fikirkan... renung-renungkan...

Muthiah : Ya, ALLAH. Peliharalah aku serta insan yang aku sayang daripada dosa mengumpat.

Mengaji dahulu...


Assalammualaikum...

Hehe... Teringat kisah santai dengan adik bongsu Muthiah. Namanya Ashraff Jose Rizal tetapi Muthiah lebih senang memanggilnya dengan nama Ceraf...

Waktu balik kampung baru-baru ini, Muthiah dan Ceraf macam belangkas. Semuanya hendak dilakukan bersama. Makan... minum... solat...dan mainlah khususnya.

Hendak dijadikan cerita, setelah menunaikan solat Maghrib...

Muthiah : Dik, Kak nak mengaji dulu.
Ceraf : O.K. Adik pun nak mengaji juga.
Muthiah : Kak mengaji sekejap saja.

Ceraf pun diam seketika. Kemudian...

Ceraf : Hmmm... Adik nak mengaji dulu. Lepas mengaji, baru kita main.

Adoi!!! Hahaha... siapa yang hendak main sebenarnya? Muthiah tergelak sendiri tatkala mengenangkan gelagat adik bongsu yang banyak 'mulut ini' ;)

Muthiah : Waktu kanak-kanak adalah waktu yang terbaik untuk mendidik... Sudah dewasa... huhu...
Labels: 0 comments | | edit post

Sejauh mana???


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Hmmm... sakit perut sedikit. Tersalah makan agaknya. Eh, silap! Terlebih makan. Ada kenduri arwah. Selepas jadi begini, baru teringat sabda Nabi SAW, 'Makan ketika lapar. Berhenti sebelum kenyang'. Hehe... inilah manusia yang sering lupa lagi alpa.

i) Dia tahu tetapi mungkin dia tidak mengambil perhatian daripada apa yang telah diketahuinya.
ii) Dia faham tetapi mungkin dia tidak cukup menyelami apa yang telah difahaminya.
iii) Dia sudah menyelami tetapi mungkin belum punya KEKUATAN untuk melakukannya.

Huhu... buntu, buntu. Tidak tahu apa yang hendak dicoretkan. Namun tetap mahu menyampaikan walau seayat... Hmmm...

1) Soal hati..
~ Sejauh mana kita memelihara hati kita daripada sesuatu yang dibenci ALLAH?
~ Sejauh mana kita mendekatkan hati kita dengan ALLAH?
~ Sejauh mana kita berusaha menyucikan hati kita??? Sejauh mana, sejauh mana? ;)

2) Soal kemaafan..
~ Sejauh mana kita telah memaafi mereka yang telah mengguris hati kita?
~ Sejauh mana kita telah meminta maaf??? Kepada sesama manusia & ALLAH khususnya!
~ Sejauh mana kita berusaha berlapang dada demi menghulurkan secebis kemaafan?

3) Soal cinta...
~ Sejauh mana kita mencintai insan yang dicinta?
~ Sejauh mana cinta itu didasari oleh CINTA KERANA ALLAH?
~ Sejauh mana cinta itu tidak melalaikan kita daripada mendekat kepada ALLAH?
~ Sejauh mana kita mencintai saudara kita sebagaimana kita cintakan diri sendiri?

4) Soal redha...
~ Sejauh mana kita redha dengan apa-apa yang telah ditetapkan buat kita?
~ Sejauh mana kita redha dengan apa-apa yang kita miliki?
~ Sejauh mana kita kembali kepada PENCIPTA tatkala ditimpa musibah?

Hehe... sudah beberapa ayat. Yang baik, jadikan panduan ;)

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog Muthiah. Sayang antum kerana ALLAH ;)

Muthiah : Sayang mereka yang menyayangi ...

Tika TOK LAKI tidak reti...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Sihat? Muthiah... Hehe... Aman, bahagia dan ceria selalu, insya-ALLAH. Kitalah yang buat pilihan. Kalau hendak hati tenang, tenang-tenangkan hati itu. Bagaimana? Antaranya ... "Dengan mengingati ALLAH, hati kan tenang," Ar-Ra'd : 28.

Hehe...

Pertama sekali, maafkan Muthiah kerana menggunakan tajuk entri yang agak KASAR. Bukan apa. Sekadar mahu menarik perhatian. Kenapa? Kerana hal yang ingin Muthiah kongsikan ini agak penting juga. Buat renungan isteri-isteri serta para suami di luar sana (peringatan buat diri Muthiah khususnya).

TIKA TOK LAKI TAK RETI ... AGAMA ....

Kisah benar ini Muthiah dapat sewaktu berada di kampung halaman. Hmmm...

Begini...

Hendak dijadikan cerita, seorang isteri telah bermain kayu tiga!!! Dia berkasih-kasihan dengan sahabat suaminya, juga jiran yang tinggal dekat dengan rumahnya. Sehari-hari, mereka sering bersama. Berdua-duaan di dalam kereta pada waktu malam... Bersama kekasih gelapnya di dalam rumah apabila suami tidak ada (anaknya yang empat orang ada bersama).

