Mencari Naurah (Bab 85)
Sunday, February 17, 2013
Novel | Mencari Naurah
Nota : Di atas adalah karya asal sebelum disunting untuk penambahbaikan.
Foto : Sekadar gambar hiasan. Kredit http://depositphotos.com.
Di
Alamanda...
“Umi,
Is hendak kereta ini,” matanya tidak berkelip memandang kereta mainan yang
tersusun elok di atas rak pameran.
“Kita
jalan-jalan dahulu,” aku membujuknya lembut. Mak ai, RM200. Boleh gugur
rambutku...
“Umi,
hendak beli teddy bear ini,” Maria pula menarik lenganku.
“Itu
Barbie Doll, Sayang.” Entah betul, entahkan salah. Yang pasti, ia bukanlah
seekor beruang tetapi tergolong dalam kategori anak patung!
“Hendak
juga, hendak juga, hendak juga ...” Maria menghentak-hentakkan kaki.
“Sabar,
Sayang. Kita jalan-jalan dahulu,” aku mengusap rambutnya perlahan.
“Alaaaa...”
Sedang
asyik melayan karenah mereka, mataku tiba-tiba tertumpu kepada satu sosok
tubuh. ‘Macam kenal,’ bisik hatiku. Ya, aku mengenalinya. Di sampingnya, ada
seorang kanak-kanak yang aku kira sama usia dengan anak-anakku. Semakin lama,
ia semakin hampir denganku. Akhirnya...
“Assalammualaikum,”
ucapnya perlahan.
“Waalaikumussalam,”
aku memandangnya antara percaya dengan tidak.
“Asha
kenal saya lagi?” lelaki itu tersenyum manis. Tampan...
“Anuar
bukan?” aku mengingat-ingat. Mataku masih lagi memerhatikan Iskandar dan Maria
yang agak aktif. Bukan sekadar aktif tetapi hiperaktif.
“Kenal
pun...” ia membalas. Masih lagi tersenyum.
“Comel
anak,” ujarku sambil membalas senyumannya. Ah, putera puteriku sudah punya
teman baru. Sesuai... sama-sama hiperaktif.
“Jangan
main kejar-kejar, Sayang,” aku segera memaut lengan Iskandar.
“Nanti
jatuh,” sambungku lagi.
“Betul,
betul, betul...” ia mengiyakan tetapi berlari-lari semula.
“Anak
buah daaa. Saya belum nikah lagi,” Anuar berterus-terang. Terkedu namun aku
cuba berlagak biasa. Mataku lebih tertumpu kepada pergerakan putera puteriku.
Khuatir kalau-kalau mereka terlanggar pelanggan lain tatkala sedang asyik
berkejaran. Tidak pun, jatuh tersungkur di dalam kedai yang padat dengan barang
mainan ini.
“Mana
Asyraf?” kepala Anuar berpusing-pusing memerhati sekeliling. Sekejap-sekejap,
ia menjenguk ke luar kedai. Hmmm... pasti tidak akan ketemu. Aku hanya diam.
Pura-pura tidak mendengar butir bicaranya.
“Manakah
perginya suami tercinta?” Senyum Anuar nampak tidak asli.
Hendak
tidak hendak, terpaksalah aku menjawab, “Asyraf sudah meninggal dunia lima
tahun lalu.”
“Iskandar,
Maria... mari sini,” aku memanggil anak-anakku. Sudah tiba masanya aku beredar
dari tempat ini.
“Apa???”
Seperti yang kuduga, Anuar pasti terperanjat.
“Arwah
terlibat dalam kemalangan jalan raya,” kataku dengar tidak dengar. Cukup
perlahan. Agak-agak hanya didengari oleh aku dan Anuar. Air mukaku berubah.
Sudah begitu lama aku tidak berbicara tentang dia.
“Inalillahiwainnailahirajiun,”
Anuar tertunduk. Lidahnya kelu. Aku turut bisu tidak mampu mengungkap sepatah
kata. Wajah Asyraf tiba-tiba hadir dalam hatiku.
