Temasya Pantun Melayu Serumpun
Thursday, November 01, 2012
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Sekarang, sedang berusaha kental untuk merombak dan membaiki manuskrip yang selesai ditulis. Moga-moga, akan hadir feel itu.
Lagi lapan minit, pukul 9.00 pagi. Sampai masa untuk masuk pejabat. Maka, tidak dapat bercoret panjang lebar. Apa kata Muthiah berkongsi pengalaman sewaktu menyertai Temasya Pantun Melayu Serumpun di Melaka dan Kuala Lumpur baru-baru ini. Biar gambar berbicara.
Jeng jeng jeng. Bersama rakan penulis di Alaf 21, Kak Fida Rohani yang cantik rupawan, tidak dimamah usia.
Okey. Muthiah sudah lewat 20 minit. Kalau punch card, pasti sudah merah. Haha...

Ehe. Ini adalah gambar Si Jantung Hati Muthiah yang banyak mendorong dan memberi semangat kepada Muthiah untuk tidak berputus asa dalam mengejar cita-cita. Sungguh! Menulis itu tidak semudah yang disangka. Menjadi penulis yang boleh mendidik masyarakat pun tidak senang. Moga ALLAH memberi kesihatan yang baik, juga ketenangan jiwa padanya.
Pelajar-pelajar IPG Kota Bharu. Apakah istimewanya mereka? Ya. Mereka adalah best friend Muthiah ketika berada di Melaka. Terasa muda. Comel dan kacak kesemuanya.
Sahabat baharu Muthiah dari Makassar. Dari kiri adalah pengarah filem, yang tengah masih belajar manakala hujung sekali adalah pensyarah di sana. Sangat baik ketiganya. Moga dapat ketemu lagi nanti, insya-ALLAH.
Muthiah dengan Ibu Hajjah yang pandai berpantun dan berdondang sayang. Katanya, beliau juga menulis buku dan menyanyi dangdut.
Ini pula, kawan-kawan baharu Muthiah sewaktu berprogram di Kuala Lumpur. Terima kasih, Pak Abu sebab tumpangkan Muthiah naik kereta ke DBP.
Tuan Yusof yang membawa Muthiah menyertai program ini. Terima kasih banyak-banyak, Atok (bak kata pelajar-pelajar IPG Kota Bharu).
Orang kuat LEPAS.
Pertama kali bertemu dengan Tuan Sharif dari PELITA.
Jeng jeng jeng. Bersama rakan penulis di Alaf 21, Kak Fida Rohani yang cantik rupawan, tidak dimamah usia.
Okey. Muthiah sudah lewat 20 minit. Kalau punch card, pasti sudah merah. Haha...
Assalamualaikum, :)
Ceritakan lebih lanjut Pesta Pantun Serumpun, macam menarik. Semoga yang tidak berpeluang hadir juga dapat menikmati pengalaman indah itu.
~Peminat pantun~
Waalaikumussalam, CikPuan Hazlina,
Insya-ALLAH, nanti kelapangan saya coretkan lagi. Agak sibuk mengejar deadline sendiri sekarang ya.
Terima kasih ^_^