Kisah isteri curang ini sudah tersebar di pelusuk kampung. Jiran-jiran mula mengata. Iyalah. Perbuatan mereka jelas salah dan dilakukan secara terang-terangan pula.

Maka, datanglah beberapa orang penduduk kampung memaklumkan hal tersebut kepada sang suami.

"A, bini kau main kayu tiga. Aku dan banyak lagi orang kampung nampak dia duduk berdua-duaan di dalam kereta pada waktu malam. Waktu kau tidak ada, duduk dalam rumah pula," beritahu seorang penduduk kampung.

"Dengan siapa?" Soal si A ingin tahu.

"Dengan C," jawab teman tadi.

Mata A membulat. Dia menggeleng berkali-kali. Kemudian, dia menambah, "Alahai. C?? Kawan aku. Kawan bini aku juga. Jiran rumah aku..." Tercengang-cenganglah orang yang menyampaikan berita tadi. Hajatnya mahu membantu. Tup-tup... suami tidak menunjukkan rasa marah, cemburu atau tidak suka langsung!!! Oh, dunia.

Kisah sang isteri tadi yang 'berteman tetapi mesra' dengan C semakin tersebar. Si suami jadi naik berang. Orang asyik memperkata perihal isterinya. Ini tidak boleh jadi. Maka, dia pun mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Tok Imam di kampungnya.

"Tok iman," kata si suami.

"Ya," jawab Tok Imam pendek.

"Begini, Tok. Orang kamu suka sangat bercerita buruk tentang isteri saya," beritahu sang suami tadi.

"Cerita apa?" Dahi Tok Imam berkerut.

"Mereka kata isteri saya berdua-duaan dengan C. Padahal, C itu kawan baik saya. Jiran kami." Marah benar dia saat meluahkan rasa. Manakan tidak marah. Isteri kesayangan dicerca dihina.

Tok Imam menggeleng. "Masalahnya, isteri kamu dengan C itu muhrimkah?"

Sang suami tadi terdiam...

Pengajarannya????


Insya-ALLAH, nanti Muthiah tuliskan... Kalau ada, marilah berkongsi bersama ;)

As-Saff ....


Assalammualaikum...

Hehe... Di kampus dulu, surah ini adalah antara surah yang popular di kalangan rakan-rakan Muthiah. Hmmm... kalau rasa ingin berbuat dosa, hayatilah ayat 2 dan 3 daripada surah ini. Selamat bermuhasabah ;)

[1] Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia-lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[2] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan!

[3] Amat besar kebenciannya di sisi Allah; kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan.

[4] Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

[5] Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti aku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (daripada kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (daripada mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik(derhaka).

[6] Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata, "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku ~ bernama : Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata, "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

[7] Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

[8] Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

[9] Dia-lah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[12](Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.

[13] Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

[14] Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu, "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agama-Nya)?" Mereka menjawab, "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak daripada kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

Muthiah : Moga kan diampun dosa oleh-NYA...

Serahlah kepada-NYA...(Bedah buku)


Assalammualaikum. Hmmm... pernah baca atau dengar kisah Sayidatina Aisyah yang difitnah oleh ketua munafik, Abdullah bin Ubay? Muthiah tidak mahu bercerita tentang Aisyah tetapi bapanya ~ Sayidina Abu Bakar As-Siddiq. Jom bedah buku ;)

Ringkasan cerita

Kisahnya...

Sofwan Ibnu al-Mu'atal telah diamanahkan Rasulullah untuk mengambil apa-apa yang tertinggal setelah peperangan berakhir. Hendak dijadikan cerita, Sayidatina Aisyah telah 'tertinggal' di belakang tanpa diketahui oleh orang lain.

Maka, Sofwan telah mempersilakan Aisyah R.A menaiki untanya dan mereka berdua pun memasuki kota Madinah. Berteriak Abdullah bin Ubay, "Adakah isteri sahabat kamu itu bersama Sofwan!!! Sesungguhnya, mereka berdua tidak akan 'selamat'!!!"

Tersebarlah fitnah ke atas isteri kesayangan Nabi SAW ini bersama Sofwan. Banyak peristiwa duka yang dilalui Aisyah sehinggalah turun wahyu daripada ALLAH yang menyatakan bahawa Aisyah tidak bersalah ~ An-Nur ayat 26.

Akibat daripada itu, Sayidina Abu Bakar tidak mahu menanggung Mustah (yang turut sama membawa mulut tentang Aisyah). Lantas, ALLAH SWT telah menegur Abu Bakar melalui firman-NYA, “Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” An-Nur ayat 22.

Pengajaran

1) SERAH segalanya kepada penghitungan ALLAH.

2) Sukar untuk berlapang dada dengan keburukan yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita namun cubalah... Dan... SERAH kepada ALLAH yang Maha Teliti Penghitungan-NYA.

3) Sabarlah dalam mengharap redha ALLAH.

