Entahlah ... (ii)


-sambungan semalam-

Sebagai contoh… isu tidak menjaga kebersihan masjid dibangkitkan. Apabila penulis blog berbicara tentang kesalahan yang biasa dilakukan di dalam masjid (seperti membuang tuala wanita di dalam lubang tandas)… orang menganggap, penulis mahu mencari kelemahan orang lain. Mahu menuding jari sedang manusia itu tidak sempurna. Benar… manusia itu tidak sempurna. Namun, benarkah penulis blog berkenaan menulis untuk meletakkan kesalahan pada seseorang? Atau memalukan seseorang??? Atau orang yang berbuat salah itu sendiri terasa?? Tepuk dada, tanya iman.

Andai dialah yang melakukan kesalahan itu… apakah tindakan dia selanjutnya??? Memarahi si penulis blog berkenaan? Atau… dia berusaha untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik. Ada tiga situasi di sini yang boleh difikirkan bersama:

1- Dia dapat menerima teguran itu (teguran secara sinis/ hikmah/ kasar lain cerita – mungkin cara dan penyampaian tidak kena namun ambillah yang positif kerana jika akal kita hanya memikirkan yang negatif, itulah yang akan kita perolehi). Lantas, dia berusaha untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik. Kerana, apa yang diperkata di dalam blog bukanlah sesuatu yang salah. – Membuang tuala wanita di dalam tandas awam bukanlah perbuatan dan akhlak yang baik –

Betul!!! Dia tidak tahu… apa yang dilakukannya adalah satu perbuatan yang salah. Boleh jadi, dia tahu… tetapi dia terlupa. Betul!! Dia betul-betul terlupa. Normallah.. Nama lagi manusia. Namun, kalaulah tidak ada siapa yang mahu mengingatkan, bagaimana? Sedang dia tidak tahu dan terlupa…

2- Dia tidak dapat menerima teguran tersebut (mungkin kerana terkena pada dirinya). Dia menghentam dan wujudkan perbalahan dengan si penegur. Namun, dalam masa yang sama… dia mengakui kesalahannya dan bersedia untuk berubah (dalam diam). Mungkin sebab dia berasa malu sendiri walhal tidak ada siapa pun yang menuding jari kepadanya. Dalam hal ini, Alhamdulillah. Dia masih mahu berubah ke arah yang lebih baik. Setidak-tidaknya, penulisan blogger tadi ada manfaatnya.

3- Dia tidak dapat menerima teguran. Dia menghentam dan menyalahkan. Dalam masa yang sama, hatinya tertutup untuk menerima kenyataan bahawa – Membuang tuala wanita di dalam lubang tandas adalah perbuatan yang salah. Ada tiga perkara yang boleh direnung di sini.

a) Tidak dapat menerima.
b) Bertindak menyalahkan.
c) Tidak mengakui kesalahan dan tidak mahu berubah.


Entahlah… tidak ada siapa yang sempurna. Itu pasti. Muthiah sendiri… sehari-hari, berbakul-bakul teguran yang diterima daripada orang yang Muthiah sayang dan cinta. Ya! Muthiah akui… bilamana ditegur… rasa sedih, kecewa menghantui diri. Hendak merajuk pun ada namun Alhamdulillah… buat masa ini, rajuk Muthiah tidak terlalu lama. Muthiah hanya perlu masa dan ruang untuk berfikir sedalamnya. Muthiah cuba menarik nafas panjang dan kembali berlapang dada…

~ Terima kasih kepada suami kerana banyak menegur kesalahan yang Muthiah lakukan. Sebab… Muthiah pun selalu berbuat silap dan acap kali terlupa. Sama macam orang lain. Tidak ada bezanya. Cuma, Muthiah mahu berkongsi dengan semua apa-apa yang Muthiah tahu agar kita semua dapat membaiki diri, menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Muthiah mahu menjadi lebih baik daripada semalam dan Muthiah berharap kawan-kawan yang Muthiah sayang turut begitu. Sama-sama mengejar syurga ALLAH dan sama-sama masuk ke dalam syurga. Insya-ALLAH.~

Jadi…

Ayuh… ‘Sampaikan walau seayat…’

Sesungguhnya, kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Apa yang penting, kita terus mengajak manusia kepada ALLAH dan kebaikan. Penerimaan??? Serahlah kepada ALLAH yang memegang hati-hati manusia. Cuma… Muthiah menyeru kepada semua… apabila ada sesuatu yang disampaikan terkena pada diri kita… marahlah… kerana kalian berhak untuk marah. Kemudian, ambil tempoh bertenang untuk berfikir kembali. Benarkah apa yang diperkata?

Maaf atas keterlanjuran kata ;)

Muthiah : Pelik bin ajaib = keliru ;)
Labels: | edit post
0 Responses