Mencari Naurah (Bab 67)
Sunday, November 18, 2012
Novel | Mencari Naurah
“LENA Asha tidur semalam,” kata Asyraf setelah aku mencelikkan mata.
“Abang pula tidak boleh tidur sebab tengok Asha tidak tidur.” Dia menambah.
|
Mataku
segera kubulatkan. “Abang tidak lena malam tadi?” Terkejut dengan kata-katanya,
aku terus bertanya. Walhal, aku lihat Asyraf begitu lena dibuai mimpi.
“Abang
tidak dapat tidur. Asha nampak gelisah malam tadi. Apa yang Asha fikirkan?”
Asyraf bertanya lagi.
Aku
sekadar tersenyum. “Letih sangat agaknya...” aku berdalih. Aku tahu, aku harus
berkongsi rasa dengannya. Asyraf bukanlah orang lain. Dia sudah sah bergelar
suamiku tetapi lidahku kelu untuk bersuara.
“Abang
sudah sediakan air suam. Asha minum, kemudian kita solat sama-sama,” ujarnya
lembut.
Mujur
Asyraf tidak banyak soal. Kalau tidak, entah apa yang harus kukatakan.
Setelah minum air suam yang disediakan
Asyraf, aku pun berlalu ke bilik air. Aku berkumur dan memberus gigiku dengan
ubat gigi Safi perlahan-lahan. Sesudah itu, aku pun mengambil wuduk penuh
tertib.
Selesai semuanya, aku keluar dari bilik air.
Nampaknya, suamiku sedang mengaji al-Quran. Aku tersenyum sendiri.
"Abang sudah solat sunat?" soalku.
Asyraf mengangguk.
"Asha solat sunat dahulu, kemudian kita
solat subuh berjemaah, ya?" aku memohon keizinan.
"Baik," balas Asyraf pendek. Ia
kemudian meneruskan bacaan al-Qurannya.
“Abang, maafkan salah silap Asha,” ucapku
sewaktu mencium tangan Asyraf sesudah
menunaikan solat subuh.
“Asha
ada buat salah?” Asyraf merenung dalam mataku.
“Tidak
ada. Manalah tahu. Kalau-kalau Abang ada terasa atau Asha ada tersalah cakap
atau tersalah fikir,” aku berbasa-basi.
“Tersalah
fikir? Apa yang Asha fikirkan?” Dahi Asyraf berkerut.
“Tidak
ada apa-apa. Maksud Asha, kalau ada.” Aku berdalih lagi. Ah, masih banyak yang
harus aku pelajari. Aku cuba untuk berkongsi rasa dengan Asyraf tetapi lidahku
masih lagi kelu.
‘Natasha,
jangan berputus asa. Baru empat hari kamu bernikah. Ambil masa untuk lebih
mengenali,’ aku menyedapkan hatiku sendiri.
“Sha,
jom jalan-jalan tepi pantai,” ajak Asyraf sambil menyarungkan celana hitam yang
baru dibelinya di Pasar Siti Khadijah.
“Baik,
abang.” Aku segera mencapai
tudung hitam yang tersangkut pada hanger lalu menyarungkannya di atas kepala.
Kami kemudiannya berjalan berpegangan tangan menyusuri pantai…
“Dalam hidup, Abang impikan sebuah keluarga
sakinah,” Asyraf memulakan bicara.
“Abang mengajak manusia kepada ALLAH. Abang menyeru orang lain kepada kebaikan.
Abang betul-betul mahu menjadi salah daripada seorang pejuang agama ALLAH,”
sambungnya.
Ya,
Asyraf dan dakwah memang tidak dapat dipisahkan. Dia membawa Islam dengan
akhlak dan keperibadiannya yang begitu tinggi. Ketulusannya membuatkan mata
yang memandang jatuh cinta. Bukan sekadar jatuh hati kepada pegangannya, bahkan
terhadap dirinya jua.