4) Maafi mereka yang berbuat salah kepada kita dan SERAH segalanya kepada kesaksamaan ALLAH yang Maha Adil lagi Bijaksana.

Muthiah : Jom ikuti langkah Nabi SAW serta para sahabat. Pahit tetapi manis sebenarnya ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Alahai budak-budak U


Assalammualaikum, semua. Sihat? Muthiah… Huhuhu… ‘semangat’ untuk menulis agak kendur. Mungkin kerana Muthiah sedang menulis sesuatu yang baru dan masih tidak arif tentangnya. Apabila bertanya kepada yang lebih mahir dan berpengalaman, belum ada respon pula yang diterima. Diam seribu bahasa. Sibuk agaknya (bersangka baik).

Hmmm… Ikutkan hati, mahu sahaja berhenti di separuh jalan. Namun… Muthiah tidak mahu menjadi seorang yang gagal sebelum berusaha. Walaupun ‘bergerak’ agak perlahan… insya-Allah, Muthiah akan tetap cuba berjalan dan terus berjalan.

Baru-baru ini, Muthiah berborak dengan seorang teman lama yang bekerja di salah sebuah IPTS tempatan. Seorang pensyarah senior merangkap fellow. Ia meluahkan rasa hatinya kepada Muthiah. Alahai… Muthiah sendiri pun naik muak mendengar ceritanya. Adoi! Inikah pemimpin masa hadapan yang begitu berbangga kerana dapat masuk U tetapi hakikatnya… TIDAK ADA APA-APA!

Salah seorang pelajar di asramanya sakit. Jadi, menjadi tanggungjawab fellow bertugas untuk membawanya berjumpa dengan doktor. Asalnya, fellow berkenaan membawa pelajar itu ke klinik berdekatan. Namun, si ayah menghubunginya(sambil marah-marah) dan mengarahkan fellow tersebut membawa ‘anak kesayangannya’ ke hospital yang terletak di bandar SB. Perjalanan ke sana mengambil masa ½ jam. Si ayah menyalahkan si fellow kerana membiarkan anaknya berada dalam kesakitan. Bagi sisi fellow, mereka tidak dimaklumkan tentang pelajar yang sedang sakit itu. Dengan kata lain, si anak memberitahu si ayah sebelum meminta fellow menghantarnya ke hospital. Adoi…. Alahai, anak ayah yang bijak pandai.

Di hospital SB, sahabat Muthiah serta seorang temannya perlu menunggu pelajar tersebut diperiksa doktor. 1 jam… belum siap. 2 jam… belum siap. Setelah 5 jam menanti, akhirnya pelajar tersebut dibenarkan keluar.

Yang menyakitkan hati teman Muthiah ialah sikap pelajar berkenaan. Ia tidak bercakap walau sepatah perkataan. Hanya diam membisu. Sudahlah begitu… Apabila berjumpa di kolej atau fakulti pada hari lainnya, pelajar tersebut hanya buat tidak tahu dan endah tidak endah. Untuk mengukir senyuman apatah lagi.

Hmmm…

Salah siapa?
Di manakah akhlak anak muda masa kini?
Inikah pemimpin negara pada masa akan datang?
Susah sangatkah hendak menghormati orang yang lebih tua?


Hehe… Tidak ada yang menghairankan kerana Muthiah pun pernah bertemu dengan anak muda sebegini. Tidak tahu menghormati orang yang lebih tua! Sama baya, apatah lagi. Cuma nampak bersopan di hadapan insan terpilih sahaja.

Jadi… fikir-fikirkan…

Ijazah sahaja tidak cukup. Ada yang lebih penting daripada itu. Bilamana kita tidak mendidik diri dengan akhlak mulia, jangan marah andai ada yang menyamakan diri kita dengan sesuatu yang tidak sepatutnya…

Ayuh, wahai hati yang mengabdikan diri kepada Allah. Siapa yang mengabdikan diri kepada Allah? Ya! Kita semua… tidak boleh hanya menyuruh dan menuding jari kepada orang lain.

Didiklah diri ~ Mulakan dengan diri sendiri dahulu (tarbiyah dzatiyah)…
Didiklah mereka yang kita sayang ~ Ibu, ayah, kakak, abang, adik dan teman akrab…
Didiklah mereka yang berada di sekeliling kita ~ Bukankah ini adalah sebahagian daripada peranan kita selaku khalifah Allah???

Muthiah : Marah ~ tandanya sayang. Diam ~ tandanya tidak mahu ambil peduli.

Sedarlah, WAHAI ANAK....


Assalammualaikum, semua. Muthiah? 'Ala kullihal Alhamdulillah. Cuma, hati sedang berbolak-balik. Hmmm....

Di kampung halaman....

Al-kisah, datang seorang ibu tua menemui Muthiah. Kebetulan, Muthiah baru sahaja siap menunaikan solat Isyak.

