Jualan Gudang Karangkraf 30/11-2/12/2012

Assalammualaikum. Selamat petang. Lewat kemaskini blog hari ini. Hukhuk... Pagi tadi, layan Bunohan. Kemudian, mulalah kelam-kabut mengejar target sendiri.



Cakap pasal Bunohan, dari sisi pandangan Muthiah yang tidak reti selok-belok seni lakonan ini :

  1. Rata-rata pelakon berjaya melakonkan watak dengan baik.
  2. Persekitaran pun okey.
  3. Jalan cerita awal, boleh tahan.
  4. Satu sahaja yang Muthiah tidak berkenan (atau boleh kata tertanya-tanya sendiri)... 
  • Apa jadi pada Adi? Kesudahannya, mati macam tu ke?
  • Ilham pun mati macam tu saja?
  • Apa terjadi kepada si pembunuh Ilham?
  • Bakar? Senang-senang dapat tanah tu?
  • Siapa Mek Yah dan budak kecil dengan Mek Yah tu?
  • Semangat apa?
Hmm... mungkin Muthiah kena tonton lagi bagi memahamkan jalan cerita.

Okey... masa untuk masak tetapi sebelum itu...



MARI MARI MARI




Diskaun buku, novel dan majalah sehingga 80%. Ada novel yang dijual dengan harga RM3 dan RM5. Paling istimewa, anda akan mendapat Pakej Buku Istimewa. Penulis-penulis pun ramai yang turun padang. Jadi, apa tunggu lagi? 



Jom ke #JualanGudangKarangkraf pada 30 Nov - 2 Dis 2012 bermula 9.00 pagi hingga 7.00 malam.


Lokasi???





Buat peminat novel...



Resipi pun ada...





Apa lagi? Buku umum...





Lagi... Buku kanak-kanak..

Wah! Lagi... lagi... Buku remaja.

Seronoknya! Bukan itu sahaja. Buku Kisah Nabi, Siri Teladan Bestari dan Buku Mewarna pun boleh didapati di sana.
Kena pergi ni. Mesti!

Ada lagi tak? Ada... Jeng jeng jeng...


Buku-buku Muthiah. Jemput dapatkan juga di sana ya. Terima kasih... terima kasih.

Mood ~ Alhamdulillah, GUMBIRA.
Labels: | edit post
4 Responses
  1. Kalau saya dudukdi Selangor sekarang ni mesti saya pergi. Tap tengah bercuti di kampung, Kedah sekarang ni...huhu

    Dulu masa belajar di UPM, 2 kali saya pergi ke shah alam, pesta buku tu. Sanggup naik tren, pastu sewa teksi, berbungkus-bungkus saya kendong bawa balik novel. Nampak dek kawan perempuan, dia senyum saja....


  2. Ooo, di Kedah ke? Selamat bercuti dan sampaikan salam pada keluarga.

    Dulu studi di UPM masuk tahun berapa? Akak selalu juga turun UPM, miting dan jumpa kawan.

    Ehe... pengorbanan yang berbaloi. Dulu, kendong novel orang, sekarang dapat anugerah siapa duga. Moga terus sukse, insya-ALLAH, Amiin :)


  3. UPM dulu 2006-2009. Meting apa? Di mana?

    Anugerah? Hehehe Alhamdulillah...

    Moga suatu hari nanti orang kendong buku saya pula...Amin.

    Akak pun semoga berjaya juga.


  4. Akak dah konvo waktu tu, Ogos 2005. Lupa pula miting apa tapi kerap juga turun.

    Insya-ALLAH, Amin. Sama-samalaha kita ya :)