Peka tak peka

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Baru siap buat jadual kerja. Sekiranya satu hari Muthiah mengedit 3 bab, insya-ALLAH Muthiah dapat siapkan kerja pengeditan pada 4 Disember 2012. Namun...

MAMPUKAH AKU?

Moga ALLAH permudah jalan, mengurnia idea. Amiin... Amiin ya Rabbal 'Alamin.



Bagi sesiapa yang ingin menyumbang, bolehlah bank in, buat pemindahan melalui perbankan internet dan banyak lagi. 

  • Moga ALLAH ampun dosa.
  • Moga ALLAH memberi hidayah.
  • Moga ALLAH memakbul doa.

Tahniah kepada semua yang peka terhadap saudara sesama Islam. Siapa yang peka? Tepuk dada, tanya iman. Tidak ada siapa yang tahu apa yang ada di dalam hati kita melainkan ALLAH.
  • Ada yang mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman ini.
  • Ada yang membuat pemboikotan.
  • Ada yang mendoakan secara diam dan terbuka.
  • Ada yang menyumbang tenaga, wang dan masa.
  • Ada yang berusaha untuk menyedarkan umum tentang perkara ini (ceramah, penulisan dll).
  • Ada yang buat semua di atas.
  • _____________________ (banyak lagi).


Insya-ALLAH... sama-samalah kita lakukan yang terbaik untuk saudara-saudara kita. Penilaiannya, serah sahaja pada ALLAH. Dalam masa yang sama, usah dilupa pengislahan diri, menjadi hamba ALLAH yang soleh/ solehah. 

Hendak berjuang, perlu kekuatan. Mana lagi tempat bagi kita untuk memperoleh kekuatan melainkan daripada ALLAH? Maka...
  • Hindari maksiat.
  • Jaga ibadah wajib.
  • Perbanyak ibadah sunat.
  • Senantiasa bermuhasabah/ koreksi diri. 
  • ______________ (lakukan perkara yang disukai ALLAH).
Pesanan buat diri Muthiah dan kawan-kawan semua...
  • Jika kita menjadi salah seorang yang peka (seperti apa yang tertulis di atas)Usah mengutuk mereka yang kita kira tidak terserlah kepekaannya. Siapa kita hendak menilai? Manalah tahu... dalam diam mereka menginfak, mereka berjaga sepanjang malam mendoakan saudara-saudara kita di sana.
  • Jika kita tidak mahu ambil peduli (atau punya sisi pandangan yang lain tentang perkara ini) ~ Usah diperlekeh mereka yang bersungguh-sungguh mahu menunjukkan sokongan mereka terhadap saudara-saudara mereka. Seperti yang Muthiah sudah sebut berulang kali. Biar ALLAH yang menilai. Kita hanya melakukan yang terbaik sahaja.
Okey. Muthiah masuk pejabat dahulu. Caiyok!

Muthiah : Andai tidak mampu menjadi pendokong agama ALLAH, usah jadi penentangnya!