Muhasabah Aidiladha
Wednesday, October 31, 2012
Assalammualaikum.
Huh! Sudah lama tidak mengemaskini blog. Suami pun sampai kelu kata-kata, tidak tahu bagaimana lagi mahu memberi dorongan agar bersemangat menjaga 'rumah' yang satu ini. Tepuk dada, tanya selera. Bukan tidak mahu tetapi kesuntukan masa. Alasan!
Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini? Muthiah... secara keseluruhannya, Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Seronok walaupun keletihan. Cuma...
Ada satu perkara yang Muthiah tidak suka.
Bukan tidak suka pada Polan bin Polan... bukan juga pada sikap seseorang tetapi terhadap PILIHAN Muthiah sendiri.
Astaghfirullah. Hari yang baik... dikotori dengan memakan daging sesama manusia. Bukan sedap pun tetapi tetap mahu melakukannya. Huhu...bukankah mereka yang mendengar itu dikira terlibat sama? Kalau bersemangat untuk mendengar dan turut mengeluarkan pendapat, macam mana pula? Kemudian, mulalah rasa berdosa.
Itulah... sendiri mahu ingat!
Hendak berterus-terang, nampak kemudaratannya lebih besar. Maka, istighfar banyak-banyak. Kena bertegas pada diri sendiri untuk tidak melibatkan diri tapi...
Tapi apa lagi?
Mati tidak tahu bila, tetap mahu menambah dosa?
Tapi...
Huhu... mahu ambil tahu juga.
Aduh aduh aduh, sesungguhnya manusia itu acap kali lupa dan alpa. Tahu wujudnya api neraka. Terasa takut untuk menghampirinya namun tidak gentar untuk menjerumus diri ke dalamnya.
Siapa yang tidak gentar?
Tepuk dada, tanya iman. How are you today, My Iman?
Astaghfirullah...
Moga ALLAH ampun dosa. Namun! Bagaimana halnya jika salah itu kepada sesama manusia?
Sahabat-sahabat Muthiah macam mana? Ada terjerumus juga?
Ayuh kita bermuhasabah kembali :
Sesungguhnya, kepada ALLAH sebaik-baiknya kita meluah rasa.
Huh! Sudah lama tidak mengemaskini blog. Suami pun sampai kelu kata-kata, tidak tahu bagaimana lagi mahu memberi dorongan agar bersemangat menjaga 'rumah' yang satu ini. Tepuk dada, tanya selera. Bukan tidak mahu tetapi kesuntukan masa. Alasan!
Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini? Muthiah... secara keseluruhannya, Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Seronok walaupun keletihan. Cuma...
Ada satu perkara yang Muthiah tidak suka.
Astaghfirullah. Hari yang baik... dikotori dengan memakan daging sesama manusia. Bukan sedap pun tetapi tetap mahu melakukannya. Huhu...
Itulah... sendiri mahu ingat!
Hendak berterus-terang, nampak kemudaratannya lebih besar. Maka, istighfar banyak-banyak. Kena bertegas pada diri sendiri untuk tidak melibatkan diri tapi...
Tapi apa lagi?
Mati tidak tahu bila, tetap mahu menambah dosa?
Tapi...
Aduh aduh aduh, sesungguhnya manusia itu acap kali lupa dan alpa. Tahu wujudnya api neraka. Terasa takut untuk menghampirinya namun tidak gentar untuk menjerumus diri ke dalamnya.
Siapa yang tidak gentar?
Tepuk dada, tanya iman. How are you today, My Iman?
Astaghfirullah...
Moga ALLAH ampun dosa. Namun! Bagaimana halnya jika salah itu kepada sesama manusia?
Sahabat-sahabat Muthiah macam mana? Ada terjerumus juga?
Ayuh kita bermuhasabah kembali :
- Hindari diri daripada mendengar atau mengata.
Huhu... fitrahnya, kita memang suka bergosip. Baca gosip. Dengar gosip. Sekali sekala, menambah juga. Mana boleh diam sahaja.
Ingat ALLAH, kita takut api neraka. Jom larik!
Ingat ALLAH, kita takut api neraka. Jom larik!
- Meluah rasa tidak salah tetapi tengoklah... biar kena pada tempatnya.
Sesungguhnya, kepada ALLAH sebaik-baiknya kita meluah rasa.
- Jom ingat mati, menjadikan kita lebih berwaspada.
- Perbanyak melihat kelompangan diri, sebelum mencari kecacatan orang lain.
Biasalah. Mata kita hanya nampak di hadapan. Kita tidak dapat melihat koyak pada pakaian kita sendiri. Sekiranya dapat tengok pun, setelah kita meneliti sungguh-sungguh. Koyak pada sebelah belakang, lagi lagilah. Tidak akan tahu melainkan diberitahu. Jadi yuk... kita islah diri... kita berusaha keras untuk menjadi yang terbaik pada pandangan ALLAH (insya-ALLAH, akan baik juga pada sisi pandangan manusia).
Banyak lagi sebenarnya muhasabah yang boleh dikongsikan tetapi cukuplah setakat ini. Manuskrip belum diterjah lagi. Nampak gaya, petang nanti baru mula, insya-ALLAH.
Sebelum berundur diri...
Maaf salah silap daripada Muthiah. Insya-ALLAH... Muthiah akan berusaha untuk menjadi lebih baik daripada semalam meski Muthiah tahu. Selaku manusia, sukar untuk memuaskan hati manusia lainnya. Serah sahaja pada ALLAH yang Maha Teliti Penghitungan-NYA.
Muthiah : Berusaha!