Apabila karya tersiar di majalah...
Saturday, February 09, 2013
Assalammualaikum.
Mulakan hari kalian dengan senyuman. Muthiah… Alhamdulillah. Baik-baik sahaja,
insya-ALLAH. Doakan terus baik ya. Tidak ada seorang pun manusia di atas muka
bumi ini yang sempurna. Hanya Nabi SAW yang maksum. Maka, yuk kita berusaha
untuk jadi baik dan lebih baik…
- Baik hati.
- Baik tingkahlaku.
- Baik tutur bicara.
- Baik dalam melaksanakan amanah.
- Baik ____________.
Tidak
mampu buat semua, usah sekali-kali tinggal segalanya. Yeah!
Foto :Sekadar gambar hiasan.
Sepanjang pengalaman Muthiah, penerbit majalah Aniqah secara konsisten memberi saguhati apabila karya terbit.
Okey.
Ada yang bertanya, “Kalau kita hantar
cerpen ke majalah, mereka bayar tak?”
Jawapan.
- Ada penerbit yang bayar.
- Ada juga yang tidak bayar.
- Ada yang mula-mula bayar, kemudian tidak (mengikut pengalaman Muthiah).
“Kenapa hantar cerpen ke
sana? Dia tak bayar. Padahal, iklan yang diterima sahaja sekian… sekian…
sekian.”
Secara
peribadi, Muthiah sendiri tidaklah berkira mana, sama ada penerbit tersebut
memberi saguhati atau sebaliknya. Tengok cerpen tersiar dalam majalah pun sudah
gembira, senyum tidak lekang sampai ke telinga. Namun, tidak Muthiah nafikan… ‘Siapa yang tidak mahukan saguhati atas
penat lelah yang dilakukan?’ Menulis cerpen, tidaklah semudah membacanya. Full stop.
Hmm…
Hendak
coret apa lagi, ya? Muthiah sendiri, kalau dapat Alhamdulillah. Kalau tidak
dapat, Muthiah tidak minta MELAINKAN dinyatakan ‘Sekiranya cerpen tersiar, akan
mendapat sekian sekian sekian…’ Dalam hal sebegitu, Muthiah akan follow up. Itu pun tidaklah
berkali-kali. Kalau tidak dapat juga, Muthiah berdiam sahajalah.
Jadi…
Bagi
rakan-rakan penulis yang Muthiah kasihi fillah… tepuk dada, tanya hati sendiri.
Bukan mudah hendak berjaya. Tidak senang hendak menggapai impian, seterusnya mencapai
cita-cita. Apa yang penting, tidak sekali-kali kita berputus asa. Ikhlaskan
hati (payah ni), betulkan niat (pun sukar)… lakukan segala sesuatu kerana
ALLAH.
Okey.
Beransur dahulu. Moga coretan ini sedikit sebanyak menjawab persoalan yang
terbuku.
Ya, saya juga pernah merasainya. Semuanya itu segala cabaran yang perlu ditempuhi oleh seorang penulis. Bergantung pada diri sendiri dan tujuan dia menulis. Namun, pihak tertentu janganlah mengambil kesempatan.
Bagusnya Kak Muthiah. Saya pun pernah tidak mendapat sebarang saguhati untuk tiga buah cerpen yang pernah tersiar walaupun tertulis akan mendapat wang tunai dan hadiah. Pernah juga menghubungi editor, dan mendapat respon untuk itu. Tetapi saguhati masih tiada walaupun sudah dua tahun~
Bagusnya kak muthiah. saya juga pernah tidak menerima sebarang saguhati untuk tiga buah cerpen saya yang tersiar walaupun ditulis akan mendapat wang tunai dan saguhati. Pernah juga menghubungi editor, dan mendapat respon. Namun sekadar respon telefon tanpa tindakan susulan. Sedih juga rasanya. Lagipun saya masih baru dalam bidang penulisan kreatif ni~
Ya. Pihak tertentu sewajarnya tidak mengambil kesempatan tetapi begitulah. Hendak berkira sangat, dikhuatiri kena blacklist. Sebagai penulis yang baru belajar... belum punya pengalaman dan nama... punya minat mendalam pula pada dunia ini, pejam sebelah mata sahajalah. Apapun Allah Maha Adil. Lihat sahaja Sdr. Helmi. Berkat kesabaran, sekarang sudah boleh tersenyum lebar melihat pencapaian yang semakin baik.
Buat Adik Wanariahamiza, yuk kita terus menghasilkan karya yang berkualiti. InsyaAllah, apabila kita tidak kenal erti putus asa, kita pasti akan mendapat yang lebih baik daripada itu.
Bagi teman-teman seangkatan, bak Muthiah katakan... tepuk dada, tanya sama diri sendiri. Moga kita semua terus sukses di lapangan ini, insyaAllah.