Hendak menulis??? (iii)


-sambungan semalam-

2- Sudah ada matlamat, mulakanlah menulis. Kalau minat menulis artikel ilmiah, tulislah artikel ilmiah. Begitu juga dengan cerpen, puisi, novel dan macam-macam lagi. Tulis dan terus menulis. Mula-mula, kita mungkin tidak nampak kelemahan penulisan kita namun… lama kelamaan, insya-ALLAH… kita akan dapat menilai sendiri di manakah silapnya. Ditambah dengan kritikan dank omen orang… akan membuatkan kita lebih cepat belajar.

Cakap tentang komen, kritikan dan terjahan… memang, kadang-kadang ia adalah amat menyakitkan untuk diterima. Terutama apabila berhadapan dengan kritikan yang tidak membina tetapi membunuh secara perlahan-lahan. Membuatkan semangat kita jatuh menjunam. Namun, usah biarkan kata-kata itu menjadikan kita seorang yang lemah dan berputus asa. Bangkit kembali dan teruskan perjuangan (dalam apa jua lapangan).

Hendak test market, boleh cuba hantar artikel yang kita tulis ke majalah-majalah. Bagaimana? Cuba lihat kepada alamat emel editor pada sebarang majalah yang kita baca. Kemudian, hantarkanlah ke sana. Kalau tidak pernah diterima terbit? Usah sekali-kali berputus asa. Cuba lagi. Cuba pula menulis untuk blog atau forum maya. Sebab… makin banyak kita menulis, makin banyak kita belajar. Semakin kita rasa sukar, semakin itu kita akan menjadi lebih kuat.

Secara peribadi, Muthiah sendiri belajar daripada kesilapan dan kesukaran. Bukan mudah bagi sesuatu karya untuk menembusi pasaran media. Lebih-lebih lagi bagi orang baru seperti Muthiah yang tidak punya nama. Payah! Letih pun ada. Namun, apa yang Muthiah pegang… Apabila tidak berjaya sekali. Muthiah akan cuba lagi. Berkali-kali. Sampai berjaya.

Seperti novel MENCARI NAURAH, Muthiah sendiri tidak yakin sebenarnya. Adakah akan diterima penerbit sementelah ini adalah novel dan cubaan pertama Muthiah. Satu rahsia yang boleh Muthiah kongsikan di sebalik MENCARI NAURAH… proses editing bukanlah dilakukan sekali dua tetapi berkali-kali. Semak ejaan. Semak ayat dan banyak lagi. Sampai tepu jadinya. (Akan tetapi, kalau ada yang terlepas pandang , biasalah manusia biasa). Mujur suami ada memberi galakan. ‘Sekali gagal… kita boleh cuba berpuluh-puluh kali lagi.’ Lantas, Muthiah kuatkan tekad dalam hati untuk terus berusaha.

Hmmm… Kalau kita tidak bermula, kita tidak akan nampak di manakah kelemahan kita. Jadi, mulakan dahulu. Kemudian, perbaiki dan lakukan yang lebih baik selepas ini. Semacam MENCARI NAURAH. MENCARI NAURAH merupakan titik permulaan bagi Muthiah sebelum Muthiah melangkah lebih jauh lagi.

-bersambung-

~Hendak menulis??? (iv)~

Muthiah : Mendoakan sentiasa mereka yang menyokong dan menyayangi ;)
0 Responses