“Abang
mahu setiap orang berpegang teguh kepada ajaran ALLAH. Abang bahagia tatkala
melihat mereka yang didakwah menjadi insan berguna. Sekurang-kurangnya, ilmu
yang abang bawa dimanfaat oleh orang lain sebaiknya.”
Aku
diam menantikan bait bicaranya. Tangannya kupegang erat.
Gambar hiasan
“Namun,
bukankah ALLAH pernah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud,
apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan, ‘Kami
telah beriman,’ sedang mereka tidak diuji? Itu janji ALLAH yang sering abang
ungkap-ungkapkan,” Asyraf menambah.
“Ada
yang diuji hatinya. Ada juga yang diuji dalam pelajarannya tetapi ALLAH menguji
abang dengan keluarga abang sendiri.” Dia merenungku dalam. Mungkin mengharapkan
satu pengertian. “Walaupun mama kadang-kadang bertindak di luar batasan, tetapi
dia tetap ibu yang melahirkan abang...
Meskipun mama begitu banyak mencabar kewibawaan papa, dia tetap isteri
yang telah melahirkan zuriat buat ayah abang...
Abang
mengharapkan cahaya bakal menyinari hidup keluarga Abang.” Dia menggenggam erat
tanganku.
“Kehadiran Asha diharap dapat mengubah segalanya,” kata-katanya mati
di situ.
Nah,
satu tugasan berat yang bakal kupikul. Patutlah Asyraf tidak membenarkan aku
bekerja kerana sudah ada kerja yang lebih penting di hadapanku. Asyraf sudah
menyediakan pekerjaan yang tidak pernah aku duga.
Secara tidak langsung, Asyraf
sebenarnya sudah melantikku sebagai jurujual di kediamannya sendiri...Sepertimana yang disebut ALLAH dalam surah
at-Taubah ayat 111 yang bermaksud, ‘Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada
orang Mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
Mereka berperang di jalan ALLAH; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah
menjadi) janji yang benar daripada ALLAH di dalam Taurat, Injil dan al-Quran.
Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada ALLAH? Maka
bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah
kemenangan yang besar...’
Aku
diam seribu bahasa...
“Asha
boleh bantu Abang?” soal Asyraf, menyedarkanku daripada lamunan.
“Insya-ALLAH,”
ungkapku perlahan. Air mataku mengalir sayu di pipi. Begitu hebat kata-katamu, wahai suamiku.
“Sampai
masa, kita akan berhijrah. Sampai masa juga, jika Asha mahu bekerja, abang akan
izinkan.” Asyraf diam sebentar. “Asha usah bimbang tentang mak Asha... Mak Asha
adalah mak abang juga... Sebagaimana abang menjaga Asha dan keluarga abang,
seperti itu juga abang akan menjaga mak dan adik-adik Asha. Lagipun, Nasrul,
Efendy, Adilla telah abang anggap seperti adik abang sendiri.”
Segala
yang bermain dalam fikiranku terungkai dengan kata-kata Asyraf. “Maafkan Asha,
abang,” aku menangis teresak-esak di bahu Asyraf. Begitu banyak dosaku padanya
walhal tidak sampai seminggu aku bernikah. Sudah berbaldi kesalahan yang aku
lakukan terhadap suamiku.
“Asha
masih perlu bimbingan dan tunjuk ajar abang,” ujarku bersungguh-sungguh. Aku
rasa bersalah dengan anggapan yang bukan-bukan terhadap suamiku, sedangkan dia
sentiasa memikirkan yang terbaik untuk mereka yang berada di sekelilingnya.
“Abang
sayang dan redha perbuatan isteri abang setiap saat. Moga ikatan ini akan
berpanjangan sehingga ke syurga.” Asyraf mencium dahiku.
Tiada
kata yang mampu kuungkapkan. Yang pasti, banyak yang perlu aku pelajari. ‘Asha
akan cuba yang terbaik, bang,’ aku berbisik sendiri.
~bersambung