"Liza, Liza.." dia memanggil. Muthiah pun segera mendapatkannya.
"Teman Mak Cik ke balai polis sekejap," tambahnya lagi.
Muthiah pun bertanya, "Kenapa, Mak Cik?"
"Nanti Mak Cik ceritakan," ujarnya pendek.

Setelah menyatakan persetujuan Muthiah menemaninya, kami pun segera ke balai polis. Hmmm... rupa-rupanya, anak teruna mak cik ini telah ditahan di dalam lokap kerana mengambil dadah @ pil kuda. Ujian awal, didapati ~ positif! (Sebelum ini pun, si anak pernah ditahan atas kesalahan yang sama).

Di balai polis...

Si ibu tadi tidak henti-henti berbicara. Nampaknya, dia betul-betul runsing memikirkan anak terunanya. Banyak perkara yang diperkatakan... dan... yang menyentap hati Muthiah, tatkala ibu ini berkata "Jahat-jahat pun si anak, dia tetap anak hamba..." Sayu bunyinya. Si bapa, abang dan adik-adik yang lain tidak mahu ambil pusing. Mahu dibiarkan sahaja anak itu 'diajar' di dalam lokap atau pusat serenti. Si ibu menghubungi kenalannya. Teresak-esak dia menangis. Tidak sanggup melihat anaknya itu meringkuk di dalam lokap.

Hmmm....

KASIH IBU... Itulah yang boleh Muthiah katakan.

Muthiah hanya diam melihat si ibu ini. Ada sesuatu yang bermain dalam minda sebenarnya..

~ Besarnya nilaian KASIH seorang ibu yang mengandungkan selama 9 bulan 10 hari... Kemudian, membesarkan sehingga anak itu dewasa...

~ IBU... Izinkanlah anak itu 'belajar' daripada kesilapannya. Izinkan dia 'pergi' seketika. Moga-moga, kelak kan menjadi insan berguna. Doakan dia agar kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya, tidak ada yang mustahil dalam hidup ini. Kasih sayang dan hidayah ALLAH sangat luas buat setiap hamba-NYA. Tidak mustahil dia bisa berubah.

~ Bersabarlah, wahai IBU....

Buat si anak...

Entahlah. Muthiah hilang kata-kata. Adakah dia bisa mendengarnya? Hmmm... tidak ada yang mustahil bagi ALLAH, bukan? Yang penting, sampaikan. Ya! Muthiah perlu sampaikan tetapi bagaimana?

~ Sayangilah diri sendiri. Andai tidak kasihkan diri, sayangilah mereka yang amat-amat menyintai.

~ Kembalilah... kembalilah... kembalilah kepada ALLAH kerana dengan pengawasan DIA sahaja setiap manusia itu dapat menghindarkan diri daripada noda. Andai tersungkur, DIA ada untuk mengingatkan.

~ Moga-moga, anak mak cik ini akan insaf dan menyedari kesalahannya.

Buat masyarakat sekeliling...

~ Adakah kita peka dengan apa-apa yang berlaku di sekeliling kita? Kita tahu anak polan bin polan terlibat dengan sesuatu yang dilarang agama. Apakah tindakan kita? Diam sahaja?

~ Sayangilah orang lain sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri.

Hmmm... apa yang Muthiah coretkan ini? Yang baik, jadikan teladan. Yang mengelirukan... hehe...maaf salah silap.

Muthiah : Kasih sayang tanpa pertimbangan sewajarnya dikhuatiri bisa memusnahkan ...

Kembung perut


Assalammualaikum, semua. Moga kan sentiasa berada di bawah lindungan Allah hendaknya. Muthiah? Hmmm... hari ini, perut tidak cukup baik. Makan entah apa-apa entah agaknya. Tidak apa. Ada hikmahnya. Selepas ini, kenalah makan dengan lebih berpada-pada.

Cakap pasal sakit perut, Muthiah pernah sakit perut dulu.. Memang memulas perut. Kemudian, Muthiah memberitahu suami.

Muthiah : Hmmm... kembung perut agaknya.
Suami : Boleh jadi juga.
Muthiah : Lepas ni... (terdiam sejenak)
Muthiah : Lepas ni nak beli ubat... (diam lagi)
Muthiah : Nak beli minyak yu-yi la...

Suami terdiam agak lama.

Suami : Adoi... ingatkan nak beli supplement kesihatan. Rupanya minyak tu. Memang baby...

Muthiah : Blur yang semakin berkurangan.
Labels: 0 comments | | edit post

Macam mana aku ...


Aloha.... sabar sahajalah..


Inilah realiti dalam kehidupan...


Adoi...panjangnya beratur? ;)


Kereta oh kereta, kenapa beratur panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kereta depan tak mahu gerak...
Kereta depan oh kereta depan, kenapa tak mahu gerak?
Macam mana aku nak gerak, bas tak nak gerak...
Bas oh bas, kenapa tak nak gerak?
Macam mana aku nak gerak, hehehe....
Labels: 0 comments | | edit post

Aku sendiri...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah? Hmmmm.... apapun, 'ala kullihal Alhamdulillah. Serah segalanya pada penghitungan ALLAH.

