Persenda zikir???
Friday, September 03, 2010
Assalammualaikum.
Hmmm... Muthiah sudah lama menonton video ini tetapi baru sekarang berkesempatan menulis tentangnya. Perihal beberapa orang pelajar perempuan bertudung dilihat sedang mempersenda zikir (pada kaca mata orang yang memandang). Huhu... sadis dan menyakitkan hati. Serius. Kalau kita tengok facebook dan blog, banyak luahan ketidakpuasan hati dilontarkan kepada pelajar-pelajar yang bolehlah dikatakan sebagai tidak peka agama ini.
Dari sisi Muthiah? Muthiah nampak beberapa perkara (selain daripada rasa yang pelbagai di dalam hati itu):
1- Jahil
Disebabkan kejahilan diri, terjadilah perkara sebegitu. Jahil?
a) Mereka tidak tahu bahawa apa yang mereka lalukan itu SALAH! Tidak tahu??
b) Mereka tidak pula mahu belajar dan ambil tahu dengan perkara yang sepatutnya mereka tahu. Sepatutnya tahu?
Mungkin, bagi mereka... 'Kecil sahaja persoalannya.' Bak kata Nabil, 'Lu pikirlah sendiri...'
Apabila tidak tahu... maka, terjadilah perkara yang tidak diingini itu. Sewenang-wenangnya melakukan sesuatu perkara yang dirasakan tidak salah. Bukankah jahil namanya itu?
** Jadi... sampaikan walau seayat... **
2- Tidak peka dan tidak prihatin
Bolehkah Muthiah katakan... Orang yang tidak peka dan tidak prihatin lazimnya jahil? Dia tidak mahu membaca dan tidak mencari inisiatif pula untuk bertanya atau belajar. Iyalah. Dia 'malas' untuk ambil peduli tentang segala sesuatu di sekelilingnya. Malas?
Akibatnya... jadilah dia orang yang tidak pandai! Dia tidak tahu benda itu salah. Tidak tahu??? Walhal, banyak isu (semasa) yang memaparkan perihal masyarakat yang memprotes apabila agama yang mereka anuti dikotak-katikkan. Hal ini menunjukkan, banyak di kalangan umat Islam yang (peka, sensitif dan prihatin) TIDAK DAPAT MENERIMA (dan sewajarnya begitu) agama Islam dipersendakan dan dipermainkan.
Sayangnya... Adik-adik yang jahil... tidak tahu dan tidak peka ini pula... senang-senang mencurah minyak ke atas api.
Hmmm... 'AKU APA PEDULI?' Boleh, begitu?
-bersambung-
Ehe... Panas? Jom ke sini...
Akhbar hari ini : Ayuh. Sebarluaskan ISLAM. Ikuti jejak langkah Ghadaffi ;)
Muthiah : Ya, ALLAH. Ampuni aku dan mereka yang aku sayangi daripada azab api neraka. Juga muslimin dan muslimat di atas muka bumi ini...
Hanan, sakit hati kan bila tengok. Tak ada rasa hormat langsung kat agama dan TUHAN. Tak takut agaknya dengan balasan ALLAH.
Betul, Kak Elee. Harap-harap, adalah tindakan susulan yang diambil. Kalau tidak, takut makin banyak orang berani memperlekeh agama kita.