Monumen Alaf Baru, Putrajaya
Wednesday, February 06, 2013
Assalammualaikum. Insya-ALLAH, mulai hari ini Muthiah ingin berkongsi gambar-gambar (outing) Muthiah dengan suami. Saya budak baru belajar. Insya-ALLAH akan mempertingkatkan mutu dan usaha.
Lokasi : Monumen Alaf Baru, Putrajaya
Tarikh : 24 Januari 2013
Pemandangan waktu senja di Monumen Alaf Baru.
Tempat parkir kereta.
Nampak masjid tu? Masjid Putra, Putrajaya.
Muthiah tidak pasti jambatan apa. Betul tak apa yang Muthiah cari? Jambatan Seri Wawasan.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Muthiah kira, lebih dikenali dengan nama Masjid Besi.
Bagi yang hendak menjamu selera, boleh singgah di Umai Cafe. Sewaktu Muthiah ke sini, kafe ini tutup. Maka, tidaklah Muthiah tahu tentang harga-harga makanan di situ.
Oh... ini rupanya yang dikatakan sebagai Monumen Alaf Baru :)
Sepanjang perjalanan ini...
Seorang lelaki sedang merenung jauh. Moga ALLAH merahmatinya, insya-ALLAH.
Mahu jadi talent? Boleh ambil gambar dengan bunga-bunga di sini macam....
Ya... macam talent tidak bertauliah ini. Maaf, menyelit.
Baiklah. Cukup untuk hari ini. Insya-ALLAH... dari semasa ke semasa Muthiah akan berkongsi tentang lokasi menarik yang boleh dilawati.