Hahahaha... Gelak dahulu. Kenapa? Huhuhuhu... Muthiah ingin menangis kemudiannya. Iyalah...

Suka lawannya duka.
Gembira lawannya hiba.
Ceria lawannya suram.

Sebenarnya, sekarang Muthiah sedang all out menyiapkan P2-SI Muthiah. Tepu... Kosong... Semua ada. Stres. Tension pun datang sekali. Namun, bukankah ALLAH sudah berjanji? 'Dalam setiap kesukaran, akan ada kemudahan.' Serius. Ketepuan membuatkan Muthiah berasa sendiri. Rasa keseorangan. Macam ditinggal-tinggal. Ditambah dengan ketiadaan suami di sisi (sedang berkursus). Bertambah-tambah emo jadinya. Huhaha...

Namun... ALLAH Yang Maha Tahu itu tidak mahu Muthiah terus leka dan dibuai dengan perasaan yang tidak sepatutnya. ALLAH hadirkan 'dia' memberi semangat dan dorongan buat Muthiah. 'Dia' jauh tetapi terasa dekat dek keprihatinannya. Akan tetapi, di sebalik semua itu, yang sebenarnya dekat dengan Muthiah adalah DIA sendiri. 'Dia' hanyalah wasilah bagi Muthiah merasa lapang dan selesa. Hakikatnya, adalah DIA...

Hmmm... cakap pasal keseorangan, pernah rasa...

1) Kesepian?
2) Sendiri?
3) Tidak ada yang peduli?
4) Tidak disayangi?

Perasaan kita kala itu?

1) Sedih?
2) Kecewa?
3) Pilu?
4) Biasa biasa sahaja.

Hmmm...

Kadang-kadang, kita tidak mampu meluahkan sesuatu yang tersimpan di dalam dada kepada sesiapa. Mungkin 'sesuatu' itu merupakan 'sesuatu' yang sangat pedih... perit untuk diungkapkan. Sungguh menyakitkan. Oleh sebab terlalu sakit, sampai tidak terluah. Mulut terkatup rapat. Sungguh rapat. Baik kepada rakan-rakan, ibu/ bapa serta suami/ isteri. Hanya hati yang sakit dan menderita.

Jadi, bagaimana? Sudahlah tidak semua perkara mampu kita luahkan kepada semua orang. Jadi... bagaimana, bagaimana, bagaimana???

ALLAH ada. ALLAH Maha Tahu. ALLAH Maha Mendengar. ALLAH Maha Segalanya. Kembalilah kepada DIA. DIA sangat dekat. DIA sekali-kali tidak akan membiarkan kita sendiri.

Dan....

Kita tidak keseorangan...
Kita tidak sendiri...

Muthiah : Sesuatu...

Puak mana?


Assalammualaikum. Setiap yang hidup, pasti kan mati. Begitu juga dengan diri kita. Namun, bersediakah kita??? Hmmm... tidak bersedia pun, tidak ada tempat bagi kita untuk melarikan/ menyorokkan diri.

Renung-renungkan ~ Al-Waqiah : 1-12.

[1] Apabila berlaku hari kiamat itu,

[2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

[3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

[4] (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

[5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

[6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

[7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

[8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

[9] Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia); yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

[12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

Muthiah : Moga-moga kan dipilih berada bersama mereka di puak kanan...

Dera (ii)


** Harian Metro : Mac 11, 2010

Assalammualaikum...

Hmmm... lama pula tinggal bab dera...terus tidak ada idea. Hehe... apapun, Muthiah cuba juga menulis apa-apa yang Muthiah mampu. Kalau ada tambahan, bolehlah dikongsi bersama ;)

... Punca dera :

3) Ceteknya penghayatan ilmu agama

Ya... cuba kawan-kawan fikirkan... adakah mereka yang benar-benar menghayati ilmu agama sanggup melakukan penderaan sehingga membinasakan orang lain? Lebih-lebih lagi kepada si anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa. Tidak, bukan? Kerana apa? KERANA MEREKA TAKUTKAN ALLAH. Ya... mereka TAKUT dengan kemurkaan ALLAH.

Lagipun... orang yang menghayati agama, insya-Allah akan meletakkan ALLAH di hadapannya setiap kali membuat sebarang tindakan. Dia tahu ALLAH melihatnya setiap saat dan ketika. Dia takut ALLAH marah. Dia khuatir dan gusar untuk melakukan kezaliman...

Sebagai manusia, dia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan namun... dia akan cepat kembali. Dia tidak mahu tersungkur lama. Takut tidak bisa bangkit lagi. Tambahan pula, tautan antara dia dan Allah begitu erat. Setiap masa dia mengharapkan petunjuk daripada-NYA. Justeru... Insya-Allah, bilamana kita dekat dengan DIA yang mencipta, DIA pasti kan menunjuk jalan yang terbaik buat diri kita. Yang penting.... SABAR...

