Di sebalik kisah Sayidatina Aisyah RA


Peristiwa Aisyah difitnah Abdullah bin Ubay.

“Sesungguhnya, orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang daripada mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakan. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, baginya azab yang besar,” An-Nur ayat 11.

Kisah Aisyah dan Hafsah yang menyebabkan Nabi SAW murka.

“Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafsah) suatu peristiwa. Maka, tatkala (Hafsah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahu hal itu (pembicaraan Hafsah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yang lain (kepada Hafsah). Maka, tatkala (Muhammad) memberitahu pembicaraan (antara Hafsah dan Aisyah) lalu (Hafsah) bertanya, ‘Siapakah yang telah memberitahu hal ini kepadamu?’ Nabi menjawab, ‘Telah diberitahu kepadaku oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,’,” At-Tahrim ayat 3.

Teguran Allah kepada Sayidina Abu Bakar yang mahu menghentikan bantuan kepada Mustah (orang yang menyebarkan berita bohong tentang Aisyah dan Safwan).

“Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” An-Nur ayat 22.

Bukti Aisyah dan Safwan yang bebas daripada tuduhan zina.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula); dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih daripada apa yang dituduh oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga),” An-Nur ayat 26.
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Mana kisahnya? Kalau awak ceritakan kisah sebenarnya dgn huraian, kita semua boleh menangis..Doktor saya menceritakan dlm bhs arab, walaupun saya kurang faham semua p'kataan, tapi kesimpulannya saya tetap rasa sebak.. Lagi2 bila Aishah pulang, Rasulullah merajuk dgn berita tu, Aishah memujuk rayu menyatakan hal sebenar :(


  2. nur Says:

    subhanallah..
    kisah yang sangat menggugah...