Adoi... badan berbaulah!
Monday, February 25, 2013
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Bersemangat untuk memulakan kerja? Muthiah... Alhamdulillah. Setelah hampir seminggu berada di kampung, terasa fresh. Seronok berjumpa dengan ibu ayah serta adik-beradik. Moga ALLAH mempermudah perjalanan dan perancangan Muthiah hari ini. Dalam masa yang sama, tanamkan dalam hati...
Kita merancang. ALLAH merancang dan DIA-lah sebaik-baik PERENCANA.
Okey...
Pagi tadi, sambil Muthiah menyediakan sarapan pagi buat suami, Muthiah turut mendengar tazkirah Tanyalah Ustaz di TV9. Ustaz tersebut bercakap tentang kebersihan.
Ya. Pernah terdengar ungkapan ~ Kebersihan sebahagian daripada iman?
Justeru, hendak tidak hendak... mahu tidak mahu, kita hendaklah menitik beratkan kebersihan dalam diri dan hidup kita. Lagipun, sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sewajarnya kita mencontohi segala sesuatu yang ditunjuki baginda. Nabi ALLAH Muhammad merupakan seorang pembersih. Menurut cerita Ustaz (dalam rancangan tersebut), sewaktu Nabi SAW wafat, Sayidina Ali R.A. hanya menemui 10 helai uban di kepala dan 7 helai uban pada janggut baginda. Hal ini menunjukkan Nabi SAW amat mengutamakan kebersihan.
#Untuk kupasan lanjut, sila rujuk siaran ulangan (atau ada di Youtube?) Rancangan Tanyalah Ustaz TV9; 25 Februari 2013.
Bagaimana pula dengan diri kita?
Hari ini, Muthiah tidak mahu menyentuh terus tentang kebersihan. Namun, Muthiah ingin berbicara mengenai bau badan. Haaaa... boleh juga dikaitkan dengan kebersihan, bukan?
Pernah duduk di sebelah seseorang, dan hidung kita terasa 'sakit' dek kerana bau hapak yang disebarkannya?
Macam mana pula jika kita yang berada di tempat orang yang berbau hapak itu? Dengan lain perkataan, kitalah yang menyebarkan bau tersebut.
Hmm..
Tidak boleh salahkan juga. Bau ini 'semulajadi'.Betul? Kita sendiri pun, acap kali/ mengalaminya. Betul? Lebih-lebih lagi, bila...
Badan berpeluh. Bilakah badan seseorang berpeluh?
Betul atau tidak...
Jadi, hendak buat macam mana?
Kita mungkin tidak dapat mengelakkannya tetapi kita boleh berusaha mengurangkannya.
Mandi.
Kita merancang. ALLAH merancang dan DIA-lah sebaik-baik PERENCANA.
Okey...
Pagi tadi, sambil Muthiah menyediakan sarapan pagi buat suami, Muthiah turut mendengar tazkirah Tanyalah Ustaz di TV9. Ustaz tersebut bercakap tentang kebersihan.
Foto : Sekadar gambar hiasan.
Ya. Pernah terdengar ungkapan ~ Kebersihan sebahagian daripada iman?
Justeru, hendak tidak hendak... mahu tidak mahu, kita hendaklah menitik beratkan kebersihan dalam diri dan hidup kita. Lagipun, sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sewajarnya kita mencontohi segala sesuatu yang ditunjuki baginda. Nabi ALLAH Muhammad merupakan seorang pembersih. Menurut cerita Ustaz (dalam rancangan tersebut), sewaktu Nabi SAW wafat, Sayidina Ali R.A. hanya menemui 10 helai uban di kepala dan 7 helai uban pada janggut baginda. Hal ini menunjukkan Nabi SAW amat mengutamakan kebersihan.
#Untuk kupasan lanjut, sila rujuk siaran ulangan (atau ada di Youtube?) Rancangan Tanyalah Ustaz TV9; 25 Februari 2013.
Bagaimana pula dengan diri kita?
Hari ini, Muthiah tidak mahu menyentuh terus tentang kebersihan. Namun, Muthiah ingin berbicara mengenai bau badan. Haaaa... boleh juga dikaitkan dengan kebersihan, bukan?
Pernah duduk di sebelah seseorang, dan hidung kita terasa 'sakit' dek kerana bau hapak yang disebarkannya?
- Situasi - sewaktu sedang makan. Akibat - hilang selera makan/ hendak muntah dll.
- Situasi - sewaktu sedang solat berjemaah. Akibat - solat tidak/ kurang khusyuk dll.
- Situasi - sewaktu sedang mendengar ceramah/ kuliah. Akibat - rasa tidak selesa dll.
- Situasi - sewaktu tengah belajar. Akibat - hilang fokus!
- Situasi - sewaktu bersesak-sesak di dalam bas. Akibat - Have no choice. ______.
Macam mana pula jika kita yang berada di tempat orang yang berbau hapak itu? Dengan lain perkataan, kitalah yang menyebarkan bau tersebut.
- Sedarkah kita?
- Apakah reaksi orang di sekeliling kita?
- Pernah kena tegur? Jika pernah, apa pula tindakan kita? Buat 'dek' sahaja? Atau, fikirkan sesuatu untuk mengurangkan bau badan kita?
Hmm..
Tidak boleh salahkan juga. Bau ini 'semulajadi'.
Badan berpeluh. Bilakah badan seseorang berpeluh?
- Duduk tengah panas.
- Buat macam-macam kerja. Sekejap ke sana. Sekejap ke sini.
- __________________
Betul atau tidak...
- Ada yang berpeluh tanpa bau.
- Ada yang berpeluh dengan 1001 bau.
Apa lagi punca badan berbau?
- ______________________
- ______________________
- ______________________
Kita mungkin tidak dapat mengelakkannya tetapi kita boleh berusaha mengurangkannya.
Mandi.
- Mulakan hari/ aktiviti kita dengan mandi pada awal pagi. Ustaz dalam TV9 cakap, kalau ada asma, sebaiknya mandi dengan air sejuk. Bermula dari kaki dan ke atas. Sental badan dengan sabun. Jangan lupa gosok gigi. Jadikan amalan harian kita.
- Kalau boleh, paling tidak... mandilah dua kali sehari. Sebelah pagi sebelum ke tempat kerja dan sebelah petang/ malam, sesudah balik daripada kerja. Iyalah. Seharian kita beraktiviti.
- Muthiah pernah terbaca, bersugi adalah sunnah Nabi (boleh cari sendiri ya).
- Selain itu, Muthiah juga pernah terlihat di dalam akhbar, 'Salah satu faktor mulut berbau busuk adalah kerana seseorang itu tidak menjaga kebersihan mulutnya.' Salah satu cara untuk menjaga kebersihan mulut ialah dengan gosok gigi/ bersugi. Kalau hendak tambah dengan berkumur lagi baik. Ada masa dan ruang, boleh buat pemeriksaan gigi dan mulut.
Jaga pemakanan. Betul tak?
- Muthiah pun tidak pasti. Nanti, cubalah rujuk dalam mana-mana artikel tetapi bagi Muthiah... dalam bab pemakanan ini... makanlah makanan yang HALAL. Bukan setakat menghindari arak atau babi tetapi tanya balik pada diri, 'Dari mana datangnya sumber rezeki kita?' - Daripada ALLAH, pasti! Persoalan kedua, sumbernya halal atau sebaliknya?
Okey. Terlewat sudah masuk pejabat. Yang baik, jadikan panduan. Yang tidak baik, abaikan. Yang tidak mengikut citarasa... fikir-fikirkan. Salam ukhwah penuh kasih sayang.