4) Pengaruh persekitaran/ media massa...

Persekitaran yang tidak sihat tanpa sedar sedikit sebanyak menyumbang kepada kes penderaan ini. Orang sekeliling bertelagah... hidup nafsi-nafsi... tidak mahu ambil peduli. Apabila mendapat tahu perihal penderaan yang berlaku, hanya tutup mata. Katanya, takut untuk masuk campur. Nanti berbalah pula dengan jiran tetangga. Namun... apabila si anak kecil sudah layu dan tidak bernyawa... hmmm... terdetik pula rasa sesal tidak sudah (Alhamdulillah... masih ada rasa sebegitu).. Kalau tetap tidak rasa apa-apa??? Hmmm... renung-renungkanlah... Institusi sosial/ masyarakat di kalangan kita sebenarnya sudah semakin rapuh. Macam umat Islam yang tidak bersatu... mudah benar pihak musuh cucuk jarum. Yang rugi... bukan orang lain.. Kita sendiri...

PENYELESAIANNYA...

Satu jawapan pendek.
Apa dia???
Pendek sahaja. Cuba jawab ;)
Hmmm...
Boleh???
Hmmm...
Jawapannya pendek tetapi jika hendak dihurai dan dibentangkan, cukup untuk mendapatkan jawapan bagi permasalahan yang sedang berlaku dalam negara ini ~ tidak kira kes PENDERAAN, SEKS BEBAS, BUANG BAYI, BUNUH BAYI dan banyak lagi.
Apa jawapannya???
Hmmm...
O.K...

T.A.R.B.I.A.H

Membawa manusia kepada ALLAH.
Membawa manusia kepada ISLAM.
Membawa manusia kepada CARA HIDUP ISLAM.

Bilamana kita kembali kepada DIA YANG MAHA SEGALANYA ini... insya-ALLAH... akan bertemu dengan jawapan permasalahan yang dihadapi.

Jadi... JOM kembali kepada TARBIAH!!!

Bagaimana?

Hmmmm....

Muthiah : Insya-Allah, ada ruang... sambung lagi ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Anak-anak zaman loni...


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Moga-moga sihatlah hendaknya.. Sihat anggota... sihat hati dan sihat segalanya. Kalau tubuh badan sihat, 'hati' sakit... tidak berguna jugak, bukan? Muthiah??? 'Ala kullihal Alhamdulillah. Muthiah serah hati Muthiah pada Allah. Kadang-kadang, ada perkara yang kita boleh kongsi dengan orang lain tetapi banyak juga perkara yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Jadi, hendak buat macam mana? Usah gusar... Bukankah ALLAH ada? DIA melihat dan mendengar. Kita tidak sendirian sebenarnya.

Hari ini, Muthiah ingin berbicara tentang 'anak-anak zaman sekarang'. Huhu... sekali renung, membikin hati panas. Berkali-kali tenung... entahlah. Moga-moga Allah lindungi Muthiah daripada sikap-sikap sebegitu.

Sahabat baik Muthiah yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta bercerita...

Ada seorang pelajar yang membawa kenderaan sendiri ke kolej telah melanggar kenderaan seorang staf kolej. Oleh sebab maklumat tentang pelajar itu tidak diketahui, si staf tadi mencari datanya di .... Iyalah... kereta sudah kena langgar. Mestilah hendak minta ganti rugi.

Hendak dijadikan cerita, si ayah budak tadi datang kolej dan marah-marah pihak pentadbiran kolej. Marahlah sebab data anaknya 'dicerobohi' walhal... si anak 'lari' tidak mahu bertanggungjawab, tidak difikirkan pula. Siap mahu saman dan lapor pada pihak akhbar lagi. Adoi adoi adoi. Penyelesaiannya, staf tadi diminta tidak membuat apa-apa laporan (kepada mereka yang berkenaan). Maksudnya, tidak boleh claim apa-apa atas kerosakan keretanya yang telah dilanggar oleh pelajar tadi. Tidak mahu membesarkan berita. Maklumlah... apabila sampai ke dada akhbar, buruk reputasi kolej berkenaan nanti.

Hmmm... apa yang sahabat-sahabat fikirkan?


1- Muthiah simpati pada nasib staf kolej yang dilanggar keretanya tadi. Haknya seolah-olah dicabuli. Hendak melawan, silap hari bulan dibuang kerja. Manalah tahu. Lebih-lebih lagi kolej swasta. Sudahlah gaji tidak banyak mana... Apapun, bersabarlah. ALLAH ada..dekat sungguh dan serah segalanya pada DIA yang paling TELITI PENGHITUNGANNYA.

