Buntu!!! Adakah dia jodohku??? (ii)


-sambungan semalam-

Sebenarnya, kita tidak tahu… adakah dia sebenarnya yang paling baik untuk kita. Dalam waktu percintaan, kita mungkin akan nampak yang cantik-cantik sahaja. Kita merasakan dia cukup mengerti hati dan perasaan kita. Dengan kata lain, boleh masuk. ‘Win win situation.’ Semuanya okey. Tahap kesabaran kita berada pada kedudukan yang paling tinggi. Kerana apa? Kerana CINTA…

Namun, akal fikiran kita terbatas sebenarnya. Kita tidak tahu apa yang terbaik untuk untuk diri kita pada hari ini dan akan datang. Semuanya di bawah perencanaan dan kekuasaan ALLAH.

Kita merasakan dialah yang terbaik tetapi adakah benar si dia yang dicinta itu adalah yang terbaik pada sisi TUHAN?

Kita merasakan dialah yang paling mengerti tetapi adakah benar begitu? Sejauh mana kita mengenali dia? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, orang yang sudah hidup bersama berpuluh-puluh tahun lamanya pun masih belum dapat mengenali pasangannya secara menyeluruh. Inikan pula baru kenal setahun dua.

Perkahwinan… Pastikan cinta sesudah nikah itu bertambah mekar dan berbunga. Jangan sampai terjadi… ‘Cinta sebelum nikah bagai hendak rak… sudah memiliki… lain pula jadinya.’ Kalau sebelum nikah wangi sahaja baunya… Sudah kahwin… macam-macam bau ada. Yang paling tidak menyenangkan, bau yang wangi pula dikatakan menjelikkan. Ini tidak kena. Itu tidak kena. Itu tidak cantik. Ini tidak cantik. Susah untuk bertolak-ansur, bertimbang-rasa dan sayang menyayangi.

Jadi, bagaimana?

-bersambung-

~Buntu!!! Adakah dia jodohku??? (iii) ~

Muthiah : Cinta dia kerana ALLAH, insya-ALLAH.
Labels: | edit post
0 Responses