Jika mahu menjadi penulis dengan Alaf21 (x)

Assalammualaikum ^______^

Sudah bersedia untuk berkongsi tips penulisan hari ini? Insya-ALLAH, selagi punya ruang... Muthiah akan tetap mengisi ruang di teratak yang Muthiah kasihi ini. Cuma sejak akhir-akhir ini, agak sukar untuk berceloteh panjang. Maklumlah... agak sibuk mengejar cita-cita sendiri. Ya. Jika kita mahu, kita perlu berusaha. Namun dalam masa yang sama... ingatlah sentiasa. SEMUA ALLAH PUNYA KUASA.

Tips ini dikongsi oleh Puan Sa'adiah Mohammad, editor dari Alaf 21 ^^


PARTIKEL 'PUN'

Ada dua cara menulis partikel 'pun'.

Partikel 'pun' yang bererti 'juga' ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya.

Contoh:

  1. Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus.
  2. Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke sini.
  3. Jika ayah pergi, adik pun ingin pergi.
  4. Rambutnya pun tidak bersikat.

Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel 'pun'.

  1. adapun
  2. andaipun
  3. biarpun
  4. mahupun
  5. sekalipun
  6. walaupun
  7. ataupun
  8. bagaimanapun
  9. kalaupun
  10. lagipun
  11. meskipun
  12. sungguhpun
  13. kendatipun
Selamat menambah ilmu pengetahuan :)

Okey, Muthiah ingin sambung menulis. Doakan Muthiah, ya <3
0 Responses