“Umi,
hendak teddy bear itu,” pujuk Maria sambil menarik-narik bajuku. Masih dengan
‘beruangnya’ meskipun sudah kukatakan bahawa mainan itu merupakan anak patung.
“Umi,
hendak kereta ini,” Iskandar merengek-rengek pula. Ia sudah memeluk erat kereta
idamannya.
“Mahal,
Sayang,” aku berterus-terang. Aku menyayangi anak-anakku. Justeru, aku tidak
mahu melalaikan mereka dengan kemewahan meskipun Dato’ Ghazali telah
memperuntukkan sejumlah wang yang mencukupi untuk aku berbelanja buat mereka.
Sayang anak, biarlah berpada-pada. Kalau tidak, bisa menghancurkan masa depan
mereka.
“Alaaaa...”
mereka mengeluh serentak. Kemudian, berlari-lari kembali.
“Iskandar
anak sulung?” tanya Anuar.
“Mereka
saudara kembar,” jawabku pendek. Mataku tidak lekang memandang Iskandar dan
Maria yang semakin galak bermain-main.
“Berapa
tahun?” soal Anuar lagi.
“Insya-Allah,
bulan depan lima tahun.” Mataku membulat. Anak-anakku ini...
“Iskandar,
Maria, Arisya...” Anuar memanggil mereka perlahan tetapi agak tegas. Maria yang
sedang mengejar teman barunya berhenti mengejut.
“Pin,
pin...” jerit Iskandar.
“Hendak
berhenti, berilah isyarat. Macam dalam televisyen. Nasib baik tidak kemalangan.
Kalau tidak, siapa susah? Umi juga yang susah,” sambungnya lagi. Ia memandangku
sekilas kemudian berkalih kepada Maria yang sedang mencebikkan bibirnya. Anak
gadisku itu kemudiannya memuncungkan mulutnya ke arah Anuar.
“Maria...
tidak baik buat macam itu,” aku meninggikan suaraku sedikit.
“Betul,
betul, betul...” Iskandar menganggukkan kepalanya tanda menyetujui kata-kataku.
Hmmm... tidak pula kedengaran Maria menyambung kata-kata kembarnya sepertimana
biasa.
“Abi
panggil,” ujar Maria tanpa berfikir panjang. Aku dan Anuar sama-sama terkesima. Kami saling berpandangan. Ah, si anak kecil memang tidak tahu apa-apa.
“Pakcik...”
aku berbisik perlahan.
“Ini
Maria punya. Yang ini Iskandar punya,” Anuar segera menghulurkan anak patung
serta kereta yang menjadi idaman putera puteriku.
“Anuar...”
aku menggeleng tanda tidak setuju.
“Tidak
perlu,” tambahku lagi.
“Tidak
apa. Anggap sebagai cenderahati daripada saya setelah sekian lama tidak
berjumpa,” balasnya lalu membuat pembayaran di kaunter.
“Terima
kasih, Abi,” ucap Maria.
“Tidak
betullah...” sampuk Iskandar.
“Terima
kasih, Pakcik. Abi sudah meninggal dunia. Allah sayang abi. Sebab itu Allah
ambil abi,” bersungguh-sungguh anak sulungku itu memberi penerangan. Aku hanya
diam. Sebak... sudah sekian lama perihal Asyraf tidak diperkata sesiapa.
“Jom
kita pergi medan selera. Asha belanja,” aku mempelawa Anuar lembut.
“Boleh
sahaja. Rezeki jangan ditolak,” Anuar cepat-cepat memimpin Maria dengan erat
manakala aku pula memegang tangan Arisya dan Iskandar.
‘Alangkan
bahagianya kalau Asyraf masih ada.’ Tiba-tiba, air mataku jatuh ke pipi. Segera
aku mengesatnya. ‘Asha merindui Abang,’
bisik hati kecilku.
“Guna
sapu tangan ini. Saya masih belum guna,” Anuar menghulurkan sapu tangannya
kepadaku.
“Maafkan
saya kerana membuatkan Asha terkenang kembali arwah,” sambungnya lagi. Aku
semakin pilu...
Nota : Di atas adalah karya asal sebelum disunting untuk penambahbaikan.