Jom beli barang rumah!
Friday, February 01, 2013
Assalammualaikum.
Sambungan entri Just Married semalam dengan tajuk lain.
Maka, bermulalah kehidupan baharu sebagai suami isteri. Banyak perkara yang perlu diaturkan sendiri. Banyak benda yang perlu difikir dan diputuskan sendiri (atau dengan pasangan kitalah kan).
Dahulu...
Duduk rumah sewa, bayar sewa dengan kawan-kawan. Satu rumah 6 orang, sewa RM1000. Seorang kena bayar dalam RM170. Kalau berpakat hendak masak, kumpul duit dapur. Satu kepala RM30 sebulan. Jadual memasak, sapu sampah, buang sampah pun ada. Barang dalam rumah tidak perlu risau sebab menyewa rumah yang fully furnished.
Sekarang...
Duduk rumah sewa hanya berdua. Sewa rumah RM1000, biasa suami yang bayar. Tidak pun, bahagi 2. Itu pun sekiranya suami isteri sama-sama bekerja. Lain-lain... kelazimannya, isteri yang masak... isteri yang kemas rumah... basuh kain... jemur kain... lipat kain blablabla... Kadang-kadang, suami tolong sekali. Ada yang menyewa rumah yang fully furnished. Ada juga yang tidak.
Al-tersebutlah kisah cerita masuk rumah baharu...
Apa yang perlu ada dahulu? Lebih-lebih lagi kalau kedudukan ekonomi keduanya masih tidak kukuh. Ada yang baharu kerja, gaji asas tidak tinggi lagi. Hendak makan di kedai hari-hari, botaklah kepala suami. Banyak benda yang hendak difikir...
Barang yang biasa ada dalam rumah.
Dapur
( ) Dapur memasak.
( ) Peti sejuk - Boleh simpan lauk-pauk basah. Beli seminggu sekali.
( ) Gas memasak.
( ) Kuali, periuk, cerek air, alat kisar, alu lesung, rice cooker.
( ) Sudu, garfu, senduk, pisau, alat pembuka tin, alat membuang sisik ikan.
( ) Pinggan, gelas, cawan.
( ) Microwave/ oven (tambahan).
( ) Rak pinggan (kering).
( ) Rak pinggan (untuk pinggan mangkuk basah).
Bilik tidur
( ) Tilam.
( ) Katil.
( ) Almari pakaian/ rak baju.
( ) Kipas (sekiranya tidak ada kipas siling).
( ) Bantal.
Ruang tamu
( ) TV.
( ) Sofa/ kerusi di ruang tamu.
( ) Permaidani/ tikar.
Ruang makan
( ) Meja makan/ kerusi.
Lain-lain
( ) Mesin basuh.
( ) Iron.
( ) Tempat menggosok baju.
( ) Langsir.
( ) Alas kaki.
( ) Gebar dan bantal lebih (untuk tetamu).
( ) Komputer (bagi Muthiah diri Muthiah) - boleh baca Malaysiakini, Harakahdaily.
Hmm... Apa yang Muthiah kongsikan ini, boleh jadi tidak diperlukan oleh sebilangan orang. Boleh jadi juga diperlukan. Sekadar perkongsian peribadi Muthiah, rentetan daripada pengalaman sendiri.
Okey, semua. Selamat menempuh alam baharu dengan jayanya. Sudah bergelar suami isteri, barulah kita kenal pasangan. Itupun bukan kenal seratus peratus. Kelemahan yang tersembunyi sebelum ini akan dapat kita lihat. Kita pun, ada kelemahan juga. Maka, bersabarlah. Belajar untuk bertolak-ansur dan lebih bertimbangrasa (Ehe... teringat pula ungkapan seseorang tentang timbangrasa ini. Sesungguhnya ALLAH Maha Adil lagi Teliti Penghitungan-NYA).
Jom sama-sama membaiki diri.

Foto :Sekadar gambar hiasan.

- Sewa rumah.
- Bil-bil rumah - TNB, air, TELEKOM, Astro.
- Hutang kereta.
- Duit tol (bagi yang pergi kerja naik kereta).
- Duit petrol.
- Duit dapur.
- Hutang-hutang yang berkaitan - PTPTN, kad kredit dll.
- Awasan - kecemasan.
- Lain-lain.