Ayam Masak Kuzi
Wednesday, November 28, 2012
Assalammualaikum. Selamat tengah hari. Moga kita semua berada di bawah rahmat ALLAH senantiasa.
Apa macam...
Moga baik-baik hendaknya. Kitalah yang membuat pilihan.
Okey. Tidak mahu merapu panjang. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi resipi Ayam Masak Kuzi yang Muthiah buat pagi tadi. Jom...
Oh, ini bukan ayam masak kuzi. Ini bekal untuk berpiknik di pejabat suami sementelah beliau perlu bekerja lebih masa pada Isnin lepas. Masak siap-siap, hantar dan makan di pejabat. Pernah cuba buat? Ayuh, kita berkelah di pejabat suami! Huhu...
Bahan-bahan
(1)
4 ketul ayam - digoreng dengan bawang putih dan garam (Muthiah kisar bawang putih)
2 sudu minyak sapi
1/2 tin susu cair
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kismis
10 biji buah badam - direbus, kemudian buang kulit
2 sudu cili kering (sudah dikisar)
2 biji bawang merah - jadikan bawang goreng
2 sudu tomato puri
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 tangkai bunga cengkih
Gula dan garam secukup rasa
(2)
Bahan ditumbuk sekaligus
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Cara membuatnya
Mudah, bukan? Untuk pengetahuan, ini bukan resipi turun temurun famili. Di Pasir Mas, ibu mertua Muthiah masak menggunakan rempah yang dijual di pasar. Di Sungai Tong pula, mak tidak pernah buat masak kuzi. Maka, Muthiah pun carilah... google dan buku kan ada? Oleh sebab info tidak lengkap, Muthiah pun masak mengikut cara Muthiah sendiri. Ambil bahan-bahan sahaja. Huhu...
Alhamdulillah, menjadi. Maka, usah ragu-ragu untuk mencuba.
Akan tetapi! Muthiah tidak bertanggungjawab atas kemudaratan yang berlaku. Hahaha...
Selamat mencuba.
Apa macam...
- tugasan di tempat kerja?
- keadaan di rumah?
- hubungan dengan orang di sekeliling; suami/isteri, anak-anak, ibu ayah, adik beradik dll?
Moga baik-baik hendaknya. Kitalah yang membuat pilihan.
- Sama ada mahu positif atau sebaliknya.
- Sama ada mahu berterusan berduka atau bergembira.
- Sama ada mahu berkawan atau bermusuhan.
Okey. Tidak mahu merapu panjang. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi resipi Ayam Masak Kuzi yang Muthiah buat pagi tadi. Jom...
Oh, ini bukan ayam masak kuzi. Ini bekal untuk berpiknik di pejabat suami sementelah beliau perlu bekerja lebih masa pada Isnin lepas. Masak siap-siap, hantar dan makan di pejabat. Pernah cuba buat? Ayuh, kita berkelah di pejabat suami! Huhu...
Ayam Masak Kuzi
Bahan-bahan
(1)
4 ketul ayam - digoreng dengan bawang putih dan garam (Muthiah kisar bawang putih)
2 sudu minyak sapi
1/2 tin susu cair
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kismis
10 biji buah badam - direbus, kemudian buang kulit
2 sudu cili kering (sudah dikisar)
2 biji bawang merah - jadikan bawang goreng
2 sudu tomato puri
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 tangkai bunga cengkih
Gula dan garam secukup rasa
(2)
Bahan ditumbuk sekaligus
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Cara membuatnya
- Tumis bawang putih dengan minyak sapi. Setelah naik bau, masukkan semua bahan (1) dan (2) dalam periuk.
- Masak dengan api kecil. Apabila menggelegak sedikit, masukkan garam serta gula. Kalau rasa pekat sangat, boleh masukkan air sedikit.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan.