Ada berani?

Assalammualaikum. 

Berita pagi bagi mereka yang belum maklum.



Alhamdulillah. Genjatan senjata berlaku dan disambut begitu meriah sekali dan buat pertama kali kemenangan begini berlaku pada Palestin. Semua bersatu hati tanpa mengira parti sama ada Fatah atau Hamas. Sungguh terharu sambutan di sini, kedengaran laungan azan, takbir dan laungan semangat daripada pemuda-pemuda GAZA. 

Penduduk GAZA bila berjumpa terus ucap terima kasih kepada Malaysia kerana mereka tahu kalian semua sentiasa berdoa dan berusaha untuk GAZA. 


Allah hu Akhbar ~ Sani Araby Al-Kahery

Teringat kata-kata seorang teman, "Islam pasti akan menang satu hari nanti. Cuma, adakah kita merupakan salah seorang yang menjadi pendokong dan penyokong kepada perjuangan Islam tersebut. Fikir-fikirkan. Islam yang memerlukan kita atau kita yang sebenarnya yang memerlukan Islam?" 

Ya, betul.

Islam yang perlukan kita @ kita yang perlukan Islam?
ALLAH yang perlukan kita @ kita yang perlukan ALLAH?

Persoalan ; Siapa kita tanpa ALLAH?


JIHAD DI GAZA

Sungguh. Muthiah kagum dengan para pemuda, pemudi dan sesiapa sahaja yang berani berjuang ini (maksud Muthiah, turun ke medan perang). 

Perbualan dahulu kala dengan sang murabbiah Muthiah ingat-ingat kembali...


Gambar hiasan

"Akak, Adik tengah baca sirah Nabi SAW sekarang," beritahu Muthiah pendek.

Sang murabbiah memandang tepat anak mata Muthiah.

"Ya."

Muthiah menghembus nafas perlahan.

"Adik rasa, Adik tak cukup berani untuk menjadi seperti mereka. Adik takut membayangkan diri berada di tengah-tengah medan perang. Bila-bila sahaja boleh terkorban," Muthiah berterus-terang.

Dalam hati, mahu menjadi salah seorang syuhadah yang berjuang untuk mempertahankan negeri dan agama-NYA namun terbit rasa gentar dalam diri. Mulut kata mahu, sanubari gentar dan takut! 

Adakah Muthiah seorang pengecut?
Adakah Muthiah tidak ikhlas kepada ALLAH?

Sang murabbiah tersenyum kecil. 

"Adik masih belum bersedia..."

"Kalau akak?" sampuk Muthiah pula. 

Sang murabbiah mengangguk perlahan.

"Insya-ALLAH. Sekiranya sampai arahan atasan, akak bersedia untuk itu," dia memberitahu penuh yakin.

Muthiah mendengkus kecil. Sedih kerana tidak termasuk dalam lingkungan mereka yang berjuang itu walhal pilihan adalah di tangan sendiri. Tepuk dada, tanya iman.

"Dekatkan diri pada ALLAH. Akrabkan hati dengan PENCIPTA. Insya-ALLAH, kekuatan dan keberanian itu akan hadir," tambah sang murabbiah lagi.

Perbualan sekejap dan pendek tetapi punya intipati yang besar. Sepertimana yang sering Muthiah ungkapkan. Kita bukanlah siapa-siapa. Hendak angkat jari kelingking sendiri pun kita tidak kan berdaya tanpa izin daripada ALLAH. Maka hendak tidak hendak, mahu tidak mahu, kita perlu kembali kepada-NYA.

Bagaimana?

Ya. 

  • Akrabkan diri dengan PENCIPTA. 
  • Ungkapkan dalam jiwa, 'Hidup dan mati ini hanya untuk DIA'.
  • Hindari maksiat.
  • Banyakkan berzikir, beristighfar dan bertaubat.
  • Rendahkan hati dan diri di hadapan-NYA.
  • Tanam keyakinan yang mendalam (tawakal) kepada-NYA.
  • Usaha + usaha + usaha.
  • Sentiasa cuba buat yang terbaik.
Muthiah : Perangi hawa nafsu + sifat mazmumah.
4 Responses
  1. Assalamualaikum Kak. Sihat ke? Wah semakin rancak menulis sekarang ni. Ada buku baru lagi ke? 1 Hari 1 Cerita tu? Kagum sangat.

    Em, kak nak tanya akak ada cerpen Maafkan Aku kan? Akak tahu tak cerpen tu tersiar di Mingguan Wasilah pada tahun 2009?


  2. Waalaikumussalam, Alhamdulillah. Sihat cuma ketandusan idea. Apa macam... ada baik? Banyak karya yang dihasilkan? Moga kita sama-sama sukses dalam lapangan ini, insya-ALLAH.

    Buku 1 Hari 1 Cerita...

    Ya. Insya-ALLAH bakal diterbitkan tidak lama lagi. Sudah ada promosi di FB. Teruja juga. Alhamdulillah.

    Hmmm....

    Akak cari balik cerpen lama akak. Helmi maksudkan cerpen ni ke? -> http://siti-muthiah.blogspot.com/2010/03/maafkan-aku.html. Cerpen ini merupakan cerpen awal akak masa mula-mula nak belajar menulis. Tersiar dalam MW ke? Akak tak tahu. Helmi ada keratan akhbar tu? Kalau ada, akak nak beli.


  3. Alhamdulillah. Saya sekadar menulis cerpen dan rencana saja sekarang ini.

    Ya, cerpen itulah. Akak tak tahu ke? Akak tak semak ke semasa akak hantar ke Mingguan Wasilah? Akhbar inipun dah mati rasanya.

    Saya tiba-tiba saja teringatkan akak, lepas tu, teringatkan cerpen ini. Rasanya cerpen ni akak punya. Semak-semak ya, betul. Tersiar untuk edisi 26 Julai-1 Ogos 2009. Lama tu.

    Jual? Tak kot. Tp kalau akak nak, saya boleh tangkap gambar dan sent ke emel akak. Boleh tinggalkan emel akak. Nanti saya hantar.


  4. Tak apa. Bermula dengan cerpen dan rencana. Rencana... akak baru tulis sekali. Dengan Milenia. Lepas tu, menyepi dah.

    OIC... Insya-ALLAH, lain kali... ada rezeki dan peluang, boleh jumpa. Mana tahulah. Hari tu, sudah berada di tempat yang sama tapi tidak kenal pula.

    Ehe. Huhu... Akak memang tak tahu. Sewaktu awal-awal belajar menulis... akak bermula dengan menulis cerpen. Iyalah. Tak tahu apa-apa.

    Buat.. hantar di majalah. Kemudian, semak. Akan tetapi, tidak ada satu pun yang tersiar. Akan tetapi, akak cuba lagi. Buat dan buat. Rasanya, lebih 25 cerpen akak buat dan cuba hantar, baru mula diterima terbit. Sebab tu sebelum ni tak pernah semak.

    Nanti, e-mel akak ya - xpdcsolehah99@gmail.com. Untuk koleksi peribadi. Biasa akak simpan di blog dan satu album di FB. Nanti, mudah nak cari balik. Terima kasih banyak-banyak :)