Berbuat baiklah ....


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah… Alhamdulillah, insya-ALLAH. Syukur kerana masih dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN. Apa jua yang datang (ujian dan dugaan), Muthiah serahkan kepada DIA yang telah merencana segalanya. Muthiah tidak kuat dan Muthiah mendambakan nusrah-NYA. Lagipun, jika sesuatu itu melibatkan insan lain…siapa Muthiah hendak menilai dan menghukum? Ehe….

Muthiah tiba-tiba teringatkan seorang ibu beranak tiga. Satu hari, dia menghubungi Muthiah. Dia bercerita sesuatu yang bisa membuatkan air mata dia dan Muthiah mengalir. Sakit mendengar… hati yang menanggung… lagi-lagilah. Iyalah… buat baik, tetap dipandang buruk. Buat apa pun, tetap buruk pada kaca mata yang melihat. Mind setting sudah negatif, mungkin. Mungkin lagi. Hahaha...

Namun, hebatnya wanita ini… dia tetap mahu melakukan kebaikan kepada orang yang berbuat/ bersangka tidak elok kepadanya. Entahlah. Seperti kata seorang teman, “Dia sememangnya terlebih sabar dan baik…”

Muthiah pula… tidak senang hati dengan apa yang berlaku ke atasnya. Sedih walaupun tidak mengalami perkara tersebut. Lantas, Muthiah menghubunginya. Khilaf Muthiah… sewajarnya, Muthiah menasihatinya agar bersabar dan terus melakukan kebaikan tetapi… Muthiah katakan… “Sudah-sudahlah ambil tahu tentang mereka. Sudah-sudahlah membuat kebaikan kepada mereka sedang mereka selalu sahaja buat yang tidak elok ..”

Jawapan wanita ini mudah… “Kalau kita buat macam itu, kita samalah seperti mereka…”

Nah! ALLAH telah mentarbiah Muthiah melalui wanita ini. Alhamdulillah… ALLAH masih mahu memberi ruang kepada Muthiah untuk bangkit dan menyedari sesuatu yang boleh jadi tidak wajar dilakukan. Iyalah… bukankah kita dituntut untuk sentiasa melakukan kebaikan. Tengok Nabi SAW.

Hmmm… Kita mungkin…

Tidak dapat memuaskan hati semua orang…
Tidak bisa membuatkan orang lain menyayangi kita…
Tidak berjaya membuang persepsi negatif orang lain terhadap diri kita…


Walaupun demikian… usah sekali-kali berputus asa dalam terus melakukan kebaikan. Serahlah segala keperitan di dalam jiwa itu kepada ALLAH. Percayalah…

ALLAH ada…
ALLAH melihat…
ALLAH mendengar…
ALLAH menghitung…
ALLAH meneliti…
ALLAH adil…
ALLAH saksama…


Tidak perlu menjadi seperti mereka yang busuk hatinya. Apabila hati busuk dan sakit… jiwa sebenarnya tidak tenteram. Bilamana jasad dan roh tidak tenang… tidak pula berusaha menenangkannya melalui ayat-ayat ALLAH… entahlah… sendiri mahu ingatlah…

Justeru… ayuh… teruslah berbuat baik kerana ALLAH. Teruslah bersabar dengan ujian yang datang. Ujian ini, tanpa sedar sebenarnya telah mendekatkan kita dengan PENCIPTA. Ya… bukankah bila mana kita bersedih hati… tidak punya tempat pula untuk meluah rasa (silap bercerita, khuatir menjadi umpat dan fitnah pula)… hendak tidak hendak kita akan kembali kepada ALLAH. Kita kembali bermunajat dan merintih merayu kepada-NYA.

Boleh jadi, doa kita berbunyi begini...

Ya, ALLAH..
Kurniakan aku kekuatan itu kerana sesungguhnya aku tidak cukup kuat untuk menghadapinya. Aku tidak cukup tabah dan sabar. Aku tidak cukup tenang. Aku serahkan segalanya kepada-MU, ya ALLAH. Segalanya adalah di bawah penghitungan-MU dan aku yakin… ENGKAU maha adil lagi maha saksama.


Buat sang wanita… usahlah bersedih hati… usahlah berdukacita… kerana ALLAH ada… ALLAH tahu apa-apa yang sedang melingkar dalam sanubarimu.

Ehe… sudah puasa enam? Sudah ganti puasa? Sudah berziarah? Jom…

Akhbar hari ini : Royalti dan ulama.

Muthiah : Moga-moga… pengakhiran hidup adalah pengakhiran yang baik.
Labels: | edit post
4 Responses
  1. muslimasolehah Says:

    Alhamdulillah bagus blog mu ini..teruskan penulisan sebegini..


  2. ;) sama-samalah kita merenung dan memikirkannya. mg kan mendapat manfaat daripadanya, ya ukhtie...


  3. ainhany Says:

    salam siti.

    Salam ukhuwah d aidil fitri

    Alhamdulillah..meggunakan mata hati...mmbisikan betapa diri kami teramat2 kecil.....haNya mmpu mendambakan rahmat dan kasih syg NYA.
    Alirlah rezeki buat kami dan permudahan urusan ini.Semuga ketenangan buat kita bersama..Amin


  4. Salam Ainhany,

    Salam ukhwah dan salam aidilfitri ;)

    Moga-moga, ketenangan didasari keakraban dengan ILAHI kan sentiasa dekat dengan kita semua. Amin, ya rabbal 'alamin...

    Selamat berpuasa enam pada bulan syawal juga ;)