Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Assalammualaikum. Apa khabar?


Semalam, Muthiah ada kongsi pasal Monumen Alaf Baru. Apa kata Muthiah lengkapkan perkongsian tersebut dengan foto-foto menarik Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi pula. 

Tarikh : 26 Januari 2013


Kubah masjid.

Solat itu tiang agama. Jadi, perkukuhkan tiang tersebut dalam diri, insya-ALLAH.

 Yang membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam antaranya ialah solatnya.

Yuk solat pada awal waktu - Peringatan utama buat diri ini.

Pemandangan dari atas masjid. Boleh nampak Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan dan Monumen Alaf Baru.

Lagi pemandangan...

 Tingkat atas... (Tidak tahu ada apa. Muthiah tidak naik)

 Waktu solat bagi kawasan Putrajaya.

 Cantik tak?

 Ruang masjid yang luas.

 Kelihatan pasangan pengantin sedang mengabdikan gambar di kawasan masjid.

Eh, ada eskalator.

 Jom jalan naik tangga...

 Bagi yang tidak larat berjalan ke tempat mengambil wuduk atau dewan solat, bolehlah naik lif.

 Tempat mengambil wuduk bagi lelaki.

 Perlu tanggalkan kasut setelah masuk ke dalam masjid. Sila lihat tanda yang tersedia.

 Lagi pemandangan indah dari atas masjid, di atas masjid.

Kerja-kerja pembersihan kolam sedang dijalankan. Moga ALLAH merahmati.

Cukup setakat ini. Moga mendapat manfaat daripadanya. Marilah sama-sama kita memperelok solat kita.

SELAMAT DATANG KE PUTRAJAYA.

Nota : Gambar adalah hakcipta terpelihara (daripada Jurufoto  APR)
Labels: | edit post
0 Responses