*** Muthiah pun...satu tahap jika tidak mampu bersuara... Muthiah akan serah 150% pada ALLAH. Muthiah semat dalam hati tentang keadilan dan kesaksamaan ALLAH. Muthiah tahu ALLAH pasti telah merencanakan sesuatu yang terbaik!***

2- Si anak ~ Alahai... kecil-kecil, sudah ada tertanam sikap tidak bertanggungjawab dalam diri. Macam mana hendak jadi pekerja... ibu/ bapa... anggota masyarakat (satu hari nanti) kalau sikap buruknya ini tidak mahu berubah? Dalam masa yang sama, Muthiah juga KASIHAN dan SIMPATI padanya. KASIH SAYANG yang diberikan si ayah sedikit sebanyak telah 'membunuhnya'. Menjadikan dia insan yang xxx (tidak boleh tulis, takut jadi doa. Hehe). Moga-moga, dia akan sedar satu hari nanti. Tidak pentingkan diri sendiri dan lebih peka terhadap segala sesuatu di hadapannya.

3- Hmmm... buat si ayah. Entahlah... Muthiah bukanlah orang yang selayaknya untuk berkata-kata. Namun bagi Muthiah, cara dia menyayangi anaknya mungkin tidak berapa kena. Bilamana anak itu salah, akuilah kesalahan anaknya. Kita tidak mahu wujud Sazali moden yang terlalu disayangi ayah tetapi akhirnya memusnahkan dirinya, juga orang yang berada di sekelilingnya. Pernah tengok fileh Anakku Sazali lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee???

Begitu juga dalam memenuhi kehendak si anak. Apa sahaja yang dia mahu, beri sahaja tanpa banyak tanya. Tidak tahu apa kepentingan barang itu baginya. Adakah satu kehendak mahupun keperluan? Kalau kehendak, adakah sesuai dengan masanya?

Dia hendak baju mahal... belikan baju mahal. Tidak cukup sepasang tetapi lima enam pasang! Dia hendak PSP... belikan PSP. Dia hendak telefon bimbit berjenama... belikan sahaja. Tidak salah menghadiahi anak-anak dengan barang-barang ini tetapi biarlah berpada-pada. (Lainlah kalau hendak bagi reward atas sesuatu yang dilakukannya tetapi pun kena fikir dan renung lagi.)

Contohnya... si anak, baru habis belajar. Bekerja pula sebagai jurujual.Si anak hendak kereta. Kita pun belikan kereta second hand murah. Si anak tidak mahu. Tidak ada kelas katanya. Dia lepasan U. Malulah naik kereta buruk (walaupun tidaklah seburuk mana). Dia mahu yang lebih baik. Oleh sebab sayangkan si anak, kita sanggup berhutang banyak deminya. Demi kegembiraannya. Sedang... fikirkah dia tentang diri kita???

Kesan!!! Bagaimana pula dengan kesannya?

Tidakkah kita terfikir bahawa tindakan kita ini boleh memberi impak besar pada dirinya kelak? Kalau dia anak gadis... tidak kita terfikir bahawa sikap yang dipupuk sekian lama itu boleh memberi kesan kepada suaminya kelak??? Hendak itu hendak ini. Kalau tidak dapat, masam mencuka. Waktu kita belikan kereta dahulu, dia tidak bersetuju. Kereta yang kita pilih tidak menepati cita rasanya. Dia pun... buat mukalah. Kita pula meraikan tindakannya.

Sesudah berkahwin nanti??? Si anak hendak rantai RM10,000. Si suami pula beli rantai yang berharga RM1,000. Akibatnya, si anak yang sudah terbiasa buat muka pada ibu bapanya tadi melakukan perkara yang sama pada suaminya. Aduh...bukankah tidak elok begitu? Silap hari bulan, dapat saham percuma masuk neraka. Nauzubillah. Jadi... fikir-fikirkan...

Muthiah : Sayang dan gembira bersama dia...

Persoalan hati...


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Bagaimana dengan solat Subuh kita hari ini?

~ Solat di awal waktu.
~ Subuh dinasor.

Hmmm... peliharalah solat kita. Insya-Allah, kita akan berasa tenang dan lapang. Kenapa? Bukankah solat itu mendekatkan seorang manusia kepada Tuhannya??? Apabila dekat dengan Allah yang mencipta, insya-Allah... kita akan selalu dibimbing-Nya. Kalau tersilap langkah, insya-Allah... kita akan cepat kembali kepada-Nya.Hehe...

Baru-baru ini, Muthiah dihubungi oleh seorang teman. Katanya... rumah tangganya diganggu. Diganggu??? Macam mana???

Begini ceritanya...

Seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan sahabat Muthiah ini tidak habis-habis mengganggu suami teman Muthiah (bukan hendak menggoda) tetapi... wanita ini mendesak suami teman Muthiah agar memadukan isterinya (yakni teman Muthiah). Bukan itu sahaja... Ada sahaja yang tidak puas di hatinya.

Teman Muthiah hanya berdiam diri. Suami teman Muthiah pula tidak mahu ambil peduli tetapi wanita itu nampaknya semakin menjadi-jadi. Tidak aman jadinya hidup teman Muthiah. Kasihan pula Muthiah kepadanya...

