Bekal … (iv)


Assalammualaikum. Sambungan tajuk lepas ~ Bekal seorang yang mengajak manusia lainnya kepada kebaikan.

SABAR…

Ya… Manusia ini banyak karektornya. Banyak juga fiilnya. Ada yang menyenangkan hati dan ada juga yang selalu menyakitkan jiwa. Kata-katanya tanpa insurans. Tingkahlakunya… mak ai, membikin hati merana. Apabila dikenang, sakit kepala dibuatnya. Lemah urat saraf. Tension. Dia sahaja yang betul. Dia sahaja yang cantik dan comel. Orang lain??? Semua buruk… semua salah… semua tidak kena pada matanya. Senyumnya penuh sinis dan pura-pura. Ah! Biarkan sahaja si luncai terjun dengan labu-labunya. Nanti, dia akan belajar dan sedar sendiri apabila sampai waktunya. Baru dia tahu. Manusia ini tidak sempurna sebenarnya. Namun, bolehkah dibiarkan sahaja???

~ Maaf, ya kalau Muthiahlah karektor itu.. yang pernah menyakitkan hati dan mengguris jiwa ~

Tidak… kalau dibiarkan sahaja, dia akan semakin lalai dan alpa. Dia akan lagi jauh dan menjauh. Dia akan terus angkuh dan lupa diri. Sentiasa merasakan diri benar dan betul sedang hakikatnya, kesalahannya berbaldi-baldi. Sayangkan kita pada teman ini???

Kalau kita sayangkan dia… pimpinlah tangan dia ke pangkal jalan dengan sabar. Ya! Bukan mudah untuk berhadapan dengan orang yang sebegini namun cubalah… kerana CINTA dan SAYANG. Semuanya dilakukan kerana ALLAH semata-mata. Pandangan-NYA adalah yang paling utama. Seperti yang telah Muthiah katakan sebelum ini. Manusia itu banyak karektor, fiil dan ragamnya. Andai kita belajar untuk mengenali mereka, insya-ALLAH… satu ketika, kita akan mendapat jalan yang paling baik untuk menariknya kembali kepada PENCIPTA.

Apa yang penting… kita usaha dahulu dengan sabar.

Sabar dalam menuntut ilmu.
Sabar dalam melakukan ketaatan.
Sabar dalam meninggalkan perkara yang dilarang.
Sabar dalam mendepani karenah.
Sampaikan kebaikan itu pada telinganya.

Terima atau tidak, nombor dua. ALLAH-lah yang memilih dan memberi hidayah.

Adoi. Hehe… OK??? ‘Sampaikan walau seayat..’

** Boleh taip perkataan ‘SABAR’ pada carian. Insya-ALLAH, banyak pos tentang sabar telah Muthiah coretkan. **

Muthiah : Tegur dan marah ~ tanda sayang. Tidak cakap apa-apa ~ tanda tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu.
Labels: | edit post
0 Responses