Temasya Pantun Melayu Serumpun (D1)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Tidak sabar untuk bercuti esok dan lusa? Muthiah... pagi ini, insya-ALLAH hendak edit manuskrip. Selepas solat Zohor, hendak beristirahat. Petang ini sampai Ahad ada urusan penting yang perlu dipenuhi, insya-ALLAH. Doakan segalanya dipermudahkan ALLAH ya.

Okey. Mahu tulis apa ya? Enggak ada idea. Hmm...

Oh ya. Teringat permintaan CikPuan Hazlina baru-baru ini. Apa kata Muthiah lanjutkan perkongsian pengalaman sewaktu Temasya Pantun Melayu Serumpun yang berlangsung di Melaka pada 16 hingga 19 Oktober 2012.


16 Oktober 2012


Muthiah dan suami selamat sampai ke Perkampungan Seni Muara, Sungai Duyong, Melaka pada jam 10.00 malam (atau lebih). Pada waktu ini, berlangsung satu majlis tetapi Muthiah dan suami tidak sempat untuk turut serta.


Kami sampai, kami terus menjamu selera. Semeja dengan Ketua Satu GAPENA lagi (hahaha), Prof. Dato' Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar. 


Akhirnya, kami tiba ke tempat penginapan di Kak Long Chalet Resort. Kena tidur awal sebab esoknya seminar berlangsung awal dan sangat padat.

Okey. Sudah kelewatan masuk pejabat. Lain waktu Muthiah kongsi lagi, insya-ALLAH.
Labels: | edit post
2 Responses
  1. Salam, kembali bertemu.
    Terima kasih kerana sempat menyisipkan juga pengalaman di sana walaupun dalam kesibukan.

    Ada waktu, sambung lagi :)


  2. Salam, CikPuan Nur Hazlina.

    Insya-ALLAH. Moga sabar menanti ya :)

    ps : Saya cuba masuk ke blog CikPuan tetapi tidak dapat. Ada link?