Hmmm... apapun... percayalah, 'Tidak Aku uji seseorang itu sesuai dengan kesanggupannya,' ~ 2:286. Muthiah yakin teman Muthiah ini kuat mental...kuat fizikalnya. Ia kuat menghadapi ujian dan cabaran kerana sebelum bernikah pun, telah banyak dugaan yang ditempuhinya.

Setelah Muthiah renung dan merenung kembali... antara punca yang boleh menjadi penyebab kepada tindakan wanita tersebut ialah (Muthiah kenal wanita ini dan tahu serba sedikit tentang kisah di sebalik kisah) :

1- Marah...
2- Sakit hati...
3- Dendam... mungkin...
4- Kecewa...
5- Cemburu...
6- Tidak puas hati...
7- Terluka yang teramat sangat...
8- Rasa diri 'terancam'...

Hmmm... dan semua yang tercatat di atas ini mempunyai kaitan yang dekat dengan HATI...

Ya...

Rasa marah...sakit hati... dendam... bermula daripada hati...

Bilamana hati tidak tenteram... hati sakit... hati tidak sihat... hati bernanah...

Membuatkan manusia itu hilang pertimbangan... hilang penghitungan...

Apa yang ia tahu... Ia mahu melempiaskan apa yang terpendam dalam dada. Ia mahu memuaskan hatinya yang sedang luka. Ia merasakan diri teraniaya sehingga ia terlupa bahawa tindakannya itu turut sama membuatkan orang lain terseksa.

Salah siapa???

Hmmm... Muthiah tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana manusia ini lemah... terlalu banyak khilafnya... terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan ... dalam jaga mahupun sebaliknya. Kadang-kadang, iman meningkat tetapi acap kali juga iman jatuh ke bawah. Mungkin saat itu ia terlupakan Tuhan. Terlalu banyak perkara dunia yang difikirkan menyebabkan ia lupa terhadap akhirat yang kekal abadi.

Jadi... bagaimana?

Hmmm... serius... tatkala teman Muthiah berbicara tentang masalah yang dihadapinya itu... Muthiah buntu. Tidak tahu apa yang boleh Muthiah lakukan untuk membantu. Cukup sekadar menjadi pendengar setia dan menasihati teman Muthiah supaya bersabar. Allah dekat dan sesungguhnya Allah berserta orang yang bersabar...

Jadi... bagaimana pula dengan penyelesaiannya?

Hmmm... itulah... susah untuk diperkata. Muthiah merasakan diri terlalu muda untuk bercakap dengan orang yang telah lama makan garam daripada Muthiah. Namun, mengikut rasional Muthiah yang terbatas ini, Muthiah tetap mengatakan bahawa apa yang dilakukannya TIDAK BETUL!!!

***

Apakah iktibar/pengajaran yang boleh diambil???


1- Huhu...sukar benar, ya untuk menjaga hati. Selalu sahaja hati yang tidak sihat membuat pertimbangan yang tidak wajar serta di luar batasan.

2- Pentingnya tarbiyah dalam kehidupan ini. Kerana... dengan tarbiyah... manusia akan diingatkan kepada Tuhan. Manusia akan diingatkan dengan dosa dan pahala. Manusia akan diingatkan dengan syurga dan neraka.

Bilamana kita sudah terbuai dengan dengan cita-cita untuk masuk ke dalam syurga Allah, pasti kita tidak akan memikirkan perkara lain yang bisa merencatkan impian kita itu. Namun, siapalah kita untuk memiliki kekuatan seperti itu? Sering kali dilalaikan dengan dunia dan permainan emosi.

Hmmm...Apapun... berusahalah sedayanya untuk menjadi yang terbaik... baik di sisi Allah serta disenangi segenap manusia tetapi ingat... kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Yang penting... ikhlaskan hati kita untuk menjadi seorang hamba yang baik serta memiliki akhlak terpuji.

3- Dalam apa jua perkara, SABAR adalah kunci kebahagiaan. Percayalah... Muthiah juga pernah terhiris dan terluka bahkan tidak dapat lupa dengan apa yang pernah terjadi. Namun, Muthiah kuatkan hati dengan menjadikan sabar sebagai dinding bagi diri. Pernah juga tidak mampu untuk menghadapi tetapi Muthiah cuba kembali dan terus kembali. Alhamdulillah... berkat kesabaran... Muthiah nampak impak positif di sebalik kesabaran tersebut.

4- Moga-moga... teman Muthiah kuat menghadapi cabaran yang datang. Maafkan salah mereka yang sakit hati itu. Serahkan segalanya kepada Allah. Biarkan luncai itu terjun dengan labu-labunya. Andai punya ruang untuk membawa dia kembali... usah biarkan ia terus dalam noda. Namun, andai tidak punya kekuatan untuk berbuat apa-apa... kembalilah kepada Allah. Mohonlah kepada Allah. Merintih dan merayulah kepada-Nya.

Panjang pula coretan Muthiah... Moga kita semua dapat renungkan bersama ;)

Muthiah : 27/9 ~ 26/10 ....