Dengan RM50.00
Monday, February 04, 2013
Assalammualaikum. Yeah! Tanamkan semangat dan tekad dalam diri sendiri. Sekiranya kita memilih untuk berputus asa, kelak kita yang akan gagal. Kita gagal sebelum berjuang. Namun sekiranya kita memilih untuk terus berusaha sampai capai cita-cita, insya-ALLAH... apabila sampai masa, kita akan tetap memperolehinya. Cepat lambat sahaja.
Okey. Muthiah bukan hendak mengulas atau memberi respons apa-apa daripada perbualan di atas. Akan tetapi, Muthiah ingin kongsikan sesuatu...
Apa yang kita boleh makan dengan RM50.00 selama seminggu.
Hari pertama
Hari kedua
Hari kelima
Hari keenam
Foto : Sekadar gambar hiasan.
"Gaji aku besar. Belum kahwin tetapi kenapa tak cukup saja. Kena juga minta duit dengan mak aku."
"Haaaa... check balik sumber rezeki tu."
"Hisy, kau ni. Macamlah kau tak kenal aku."
"Kau buat bayar apa?"
"Sewa rumah, duit kereta, duit minyak, hutang blablabla... Benda yang tak boleh elak."
"Kau masak ke, kau makan kat luar?"
"Aku makan kat luar. Kau tahu-tahulah tempat aku kerja tu..."
"Hmm... kalau hari ni kau makan KFC, esok kau makan McD, lusa kat makan nasi AP blablabla... memanglah. Cuba kau masak. Masak ni menjimatkan belanja. Kalau kau mampu, lain kira. Ni tahap sampai kau kena minta duit dengan orang lain. Dari bujang ni lah kau kena belajar urus duit."
"Itulah pasal. Penyakit M ni kuat sangat..."
Nota : Lain orang, lain masalahnya ya. Maka, kalau tidak tahu apa-apa, tolong psttt dan jangan kata apa-apa. Apapun, pilihan di tangan sendiri.
------------------------------------------
Okey. Muthiah bukan hendak mengulas atau memberi respons apa-apa daripada perbualan di atas. Akan tetapi, Muthiah ingin kongsikan sesuatu...
Apa yang kita boleh makan dengan RM50.00 selama seminggu.
Hari pertama
Bayam air + Ikan bakar masak kicap + ulam + budu
Hari kedua
Bayam masak lemak + ikan bakar masak merah + ulam + budu
Hari ketiga
Nasi goreng ikan rebus + telur mata kerbau
Hari keempat
Tom yam + kangkung goreng + ulam + budu
Ayam masak kuzi + bayam masak air + ulam + budu
Nasi goreng kampung + telur mata kerbau
Hari ketujuh
Ayam percik bakar + kubis goreng (ayam) + telur mata kerbau + ulam + budu
Di atas... adalah perkongsian pengalaman Muthiah. PJJ sekejap dengan suami. Duduk berseorangan di rumah (waktu itu). Hendak masak beria, kurang rajin. Maka, masak ala kadar. Pagi makan Corn Flake... boleh juga makan roti, nestum (ringan-ringan). Tengah hari dan malam, resipi seperti di atas. Muthiah masak sekali harung atas alasan, kurang rajin. Kos membeli barang-barang dapur ini dalam RM44.00 (Muthiah beli di Mydin). Jadi...
Nota :
Entri ini ...
Entri ini ...
- mungkin sesuai untuk sahabat-sahabat yang selalu tidak cukup duit dan setelah mengenalpasti punca, didapati disebabkan oleh kekerapan makan di luar.
- boleh jadi tidak sesuai untuk sahabat-sahabat yang duit lebihannya banyak bangat.
- agak tidak sesuai bagi sahabat-sahabat yang kurang (kuasa sepuluh) rajin.
- bagi yang memang tidak punya masa untuk itu (masak)... tidak dapat pula untuk mencari masa itu (masak)... tidak dapatlah Muthiah hendak menolongnya.
Apapun, pilihan di tangan sendiri. Berbelanja mengikut kemampuan sendiri.
Muthiah : Waktu bujang dahulu, suka bawa bekal nasi goreng kampung pedas ke pejabat. Hampir setiap hari.