Mencari Naurah (Bab 82)
Saturday, February 02, 2013
Novel | Mencari Naurah
Foto : Sekadar gambar hiasan.
Di
hospital...
Natasha
belum lagi dimaklumi tentang kejadiaan yang menimpa suaminya. Sekejap-sekejap,
ia memandang jam tangan pemberian Asyraf yang disarungnya. Sekejap-sekejap ia
memandang Dewi yang begitu setia menolak kerusi roda yang dinaikinya. Mujur
disediakan kerusi roda di hospital ini....
‘Abang
mana?’ bisik hatiku.
“Puan
Khadijah Khalid stabil. Puan tidak perlu risau,” kata seorang doktor yang baru
sahaja keluar dari bilik unit rawatan rapi (ICU), tempat Datin Khatty
ditempatkan.
“Boleh
saya bertanya sesuatu?” dahi doktor itu kelihatan berkerut.
“Ya,
Tuan Doktor,” aku menjawab perlahan.
“Adakah
ibu Puan mengalami kemurungan ataupun tekanan perasaan?” Diam...
“Beliau
mungkin telah terminum racun. Pihak kami menemui racun aconite dan racun jenis
APTX4869 dalam darahnya,” berhati-hati doktor tersebut berbicara.
‘Racun???’
aku bertanya sendiri.
“Adakah
Tuan Doktor dapat mengenalpasti dari manakah datangnya racun tersebut?” aku
cuba mendapatkan kepastian.
“Kami
tidak menolak kemungkinan racun tersebut ada bersama-sama minuman yang
diminumnya...” Nah, racun dalam minuman?
Adakah ibu mertuaku ini mahu membunuh diri? Atau...
“Puan!!!”
Pak Alias berlari mendapatkanku. Mukanya pucat seolah-olah sedang dikejar
sesuatu.
“Ya,
Pak Alias?” cepat-cepat aku bertanya.
“Tuan
Asyraf... Tuan Asyraf...” suaranya bergetar.
“Kenapa
dengan Asyraf?” hatiku mula tidak menentu. Pak Alias masih lagi diam.
“Asyraf
terlibat dalam kemalangan,” Dato’ Ghazali yang tiba-tiba muncul di hadapanku
bersuara.
“Astaghfirullah,”
kepalaku pusing. Tubuhku semakin lemah lalu aku terjatuh dari atas kerusi.
Selepas
itu, aku sudah tidak ingat apa-apa. Bagaimanakah keadaan suamiku?
‘Ya,
Allah. Selamatkanlah suami dan ibu mertuaku,’ aku berdoa sendiri.
“Abang,
Abang... Asha di mana?” aku memanggil-manggil suamiku.
“Dewi,
mana Asyraf?” aku bertanya kepada Dewi yang sedang duduk di sampingku. Diam...
Aku
di atas katil hospital rupanya. Aku memandang sekeliling. Tidak ada sesiapa.
Hanya aku, Dewi dan seorang lagi wanita yang sedang menundukkan mukanya.
Sekejap-sekejap aku mendengar bunyi esakan. Adakah ia menangis?
“Siapa
itu, Dewi?” aku bersuara perlahan.
“Asyraf
O.K.?” aku masih lagi mencari-cari kelibat suamiku.
“Tidak!!!!!!”
Tiba-tiba, wanita yang sedang menangis di sebelah katilku itu menjerit. Mama?
Aku terkejut melihat keadaan Datin Khatty. Seolah-olah telah hilang
kewarasannya.
“Tidak!!!!”
ia menjerit lagi.
“Maafkan
Mama, Asyraf...” tangisannya semakin kuat.
Nama
Asyraf disebut! Apa yang telah berlaku? Di manakah suamiku? Aku cuba bangkit
dari katil tetapi tidak berdaya.
“Mama...”
panggilku. Diam.
“Mama...”
aku memanggilnya lagi. Esakan Datin Khatty terhenti. Ia memandangku sekilas.
Kemudian, ia cepat-cepat menghampiriku.
“Maafkan
Mama, Sha. Mama akui Mama kejam. Mama akui Mama jahat...” ia menangis kembali.
Aku sekadar diam memerhatikan gelagatnya.
“Mama
yang letakkan racun itu. Mama benci Asha. Asha telah merampas segalanya milik
Mama...” diam sejenak.
“Asyraf
sangka, Asha yang keracunan. Jadi...” ia tidak dapat meneruskan kata-katanya.
Esakannya semakin kuat. Air matanya mengalir laju.
“Anak
kesayangan Mama itu sudah pergi meninggalkan Mama. Asyraf pergi meninggalkan
kita, Sha,” Datin Khatty memelukku erat.
‘Abang...’
air mataku jatuh ke bumi. Ujian datang mencurah-curah dan kini, aku diuji
dengan kehilangan insan yang paling kucintai. ‘Abang...’
“Asha,”
Datin Khatty menyebut namaku. Diam.
“Maafkan
Mama, Sayang,” ia merayu lagi.
“Mama
menyesal. Mama tahu Mama salah. Hukumlah Mama,” ia merayu lagi. Aku hanya diam.
Tidak mampu untuk berkata apa-apa. Air mataku menitis perlahan. Sudah puas aku
menangis dan tidak berdaya untuk menangis lagi. Tubuhku kaku. Aku hanya
memandang kosong wajah ibu mertuaku.
Hatiku
telah mati. Ya, Asyraf turut sama membawa hatiku bersama-sama jasadnya. ‘Abang,
Asha masih tidak bersedia untuk hidup tanpa Abang,’ aku menutup mataku perlahan. Air mataku sudah
tidak mahu mengalir.
“Asha!!!”
ibu mertuaku menjerit memanggil namaku.
“Asha!!!”
“Maafkan
Mama, Sha. Ampunkan Mama, Sha...” ia memegang kakiku. Aku masih lagi kaku.
Terkejut dengan berita yang baru kuterima...
Pertama,
ibu mertuaku mahu meracuniku.
Kedua,
Asyraf telah pergi meninggalkanku.
“Sofea,
berikan Puan Khadijah suntikan,” kedengaran suara doktor memberi arahan kepada
seorang jururawat.
“Asha,
maafkan Mama...” Datin Khatty masih lagi mengharapkan kemaafan daripadaku.
Aku
kembali berbaring. Kupejamkan mata dan cuba menenangkan fikiran yang bercelaru.
‘Ya, Allah. Tempatkanlah roh suamiku bersama-sama golongan yang Engkau pilih
untuk mendapat rahmat daripada-Mu,’ aku berdoa di dalam hati. Moga aku kan
redha dengan pemergiannya...
~ bersambung
Nota : Di atas adalah karya asal sebelum disunting untuk penambahbaikan.