;) Positiflah...
Tuesday, September 21, 2010
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Sudah mula berpuasa enam? Apapun, moga-moga hidup kita akan menjadi lebih baik daripada semalam. Kita yang membuat pilihan sebenarnya.
Sama ada hendak bergembira atau berdukacita.
Sama ada hendak tersenyum… ketawa mahupun menangis.
Sama ada hendak positif atau negatif…
Apa jua pilihan kita… kita sendiri yang menanggungnya. Kita sendiri yang berasa sakit… kecewa… marah dan benci. Orang lain? Boleh jadi…
i) Kita hanya beranggap-anggapan sahaja (Andai sakit itu disebabkan orang lain). Awas!!! Andai ini yang kita praktikkan, khuatir… akan ada 1001 manusia yang bisa bersangka-sangka dengan kita.
ii) Mereka tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu dengan apa yang kita rasakan… Akibatnya, kita yang sakit sendiri. Kita berasa tidak tenang dan tenteram. Syaitan laknatullah pun memainkan peranan untuk menyuburkan rasa sakit dan benci dalam hati kita. Hasilnya, berlakulah perpecahan dalam hubungan persaudaraan. Muka masam mencuka. Kalau tidak pun, bercakap-cakap di belakang. Bukahkah itu namanya mengumpat? Silap hari bulan, boleh jadi fitnah. Nauzubillah. Moga-moga, ALLAH memelihara Muthiah, suami dan mereka yang Muthiah sayang daripada tergolong dalam golongan ini.
Jadi, bagaimana?
Hmmm… Memang… mudah untuk berkata-kata tetapi yakinlah… ALLAH itu ada. ALLAH tidak pernah meninggalkan kita hidup sendiri. Jika kita merasakan diri dianiaya… dan tidak mampu pula untuk berbuat apa-apa… kembalilah kepada ALLAH (kalau mampu untuk melakukan sesuatu sekalipun, kembali jua kepada ALLAH) sebab DIA lebih tahu apa-apa yang tidak kita ketahui.
DIA juga lebih adil lagi saksama. Serahkan segalanya pada penghitungan ALLAH. Sesungguhnya, DIA maha teliti atas segala sesuatu. Siapa kita yang hendak menilai manusia lainnya? Benar… sikap dan tingkahlaku boleh mengundang persepsi namun… layakkah kita untuk terus menuding jari dan meletakkan persangkaan yang kadang-kadang melampaui batas terhadap orang lain sedang kita sendiri pun banyak khilafnya. Apakah yang telah kita lakukan untuk menyedarkan orang yang kita rasakan bersalah itu? Tidak buat apa-apa??? Sekadar menuding jari?? Hmmm...Jadi… fikir dan renungkan..
Positiflah… positiflah, wahai teman. Bila mana kita positif… bersangka baik… bersabar… kita akan lebih tenang. Pilihlah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH tatkala kita sedang berhati walang. Tidak sampai menyalahkan semua manusia yang berada di sekeliling kita. Syaitan mencucuk… kita hanya tampak kekurangan dan keburukan. Terlupa pada keaiban sendiri. Ayuh… muhasabahlah…
Berfikir tentang keburukan orang tanpa mencari jalan penyelesaian tidak membawa manfaat apa-apa. Jadi??? Fikir dan renung.
Firman ALLAH dalam surah al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud, “Dan Tuhan-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Jom dengar…
Info yang mungkin kita hendak tahu... Tentang dajjal!!
Akhbar hari ini : Jawatan imam...
Muthiah : Hanya ALLAH ....